You are on page 1of 4

MEKANISASI PERINGKAT PENANAMAN

Kaedah Penanaman Dan Jenis Implimen

Drilling
• Penanaman sistem baris lebar untuk memudahkan pengurusan rumpai dan kecekapan kutipan hasil
• menempatkan benih dalam alur tanah dan menutupkannya dengan tanah pada kedalam, jarak
baris/alur tanaman dan jumlah biji benih yang seragam secara berterusan.
• digunakn untuk tanaman jagung, kapas, gandum, kacang. .
• implemen terbahagi kepada 3 jenis iaitu drill, hill-drop dan checkrow planter

Sebaran (broadcasting)
• kaedah penanaman yang cepat dan mudah.
• Penyebaran benih melalui jatuhan benih pada piring yang berputar
• benih ditabur dipermukaan tanah yang rata
• jenis implemen broadcaster /Alat penanam sistem sebar

- Melubang (dibbling)
• Proses meletakkan benih dalam lubang pada batas tanaman pada kedalaman dan jarak yang
ditetapkan
• alatan yang digunakan untuk melubang dinamakan dibbler
• khusus pada penanaman sayuran

- Transplanter
• menanam anak benih dengan jumlah, kedalaman, jarak dan keadaan penanaman yang seragam.
• Benih disemai terlebih dahulu di kotak semain sebelum di tanam oleh transplanter
• Digunakan pada tanah sawah yang rata dan lembut

Seeder
• Penanam sistem baris sempit khusus untuk menanam benih-benih kecil atau rumput dalam baris dan
alur yang sempit serta kedalaman yang seragam.
• berfungsi untuk meletakkan benih yang akan ditanam pada kedalaman dan jumlah tertentu dengan
kadar keseragaman yang tinggi.
• Biji benih dimasukkan ke dalam tanah melalui mekanisma jatuhan (seed matering) besama denngan
baja.
• alat penanam dilengkapi dengan alat penutup tanah
• Jenis terdiri dari Drill seedling, pesicin drilling, hill droping dan chezktow planting

PENTING : Implimen penanaman anak benih Transplanter) dan biji benih (sheeder)

Tujuan untuk meyemai dan menanam pada kedalaman dan, jarak tanaman yang sesuai bagi
memastikan kadar percambahan dan pertumbuhan tanaman seragam serta penuaian hasil yang
mengikut jadual.

o Menanam benih/biji benih tanaman pada jumlah yang betul per unit kawasaa
o Menanam benih pada kedalaman tanah yang sesuai pada setiap benih/anak benih
o Menanam benih/anak benih pada jarak antara pokok dan barisan tanaman yang betul dan
seragam
.
Implemen Penanam benih diperlukan untuk melaksanakan fungsi mekanikal berikut:

• Membuka alur (furrow) benih pada kedalaman yang betul


• Menetapkan jatuhan beih (seeds matering)
• Memasukkan biji benih ke dalam alur mengikut corak penanaman yang tetap dan sesuai
• Menutup benih dan tanah dan memadat di sekitar benih ke tahap yang sesuai mengikut jenis
tanaman
• Mengurangkan kerosakkan benih yang mengakibtkan
percambahan terjejas
• Meletakkan benih ke dalam tanah dengan teratur sehingga
semua faktor yang mempengaruhi percambahan dan
pertumbuhan akan seragam

CONTOH:

SHEEDER – MESIN PENANAM BIJI BENIH

- Fungsi untuk menanam biji benih besar seperti kacang dan jagung

- Penggunaan jentera dan peralatan penanaman dalam sistem pertanian intensif akan
menjimatkan masa dan tenaga buruh dengan penanaman yang seragam. masa yang singkat dan
cepat berbanding kaedah manual bagi kawasan yang luas,

TRANSPLANTER
- Menanam anak benih pai dalam bentuk barisan
- Anak benih disemai terlebih dahulu di dulang/kotak semaian sebelum dipindahkan ke dalam rak
tanaman
- Kendalian jentera penanam padi:
- Apabila tuil kawalan anak semaian di tolak kea rah ON. Gegacu putar akan menggerakkan
peranti penanam. Peranti penanam akan mencengkam anak benih dan membenamkan pangkal
anak benih ke dalam tanah dan terangkat semula untuk melakukan proses seterusnya.

MEKANISASI PERINGKAT PENJAGAAN TANAMAN

Pembajaan

Maksud Pembajaan: adalah proses pembekalan nutrien secara seimbang kepada tanaman untuk
keperluan tumbesaran tanaman bagi meningkatkan pengeluaran hasil maksimum

Tujuan pembajaan dilakukan adalah untuk

- Menambah bahan nutrient yang diperlukan oleh tumbuhan


- Meningkatkan hasil dan mutu tumbuhan
- Memanjangkan jangka hayat tumbuhan
- Mencegah keguguran putik, bunga dan buah
- Mempertingkatkan daya tahan tanaman (mencegah penyakit dan lain-lain)

Penggunaan implimen dalam aktiviti pembajaan penting dalam meningkatkan produktiviti dan hasil
tanaman kerana

- Membaja tanaman pada kuantiti besar dan seragam


- Boleh menabur benih selain baja dapat dijalankan secara serentak.
- Implemen dapat digunakan pada kawasan rata dan landai
- Dapat menabur baja jenis butiran dan debu mengikut jadual ditetapkan

Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan implemen untuk aktiviti pembajaan
- Jenis tanaman
- Luas kawasan tanaman
- Jenis baja dan kuantiti baja

Implimen perlu dilakukan proses kalibrasi bagi mengetahui kuantiti baja yang dikeluarkan oleh implimen
pada setiap keluasan tanaman

Jenis-jenis implemen Pembajaan

a. Penyebar bahan organic (manure broadcaster)

- Membawa bahan organik (sisa tanaman dan haiwan) ke ladang, menghancurkan dan
meyebarkan ke kawasan ladang secara seragam
- Dijalankan sebelum pembajakan peringkkat pertama
- Dilengkapi sistem penghancur (beater) untuk menghancurkan sisa bahan organik dan peranti
penyebar (widespread device) untuk menyebarkan bahan organik
secarasegam ke permukaan ladang
- Kuasa operasi implemen dipacu oleh PTO traktor

b. Penabur baja putar ( Rotary-disc spreader)


- Sesuai untuk menebar baja jenis butiran
- Alat ini mempunyai piring putar untuk penyebaran baja.
- Baja diatur diatas piring putar oleh penahan suapan bolih laras di bahagian corong suapan.
- Kelajuan pengeluaran baja bergantung kepada kelajuan kejatuhan baja, lebar penyebaran dan
kelajuan alat. Corak penyebaran dipengaruhi oleh kelajuan putaran piring
- Kapisiti muatan corong/bekas sehingga 10 tan, dengan sebaran sehingga 18.29 m.

c. Drop Tipe Distributor :

- Sesuai untuk menabur baja jenis butiran atau debu


- Alat ini biasnya dihubungkan dengan traktor secara mounted,
- Bekas corong (hoper)mempunyai satu set lubang pengeluaran pada bahagian bawah.
- Lubang-lubang tersebut dikawal malalui suapan penggerak yang dioperasikan oleh rada yang
bergerak
- suapan pemasukan dikendalikan oleh roda, dan kelajuan suapan mempengaruhi pengeluaran
baja
- Kapisiti pengeluaran baja antara 400 - 900 kg dengan lebar pengeluaran antara 2.5 - 3.5 m

d. Alat penyebar baja cairan (boom sprayer)

- Boleh dipasang pada trak, pada kenderaan, atau terus ke traktor


- Penyebaran pada permukaan tanah dilakukan secara tanpa tekanan.
- Alat penyebar baja ini serupa dengan sprayer.
- Baja dapat disembur bersama-sama racun pektiside
- Komponen implement dibuat dari bahan tidak karat

You might also like