You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN

BIL 1/2020,
SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU, SERIAN.

TARIKH : 09 JANUARI 2020


HARI : KHAMIS
MASA : 2 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN :
1. ENCIK OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM (GURU BESAR)
2. ENCIK FILBERT ANAK HAGAR
3. ENCIK RAMZIE BIN JULAI
4. CIK GOH POI GEK

AGENDA
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan Terima Kasih dan Selamat Tahun Baru
2020.
1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ke mesyuarat pengurusan bil 1/2020.
1.3 Pengerusi menyatakan perubahan jadual waktu akan dimaklum kepada semua Guru
Penolong Kanan.
Tindakan: Makluman
2.0 MENGESAHKAN MINIT YANG LALU
2.1 Minit mesyuarat telah dicadang untuk disahkan oleh Encik Ramzie dan disokong oleh
Encik Filbert.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 LAPORAN GPK


4.1 LAPORAN GPK KURIKULUM
4.1.1 GPK Kurikulum memaklumkan penubuhan AJK dan tugas-tugas di dalam unit kurikulum.
4.1.2 GPK Kurikulum memaklumkan Program Transisi sedang dijalankan sehingga 17 Januari
2020.
4.1.3 GPK Kurikulum menegaskan bahawa maklumat di dalam APDM perlu dikemaskini bagi
tujuan penetapan subjek pada tahun 2020.

Minit mesyuarat Pengurusan Bil 1/2019


Sekolah Kebangsaan Merbau, Serian Page 1
4.1.4 LINUS masih lagi dijalankan namun hanya di peringkat sekolah sahaja yang diuruskan
oleh guru pemulihan.

Tindakan: Makluman
4.2 LAPORAN GPK HEM
4.2.1 GPK HEM menerangkan bahawa kehadiran dan disiplin murid sangat penting bagi
menunjukkan kemajuan dan komitmen daripada murid.
4.2.2 GPK HEM memaklumkan RMT sudah bermula pada hari pertama persekolahan
manakala murid Tahun 1 dan murid baru pula hanya akan bermula pada bulan Februari.
4.2.3 GPK HEM memaklumkan keceriaan kelas adalah antara aspek kebersihan bilik darjah
yang dititikberatkan pada tahun ini dan Pertandingan Keceriaan Kelas akan bermula
pada bulan Februari.
4.2.4 Jadual bertugas guru juga sudah dimaklumkan.
Tindakan: Makluman & Semua guru kelas

4.3 LAPORAN GPK KK


4.3.1 GPK Kokurikulum memaklumkan perjumpaan unit badan beruniform( 1jam) dan kelab (1
jam) akan diadakan setiap hari Rabu.
4.3.2 GPK Kokurikulum menegaskan bahawa setiap aktiviti perlulah dirancang serta
mempunyai rasional.
4.3.3 Tarikh untuk mengesahkan ahli-ahli hendaklah dilakukan sebelum penghujung Januari
bagi membolehkan kelancaran perjumpaan serta berlandaskan takwim Kokurikulum yang
disediakan.
4.3.4 Senarai guru penasihat yang dicalonkan adalah seperti berikut: TKRS (En. Filbert Hagar,
Puan Enkenis Sidi dan En Besu Minggan); PBSM (Puan Amai Bakuh, Puan Nurzawani
Muhamad dan Cik Nurbazilah Ghazali)
4.3.5 RIMUP pula akan diurus oleh Encik Filbert.
4.3.6 Hari Penetapan target akan dijalankan pada 21.02.2019(Khamis)
Tindakan: Makluman & Guru Penasihat

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 LCD yang tiada di sekolah menyukarkan mesyuarat berjalan dengan baik.
5.2 Keceriaan Tandas serta keselamatan perlu dititikberat bagi memastikan keselesaan
murid-murid di sekolah.
5.3 Pengerusi berharap semua guru dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi
meningkatkan pencapaian bukan hanya dari segi akademik malah bukan akademik juga
perlu ditekankan.
5.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dapat berbincang mengenai
perancangan 2019.
Tindakan: Makluman

Minit mesyuarat Pengurusan Bil 1/2019


Sekolah Kebangsaan Merbau, Serian Page 2
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 Tengahari

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.............................................. ........................................
(FILBERT ANAK HAGAR) (MAHDI BIN MANTALI)
Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Pengurusan, SK Merbau, Serian
SK Merbau, Serian

Minit mesyuarat Pengurusan Bil 1/2019


Sekolah Kebangsaan Merbau, Serian Page 3

You might also like