Professional Documents
Culture Documents
Ms 88 Dan 89 Nota & Latihan Golongan Kata Tugas-Kata Hubung
Ms 88 Dan 89 Nota & Latihan Golongan Kata Tugas-Kata Hubung
HARI : SELASA
TEMA 9: SAYANGI MALAYSIAKU
GOLONGAN KATA TUGAS – KATA HUBUNG
Kata hubung atau kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang berfungsi
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis,
yang dikenali sebagai ayat majmuk.
Kata Hubungan Gabungan
(i) Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau
lebih yang sama tara sifatnya.
(ii) Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat
majmuk gabungan.
(iii) Contoh kata hubung gabungan: dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil,
kemudian
(iv) Contoh ayat:
Tetamu itu bangun lalu membasuh tangan.
Ahmad lulus ujian tetapi adiknya gagal.
Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.
Kata Hubung Pancangan
(i) Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa
tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
(ii) Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: