You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.

1/2020
Tarikh : 7 Januari 2020
Masa : 02:00 petang
Tempat : Bilik Pusat Sumber Sekolah
Senarai Kehadiran:

1. Encik Ramzie bin Julai


2. Encik Filbert anak Hagar
3. Puan Enkenis anak Sidi
4. Encik Khaidir bin Sharkawi

Agenda Minit-minit Mesyuarat:

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli mesyuarat yang dapat hadir ke
Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 1/2020. Pengerusi juga mengucapkan tahniah serta berterima kasih di
atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli sepanjang sesi persekolahan tahun 2019 dalam menjalankan
semua aktiviti Panitia Matematik.
Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 3/2019 bertarikh 22 Ogos 2019 telah dicadangkan pengesahannya
oleh Pn. Enkenis dan disokong oleh En. Filbert dan minit mesyuarat telah diterima sebulat
suara.
Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tidak ada sebarang perkara-perkara dibangkitkan daripada Minit mesyuarat Bil. 3/2019 bertarikh
22 Ogos 2019 daripada ahli-ahli mesyuarat.
Makluman

4.0 Penubuhan AJK Panitia Matematik 2020.


4.1 Berikut adalah senarai AJK Panitia Matematik bagi sesi 2017 seperti yang telah dipersetujui oleh semua
ahli panitia:

Penasihat: En. Othman bin Haji Ibrahim (Guru Besar SK Merbau)


Pengerusi: En. Ramzie bin Julai
Setiausaha: En. Filbert ak Hagar
Bendahari: Pn. Enkenis anak Sidi
AJK : En. Khaidir bin Sharkawi

Tindakan : AJK dilantik

5.0 Post Mortem Keputusan UPSR 2019

1
5.1 Secara keseluruhannya, keputusan UPSR 2019 bagi mata pelajaran Matematik adalah sebanyak 66.7%
menguasai penuh dengan minimum gred D. Peratus menguasai penuh meningkat berbanding tahun
sebelumnya iaitu sebanyak 65%.
Makluman

6.0 Sasaran Mata Pelajaran

6.1 Penetapan sasaran mata pelajaran Matematik Tahun 6 ( UPSR 2019) , Tahun 5 dan Tahun 4 adalah
seperti berikut:
6.1.1 Tahun 6

Guru M/P A B C D E % LULUS


Ramzie Julai 3 2 4 6 6 71.4

6.1.2 Tahun 5

Guru M/P A B C D E % LULUS


Ramzie Julai 2 2 2 4 3 76.9

6.1.4 Tahun 4

Guru M/P A B C D E % LULUS


Filbert Hagar 4 3 4 1 3 80%

Tindakan : Guru Matematik Tahun4,Tahun 5 dan Tahun 6

6.2 Penetapan Pencapaian Band Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

6.2.1 Semua guru yang mengajar Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 bersetuju pencapaian
minimum murid bagi kelas berkenaan adalah pada Tahap Penguasaan 3.

Tindakan : Guru Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6

2
7.0 Penyelarasan Persediaan Mengajar Harian dan Tahunan.

7.1 Guru mata pelajaran harus menyediakan tiga perkara utama seperti berikut iaitu:
1. Huraian Sukatan Pelajaran
2. Rancangan Pengajaran Tahunan
3. Rancangan Pengajaran Harian

Tindakan : Semua Guru Matematik

7.2 Format Rancangan Pelajaran Harian bagi KSSR adalah seperti berikut:
7.2.1 Format RPH Matematik KSSR
 Mata Pelajaran/ Tarikh/ Kelas / Masa/ Bilangan Murid
 Tajuk/ Tema/ Bidang Pembelajaran
 Standard Pembelajaran (Kod Sahaja)
 Objektif Pembelajaran
 Aktiviti PdP
 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam
KSSR. EMK sedia adaseperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam sekitar, Nilai Murni
Dan Patriotisme masih diterapkan dalam PdP
 Bahan Bantu Belajar
 Penilaian PdP
 Refleksi: i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai Objektif PdP
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan, pengayaan)

Tindakan : Semua Guru Matematik

8.0 Aktiviti Panitia


8.1 Kelas Bimbingan Tahun 6
Nama Guru Kelas Hari Masa
Ramzie Bin Julai Tahun 6 (Kump 2) Isnin 2.00-3.00 petang
Filbert Anak Hagar Tahun 6 (Kump 1) Isnin 2.00-3.00 petang
Marry Anak Sunkin Tahun 6 (kump 3) Isnin 2.00-3.00 petang

Tindakan : Guru yang terlibat


8.2 Ujian Bijak Sifir.

Kuiz dan menjawab pelbagai soalan matematik berbentuk soalan peperiksaan sebenar pada bulan Ogos.
Tindakan : Semua guru Matematik
8.3 Aktiviti Menghafaz Sifir Darab.

Aktiviti ini akan dijalankan pada setiap pagi bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 7.15 pagi. Murid
Tahap 2 akan berada di Pusat Sumber Sekolah manakala murid Tahap 1 di kelas masing-masing.
Tindakan : Semua guru Matematik

3
9.0 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) dan Kokurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

9.1 PBS dan KSSR yang merupakan salah satu program NKRA memerlukan komitmen guru sepenuhnya. Guru
yang mengajar Tahun 1 hingga Tahun 6 perlu menyediakan Dokumen Standard Pelajaran dan Dokumen
Standard Prestasi dalam bentuk “Hard Copy” seperti yang terdapat dalam pekeliling. Kemasukan markah
prestasi murid adalah secara “offline” ke dalam templet markah yang telah dibekalkan sebelum ini.

Tindakan : Guru yang terlibat

10.0 Strategi PdP Untuk Mengatasi Kelemahan Murid

10.1 Strategi mengatasi kelemahan murid dalam PdP Matematik:


 Mengagih murid ikut aras kebolehan masing masing- teknik berkumpulan
 Tahun 1, Tahun2 dan Tahun 3 - mengukuhkan fakta asas
 Latih-tubi dalam kelas selepas PdP
 Latihan intensif sebagai persediaan menghadapi UPSR
 PdP Abad ke-21- Kelas tahun 6

Tindakan : Semua guru Matematik


11.0 Pemantapan Panitia Mata Pelajaran

11.1 Fail Pengurusan Panitia


 Fail Induk Panitia
 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran/ Dokumen Standard Kurikulum (DSK)
 Mesyuarat Panitia
 Program Peningkatan Pencapaian Akademik
 Data Peperiksaan/ KPI Penilai dan Pentaksiran/ Headcount
 Penyeliaan/ Pencerapan PdP Professional Learning Community (PLC)
 Semakan Buku Latihan/ Hasil Kerja Murid
 Koakademik/ Koordinasi Persatuan
 Kewangan Panitia

Tindakan : Semua Ahli Panitia

12.0 PCG Mata Pelajaran

12.1 PCG Mata Pelajaran- Walaupun peruntukan PCG mata pelajaran belum diterima, ahli panitia perlu
merancang awal pembelian bahan-bahan PdP bagi memudahkan pengurusan kewangan sekolah.

12.2 Cadangan bahan-bahan bantu mengajar yang akan dipesan pada tahun ini adalah seperti berikut:
a. Kalkulator
b. Pembaris meter
c. Buku latihan
12.3 Panitia sebulat suara bersetuju akan mengagihkan juga peruntukan kepada program LINUS sekolah.
Tindakan : Semua Ahli Panitia

13.0 Hal-Hal Lain


13.1 Penulisan refleksi perlu disertakan nama murid yang belum menguasai supaya lebih jelas.
13.2 Cikgu Khaidir mencadangkan agar kelas Tahun 6 dihias sebagai contoh kelas PdP abad ke-21.

Tindakan : Semua Ahli Panitia


4
PENUTUP

Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas kerjasama yang diberikan
sepanjang mesyuarat sedang berlangsung dan beliau mengharapkan agar semua ahli mesyuarat mengambil
tindakan yang sewajarnya atas keputusan yang telah dibuat bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.35 petang.

Minit dicatat oleh: Disahkan oleh:

(FILBERT ANAK HAGAR) (OTHMAN BIN IBRAHIM)


Setiausaha Panitia Matematik Guru Besar
SK Merbau Serian SK Merbau Serian

You might also like