You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN

Isu berkaitan kitar semula kerap menjadi tajuk perbincangan di media massa. Kerajaan
sentiasa mencari jalan untuk menggalakan aktiviti amalan kitar semula dalam kalangan
rakyat Malaysia. Berita Harian pada 23 April 2012, di Pontian Johor Perbadanan Pergurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah melancarkan Kelab Kitar Semula di
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat, dalam usaha untuk meningkatkan
kesedaran keselamatan Alam Sekitar. Pengarah PPSPPA Johor, Zainal Fitri Ahmad, berkata
dalam program tersebut adalah untuk mendidik generasi muda serta mengamalkan budaya
kitar semula dalam kehidupan seharian. Selain itu, menurut akhbar Sinar Harian bertarikh 16
Mei 2012, di Rembau Negeri Sembilan kesemua Kawasan Rukun Teteangga (KRT) digesa
utuk menganjurkan kempen atau program kitar semula di penempatan masing-masing dalam
usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam program berkenaan. Ahli Parlimen
Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu bertepatan memandangkan KRT kini
adalah sebuah organisasi yang mampu menjadi penggerak utama dalam aktiviti masyarakat
berbilang bangsa terutamanya di kawasan perumahan mengenai amalan kitar semula.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 42) amalan boleh diiktirafkan sebagai
suatu yang dilakukan sebagai satu kebiasaan, manakala kitar pula bermaksud kitaran semula
dalam (halaman 797), semula pula bermaksud yang dahulu, yang mula-mula dan sediakala
(halaman 1052), (halaman 307) dalam bermaksud antara atau dalam kalangan, pada (halaman
661) kalangan merujuk kepada lingkungan atau golongan, pelajar pula bermaksud orang yang
belajar (halaman 21), Kesimpulannya, tajuk yang dipilih ialah amalan kitar semula dalam
kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang boleh
didefinisikan sebagai kebiasaan mengitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang.

Banyak kajian berkaitan dengan kitar semula telah dijalankan. Antaranya ialah hasil
kajian yang dijalankan oleh Siti Norfazilah Norman pada 2009 mengenai kempen kesedaran
kitar semula dalam kalangan penduduk di Daerah Kudat, Sabah (Universiti Sains Malaysia).
Dalam hasil kajian, peningkatan aktiviti pembangunan telah memberi kesan yang ketara
terhadap peningkatan sisa pepejal. Keadaan ini memerlukan pengurusan sisa pepejal yang
lebih efisen dan salah satu kaedah pengurusan sisa pepejal tersebut adalah kempen kitar
semula yang telah dilakukan di Daerah Kudat, Sabah. Dapatan kajian mendapati kesedaran
penduduk di Daerah Kudat mengenai kempen kitar semula adalah di peringkat sederhana.
(Sumber : https://eprints.ums.edu.my) . Selain itu, hasil kajian yang dijalankan oleh Sulaiman
Bin Kadikon dan Adibah Raudzah Binti Othman (Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia) mengenai persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap kitar semula
menurut perspektif Islam. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap
Program Kitar Semula, tanggungjawab melaksanakan kitar semula dan kitar semula menurut
Islam. Kepentingan kajian ini ialah untuk memberikan pengetahuan dan penjelasan umum
kepada masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan kesedaran terhadap pelajar-pelajar
Universiti Teknologi Malaysia tentang tanggungjawab kitar semula untuk kesejahteraan
bersama. (Sumber : https://eprints.utm.edu.my)

Seterusnya, hasil kajian yang dijalankan oleh Seow Ta Wee dan Indera Syahrul Mat
Radzuan (Universiti Tun Hussien Onn) mengenai sikap masyarakat terhadap program kitar
semula di Daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini dijalankan bermatlamat untuk mencapai
peningkatan satu peratus dalam program kitar semula tahunan. Dalam kajian ini, aktiviti kitar
semula didapati bukanlah suatu tabiat yang sering diamalkan oleh warga Malaysia dalam
menguruskan sampah sarap harian. Kajian ini bermatlamat untuk memahami pengetahuan
dan sikap masyarakat di Daerah Batu Pahat, Johor dalam perlaksanaan program kitar semula.
(Sumber : https://eprints.uthm.edu.my)

Rasional kajian ini dibuat ialah masalah jumlah sampah yang semakin bertambah
disebabkan oleh banyak tin minuman, kotak minuman, dan plastik makanan yang dijual di
kantin dan koperasi sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar sering membuang
sampan dikawasan yang tidak sepatutnya. Hal ini telah menjejaskan kualiti kebersihan di
sekolah. Selain itu, kemudahan tong sampah kitar semula yang disediakan oleh pihak sekolah
tidak digunakan dengan cara yang betul. Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar tidak
mengikut peraturan yang ditetapkan dengan membuang sampah di dalam tong sampah kitar
semula mengikut kategori yang sepatutnya. Hal ini telah menyebabkan kajian dilakukan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang.

Secara keseluruhan, amalan kitar semula amat penting kepada alam sekitar. Kitar semula
bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai dan menghargai alam sekitar.
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlulah mengasingkan bahan kitar semula ke dalam
tong sampah kitar semula mengikut kod warna masing-masing. Oleh sebab itu, kita perlulah
mengitar semula bagi melindungi bumi kita dari terancam.

You might also like