You are on page 1of 2

YAB 

Dato',Haji Saarani bin Mohamad lahir pada 14 Mac 1961. Beliau merupakan
seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak ke-14
sejak 10 Disember 2020. Beliau menggantikan penyandangnya, Dato' Seri Ahmad
Faizal Dato' Haji Azumu yang meletak jawatan selepas kehilangan sokongan dalam
usul undi percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 4
Disember 2020.
Saarani juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota
Tampan, Perak dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak. Beliau
juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri
Perak dari tahun 2018 hingga tahun 2020. Pada peringkat parti, beliau ialah
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak dan Ahli Majlis Kerja
Tertinggi UMNO.

You might also like