You are on page 1of 4

SJK (T) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

தேசிய மாதிரி சுங்கை பீசி, கோலாலும்பூர்

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN / BIL 1


2020

TARIKH : 09.01.2020

HARI : KHAMIS

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SJKT SUNGAI BESI

KEHADIRAN :

1.0 Pn.M.Uthaya Sundari Guru Besar


2.0 Pn.T.Puspa Valli GPK Kurikulum
3.0 Pn R.Tamil Selvi Setiausaha
4.0 En.Ramu AJK
5.0 Pn. Kanakesvary AJK
6.0 Pn. M.Mathani AJK
7.0 Pn.K.Bathemawathy AJK
8.0 Pn.S.Kaliammah AJK
9.0 Pn.Piremalatha AJK
10.0 Cik.Lawanya AJK
11.0 Pn.M.Nithyavani AJK
12.0 Pn.Nor Aza

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan selamat datang ke perjumpaan yang pertama bagi tahun
2020 dan memperkenalkan ahli jawatankuasa Pemulihan Khas.
1.2 Tuan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kerana dapat hadir ke
mesyuarat pertama.
1.3 Pengerusi berharap agar mesyuarat kali ini dapat merancang program yang bersesuaian
bagi meningkatkan pencapaian murid Pemulihan Khas.
Untuk
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Bil 2 / 2019 dicadang dan disahkan oleh Pn.Bathmavathy
dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

Untuk Makluman

3.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : PN.T.Puspa Valli


SETIAUSAHA : PN.R.Tamil Selvi
AJK : Cik.Lawanya (KP Bahasa Melayu)
PN.K.Bathemawathy (KP Matematik)
PN.M.Nithyavani (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
PN.Kanekesvary (Guru Data )
Guru Bahasa Melayu Tahap 1
Guru Matematik Tahap 1

Tindakan & Makluman


Guru Pemulihan Khas dan guru-guru
yang terlibat

4.0 PENETAPAN JADUAL WAKTU

4.1 Pengerusi mencadangkan jadual waktu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah


ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri iaitu :
Masa untuk mengajar minimum 900minit dan maksimum hingga1020 minit termasuk waktu
persediaan.

Tindakan dan makluman


GPK Pentadbiran dan Guru
Pemulihan Khas

5.0 PENCALONAN MURID


5.1 Murid dipilih untuk berdasarkan ujian saringan yang telah dibuat.
5.2 Guru kelas juga boleh mencalonkan murid ke kelas pemulihan khas sekiranya murid
tersebut perlu dipulihkan atau tidak menguasai 3M.
5.3 Guru Bahasa Melayu dan guru Matematik juga turut mencalonkan murid ke kelas
pemulihan.
5.4 Senarai nama murid yang telah dicalonkan berdasarkan kelas telah
dilampirkan.(Lampiran 1)Seramai 21 murid telah dicalonkan ke kelas pemulihan khas.

  Tindakan dan Makluman


Guru Pemulihan Khas, GuruMata pelajaran, Guru kelas

6.0 PROGRAM YANG DICADANGKAN


6.1  Program sepanjang tahun telah dicadangkan oleh guru pemulihan dan guru mata pelajaran.
6.2 Dua program utama telah ditetapkan sebagai intervensi asas membaca dan asas mengira.
Iaitu “Pimpinlah taganku” untuk asas membaca dan “Siapa cepat, dia dapat” untuk asas
mengira.
6.3 Program perjumpaan ibubapa akan diadakan dua kali dalam setahun.
6.4 Program motivasi dan token ekonomi juga dicadangkan untuk merangsang semangat dan
minat murid.
6.5 Menyediakan sijil penghargaan kepada murid yang telah melepasi kelas pemulihan 
pada Hari Anugerah Kecemerlangan bersama murid-murid lain.

Tindakan dan Makluman


Semua guru

7.0 SARINGAN
7.1 Saringan akan dibuat tiga kali, iaitu pada awal tahun(ujian diagnostik-untuk mengenalpasti
penguasaan murid dengan spesifik), pada bulan Mei(ujian saringan-menguji tahap
penguasaan murid) dan pada bulan September(ujian saringan).
7.2 Murid yang melepasi ujian saringan akan dihantar ke kelas aliran perdana untuk mengikuti
Pdpc seperti biasa.
7.3 Ujian-ujian yang dijalankan ialah Ujian Diagnostik,UjianPengamatan, IPP2M, IKAM, ISD,
IMPBD.Ujian dijalankan mengikut keperluan murid.

Untuk Makluman
8.0 HAL – HAL LAIN
8.1 Minit mesyuarat pemulihan akan diadakan dua kali dalam setahun. Isu-isu semasa akan
dibincangkan dalam mesyuarat panitia Bahasa Melayu dan Matematik.
8.2 Murid tahun 1 boleh dicalonkan jika ada keperluan, hal itu perlu dibincang dan dimintkan
dalam minit mesyuarat panitia.Kelas – kelas lain juga turut berbuat demikian jika ada
keperluan untuk menghantar murid ke kelas pemulihan pada pertengahan tahun.
8.3 Murid – murid yang dihantar ke aliran perdana perlu diberi bimbingan dan dipantau selalu
oleh guru mata pelajaran bagi mengelakan ketinggalan.
8.4 Guru perlu memastikan murid masuk ke kelas pemulihan mengikut jadual yang ditetapkan.
8.5 Guru-yang mengajar bahasa melayu dan matematik diminta memberi bimbingan dan
pemulihan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti daerah kelemahan mereka.
8.6 Murid yang mengalami masalah pembelajaran perlu dikenal pasti dan dokumen sokongan
perlu disediakan untuk pemeriksaan serta prosedur seterusnya.

Tindakan dan Makluman


Semua guru

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan Oleh,

__________________________
TAMIL SELVI A/P RAMASAMY
GURU PEMULIHAN
SJK(T) SUNGAI BESI.

You might also like