You are on page 1of 12

HTU 223/2

TAMADAN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(TITAS)
SEMESTER 2

SIDANG AKADEMIK 2015/2016

Nama Pensyarah: Dr Aida Maslam @ Baharudin

Tugasan:

Penjajahan British meletakkan masyarakat di Malaysia secara terpisah. Masyarakat Cina di tugaskan
untuk mengusahakan lombong bijih, masyarakat Melayu dengan tanah pertanian dan masyarakat India
bertanggungjawab mengerjakan ladang getah. Bincangkan kesan tindakan pihak British tersebut
terhadap sosioekonomi masyarakat di Malaysia pada masa kini.

Ahli kumpulan:

Bil Nama No matrik Tandatangan


1 Sarah Alia bin Md Wakif 124981
2 Nor Aerina Aerin binti Mohd Ruzi 124962
3 Jahira binti Alias 125136
4 Elly Nur Myaisara binti Maizul 124940
Nama : Sarah Alia bin Md Wakif
Pusat Pengajian : Kejuruteraan Awam
No Matrik : 124981
No K.P. : 950614146792
No Telefon : 010-808 9914
Email : sarahaliawakif95@gmail.com

Nama : Nor Aerina Aerin binti Mohd Ruzi


Pusat Pengajian : Kejuruteraan Awam
No Matrik : 124962
No K.P. : 951030145010
No Telefon : 017-654 1210
Email : aerinruzi@gmail.com

Nama : Jahira binti Alias

Pusat Pengajian : Kejuruteraan Kimia

No Matrik : 125136

No K.P. : 950726015928

No Telefon : 017-322 5106

Email : jahiraalias@gmail.com

Nama : Elly Nur Myaisara binti Maizul

Pusat Pengajian : Kejuruteraan Awam

No Matrik : 124940

No K.P. : 950807017188

No Telefon : 017-782 1662

Email : enmyaisara@gmail.com
PENGENALAN

Keluasan Malaysia adalah 340,000 kilometer persegi, terbahagi kepada dua wilayah iaitu
Semenanjung Malaysia serta Sarawak dan Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo. Terdapat 11 buah
negei di Semenanjung Malaysia, 9 buah negeri diketuai oleh Sultan sementara dua buah negeri iaitu
Melaka dan Pulau Pinang diketuai oleh Yang Dipertuan Negeri. Walau bagaimanapun, pembentukan
kerajaan Malaysia mempunyai asal-usul yang kompleks dan unik yang memperlihatkan keunikan dan
kepelbagaian budaya

Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat majmuk


yang ada pada hari ini. Sebahagian besar proses pembentukan itu adalah kerana perkembangan
penjajahan British (1786-1957), terutama dalam usaha-usaha ekploitasi ekonomi yang dilakukan.
Malah dapat dikatakan penbentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah legasi penjajah British,
yang telah mentransformasikan sebuah masyarakat homogenous kepada heterogenous lalu membentuk
tiga kaum utama di Malaysia

Ketiga-tiga etnik utama di Malaysia menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza. Kaum
berbangsa Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar selalunya menjalankan kegiatan pertanian
berskala kecil iaitu sebagai pesawah, petani dan nelayan. Manakala, kaum berbangsa Cina pulah
diasingkan di kawasan perlombongan dan bandar yang menjalankan kegiatan perlombongan dan
perniagaan. Tidak lupa juga kaum yang berbanga India yang diasingkan di kaawasan luar bandar dan
perladangan yang berkerja sebagai buruh kasar dan menjalankan aktiviti perladangan.

Sejak dilaksanakan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, kerajaan menyediakan generasi
muda luar bandar dengan asas pendidikan yang kukuh, dan gologan ini telah berhijrah ke bandar
melarikan diri dari situasi kemiskinan luar bandar dan dalam masa yang saman tertarik dengan
peluang-peluang membangunkan diri yang terdapat di bandar-bandar. Galakan yang diberikan oleh
kerajaan itu adalah sebagai usaha penyusunan semula masyarakat di Malaysia iaitu untuk membasmi
kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat supaya aktiviti ekonomi tidak mengikut garis-
garis kaum.
ISI DAN HURAIAN

Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, corak campur tangan
kuasa - kuasa Eropah telah mengalami perubahan. Menerusi perjanjian tersebut, kawasan kawasan
pengaruh dan perdagangan bagi kedua dua kuasa besar itu ditentukan dengan sejelas-jelasnya.
Dengan kurangnya persaingan, penjajah Inggeris berjaya mendapat kerjasama Negeri-negeri Melayu
melalui kompeni India Timur. Keadaan ini memberi kejayaan pada pihak Inggeris meluaskan
perdagangan mereka di Tanah Melayu dan pelabuhan pelabuhan telah dibuka seperti di Pulau Pinang
dan Singapura.

Sungguhpun sebahagian besar aktiviti aktiviti ekonomi hanya tertumpu kepada perdagangan,
namun kegiatan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan mulai dijalankan. Namun demikian,
perlombongan bijih timah merupakan sumber hasil utama di beberapa buah negeri Melayu. Peluang
peluang yang ada dalam sektor perlombongan dan pertanian telah menarik minat pelabur-pelabur,
pedagang-pedagang, dan buruh-buruh imigran ke negeri selat.

Pada akhir abad ke-19, kawalan politik yang diamalkan oleh Inggeris jelas memberi kesan ke
atas kedudukan ekonomi di negara ini. Pihak British telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di
mana kaum cina menjadi pengusaha perindustrian dan menjalankan perusahaan perlombongan dan biji
timah, kaum Melayu tertumpu kepada pertanian dan tanaman kecil-kecilan seperti padi dan getah
manakala kaum india menjalankan penanaman ladang seperti kelapa sawit.

Sejak tahun1896, pihak Inggeris telah berusaha untuk melaksanakan penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang melibatkan Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tujuan persekutuan
ini ialah untuk menyelesaikan masalah asas seperti penyelarasan dasar dan sistem pengambilan buruh-
buruh asing, mengimbangi kemajuan infrastruktur dan melaksanakan satu dasar serta sistem tanah yang
selaras dan seragam. Hasil daripada persekutuan ini maka wujudlah:

o Kemajuan sistem jalan raya dan kereta api bagi pantai barat semenanjung.

o Pembukaan ladang ladang dan estet pertanian

o Kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

o Kewujudan pendidikan (sekolah jenis kebangsaan)

o Mengukuhkan dasar pecah dan perintah di Negeri-negeri jajahan Inggeris.


Pembukaan Ladang Ladang dan Estet Pertanian

Malaysia mempunyai tanah yang luas dan subur serta sumber-sumber tenaga yang mencukupi.
Terdapat kira-kira 321/2 juta ekar tanah di negara ini dan hanya 1/3 sahaja yang telah dibangunkan dan
dimajukan. Selain penanaman padi yang merupakan makanan utama rakyat negara ini, Malaysia
menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit (seluas juta ekar) yang mana kedua-duanya
memberi kejayaan yang baik dalam perkembangan ekonomi Malaysia. Dalam pada itu, Malaysia juga
menaruh harapan yang sepenuhnya dalam memajukan projek penanaman koko secara komersial di
samping memajukan projek penanaman kelapa sawit seluas juta ekar. Oleh itu, Malaysia merupakan
sebuah negara yang mana kemakmuran ekonominya berasakan sektor pertanian.

Pada tahun 1975, sektor pertanian mencatatkan 30% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) dan 45% daripada pendapatan eksport. Sebagai sebuah sektor yang utama, sektor pertanian
memainkan peranan yang amat penting sebagai jentera pertumbuhan ekonomi. Keluaran sektor yang
meliputi getah, kelapa sawit, kayu balak, koko telah meningkat dengan pesat sebanyak 5.2% setahun
bagi tempoh 1976 1980.

Proses mempelbagaikan sektor pertanian yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan ke


atas getah telah berjaya memperluaskan asas sektor pertanian dan pendapatan eksport barangan hasil
daripada pengeluaran kelapa sawit, koko dan kayu balak.

Proses mempelbagaikan sektor pertanian juga telah disokong oleh Dasar Pertanian Negara
(DPN) yang telah dilancarkan pada awal tahun 1984. DPN bertujuan untuk mempertingkatkan
produktiviti, kecekapan, dan daya persaingan sektor pertanian termasuk ternakan air dan tanaman
perdagangan.

Penanaman padi secara besar-besaran di kawasan jelapang padi dengan menggunakan teknik-
teknik moden dan diuruskan oleh kumpulan pengurusan ikhtisas yang terlatih, telah diberi galakan.
Semua tanah sawah yang tidak diusahakan untuk pengeluaran padi telah diubah penggunaan secara
berperingkat-peringkat kepada pengeluaran tanaman tanaman lain yang lebih menguntungkan.
Pengubahsuaian tanah bekas lombong untuk kegunaan pertanian juga telah diusahakan.

Berbagai-bagai model telah dibentuk sebagai usaha untuk melaksanakan program-program


penyatuan tanah dan pemulihan tanah-tanah terbiar. Model-model tersebut meliputi tanaman kekal,
tanaman kontan termasuk tembakau dan sayur-sayuran dan tanaman padi. Model-model tanaman kekal
termasuk projek-projek pembangunan kampung tradisional ialah seperti di Kampung Kok,Kedah,
Teratak Batu, Kelantan dan Ulu Berang,Terengganu yang dilaksanakan oleh Lembaga Penyatuan dan
Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA). Projek mini estet di Parit Seraya, Johor pula dilaksanakan
oleh Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) manakala projek koko berkelompok dilaksanakan
oleh Jabatan Pertanian dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Kewujudan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) 1971-1990 dilaksanakan untuk mencapai matlamat
Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dirangka untuk mencapai matlamat menyeluruh perpaduan
negara dan pembinaan sebuah negara menerusi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan
penyusuan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan
kedudukan kawasan.

Peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan bahawa penekanan yang diberikan terhadap ekonomi
semata-mata adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosio-ekonomi yang tidak
seimbang di kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu, DEB yang telah dirangka pada tahun 1970,
mengakui bahawa sebarang usaha pembangunan yang dibuat tanpa mengambil-kira sepenuhnya
masalah-masalah sosio-ekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dan wilayah akan
menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tidak disertai oleh pengagihan yang akhirnya membawa
kepada sebuah masyarakat yang berpecah-belah dan kedudukan negara yang tidak terjamin. Oleh itu,
penekanan yang lebih kuat diberikan terhadap matlamat perpaduan dan integrasi negara menerusi
pengagihan pendapatan dan peluang-peluang ekonomi yang lebih saksama antara semua rakyat
Malaysia.

DEB merupakan satu formula yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 untuk
memulihkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara kita, di antara kaum, wilayah dan
kawasan di dalam wilayah yang sama. Matlamat utama DEB ialah perpaduan negara. DEB
menyediakan satu rangka asas bagi melibatkan semua rakyat Malaysia dengan lebih saksama di dalam
proses pembangunan untuk mencapai perpaduan negara.

Kejayaan DEB daripada segi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula corak tenaga
kerja serta pemilikan kekayaan adalah membanggakan walaupun prestasi ekonomi negara pada
sebahagian besar tempoh Rancangan Malaysia Keempat (RME) telah dipengaruhi oleh suasana
ekonomi dunia yang tidak menentu. Pencapaian kadar pertumbuhan ekonomi dalam negeri yang tinggi
pada tahun 1970-an telah mempercepatkan kemajuan ke arah matlamat DEB. Walau bagaimanapun,
pada awal 1980-an merupakan tempoh yang lebih mencabar bagi kedudukan ekonomi negara ini. Ini
disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia dan keadaan ini telah melambatkan pencapaian matlamat
penyusunan semula di dalam DEB.

Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan

British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan efisien untuk
membawa hasil ekonomi terutamanya bijih timah, emas dan getah ke pelabuhan untuk dieksport. Oleh
hal demikian, bagi memenuhi keperluan ini, landasan kereta api dan jalan raya telah dibina. Tambahan
pula, pengakutan laut dan udara juga turut diperkenalkan.

Perkhidmatan kereta api telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19. Semasa
pentadbiran British terdapat tiga peringkat perkembangan landasan kereta api. pada peringkat pertama
landasan kereta api telah dibina untuk memenuhi keperluan perlombongan bijih timah dan
menghubungkan kawasan lombongan dengan pelabuhan. Bagi peringkat kedua pula, landasan kereta
api digunakan untuk menghubugkan kawasan utara dengan selatan. Malahan, landasan kereta api
dibina untuk memudahkan pentadbiran British. Untuk peringkat ketiga landasan kereta api dibina untuk
memperluaskan pengaruh-pengaruh British di Tanah Melayu. Di samping itu, perkhidmatan kereta api
juga menjadi pengakutan awam bagi penduduk Tanah Melayu.

Perkembangan jalan raya pula, pada peringkat awalnya dibina untuk menghubungkan kawasan
perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Apabila meningkatnya penggunaan
kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas pada awal kurunke-20, rangkaian pembinaan jalan raya
semakin pesat.banyak jalan raya telah dibina bagi menghubungan kawasan kegiatan ekonomi dengan
pelabuhan antara bandar besar dengan bandar-bandar kecil. Menjelang tahun 1939, terdapat satu
jaringan jalan raya yang meghubungkan seluruh Tanah Melayu. Namun, perkembangan jalan raya ini
hanya tertumpu di kawasan pentadbiran British.

Kemajuan ekonomi juga membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal
terbang. Pada tahun 1890, Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura untuk memberikan
perkhidmatan kapal wap kepada negeri-negeri Melayu. Kapal susur pantai ini membawa bekalan
makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah. Perkhidmatan pernerbangan
awam pula telah diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service pada tahun 1937. Syarikat ini
bertempat di singapura yang memulakan pernerbangan dalam negeri ke Singapura, Pulau Pinang dan
Kuala Lumpur. Selepas Perang Dunia Kedua, perkhidmatan penerbangan awam telah dikendalikan
oleh Syarikat Penerbangan Tanah Melayu.

Perkembangan kemajuan perhubungan sistem pengangkutan pada zaman British telah


memberikan kesan-kesan yang postitif kepada masyrakat Malaysia kini. Antara kesanya, adalah
meningkatan perkembangan ekonomi dalam import dan eksport ke negara-negara lain. Tambahan pula,
dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat dan juga menjimatkan masa kerana mempunyai
sistem pengakutan yang efisien. Selain itu, dapat menjadi alat perhubungan bandar dan luar bandar.
Malahan, dengan adanya sistem perhubungan hasil-hasil bumi dapat diangkut dengan mudah.

Kewujudan Sistem Pendidikan

British telah memperkenalkan sistem pendidikan vernakular yang bermaksud sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Antara jenis sekolah yang telah wujud semasa
zaman pentadbiran British ialah sekolah Melayu, sekolah cina, sekolah Tamil, sekolah Inggeris dan
sekolah agama. Setiap sekolah mempunyai dasar pembelajaran yang berbeza.

Sekolah melayu didirikan untuk member pendidikan secular kepada anak-anak petani dan
nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni
pertukangan dan perkebunan. Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah
enam. Pihak british sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan pendidikan di kalangan anak melayu.
Pendidikan yang diberikan hanya sekadar menjadikan orang melayu sebagai petani dan nelayan. Oleh
itu, pihak British tidak menyediakan sekolah menengah. Lulusan sekolah melayu hanya layak mejadi
guru, kerani dan menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan. Malahan lulusan sekolah melayu hanya
berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruaan.

Pendidikan cina pula diusahakan sendiri oleh masyarakat cina dan hanya tertumpu dikawasan
bandar. Pada peringkat awal, sekolah cina menggunakan pelbagai loghat bahasa cina sepperti teochew,
hokkien, kantonis dan hakka. Pendidikan sekolah rendah hanya diberikan selama enam tahun. Namun,
berbeza pula dengan pendidikan cina mereka menyediakan sekolah menengah untuk melanjutkan
pelajaran. Sekolah cina mengunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China. Tenaga
pengajar juga dibawa daripada China.
Sekolah tamil pula diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat india.
Kebnayakan sekolah tamil didirikan di kawasan ladang-ladang getah. Sukatan pelajaran, buku-buku
serta guru-guru dibawakan dari India. Adakalanya penyelia ladang ataupon kangani akan mengajar
sekolah tersebut.

Sekolah Inggeris yang pertama didirikan ialah seperti Penang Free School dan Malacca Free
School. Sekolah-sekolah inggeris menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka
kepada semua kaum. Sukatan pelajarannya mengikut sisitem pendidikan England. Lulusan sekolah
Inggeris berpeluang menlanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kejuruteraan, guamaan dan juga
pentadbiran. Oleh itu, mereka telah diberi keutamaan untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam
perkhidmatan awam.

Namun demikian, sistem pendidikan Malaysia mengalami perubahan untuk mengatasi


kekurangan dan memenuhi keperluaan asas. Oleh itu Dasar Pendidikan kebangsaan telah diwujudkan
untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengatar yang utama disetiap sekolah.
Mewujudkan kurikulum yang sam berorentasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Selain itu
menyelaraskan sistem peperiksaan, mempertingkatkan pendidikan kerohanian, jasmani, displin dan
keagaamaan.

Antara kesan kewujudkan sistem pendidikan kepada masyarakat Malaysia kini adalah
memberikan setiap masyarakat untuk menuntut ilmu dan pengetahuan bagi mendapatkan pekerjaan
yang lebih baik. Selain itu, dengan wujudkan sistem pendidikan kita mampu bersaing secara sihat
dengan negara-negara yang pesat membangun dari segi pembangunan, pendidikan dan juga ekonomi.
Malahan, sistem pendidikan juga bertujuaan untuk memupuk semangat cinta akan negara dan sifat
kewarganegaraan. Tambahan pula, hari ini pendidikan dapat mewujudkan semangat perpaduan antara
kaum dan integrasi nasional. Sistem pendidikan juga mampu memenuhi keperluaan tenaga kerja.
ANALISIS PROJEK

Satu kaji selidik atas talian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan am serta
pendapat mahasiswa mahasiswi Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia mengenai kesan
penjajahan British terhadap sosioekonomi masyarakat Malaysia. Menerusi kaji selidik ini, kami
menfokuskan kepada empat kesan besar penjajahan British terhadap sosiekonomi masyarakat
Malaysia. Empat kesan tersebut adalah:

1. Kemajuan dalam sistem pengangkutan di Malaysia

2. Sistem pendidikan di Malaysia

3. Dasar Ekonomi Baru

4. Pembukaan ladang-ladang di Malaysia

Menerusi empat kesan besar itu, kami sertakan juga dua buah soalan umum berkait dengan
kesan yang dinyatakan tadi. Berdasarkan kajian, majoriti besar responden dapat mengenal pasti fungsi
utama pengangkutan pada zaman pemerintahan British. Namun masih ada segelintir yang keliru
dengan menyatakan bahawa sistem pengangkutan diperkenalkan di Tanah Melayu bertujuan untuk
mengaut keuntungan penjajah walhal ia lebih kepada fungsi sebenarnya iaitu untuk membawa hasil
perlombongan seperti bijh timah dan emas dari kawasan lombong ke pusat pengumpulan. Selain itu,
kebanyakan responden menyatakan kesan pengenalan sistem pengangkutan yang dibawa pada zaman
pemerintahan British kepada Malaysia hari ini adalah memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya
dengan kemajuan sistem jalan raya sedia ada. Di samping itu, ia juga memajukan dan memantapkan
sistem pengangkutan di Malaysia sekaligus membangunkan urusan perdagangan di peringkat
antarabangsa.

Seterusnya, bagi impak kedua penjajahan British terhadap sosioekonomi Malaysia, berdasarkan
kaji selidik yang dijalankan, responden-responden datang daripada latar pendidikan yang berbeza.
Kebanyakannya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan serta Sekolah Jenis Kebangsaan.
Di peringkat pendidikan sekunder pula, rata-rata responden mendapat pendidikan di Sekolah Menengah
Kebangsaan. Sebilangan kecil resonden pula bersekolah di Sekolah Tinggi Persendirian Cina, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Teknik dan Vokasional serta Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM). Tidak kurang daripada itu, kami bertanyakan pula pendapat responden tentang kesan
pembahagian dalam sistem pendidikan sekolah rendah di mana ia terbahagi kepada Sekolah
Kebangsaan serta Sekolah Jenis Kebangsaan. Pelbagai pandangan yang bernas dan logik diterima.
Antaranya ialah mereka berpendapat bahawa pembahagian ini akan membawa kepada semangat
perkauman yang tinggi dan perpaduan kaum akan sukar dicapai. Sementara itu, ada juga yang
berpendapat pembahagian ini berkait rapat dengan isu komunikasi. Hal ini kerana maklumat dan proses
pembelajaran akan lebih mudah difahami apabila ia disalurkan menggunakan bahasa pertuturan
seseorang.

Bagi kesan ketiga penjajahan British terhadap sosioekonomi Malaysia ialah Dasar Ekonomi
Baru (DEB). Rata-rata responden keliru bahkan tidak mengetahui fungsi utama DEB diperkenalkan.
Berdasarkan buku NEGARA KITA fungsi utama DEB adalah mewujudkan perpaduan kaum menerusi
kaedah serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan serta penyusunan semula masyarakat. DEB
dipercayai akan memberi kesan yang positif serta kepentingan yang sama rata kepada setiap rakyat
Malaysia. Selain itu, ramai juga responden kurang mengetahui bahawa DEB ini dirancang menerusi
Rancangan Malaysia Ke-dua (RMK2) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato
Hussein. Kebanyakan mereka cuba meneka namun tekaan mereka jauh meleset daripada fakta sebenar.

Akhir sekali, kesan penjajahan British terhadap sosiekonomi masyarakat Malaysia ialah
pembukaan ladang-ladang di Malaysia. Semenjak kedatangan penjajah ke Tanah Melayu lagi, mereka
banyak memperkenalkan dan mengusahakan tanaman-tanaman baru. Mereka beranggapan iklim dan
suhu di Tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman komersial berbanding di negara asal mereka.
Berdasarkan buku. Hubungan Etnik di Malaysia tanaman baru yang diperkenalkan pihak British ialah
pokok getah, kelapa sawit serta koko. Rata-rata responden didapati tahu mengenai hal tersebut. Selain
itu, pada zaman pemerintahan British juga, mereka ada menubuhkan beberapa agensi yang
bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan pertanian seperti RISDA, FELDA dan FELCRA.
Berdasarkan kaji selidik atas talian yang dijalankan, responden-responden kurang cakna mengenai hal
ini. Rata-rata daripada mereka tidak berpengetahuan mengenai perkara ini.
KESIMPULAN

Sudah terang lagikan bersuluh, pengetahuan umum mengenai pembangunan dan kesejahteraan
negara tercinta perlulah dititikberatkan dan disemai dalam jiwa rakyat Malaysia. Hal ini bagi memupuk
rasa cinta akan negara dan patriotisme dalam diri setiap warganegara. Sebagai rakyat Malaysia juga,
kita tidaklah boleh sewenang-wenangnya berasa selesa dengan kemajuan yang dikecapi. Kita
seharusnya perlulah bersikap matang dan terus maju ke hadapan untuk berdiri setanding dengan negara
maju lain sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

RUJUKAN

NEGARA KITA, Institut Tadbiran Awam Negara Kuala Lumpur, 1983

Mansor Mohd.Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohammad Ainuddin Iskandar Lee.2007.
Hubungan Etnik di Malaysia.Ed Ke-2.Pearson Malaysia Sdn Bhd

Zuraini Majid.1985.Masyarakat Malaysia.Ed Ke-2.Tinjauan dan Perbincangan Terhadap


Beberapa Isu dan Topik Semasa.Penerbit Universiti Sains Malaysia

M. Rajendran.1986.Hubungan Luar Asean.Arenabuku Sdn Bhd

http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/25242/Article__5.PDF

http://goo.gl/forms/RFjI5xQpGv

You might also like