You are on page 1of 5

MANUAL PERISIAN

SISTEM PENGURUSAN SOAL SELIDIK PPDa (2SP)


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2SP (SEKOLAH) VERSI 1.0


MANUAL PENGGUNA

1.0 PENGENALAN

Masalah penyalahgunaandadah dalam kalangan penduduk Malaysia bertambah membimbangkan.


Keadaan ini boleh mengancam kepada kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan rakyat.
Menyedari hakikat ini, pada 28 Februari 1983 Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan
“Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
diberitanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah
(PPDa) di sekolah.

Program Ujian Urin dalam kalangan pelajar sekolah menengahtelah dijalankan bagi mengesan dan
membimbing pelajar-pelajar yang didapati positif.Disamping itu, murid-murid tersebut diberikan soal
selidik untuk mengesan keterlibatan mereka dengan dadah,rokok,inhalan,alkohol dan seks bebas.

Justeru, perisian ini dibina untuk digunakan oleh sekolah, PPD, Jabatan Pelajaran dan KPM
bagimengumpul maklumat berkaitan.Perisian ini telah dibina oleh Unit PPDa, Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, KPM.

2.0 KEPERLUAN MINIMUM PERISIAN

Perisian Microsoft Excell 2007 dan ke atas.

3.0 RUJUKAN PERISIAN 2SP (SEKOLAH) VERSI 1.0

Sebarang kemusykilan boleh dirujuk kepada Pegawai PPDa di PPD masing-masing.

4.0 PENGGUNAAN PERISIAN

4.1 Terdapat 20 helaian iaitu :


4.1.1 Maklumat
4.1.2 Demografi
4.1.3 Bahagian A
4.1.4 Analisa A
4.1.5 Soal Selidik
4.1.6 Bahagian B
4.1.7 Lapor Semua
4.1.8 Lapor B1 – Lapor B13

Gambar rajah
1

2
4.2 Masukkan data pada helaian yang berwarna hijau sahaja iaitu pada helaian Maklumat, Demografi

dan Soal Selidik.

4.3 Pada helaian Maklumat, masukkan maklumat asas berkaitan sekolah.

4.4 Pada helaian Demografi , masukkan maklumat asas berkaitan responden.

Gambar rajah 3

3
A-3 : A-5 : A-6 :
A-2 : UMUR A-4 : JANTINA A-7 : TEMPAT TINGGAL
TINGKATAN BANGSA AGAMA
Gambar rajah 4
Helaian ini mengandungi lajur- lajur berikut :

4.5 Masukkan angka 1 pada petak berkaitan sahaja.

Gambar rajah 5

(Nota: Masukkanangka 1 dan bukannya tanda “/” atau sebagainya.)

1. Semua helaian hendaklah dilengkapkan sebelum beralih ke helaian yang lain.

2. Semak data yang telah dimasukkan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.Paparan DATA
TIDAK SELARAS,SEMAK SEMULA akan terpapar pada helaian Bahagian A jika terdapat
sebarang kesilapan memasukkan data.

Gambar rajah 6

4
5.0 PENYEDIAAN DATA UNTUK DIHANTAR KE PPD

5.1 Penyalinan Data

Simpanfail yang telah lengkap dengan menamakan 2SP (nama sekolah).docx dan tarikh
untukmemudahkan pencarian.

Contoh: 2SP SMK Klang Sept2011.docx


5.2 Penghantaran Ke PPD

Hanya softcopy sahaja yang perlu dihantar kepada Pegawai PPDa di PPDselewat-lewatnya
seminggu selepas soal selidik ini dijalankan.

You might also like