You are on page 1of 13

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017

PENGAJIAN AM 900/3
SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR

KUMPULAN 1:

1. PREMILA A/P KUNALAN (6A2)


2. NAJLAA BINTI KAMARUZAMAN (6A2)
3. NUR ZARIFAH SYAMIMI BINTI TAJUDDIN (6A1)
4. NUREZZATUL NADHIRA BINTI MOHD FADZLUDIN (6A2)

GURU PENGAJIAN AM:


PUAN NURADILAH BINTI ILYAS
SOALAN
DALAM USAHA MEMBANTU PEMBANGUNAN
NEGARA ISLAM, MALAYSIA DAN NEGARA
ANGGOTA PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM
(OIC) YANG LAIN TELAH BERDEPAN DENGAN
PELBAGAI MASALAH. JELASKAN.
MASALAH
PENGENALAN
Negara-negara Islam hari ini memerlukan perhatian dan
bantuan daripada pihak OIC. Namun begitu, pelbagai
masalah telah menyebabkan pembangunan sukar
dijalankan.
MASALAH 1 KEMISKINAN

Kemiskinan masih berlaku dalam kalangan masyarakat


Islam di benua Afrika.
Kemiskinan yang dihadapi kebanyakannya berpunca
daripada keadaan bumi yang berbukit bukau dan
bergurun serta kurang subur dan gersang.
Hal ini menyukarkan bantuan dihulurkan.
MASALAH 2 MASALAH BUTA HURUF

Masalah buta huruf masih berlaku khususnya dalam


kalangan orang-orang tua.
Terdapat negara Islam yang tidak membenarkan anak-
anak perempuan mereka belajar di sekolah.
MASALAH 3 BENCANA ALAM

Faktor bencana alam tidak dapat dielakkan.


Kebanyakan negara Islam khususnya kawasan Afrika dan
Asia terdedah dengan bahaya bencana seperti kemarau,
letusan gunung berapi, banjir dan ribut taufan.
MASALAH 4 MASALAH KESELAMATAN

Rakyat di negara-negara Islam terdedah dengan ancaman


keselamatan terutama negara-negara Timur Tengah.
Gara-gara pihak yang tidak bertanggungjawab
menimbulkan keganasan telah menyebabkan keselamatan
rakyat di negara-negara Islam kurang terjamin.
MASALAH 5 MASALAH KESIHATAN

Rakyat di negara Islam terutamanya di Afrika turut


mengalami masalah kesihatan.
Kurangnya penjagaan kesihatan dan kemudahan
perubatan telah menyebabkan ramai yang menjadi
mangsa penyakit tertentu.
Tidak kurang juga yang mati akibat tiada makanan yang
mencukupi dan berkhasiat.
MASALAH 6 MASALAH PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI

Kebanyakan negara Islam mengalami masalah


komunikasi dalam bahasa Inggeris dengan negara-negara
barat.
Negara-negara Islam juga mengalami kekurangan
teknologi dan tidak celik IT.
Hal ini menyebabkan bantuan teknikal mengambil masa.
MASALAH 7 MANGSA PEREBUTAN WILAYAH

Rakyat Islam juga menjadi mangsa perebutan wilayah


yang berlaku begitu lama khususnya di Palestin.
Kanak-kanak, orang tua dan wanita sukar diselamatkan
kerana terperangkap dalam negara yang berperang.
Bantuan makanan dan perubatan juga tidak dapat dihantar
kerana peperangan yang meletus.
PENUTUP
Masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat negara-negara
Islam memerlukan perhatian dan bantuan daripada semua
pihak.
SEKIAN, TERIMA KASIH!

You might also like