You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN REKAAN PASU


KAKTUS DARIPADA BAHAN
TERBUANG DAN TAMAN KAKTUS
PERINGKAT
SK BATANDOK BEAUFORT
2020
KERTAS KERJA PERTANDINGAN REKAAN PASU
KAKTUS DARIPADA BAHAN TERBUANG DAN TAMAN
KAKTUS PERINGKAT SK BATANDOK BEAUFORT
TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

Setiap hari kita membuang sampah sebanyak 5 kilogram. Sampah-sampah ini sekiranya tidak
diuruskan dengan betul dapat menjadi sebuah gunung besar sekiranya dikumpulkan dalam masa
setahun. Kelab Pencinta Alam dengan kerjasama Unit Ko-Kurikulum telah merangka satu
pertandingan rekaan pasu kaktus daripada bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini terbuka kepada
semua kelas dan murid.
Hasil-hasil pasu kaktus ini akan dikumpul dan diadili serta diberikan hadiah kepada
pemenang. Manakala semua pasu hasil murid akan dikumpulkan di tempat khas yang akan di
sediakan sebagai tempat atau taman kaktus. Taman ini seterusnya dijadikan satu kawasan taman
sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat murid dalam seni rekaan.

2.2 Menyokong program kitar semula yang dianjurkan oleh kerajaan.

2.3 Memupuk kecintaan kepada alam sekitar dan pengurusan sisa sampah dengan baik.

2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan murid.

2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi cabaran Perintah Kawalan

Pergerakan.

3.0 RASIONAL

3.1 Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid pada musim Perintah Kawalan Pergerakan

di rumah.

3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Kelab Pencinta Alam dan pendidikan

seni visual untuk diserapkan dalam aktiviti luar.

3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.


4.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN

PENGERUSI: Pn Darmata bt Hj Matlan (Guru Besar)

TIMB. PENGERUSI: Dk Rodzianah Ak Amin (PK Kurikulum)

NAIB PENGERUSI I: En Rusdin b Hj Jaafar (PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI II: Ust Mohd Fazali b (PK HEM)

SETIAUSAHA : En Zulkifli b Kamar

AJK:
1. Puan Noraidah Ahmat
2. Puan Analine Arroyo
3. Puan Jalipah Maat
4. Puan Suziah Mat Sapi
5. Puan Musliah Hj Jusli
6. Hjh Norsimah hj Moktar
7. Cik Hamidah Ag Hamid
8. Cik Noor Maizatulakmar Masrin
9. En Fahrul Azami Kostor
10. En Zainazmi Zaini
11. En Mohd Syazwan Yunus
12. En Mohd Azaha Mat Din

JAWATANKUASA PELAKSANA

Hakim pertandingan
Pn Darmata Hj Matlan
Puan Noraidah Ahmat
Puan DK Rodzianah AK Amin

Hiasan Taman Kaktus


Pn Darmata Hj Matlan
Puan Noraidah Ahmat
Pn Suziah MS
Hjh Nahijah bt Hj Japar
Puan DK Rodzianah AK Amin
Puan Musliah Jusli
Puan Hamidah Ag Hamid

Rekabentuk Taman Kaktus


En Mohd Azaha Mat Din
En Zulkifli Kamar
En Rusdin Hj Jaafar
En Mohd Syazwan Yunus
En Mohd Zainazmi Zaini
Kertas Kerja
En Zulkifli Kamar

Hadiah/ sijil
Pn Suziah MS
Puan Analine Arroyo
Hjh Norsimah Hj Moktar

Fotografi dan dokumentasi


Pn Noraidah Ahmat
En Mohd Zainazmi Zaini
En Mohd Azaha Mat Din

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 1 NOV 2020 – 27 NOV 2020


Tempat : Rumah masing-masing
Tarikh Pengumpulan : 28 NOV 2020 – 18 DIS 2020

6.0 SASARAN

Para peserta terdiri daripada Tahap 1 dan Tahap 2.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS


1 PEMBINAAN TAMAN KAKTUS RM 350.00
2 HADIAH PEMENANG RM 200.00
3 SIJIL RM 50.00
JUMLAH RM 600.00

Disediakan oleh : Disemak oleh :

___________________ ____________________
ZULKIFLI BIN KAMAR RUSDIN BIN HJ JAAFAR
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum
SK Batandok Beaufort SK Batandok Beaufort

Disahkan oleh :

____________________
DARMATA HJ MATLAN
Guru Besar
SK Batandok Beaufort

You might also like