You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUBANG

Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Tel : 0378469673 Fax:0378471436
____________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SMKS.600-10(11)
Tarikh : 5 JANUARI 2021
Kepada;
Ibu Bapa/Penjaga

Tuan,

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2021

NAMA PELAJAR: _____________________________________________________

TINGKATAN :_____________________________________________________

Sukacita dimaklumkan anak tuan telah dipilih sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah tahun
2021.

2. Pelantikan ini berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:


a) Sahsiah
b) Kebersihan Diri
c) Disiplin
d) Komunikasi antara rakan sebaya, guru dan kakitangan sekolah
e) Hasil kerja sekolah/ pencapaian akademik

3. Adalah menjadi harapan kami agar tuan dapat memberikan dorongan dan sokongan moral
kepada anak tuan. Mudah-mudahan anak tuan akan menjadi pemimpin yang cemerlang pada
masa akan datang.

4. Diharapkan pihak tuan dapat memulangkan helaian jawapan yang dilampirkan pada
_________________ ( ).

Segala kerjasama dan keperihatinan yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut Perintah,

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
31 MAC 2015 15 APRIL 2015
05 00 00
HELAIAN JAWAPAN

Nama ibu Bapa/ Penjaga :____________________________________________________


Alamat Rumah :____________________________________________________
____________________________________________________
No. Telefon :____________________________________________________

Kepada:
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Subang
40150 Shah Alam,
SELANGOR

Tuan,

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

1. Saya Ibu Bapa/ Penjaga kepada:

NAMA PELAJAR: _____________________________________________________

TINGKATAN :_____________________________________________________

BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU anak saya dipilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber 2021.

2. Saya juga faham jika anak saya tidak menunjukkan komitmen yang diharapkan, beliau akan
digugurkan daripada senarai Pengawas Pusat sumber Sekolah. Saya juga bersetuju membuat
tempahan pakaian (vest) Pusat sumber Sekolah melalui pihak sekolah seperti yang ditetapkan.

3. Dengan ini saya juga membenarkan anak jagaan saya menjalankan tugas pada setiap hari
______________ pada hari persekolahan bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang (sesi pagi) dan 7.30
pagi hingga 1.00 tengah hari (sesi petang).

4. Saya berjanji akan memberikan kerjasama dan komitmen kepada setiap tugas dan tanggungjawab
yang diberikan kepada anak jagaan saya sepanjang beliau menjawat jawatan ini.

Sekian terima kasih.

Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga

...................................................

(NAMA: )

NO. K/P

Nota: # sila potong yang tidak berkenaan

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Kuatkuasa
31 MAC 2015 15 APRIL 2015
05 00 00

You might also like