You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

BIL.6 /2020
SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU

TARIKH : 12 NOVEMBER 2020


HARI : KHAMIS
MASA : 1400 P.M
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH

KEHADIRAN :

1. ENCIK OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM (GURU BESAR)


2. ENCIK FILBERT ANAK HAGAR
3. ENCIK RAMZIE BIN JULAI
4. CIK GOH POI GEK
5. ENCIK BESU ANAK MINGGAN
6. ENCIK MATTHEW ANAK MANA
7. ENCIK KUAH@JEBI ANAK ASEH
8. ENCIK AARON DRYER ANAK MIN CHONG
9. PUAN ELLIE ANAK KAMIT
10. PUAN MARRY ANAK SUNKIN
11. ENCIK KHAIDIR BIN SAKAWI
12. CIK NUR BAZILAH BINTI GHAZALI
13. PUAN ENKENIS ANAK SIDI

AGENDA :

1. Perutusan Pengerusi
2. Rancangan Pengajaran H arian PDPR
3. Jadual Bertugas Guru
4. Tapak Pengisian PBD dan PBS
5. Hal-hal lain

AGENDA
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah.


1.2 Beliau juga menyampaikan maklumat terkini berkaitan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran Dari Rumah.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah
merupakan tugas utama yang perlu digalas oleh semua guru.

Tindakan: Makluman

2.0 MENGESAHKAN MINIT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Matthew Mana dan
disokong oleh Encik Khaidir Sakawi.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PDPR

3.1 Rancangan Pengajaran Harian perlu diseragamkan. Format Rancangan Mengajar


adalah seperti berikut :

Tarikh :
Nama Guru :
Mata Pelajaran:
Aktiviti :
Refleksi :

3.2 Bahan aktiviti murid perlu dikepilkan bersama Rancangan Pengajaran Harian
tersebut.
3.3 Bahan aktiviti murid akan diedarkan ke setiap Kampung.
3.4 Ibu bapa murid boleh mengembalikan bahan aktiviti yang telah siap ke dalam
kotak yang disediakan di dewan mengikut urutan kelas.
3.5 Guru akan menyemak bahan aktiviti murid.

Tindakan: Semua Guru

4.0 JADUAL BERTUGAS GURU


4.1 Guru tidak wajib hadir tetapi boleh dipanggil bila-bila masa.
4.2 Jadual bertugas guru mengikut giliran telah disediakan oleh PK Pentadbiran.
4.3 Guru Besar dan AKP perlu hadir ke sekolah.

Tindakan: Makluman

5.0 TAPAK PENGISIAN PBD DAN PBS

5.1 Ujian untuk setiap Mata Pelajaran tidak dapat dijalankan.


5.2 Tapak PBD – pengisian untuk Tahun 1-Tahun 4.
5.3 Tapak PBS – pengisian untuk Tahun 5 – Tahun 6.
5.4 Tapak tersebut akan disediakan dalam desktop kerani bagi memudahkan guru-
guru untuk mengisi maklumat penilaian murid.

Tindakan:Semua Guru

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Program susu sekolah ditangguhkan ke tahun hadapan. Susu tersebut perlu
disimpan di tempat yang selamat.
6.2 Rancangan Makanan Tambahan akan ditamatkan pembayaran.
6.3 Kokurikulum juga ditangguhkan memandangkan penularan wabak yang masih
menular.
6.4 Sijil akan dibuat untuk murid Tahun 6.
6.5 Pendaftaran murid ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.
6.6 Borang maklumat murid perlu dihantar kepada guru kelas untuk dibuat semakan
pendapatan dan tanggungan.
6.7 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi diatas sokongan semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1530.


Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………… ……………………………………..
(ELLIE KAMIT) ( OTHMAN BIN HAJI IBRAHIM )
Setiausaha Kurikulum Guru Besar,
SK Merbau, Serian SK Merbau, Serian

You might also like