You are on page 1of 49

PENGAJIAN ISLAM

UQI10102 / UQI10602
SEMESTER 1, SESI
2020/2021

TAJUK :
KETAGIHAN GAJET DI KALANGAN BAPA DI MALAYSIA

Disediakan oleh :

NAMA AHLI NO. MATRIK


MUHAMMAD ZAFFHUAN AIEMAN BIN ZUHURI CN200255
MUHAMMAD IRWAN HAFIZ BIN SAIFUL BAHARI CN200215
SITI SARAH BINTI IBRAHIM CN200213
NURUL SAKINAH BINTI NAIMUDDIN CN200072
MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN CN200002
NOOR ALIANA BINTI ROSURI CN200097
SITI ZULAIKHA BINTI SHUKERI CN200244
AMIRUL IMAN AZRUL AW200127

PENSYARAH : DR. FAISAL BIN HUSEN ISMAIL


SEKSYEN 1
KETAGIHAN GAJET DALAM KALANGAN BAPA DI MALAYSIA

MUHAMMAD ZAFFHUAN AIEMAN BIN ZUHURI


MUHAMMAD IRWAN HAFIZ BIN SAIFUL BAHARI
MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN
SITI SARAH BINTI IBRAHIM
NURUL SAKINAH BINTI NAIMUDDIN
NOOR ALIANA BINTI ROSURI
SITI ZULAIKHA BINTI SHUKERI
AMIRUL IMAN AZRUL

LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI TUGASAN BERKUMPULAN


UQ110102 PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


PAGOH

2020
ii

PENGAKUAN

Dengan ini diakui bahawa karya ini adalah hasil kerja ahli kumpulan kami sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

Nama penulis 1 : Noor Aliana Binti Rosuri


Tandatangan : Aliana

Nama penulis 2 : Siti Sarah Binti Ibrahim


Tandatangan : Sarah

Nama penulis 3 : Nurul Sakinah Binti Naimuddin


Tandatangan : Sakinah

Nama penulis 4 : Siti Zulaikha Binti Shukeri


Tandatangan : Zulaikha

Nama penulis 5 : Mohamad Syahmi Bin Mohd Salihin


Tandatangan : Syahmi

Nama penulis 6 : Muhammad Irwan Hafiz Bin Saiful Bahari


Tandatangan : Irwan

Nama penulis 7 : Muhammad Zaffhuan Aieman Bin Zuhuri


Tandatangan : Zaffhuan

Nama penulis 8 : Amirul Iman Zarul


Tandatangan : Amirul Tarikh : 26 Disember 2020
PENGHARGAAN

‫الر ِحيم‬
‫الر ْح َم ِن ه‬ ‫ِب ْس ِم ه‬
‫َّللاِ ه‬

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji hanya bagi Allah
Tuhan sekelian alam, selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad
(s.a.w.), serta seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Bersyukur kehadrat Allah (s.w.t.)
yang telah memberi kesejahteraan dan kelapangan masa sehingga kami dapat menyiapkan kajian
ini bagi menyempurnakan pengajian kami di peringkat Sarjana.

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada pensyarah
kami Dr. Faisal Bin Husen Ismail yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan tujuk ajar
kepada kami. Segala pergorbanan masa yang beliau peruntukkan dalam penyeliaan kajian ini,
serta pelbagai ilmu yang dicurahkan dalam proses pembelajaran amatlah dihargai.

Penghargaan istimewa kepada keluarga yang disayangi yang banyak memberi sokongan
dan dorongan untuk kami dalam menyiapkan kajian ini. Akhirnya didoakan buat semua yang
membantu, semoga Allah (s.w.t.) memberi keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rab al-‘Alamin.
ABSTRAK

Penggunaan gadjet di kalangan para bapa pada zaman kini boleh mendatangkan kesan-
kesan positif dan negatif terhadap keluarga dan masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti faktor utama para bapa di Malaysia mengalami ketagihan gajet dan untuk
mengenalpasti kesan ketagihan gajet dalam kalangan bapa di Malaysia. Kajian ini menggunakan
responden dari kalangan bapa pelajar UTHM dan juga orang awam. Data dikumpulkan
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan aplikasi Google Form sebagai instrumen
kepada seramai 80 orang responden. Berdasarkan dari data yang diperolehi, kajian menunjukkan
bahawa ketagihan gajet di kalangan para bapa di Malaysia memberi impak negatif seperti
kelalaian, kurang rasa bertanggungjawab dan sebagainya.

ABSTRACT

The use of gadgets among fathers today can have positive and negative effects on families and
society. this survey study aims to identify the main factors of fathers in Malaysia experiencing
gadget addiction and to identify the effects of gadget addiction among fathers in Malaysia. This
study uses respondents from the fathers of UTHM students as well as the general public. Data
were collected using a quantitative method that is using the Google Form application as an
instrument to a total of 80 respondents. Based on the data obtained, the study shows that gadget
addiction among fathers in Malaysia has a negative impact such as negligence, less
responsibilities and so on.
vi

KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI ILUSTRASI x
SENARAI SINGKATAN xi

BAB I PENDAHULUAN KAJIAN


1.1 Pengenalan 0
1.2 Latar Belakang Kajian 0
1.3 Objektif Kajian 0
1.4 Persoalan Kajian 0
1.5 Kepentingan Kajian 0

BAB II KAJIAN LITERASI


2.1 Pengenalan 0
2.2 Penggunaan Telefon Pintar dan Gajet 0
2.3 Ketagihan Terhadap Gajet dan Media Sosial 0
2.4 Ketagihan Gajet Merosakkan Hubungan Kekeluragaan 0
2.5 Sakit Mental : Ancaman Masyarakat Moden 0
2.7 Kerangka Konseptual 0

BAB III KAEDAH KAJIAN/METODOLOGI


3.0 Pengenalan 0
3.1 Rekabentuk Kajian 0
3.2 Carta Alir Proses Kajian 0
3.3 Populasi Dan Persempelan 0
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 0
3.4.1 Soal Selidik 0
3.4.2 Pemerhatian Dan Tinjauan 0
3.5 Instrumen Kajian 0
3.5.1 Soalan Soal Selidik (Google Form) 0
3.5.2 Pemerhatian dan Tinjauan 0
3.6 Instrumen Kajian 0
3.6.1 Soalan Soal Selidik 0
3.7 Kesimpulan 0

BAB 1V ANALISA KAJIAN


4.1 Pengenalan 0
4.2 Dapatan dan Analisa Bahagian Maklumat Diri Responden 0
4.3 Dapatan dan Analisa Bahagian Soal Selidik 0
4.3.1

BAB V PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 0
5.2 Gajet dan Hubungan Kekeluargaan 0
5.3 Covid-19 Meningkatkan Kebergantungan Terhadap Gajet 0

BAB V1 KESIMPULAN DAN CADANGAN


6.1 Pengenalan 0
6.2 Kesimpulan dan Cadangan 0

RUJUKAN 41-42
LAMPIRAN 43-45
BAB I

PENDAHULUAN KAJIAN

1.1 PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komukasi atau Information and Communication Technology (ICT)
merupakan teknologi yang mana mempunyai satu ruang lingkup yang sangat luas penggunaannya
dalam aspek pengurusan dan pemprosesan maklumat. ICT ini juga memboleh manusia untuk
mengubah, menyimpan, memproses, memindah dan mendapatkan maklumat tanpa sempadan masa
dan tempat (Gaddix, 2016). Definisi gajet adalah suatu alat atau perangkat yang dirancang dengan
teknologi canggih dengan fungsi yang lebih spesifik serta bersifat praktis atau memudahkan para
penggunanya. Ia bukanlah hanya tertumpu kepada penggunaan internet dan komputer sahaja, tetapi
pada era moden ini juga gajet-gajet seperti Ipad, tablet, telefon mudah alih, kamera digital, telegram
dan lain-lain juga digunakan dengan meluas.

Peningkatan ekonomi telah mengubah gaya hidup manusia seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Dahulu internet merupakan satu medium teknologi komunikasi
yang mahal, kini menjadi saluran maklumat dan komunikasi digunakan secara meluas dan juga
digunakan dengan perisian perkhidmatan tanpa wayar (wireless). Tambahan pula, kebanyakan
penduduk di bandar mahupun di luar bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan internet bagi
memudahkan mereka mengakses internet ke mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka
mahu. Tiada golongan yang canggung dengan facebook, whatsapps, media sosial serta online
games. Jika dilihat golongan warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak turut menjadi pengguna
tegar internet ,Gaddix (2016).

Penggunaan gajet adalah suatu perkara yang sudah menjadi kelaziman buat masyarakat pada
hari ini. Ini merupakan salah satu nikmat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan, dan menjadi
bencana, bila digunakan untuk keburukan. Orang berakal, yang ingin menasihati diri sendiri, ialah
yang hanya menggunakan barang-barang tersebut untuk kebaikan di dunia dan akhirat, contohnya
seperti untuk tujuan berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat dengan mudah dan menimba
ilmu yang bermanfaat.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan , kegunaan gadjet pada hari ini banyak membantu
dalam urusan seharian kita,namun perlu diingatkan bahawa penggunaan gajet yang tidak terkawal
boleh menimbulkan mudarat dan mengakibatkan ketagihan.Sebagai seorang muslim ,kita wajib
menghindari perkara ini daripada berlaku.Hal ini agar ia selamat dari penyakit buta mata dan hati.
Ini mengingat bahawa cahaya yang berasal dari peralatan gadjet yang digunakan dapat menurunkan
kemampuan mata, sekiranya menggunakan pencahayaan yang tinggi ketika bermain gajet.Bahkan
boleh menyebabkan hilangnya nikmat penglihatan mata (buta) dan lebih teruk lagi ialah
menyebabkan masalah buta hati kesan daripada penggunaan gadjet yang tidak terkawal dengan cara
menonton perkara yang menaikkan syahwat dan merosakkan akhlak serta iman seseorang muslim.
Allah ‘azza wa jalla telah menjelaskan akan bahaya buta hati melalui firman-Nya:

‫ُور‬
ِ ‫صد‬ ُ ُ‫ار َولَك ِْن ت َ ْع َمى ْالقُل‬
ُّ ‫وب الهتِي فِي ال‬ ُ ‫ص‬َ ‫فَإِنه َها ََل ت َ ْع َمى ْاْل َ ْب‬

“Sebab, bukanlah mata yang menjadi buta, tetapi hati yang ada di dalam dada lah yang menjadi
buta” (Qs. Al Hajj: 46).

Maksudnya, kebutaan yang menimpa hati adalah kebutaan hakiki yang menyebabkan kerugian di
dunia dan akhirat. Dan hal ini disebabkan kerana meninggalkan jalan petunjuk dan meniti jalan
kesesatan, sebagaimana yang Allah menceritakan tentang kaum Nabi Saleh.

Bapa merupakan tunjang utama dalam melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan
bahagia.Bak kata pepatah “Kasih ibu bawa ke syurga. Kasih bapa sepanjang masa”, dari petikan
pepatah itu sendiri dapat dilihat peranan seorang bapa dalam memberikan kasih sayang buat seisi
keluarga. Bapa berperanan sebagai pelindung keluarga dari segi penyediaan tempat tinggal dan
sebagainya. Seterusnya, bapa juga berperanan sebagai pendidik dan memupuk disiplin dalam diri
anak-anak. Jika seorang bapa itu bertanggungjawab dalam memaikan peranan dalam mendidik anak-
anak meraka, maka secara tidak langsung, anak-anak akan mendengar kata dan institusi
kekeluargaan akan mencapai tahap intitusi keluarga yang bahagia dan harmoni. Menurut Al-Imam
bin Ibn al-Qayyim, menjelaskan bahawa seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan terhadap
kerosakan anak-anaknya. Kata Al-Imam “Maka telah rosak anak-anak atas kesan mengikut
kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka” (Tuhfatul Maudud). Jelas disini bapa merupakan
contoh rujukan utama buat anak-anak, jika bapa menunjukkan nilai negatif di depan anak,
kemungkinan ianya akan menjurus kepada sikap negatif dalam keperibadian anak-anak.

Hidup di zaman serba teknologi ini memang tidak dinafikan setiap orang akan terdedah
dengan teknologi yang disediakan sebagai contoh gajet, internet dan sebagainya. Tidak menjadi satu
kesalahan untuk menggunakannya tetapi jangan sehingga mendatangkan kelalaian dalam diri kerana
ia akan memberikan kesan buruk untuk diri dan masyarakat. Penggunaan teknologi ini bukan sahaja
terdedah kepada golongan muda malahan ianya digunapakai oleh golongan tua. Kebanyakan yang
dapat dilihat isu penggunaaan gajet ini sering dikaitkan dengan golongan muda dan anak-anak.
Bagaimana pula dengan golongan tua dan ibubapa? Golongan seperti ini juga perlu diberi perhatian
terhadap isu penggunaan gajet yang berlebihan. Setiap individu perlu memainkan peranan penting
dalam mengawal diri semasa menggunakan gajet. Bapa tidak seharusnya meluangkan masa yang
terlalu lama sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam memberi didikan dan mencurahkan kasih
sayang buat seisi keluarga. Sebagai ketua keluarga, tauladan yang baik memberikan contoh dan imej
yang baik untuk dijadikan inspirasi buat seisi keluarga.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada era kemodenan yang sedang berkembang dengan pesat ini, teknologi kini semakin hari
semakin bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan di dunia ini termasuklah Malaysia. Majoriti
penduduk di Malaysia rata-rata mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit seorang.
Kini, telefon bimbit juga digelar sebagai telefon pintar oleh kerana perkembangan evolusi dari segi
saiz, reka bentuk, dan terutamanya fungsi yang mempunyai ciri-ciri pengkomputeran maju serta
skrin sentuh. Oleh sebab itu, pelbagai persepsi yang sering diperkatakan mengenai kebaikan serta
keburukan penggunaan telefon bimbit dalam setiap peringkat umur dari kanak-kanak hingga ke
golongan dewasa.

Seiring peredaran masa, penggunaan telefon pintar menjadi antara perkara wajib kepada
semua orang. Walaupun berkaitan soal tugas di pejabat, dalam tidak sedar penggunaan telefon pintar
tanpa kawalan dalam kalangan orang dewasa boleh memberi kesan besar kepada si
anak. Penggunaan telefon pintar tanpa had walaupun untuk menyemak e-mel atau menonton video
dan melayari laman web tertentu mempunyai kebarangkalian menyumbang ke arah salah laku
kanak-kanak menurut kata-kata daripada Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti
Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak. Menurutnya, masalah yang sering terjadi apabila
ibu bapa atau penjaga kerap mengawal masa penggunaan telefon bimbit anak-anak, namun dalam
tak sedar mereka tidak mengawal penggunaan telefon bimbit oleh diri sendiri sehingga
menyebabkan kurang waktu berinteraksi dengan anak-anak.

Menurut Proffesor Brandon dari Illinois, United Stated berdasarkan kajiannya, penggunaan
teknologi bukan saja bersifat terus seperti kesan kanak-kanak yang menggunakan gajet tetapi juga
bersifat tidak langsung iaitu kesan daripada interaksi ibu bapa dengan anak yang terbatas. Ini berlaku
disebabkan penggunaan telefon bimbit yang berlebihan dan tidak terkawal, apabila di meja makan,
ibu atau bapa sibuk melihat e-mel kerja atau melayari internet untuk hiburan diri sendiri. Oleh sebab
itu, telefon bimbit ini banyak memberikan kesan buruk selain daripada kesan yang baik tidak kira
golongan anak-anak dan terutamanya golongan ibu dan bapa kerana pembesaran anak-anak adalah
pengaruh daripada contoh yang diberikan oleh mereka.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1 . Mengenalpasti faktor utama ketagihan gajet dalam kalangan bapa di Malaysia.

2 . Mengenalpasti kesan ketagihan gajet dalam kalangan bapa di Malaysia.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama kalangan bapa di Malaysia
mengalami ketagihan gajet. Hal ini kerana disebabkan faktor-faktor ini, kelekaan dan kecuaian
boleh berlaku di kalangan bapa. Sebagai contoh, disebabkan terlalu fokus membalas mesej
daripada kawan-kawan, sesetengah bapa sanggup membalas mesej tersebut ketika memandu
kenderaan dan mengundang kepada kemalangan. Tuntasnya, dengan mengenalpasti faktor-faktor
yang menyebabkan kalangan bapa menjadi ketagih dengan gajet, kita dapat mencegah daripada
berlakunya perkara tersebut.

Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan ketagihan gadjet dalam kalangan
bapa di Malaysia. Hal ini kerana ketagihan gajet boleh membawa kesan yang buruk untuk
kalangan bapa. Contohnya, kalangan bapa akan cuai dan kurang bertanggungjawab menjalankan
tugas sebagai seorang bapa dan seorang suami disebabkan oleh ketagihan gadjet yang melampau.
Kesimpulannya, kesan-kesan yang buruk dapat kita cegah dari awal jika kita dapat
mengenalpasti puncanya.
1.4 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor utama ketagihan gajet dalam kalangan bapa di Malaysia?

2. Adakah ketagihan gajet dikalangan bapa di Malaysia dapat menimbulkan permasalahan


dalam keluarga?
3. Apakah kesan negatif terhadap ketagihan gajet dalam kalangan bapa di Malaysia?

4. Apakah tanggungjawab individu dalam membendung ketagihan gajet dalam kalngan


Bapa di Malaysia?

Setelah kami membuat penelitian dan perbincangan, kami telah menyediakan beberapa persoalan
mengenai ketagihan gadjet dalam kalangan bapa di Malaysia. Tujuan kami penyediaan persoalan
ini adalah untuk membuat perbandingan dan hipotesis bagi mengetahui sejauh manakah kalangan
bapa di Malaysia telah mengalami ketagihan gajet. Selain itu, secara tidak langsung persoalan
yang ini dapat menyuntik kesedaran kepada kalangan bapa tentang tahap ketagihan gajet yang
dialaminya atau sebaliknya. Sebenarnya, tanpa sedar, terdapat segelintir bapa yang mengabaikan
atau tidak mengambil berat perihal ketagihan gajet dan menyebabkan mereka mengalami
masalah dalam hubungan komunikasi antara individu lain seperti keluarga, rakan sekerja serta
masyarakat sekeliling. Mereka juga perlu sedar bahawa mereka contoh dan menjadi teladan
untuk generasi muda.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini membolehkan pihak penyelidik mengetahui antara faktor utama yang menjadi punca
berlakunya ketagihan gadjet dalam kalangan bapa di Malaysia . Selain itu , kajian ini dapat menghuraikan
tentang persepsi masyarakat khususnya golongan bapa tentang permasalah-permasalah serta isu-isu yang
berbangkit mengenai ketagihan gajet serta kesannya terhadap diri , keluarga, masyarakat dan juga negara.
Melalui kajian ini , penyelidik dapat memperoleh data kajian dengan mudah hasil kerjasama daripada pihak
responden sepanjang kajian ini dijalankan . Justeru itu , penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini
dapat membentuk persepsi yang positif dalam diri bapa-bapa di Malaysia yang terjebak dengan ketagihan
gajet dan diharapkan dapat membantu para bapa untuk mengatasi masalah ketagihan gajet didalam diri
mereka.
BAB II

KAJIAN LITERASI

2.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan secara literatur ke atas isu yang melibatkan dengan ketagihan gajet
dikalangan para bapa. Seiring peredaran masa, penggunaan telefon pintar menjadi antara perkara
wajib kepada semua orang. Walaupun berkaitan soal tugas di pejabat, dalam tidak sedar
penggunaan telefon pintar tanpa kawalan dalam kalangan orang dewasa boleh memberi
kemudaratan dari aspek fizikal dan juga mental. Secara umumnya bab ini meliputi kandungan
mengenai penggunaan telefon pintar termasuk dengan ketagihan terhadap gajet dan media sosial.

2.2 PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DAN GAJET

Munculnya kemajuan teknologi telah menyebabkan penyebaran komunikasi tanpa


sempadan seperti tercetusnya peranti teknologi mudah alih seperti telefon pintar, tablet PC dan
iPad. Maklumat boleh diambil, diedarkan dan dikongsi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila
masa dan ruang platform hanya dengan satu klik sahaja. Ini membawa kepada apa yang dikenali
hari ini sebagai zaman maklumat atau zaman digital dimana pengetahuan atau maklumat yang
luas disediakan untuk manusia bagi memahami dan memanfaatkan sesuatu perkara yang
bersesuaian dengan keperluan mereka sendiri (Ruben, 1985).
Berdasarkan data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (2017), terdapat 42.3 juta langganan telefon bimbit di Malaysia berbanding tahun 2005
dengan hanya 16.2 juta langganan mudah alih. Tinjauan itu mengesahkan bahawa sejak 10 tahun
kebelakangan ini, pemilikan peranti pegang tangan seperti telefon bimbit sahaja telah meningkat
lebih dari 200%. Keprihatinan juga timbul dikalangan ibu bapa mengenai masalah sosial dan
kesihatan yang dipengaruhi oleh penggunaan telefon bimbit (Genc, 2014). Inovasi teknologi
komunikasi seperti telefon pintar bukan sahaja mempengaruhi cara orang berkomunikasi tetapi
juga mengubah tingkah laku sosial mereka (Ploderer, Reitberger, Oinas-Kukkonen, & van
Gemert-Pijnen,2014). Melalui telefon bimbit, ia dianggap sebagai komunikasi sosial yang dapat
memberi kemudahan memandangkan sifatnya yang mendorong ke arah interaktiviti sosial yang
lebih memberikan rasa privasi kepada pengguna, kepekaan konteks dan juga mudah dibawa serta
dipindahkan dengan senang jika dibandingkan dengan rupa bentuk teknologi yang terdahulu
seperti telefon ganggang (Klopfer, Squire, & Jenkins,2002). Penting juga untuk memahami
bahawa komunikasi sosial sangat mempengaruhi golongan pengguna disamping memainkan
peranan yang sangat penting bagi mereka untuk berhubung dengan rakan kenalan atau keluarga
mereka. Komunikasi pada masa kini tidak lagi melibatkan interaksi secara bersemuka malahan
diluar jurang jarak fizikal seperti yang ditunjukkan melalui penggunaan media sosial misalnya
Facebook atau aplikasi telefon pintar (Whatsapp dan Telegram).

2.3 KETAGIHAN TERHADAP GAJET DAN MEDIA SOSIAL

Menurut Harizah Kamel (2019) ketagihan rakyat Malaysia terhadap peranti digital dan
dunia yang berkaitan boleh membawa kesan sosial dan tingkah laku yang negatif kerana lebih
ramai orang terpengaruh kepada kandungan dalam talian. Tinjauan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pengguna internet tahun lalu menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia menghabiskan rata-rata 6.6 jam dalam talian setiap hari. Satu lagi kajian oleh
SKMM pada tahun 2017 mendapati bahawa 89 peratus responden ketagihan terhadap internet
dengan 60 peratus menunjukkan tahap kegelisahan yang tinggi dan satu per tiga daripadanya
menderita kemurungan utama. Walaupun tidak diklasifikasi secara rasmi sebagai penyakit dalam
mana-mana sumber, para penyelidik dan sarjana di seluruh dunia secara aktif meningkatkan
kesedaran tentang betapa seriusnya ketagihan internet.
Di Malaysia, peratusan pengguna internet di peringkat nasional meningkat dari 76.9
peratus pada tahun 2016 kepada 87.4 peratus pada tahun lalu. Terdapat kira-kira 28.7 juta
pengguna internet, meningkat daripada 24.5 juta pada tahun 2016. Aplikasi media sosial dan
komunikasi telah menjadi alat penting untuk menghubungkan orang, membina komuniti,
menyuarakan pendapat seseorang, dan pemasaran serta iklan perniagaan. Tinjauan itu
menganggarkan terdapat sekitar 24.6 juta pengguna rangkaian sosial pada tahun 2018 dengan
(97.3%) pengguna mempunyai akaun Facebook, menjadikannya platform rangkaian sosial yang
paling disukai di negara ini, diikuti oleh Instagram (57%), YouTube (48.3%), Google+ (31.3%),
Twitter (23.8%) dan LinkedIn (13.3%). Dianggarkan terdapat 27.8 juta pengguna pada aplikasi
pemesejan 2018 dengan WhatsApp sebagai platform yang paling disukai, merangkumi sekitar
98.1 peratus daripada jumlah pengguna. Responden yang sama juga berkomunikasi di platform
pesanan lain termasuk Facebook Messenger (55.6%), WeChat (36.8%) dan Telegram (25%).

Lebih ramai orang menggunakan Internet untuk melakukan aktiviti perbankan dalam
talian atau membeli-belah dalam talian. (84.9%) pengguna perbankan dalam talian membuat
pertanyaan masa nyata untuk memeriksa baki akaun mereka, sejarah transaksi dan maklumat
lain, sementara (80.6%)menggunakan kemudahan pemindahan dana intra dan antara bank.
Penggunaan telefon pintar secara meluas telah mendorong kepada ketagihan Internet. Pada tahun
2017, jumlah pengguna telefon pintar di Asia Pasifik sahaja dianggarkan melebihi 1.25 bilion.
Menjelang 2019, jumlahnya dijangka mencapai hampir 1.5 bilion di rantau ini. Di Malaysia,
jumlah pengguna telefon pintar telah mencapai 18.4 juta tahun ini. Telefon pintar kekal sebagai
kaedah paling popular bagi pengguna untuk mengakses internet, dengan sembilan daripada 10
pengguna Internet yang memasuki ke dalam talian menggunakan peranti (93.1%), meningkat
(3.7%) daripada (89.4%) pada tahun 2016.
2.4 KETAGIHAN GAJET MEROSAKKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Gajet dan sebuah kekeluargaan

Pada 2017, para pengkaji daripada Universiti Indonesia menemui satu kesimpulan bahawa
penggunaan smartphone yang melampau boleh meruntuhkan hubungan kekeluargaan (Chasanah
dan Kilis 2018). Yang dimaksudkan penggunaan smartphone atau gajet yang bermasalah adalah
penggunaan yang berlebihan, susah untuk mengawal tabiat penggunaannya dan gangguan yang
ditimbulkan pada kehidupan seharian (Al-Barashdi 2015).

Kebanyakan kajian banyak merujuk dan memberi petunjuk golongan muda remaja yang
selalu bermasalah dalam isu ketagihan gajet ini. Namun pada hakikatnya, fenomena ketagihan
gajet, media sosial dan penggunaan gajet ini mempengaruhi generasi ‘lebih tua’ juga. Laporan
daripada institusi bebas www.nielsen.com pada 2017 mengatakan bahawa Generasi X (iaitu yang
lahir sekitar tahun 1975 hingga 1980) lebih banyak menggunakan media sosial berbanding
Generasi Millenia (atau Generasi Y, yang lahir awal 1980an). Jonah Engel Bromwich yang
mengupas dapatan ini dalam artikel The New York Times pada 27 Januari 2017, menerangkan
bahawa golongan dewasa yang berusia 35 hingga 49 menghabiskan masa lebih banyak di skrin
untuk melayari facebook dan sebagainya berbanding golongan umur 18 hingga 30 tahun.

Kita sibuk menuding jari kepada anak-anak muda kerana menjadikan media sosial
sebagai ‘agama’ mereka tetapi kita lupa bahawa tidak kira berapa pun usia seseorang itu, jika
dia tidak memahami sesebuah kemajuan dan mengikut sahaja aliran keseronokkan yang datang
bersama sebuah teknologi, dia akan terjerumus untuk menjadi hamba sains ciptaannya sendiri.
2.5 SAKIT MENTAL : ANCAMAN MASYARAKAT MODEN

Walaupun hasil kajian oleh dunia perubatan psikatari mengenai ketagihan gajet dan
internet masih belum diterima secara rasmi, Dr. Mark Griffith tetap menyenaraikan simptom-
simptom yang ada pada seorang yang mengalami ketagihan gadjet/internet. Beliau mengambil
iktibar daripada kajian-kajian kes ketagihan judi (pathological gambling) dan beliau percaya,
individu yang sukar untuk memisahkan diri daripada penggunaan gajet/internet juga mempunyai
simptom yang sama iaitu:

1. Penggunaan internet telah mengambil sebahagian besar kehidupan sehariannya dan


‘merampas’ proses berfikirnya (salience)

2. Penggunaan internet digunakan sebagai medium untuk dia mengelak diri daripada berdepan
dengan masalah dalam dunia sebenar (mood modification)

3. Semakin lama dia terpaksa memanjangkan penggunaan internet demi mencapai kenikmatan
dan keseronokan yang sama (tolerance).

4. Berhenti atau pengurangan mendadak dalam penggunaan internet menyebabkannya


keresahan, kemurungan, marah dan mengalami simptom cemas dan gemuruh (withdrawal).

5. Dia sering berhadapan dengan konflik dalam perhubungan, samada hubungan peribadi,
hubungan di tempat kerja atau hubungan sosial dalam komuniti secara umum.

6. Dia sedar akan masalahnya ini tetapi dia tetap kembali (atau dia tidak dapat menahan diri
untuk kembali) menggunakan internet secara berlebihan.
BAB III

KAEDAH KAJIAN / METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Peringkat metodologi menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan


sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan.
Metodologi kajian merupakan elemen yang sangat penting dalam melakukan suatu penyelidikan.
Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk mengadun dan menstruktur setiap maklumat
yang diperolehi mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Tanpa metodologi kajian yang jelas,
data yang diperolehi akan dipersoalkan dan kesimpulan kajian juga boleh di anggap meragukan.
Oleh kerana itu, penyelidik akan menerangkan metadologi kajian yang digunakan untuk
mencapai objektif kajian seperti yang telah ditetapakan. Elemen-elemen yang berkaitan dengan
bahagian ini adalah reka bentuk kajian, populasi dan persempelan, kaedah pengumpulan data dan
instrumen kajian yang digunakan sepanjang penghasilan kajian ini.
3.2 REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kajian lapangan .Metadologi kajian menggunakan kaedah
gabungan (mixed method research) dimana kajian gabungan ini merupakan kajian yang
menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Lawrence Neuman (1994) menyatakan bahawa
kaedah gabungan ini dapat memberikan dapatan kajian yang lebih tepat dan mendalam.

Kajian ini merupakan penyelidikan yang melibatkan soal selidik dan tinjauan. Kaedah
soal selidik menggunakan pendekatan kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif menekankan kepada
fenomena-fenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005;
Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Data kuantitatif di dalam kajian ini diperolehi dengan soal selidik
melalui google form. Data dan maklumat yang diperolehi akan membantu pengkaji dalam
membuat analisa terhadap kumpulan responden yang telah dikenalpasti.

Manakala kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat /data yang bersifat
kualitatif iaitu data yang tidak dapat dianalisis dalam bentuk bilangan atau angka . Data kualitatif
diperoleh dengan cara pemerhatian,temu bual,analisis dokumen dan apa-apa cara untuk
mendapatkan data yang lengkap dan saiz sampel kajian bagi kajian ini lebih kecil berbanding
kuantitatif.
3.3 CARTA ALIR PROSES KAJIAN

Mula

Membina item soalan kajian

Tidak
Mendapat persetujuan
penyelia kajian

Ya

Mengedarkan soal selidik melalui


google form kepada responden

Menganalisis data

Mentafsir data dan menulis laporan

Tamat

Rajah 3.1 Carta Alir Proses Kajian


3.4 POPULASI DAN PERSEMPELAN

Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu
kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah responden-
responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah
penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel
yang akan kita pilih.

Bagi kajian yang mempunyai pendekatan kuantitatif, penyelidik telah memperoleh saiz
sampel iaitu seramai 80 orang responden yang terdiri daripada kalangan bapa dari pelbagai
bangsa dan latar belakang yang terlibat dalam memberikan data dan maklumat mengenai
kesedaran tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara.Saiz sampel ini dipilih secara
bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

Populasi Kajian Sampel Kajian Responden

Golongan Bapa Golongan Bapa di Malaysia  80 orang

Jadual 3.2 Sampel Kajian


3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam melaksanakan kajian, penyelidik telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
data dan maklumat. Antaranya ialah;

3.5.1 Soal selidik

Soal selidik ini dijalankan oleh pengkaji ke atas responden bagi mendapatkan data dan
maklumat berkaitan Ketagihan gadjet dalam kalangan bapa di Malaysia. Sebelum soalan soal
selidik ini diberikan kepada responden, pengkaji telah menyerahkan soal selidik tersebut kepada
pensyarah terlebih dahulu untuk semakan dan mendapat persetujuan bersama sebelum diberikan
kepada responden. Menurut Gillham (2000), terdapat beberapa sebab mengapa borang soal
selidik ini menjadi pilihan bagi kebanyakan pengkaji kerana untuk membina borang tersebut
tidak memerlukan kos dan masa yang diperuntukan adalah singkat.Pengkaji boleh memperoleh
data serta maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Selain itu, responden
boleh memilih tempat dan masa untuk yang mereka mahukan untuk melengkapkan borang soal
selidik tersebut, soalan yang tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada
responden dan ia juga lebih mudah untuk dianalisis. Seterusnya, kemungkinan wujud responden
tiada nama. Oleh itu, pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada nama itu dengan
mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidik.

3.5.2 PEMERHATIAN DAN TINJAUAN

Pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam pengkajian. Maklumat yang diperoleh


secara langsung oleh pengkaji. Segala hasil pemerhatian sebaiknya dicatat secepat mungkin.
Pemerhatian terhadap maklumat yang diberikan oleh responden kajian adalah lebih terperinci,
jelas dan lebih tepat. Oleh itu, maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan bahan rujukan
untuk pengkaji membuat kajian dengan lebih mendalam. Selain daripada kaedah soal selidik,
pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dalam mendapatkan maklumat dan data yang
berkaitan dengan ketagihan gajet dalam kalangan bapa di Malaysia .
Untuk mendapatkan maklumat dan data ini, pengkaji membuat pemerhatian bagaimana
remaja Islam dikalangan pengkaji mempraktikkan usaha menjaga keselamatan negara dalam
kehidupan seharian mereka.

3.6 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data dan
maklumat yang akan menjadi bukti bagi sesebuah kajian serta mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Kajian ini telah menggunakan borang soal selidik di medium google form sebagai
instrumen atau alat kajian. Seramai 80 responden dikalangan para bapa yang telah dipilih secara
rawak bagi mengisi soalan soal selidik tersebut.

3.6.1 SOALAN SOAL SELIDIK

Soal selidik yang disediakan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu latarbelakang


responden,pengetahuan tentang ketagihan gadjet serta pandangan responden dan mengandungi 8
soalan . Kemudian ,soalan-soalan tersebut dilampirkan dalam bentuk google form. Berikut
adalah soalan yang diberikan kepada responden :

1. Berapakah kekerapan masa yang diperuntukkan untuk bermain gajet?

2. Bilakah waktu yang sering diluangkan untuk menggunakan gajet?

3. Apakah aplikasi yang sering digunakan ketika bermain gajet ?

4. Adakah gajet mampu melalaikan diri anda ?

5. Adakah anda pernah menggunakan gajet ketika memandu ?

6. Adakah gajet menyebabkan anda kurang berkomunikasi bersama ahli keluarga ?

7. Apakah cara yang anda lakukan untuk mengawal diri dari ketagihan gajet?

8. Nyatakan kesan negatif sekiranya penggunaan gajet tidak dikawal.


3.7 KESIMPULAN

Melalui bab ini, pelaksanaan metodologi kajian jelas menerangkan dan membuktikan
bahawa kaedah yang digunakan dalam kajian ini telah memberi kesan dan maklumat yang jelas
serta bermanfaat kepada kumpulan kajian. Metodologi kajian yang dilaksanakan telah
membuktikan bahawa ramai tidak ramai golongan bapa yang sedar bahawasanya ada segelintir
daripada mereka sedang mengalami ketagihan gadjet. Hal ini demikian kerana, para bapa tidak
diberi pendedahan tentang ketagihan gajet dan cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak
dengan gejala negatif tersebut . Dengan kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian , hasil
data yang diperoleh akan menjadi lebih mudah untuk direkod dan difahami .
BAB IV

ANALISA KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kepuasan pelanggan tentang kajian, satu kaji
selidik perlu dilakukan. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada
80 orang responden. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan, dua bahagian telah
dirangka. Bahagian pertama terdiri iaitu Bahagian A daripada maklumat responden dan bahagian
kedua iaitu Bahagian B pula terdiri daripada soalan berkaitan kajian. Maklumat responden yang
telah diberikan akan dirahsiakan dan digunakan hanya untuk tujuan kajian ini sahaja.

4.2 DAPATAN DAN ANALISA BAHAGIAN MAKLUMAT DIRI RESPONDEN


Bagi bahagian maklumat diri responden, pengkaji telah meminta responden untuk
melengkapkan beberapa maklumat diri responden berdasarkan Umur, Negeri Asal dan Kawasan.
Beberapa peringkat umur telah dinyatakan dalam soal selidik untuk mengenalpasti golongan
umur yang bergelar bapa manakah lebih meluangkan masa untuk menjawab soal selidik.
Maklumat berkaitan kawasan juga dapat mengenalpastikan jenis kawasan mana golongan bapa-
bapa yang sering menggunakan gajet. Negeri asal merupakan perincian maklumat peribadi
tambahan.
4.2.1 Maklumat Diri Responden Berdasarkan Umur

Seramai 29 orang dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 25 tahun merangkumi 36.25%
daripada keseluruhan responden telah mencapai responden paling ramai melibatkan diri dalam
kajian ini. Pada era ini , ramai golongan muda sudah bergelar sebagai bapa pada seawal
usia.Responden dalam lingkungan umur 26 tahun hingga 30 tahun adalah seramai 8 orang
merangkumi 10% daripada jumlah responden dan adalah responden yang paling sedikit daripada
lain. Responden lingkungan umur 31 tahun hingga 40 tahun seramai 10 orang (12.5%). Seramai
17 orang responden dalam lingkungan umur 41 tahun hingga 50 tahun merupakan responden
kedua tertinggi yang mewakili 21.25% daripada jumlah responden yang telah membantu untuk
menjawab soalan kaji selidik ini dan seiring juga dengan jumlah yang sama iaitu responden yang
berumur 51 Tahun Hingga 60 Tahun. Jadual 4.1 menunjukkan jadual analisa maklumat diri
responden berdasarkan umur untuk kajian ini.

Jadual 4.1 Maklumat Diri Responden Berdasarkan Umur

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

18 Tahun – 25 Tahun 29 36.25

26 Tahun – 30 Tahun 8 10

31 Tahun – 40 Tahun 10 12.5

41 Tahun – 50 Tahun 17 21.25

51 Tahun – 60 Tahun 16 20

JUMLAH 80 100

4.2.2 Maklumat Kawasan Responden

Responden daripada kawasan Bandar merupakan jumlah yang paling tertinggi kepada
pendedahan penggunaan gajet iaitu seramai 50 orang yang merangkumi 62.5% manakala seramai
30 orang responden daripada Luar Bandar iaitu merangkumi 37.5% lebih sikit daripada
responden Bandar.
Jadual 4.2 Maklumat Kawasan Responden

Kawasan Kekerapan (n) Peratus (%)

Bandar 50 62.5

Luar Bandar 30 37.5

JUMLAH 80 100

4.3 DAPATAN DAN ANALISA BAHAGIAN SOALAN SOAL SELIDIK

Bagi bahagian soalan soal selidik ini, soalan dibahagikan kepada 2 sub bahagian yang
mewakili objektif dan subjektif bagi kajian ini. Sub bahagian pertama merupakan soalan bagi
objektif kajian yang berkaitan kelalaian gajet kekerapan masa penggunaan, aplikasi serta
maklumbalas mengenai gajet. Sub bahagian ini mempunyai 7 soalan objektif. Sub bahagian
kedua merupakan soalan subjektif kajian yang berkaitan cara mengawal diri dari ketagihan gajet
dan kesan negatif penggunaan gajet. Sub bahagian ini mempunyai 2 soalan subjektif.

4.3.1 Analisa Berkaitan Kekerapan Masa Responden Bermain Gajet

Pada Bahagian ini, Kekerapan masa yang paling lama responden menggunakan gajet
adalah selama 1 hingga 2 jam iaitu sebanyak 30 responden mewakili 37.5% kurang daripada
masa 2 hingga 3 jam iaitu seramai 26 orang responden yang merangkumi 32.5%. Ini mungkin
kerana faktor kesibukan bapa-bapa yang bekerja mencari rezeki sehingga kurang melayani gajet.
Berkemungkinan juga 20 responden merangkumi 25% daripada masa 3 hingga 4 jam ialah
daripada golongan bapa yang sudah meningkat umur dan hanya menghabiskan masa di rumah
dengan aplikasi di gajet.
Rajah 4.3 Kekerapan Masa Responden Bermain Gajet

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

1 Hingga 2 Jam 30 37.5

2 Hingga 3 Jam 26 32.5

3 Hingga 4 Jam 20 25

Lain-Lain 4 5

JUMLAH 80 100

4.3.2 Analisa Berkaitan Kekerapan Waktu Responden Bermain Gajet

Pada Bahagian ini , waktu responden bermain gajet adalah paling tertinggi diwaktu
malam iaitu seramai 40 responden yang mewakili 68%. Ini kerana seperti dinyatakan di rajah 6.4
kesibukan berkerja dan hanya mempunyai waktu terluang di waktu malam. Kekerapan respon
bermain gajet di waktu pagi dan petang adalah sama iaitu sebanyak 20 orang responden yang
merangkumi 16% daripadanya.

Rajah 4.4 Kekerapan Waktu Responden Bermain Gajet

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

Pagi 20 16

Petang 20 16

Malam 40 68

JUMLAH 80 100
4.3.3 Analisa Berkaitan Kekerapan Aplikasi Yang Digunakan

Bagi analisa berkaitan kekerapan aplikasi yang digunakan, dapat dinyatakan penggunaan
aplikasi facebook lebih ketara nilai paling tertinggi iaitu seramai 42 responden yang merangkumi
52.5 berbanding aplikasi Youtube iaitu sebanyak 20 responden berbanding 25%. Aplikasi
facebook memang digemari oleh semua lapisan masyarakat tambahan pula golongan bapa kerana
informasi nya lebih cepat disampaikan di facebook. Bagi item google pula , seramai 10
responden iaitu merangkumi 12.5% dan purata bagi responden yang memilih kesemua kekerapan
aplikasi yang kerap digunakan iaitu sebanyak 8 responden yang mewakili 10% sahaja.

Rajah 4.5 Kekerapan Aplikasi Yang Sering Digunakan

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

Youtube 20 25

Facebook 42 52.5

Google 10 12.5

Kesemua Aplikasi Media Sosial 8 10

JUMLAH 80 100

4.3.4 Analisa Berkaitan Respon Responden Terhadap Kelalaian Diri Apabila


Menggunakan Gajet

Bagi Analisa mengenai kelalaian diri apabila menggunakan gajet, dapat dinyatakan 56
responden merangkumi 70% peratus bersetuju manakala terdapat 24 responden yang
merangkumi 30% tidak bersetuju bahawa penggunaan gajet dapat melalaikan kalangan bapa di
Malaysia.
Rajah 4.6 Respon Terhadap Kelalaian Diri Apabila Menggunakan Gajet

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

Tidak 24 30

Ya 56 70

JUMLAH 80 100

4.3.5 Analisa Berkaitan Respon Responden Terhadap Penggunaan Gajet Ketika


Memandu

Bagi analisa berkaitan respon terhadap penggunaan gajet ketika memandu , dapat
dinyatakan ramai responden bergolongan bapa menyatakan (TIDAK) menggunakan gajet ketika
memandu iaitu sebanyak 56 responden yang merangkumi 70% lebih banyak daripada responden
yang menyatakan YA iaitu seramai 24 responden yang merangkumi 30%. Namun pelbagai
alasan yang munasabah diberikan oleh responden yang menyatakan (YA) menggunakan gajet
ketika memandu seperti membalas mesej penting, jawab panggilan kecemasan dan bergantung
kepada kepentingan mengikut situasi.

Rajah 4.7 Respon Terhadap Penggunaan Gajet Ketika Memandu

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

Ya 24 30

Tidak 56 70

JUMLAH 80 100
4.3.6 Analisa Berkaitan Respon Responden Terhadap Gajet Punca Kurang Komunikasi
Bersama Keluarga

Bagi analisan berkaitan gajet punca kurang berkomunikasi bersama keluarga, dapat
dinyatakan 48 responden yang merangkumi 60% daripada menyatakan (TIDAK) manakala 32
responden yang merangkumi 40% menyatakan (YA) . Berkemungkinan terpulang kepada
individu itu sendiri pandai mebahagikan masa bersama gajet dan keluarga.

Rajah 4.8 Respon Terhadap Gajet Kurangkan Komunikasi Bersama Keluarga

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

Ya 32 40

Tidak 48 60

JUMLAH 80 100

4.3.7 Analisa Berkaitan Respon Responden Terhadap Gajet Mendatangkan Masalah


Kesihatan

Bagi analisan berkaitan gajet mendatangkan masalah kesihatan, dapat dinyatakan 72


responden yang merangkumi 90% daripada menyatakan (TIDAK) manakala hanya 8 responden
yang merangkumi 10% menyatakan (YA). Dapat dikaitkan di penyataan masa responden
bermain gajet di rajah 6.7 tidak terlalu lama dan tidak terlalu fokus terhadap gajet semata-mata.

Rajah 6.7 Respon Terhadap Gajet Mendatangkan Masalah Kesihatan

Umur Kekerapan (n) Peratus (%)

Ya 8 10

Tidak 72 90

JUMLAH 80 100
4.3.8 Analisa berkaitan cara responden lakukan untuk mengawal diri dari ketagihan
gajet

Bagi analisa berkaitan cara responden lakukan untuk mengawal diri dari ketagihan
gajet. Analisa ini dilakukan secara subjektif. Responden perlu mengisi ruang kosong dengan
cara tersendiri lakukan untuk mengawal diri dari ketagihan gajet. Antaranya ialah, melakukan
aktiviti suka , membaca buku, perlu wujudkan satu waktu untuk adakan aktiviti bersama
keluarga atau rakan seperti beriadah dan sebagainya. Cara yang terbaik juga , tetapkan masa
penggunaan gajet dengan aktiviti lain dengan menetapkan penjadualan aktiviti seharian.
Terdapat pelbagai alasan dan cara yang dilakukan untuk mengawal diri dari ketagihan gajet
adalah berdasarkan daripada individu itu sendiri yang sebaiknya melakukan perkara yang
berfaedah untuk mengelakkan diri daripada ketagihan gajet . Jika hal ini, tidak dibendung
ketagihan ini akan meloklusi diri sendiri.

4.3.9 Analisa berkaitan kesan penggunaan gadjet tidak dikawal

Bagi analisa berkaitan kesan penggunaan gadjet tidak dikawal boleh menyebabkan
permasalahan kesihatan seperti sakit mata sehingga jika tidak dibendung boleh menyebabkan
menyebabkan sakit kepala atau masalah minda dan kawalan muscle spasm. Kesan ini juga
boleh merosotkan hubungan sosial antara masyarakat dan ahli keluarga sehingga hilang rasa
tanggungjawab terhadap ahli keluarga sendiri dan mudah memberontak. Kesan pada hati dan
iman terutamanya mudah lalai terhadap tuntutan allah s.w.t kerana diri menjadi malas
sehinggan terus terusan leka dengan alam maya. Maka dengan ini boleh mendedahkan
individu itu dengan budaya yang tidak sihat.
BAB V

PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN

Kehadiran Web 2.0 yang kemudiannya disusuli dengan penciptaan telefon pintar atau gajet
serta peralatan teknologi komunikasi yang canggih menjadikan kemudahan dengan gaya hidup
yang lebih kompleks dan mencabar. Gajet merupakan salah satu medium penggunaan penting
bagi semua lapisan masyarakat terutamanya golongan bapa yang tergolong daripada muda
sehingga golongan bapa yang sudah meningkat usia.Gajet menjadi salah satu kemudahan yang
paling penting di era moden sekarang kerana penyampaian maklumat yang begitu pantas. Namun
terdapat , kesan negatif mahupun positif yang terdapat pada kemudahan yang sedang berglobal
sekarang.

5.2 GAJET DAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hubungan antara keluarga menjadi sempadan kerana gajet , jadi bapa sebagai ketua
keluarga haruslah menunjukkan contoh teladan dihadapan ahli keluarga termasuk anak-anak
mengenai keperluan penggunaan gajet.Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada
Ibnu Umar RAnhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas


kepimpinannnya. Seorang ketua negara akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyat yang
dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri
yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya.
Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik
majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan
akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) dari hal-hal yang dipimpinnya”.

5.3 COVID-19 MENINGKATKAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP GAJET

Saban hari , peningkatan kes Covid-19 semakin berleluasa terutamanya di negara Malaysia . Ini
mengakibatkan kerajaan terpaksa mewujudkan pelbagai peraturan-peraturan baharu demi menjaga
keselamatan serta mengaplikasikan norma-norma baru kepada masyarakat demi membendung
gejala ini daripada terus menguasai dunia. Namun tidak dinafikan, disebabkan pandemik Covid-19
gajet dan internet menjadi teman baik kepada pelbagai lapisan masyarakat mahupun bagi golongan
bapa yang diperintahkan untuk bekerja dari rumah.

Walaubagaimanapun , penggunaan sebaik-baiknya gajet haruslah diterapkan dan sentiasa


mengingatkan diri mengenai ketagihan gajet jika tidak dibendung dari awal. Ketagihan gajet boleh
membawa mudharat kepada diri sendiri sehingga berasa kecewa, serabut serta mudah menjadi
marah. Hal ini juga, bapa perlu peka kerana boleh memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain.
Mereka yang ketagih ini akan lebih banyak berfikir tentang apakah yang sedang berlaku di dalam
internet dan bukannya apa yang berlaku di depan mata atau realiti sebenar. Hari ini kita semua pasti
tidak terlepas daripada menggunakan gajet. Setiap hari pasti kita akan memegang telefon pintar.
Namun, bagaimana pula dengan masa kita dengan al-Quran? Adakah sempat membaca al-Quran
ataupun tidak? Dan masing-masing tahu berapa banyak masa yang digunakan dan dihabiskan untuk
membaca al-Quran berbanding ‘membaca’ telefon pintar. Jadi muhasabahkan diri dan sentiasa
berpesan pada diri berfikir sebelum melakukan sesuatu. Beringatlah bahawa sesuatu perkara atau
benda yang dilakukan didunia hanyalah pinjaman sementara maka perkara yang perlu dibawa di
akhirat itu adalah selama-lamanya kekal abadi.
BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan elemen yang terakhir didalam kajian yang telah dijalankan dan secara amnya
bab ini akan menerangkan tentang rumusan keseluruhan bab Ketagihan Gajet Dalam Kalangan Bapa
di Malaysia serta cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan bagi kajian yang akan
dilanjutkan oleh penyelidik yang seterusnya.

Bahagian ini juga menerangkan tentang keberhasilan kajian serta implikasi yang diperoleh
penyelidik sepanjang menjalankan kajian ini . Beberapa cadangan yang dikemukakan boleh diguna
pakai untuk kajian-kajian lanjutan yang akan dilakukan kelak.

6.2 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan yang dapat diperoleh daripada kajian ini ialah ketagihan gajet bukan saja
memberi impak kepada keluarga malah ianya turut memberi kesan kepada orang yang berada di
sekeliling. Jika kita bijak memanfaatkan kemudahan gajet serta tahu membahagikan masa untuk
menggunakannya , kita dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan ketagihan gajet. Tanpa
kita sedar , kegunaan gajet yang semakin popular dikalangan masyarakat pada hari ini umpama
satu fenomena besar tidak kira kepada generasi muda mahupan orang dewasa . Maka tidak
hairanlah sekiranya golongan dewasa juga merupakan antara individu yang paling berpotensi
untuk terjebak dengan gejala ini . Gajet juga bukanlah satu ‘alat’ baru bagi golongan bapa ,
malah ada segelintir daripada kalangan bapa yang lebih arif dalam menggunakan gajet
berbanding anak-anaknya sendiri . Namun begitu , kita haruslah sentiasa beringat bahawa
ketaksuban atau kelekaan terhadap gajet boleh mendatangkan pelbagai impak yang negatif
kepada keluarga, masyarakat, negara mahupun diri sendiri.

Kegunaan gajet yang tidak terkawal menyebabkan ketagihan berlaku dan sudah tentu
akan memberikan banyak impak yang negatif jika penggunaan yang berlebihan dalam aktiviti
seharian. Sebagai contoh , kelekaan dan kecuaian golongan bapa dalam hal rumah tangga,
kurang rasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai ketua keluarga , menimbulkan
sikap malas dalam diri serta mengakibatkan gangguan emosi. Selain itu, penggunaan gajet yang
berlebihan merupakan salah satu punca kurangnya kasih sayang bapa kepada anak-anak kerana
banyak masa yang diluangkan bersama ‘alam maya’ berbanding dunia nyata. Hal ini sekaligus
dapat memberikan kesan negatif serta boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan institusi
sesebuah kekeluargaan. Oleh itu, penggunaan gajet dalam kalangan bapa hendaklah di hadkan
atau dikawalkan bagi mengurangkan impak negatif yang berlaku dalam kalangan mereka.
Sebagai ketua keluarga , bapa hendaklah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak
kerana bapa merupakan cerminan diri kepada anak-anak kerana mereka lebih mudah terdidik
melalui pemerhatian disekeliling .

Natijahnya, sebagai seorang bapa dan seorang individu yang memainkan peranan penting
dalam keluarga , kita seharusnya menggalas tanggungjawab ini dengan sehabis baik . Luangkan
masa bersama keluarga serta hadkan penggunaan gajet pada masa-masa tertentu sahaja . Dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti contohnya seperti beriadah , bersiar-siar serta berkebun bersama
keluarga dapat mewujudkan hubungan yang positif serta mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
Justeru itu , kita sepatutnya mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih awal bagi
mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala ketagihan gajet.
RUJUKAN

Chasanah, A. M., & Kilis, G. (2018, July). Adolescents’ Gadget Addiction and Family
Functioning. In Universitas Indonesia International Psychology Symposium for Undergraduate
Research (UIPSUR 2017). Atlantis Press.

Anwar, Fahmi. (2017). Perubahan dan permasalahan media sosial. Jurnal Muara Ilmu
Sosial, Humaniora, dan Seni, 1(1).

Abdul Halim, Zainab Zakirah, Azmi, Dania Salsabila, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.

Watie, Errika Dwi Setya. (2016). Komunikasi dan media sosial (communications and
social media). Jurnal The Messenger, 3(2), 69-74.

Dunia gila dengan Internet . 15 May 2013 . retrieved from


https://gajahmenta.blogspot.com/2013/05/dunia-gila-dengan-internet-satu.html

Pengaruh gadjet dalam kehidupan retrieved from


https://www.journal.unrika.ac.id/index.php/kopastajournal/article/view/1521

Malaysian Communication and Multimedia Commission (2017). Hand Phone Users Survey.
retrieved from https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/2017-Pocket-Book-
110618.pdf

Kamel, Harizah. (26 September, 2019). Malaysians addicted to Internet. Retrieved from The
Malaysian. retrieved from https://themalaysianreserve.com/2019/09/26/malaysians-are-addicted-
to-internet/

Jurnal Psikologi Malaysia 32 (2) (2018): 1-11 ISSN-2289-817


LAMPIRAN

BIODATA AHLI KUMPULAN

NAMA: NOOR ALIANA BINTI ROSURI


KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT: NO.193 PERMATANG TOK GELAM,13100 PENAGA SEBERANG
PERAI UTARA, PULAU PINANG.
NO MATRIK: CN200097
NO TELEFON: 014-2518994

NAMA: NURUL SAKINAH BINTTI NAIMUDDIN


KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT: 23, HALA PULAI JAYA 9, BANDAR PULAI JAYA, 31300 KAMPUNG
KEPAYANG IPOH, PERAK.
NO MATRIK: CN200072
NO TELEFON: 010-5646708
NAMA: SITI SARAH BINTI IBRAHIM
KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT: NO. 23, JALAN MENAWAN 6, TAMAN PELANGI INDAH, 81800
ULU TIRAM, JOHOR.
NO MATRIK: CN200213
NO TELEFON: 013-6829202

NAMA: SITI ZULAIKHA BINTI SHUKERI


KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI:
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT:
NO 186 LORONG 3/2, TAMAN TELUK BAIDURI,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH


NO MATRIK:
CN200244
NO TELEFON:
0 11-2600 8820
NAMA: MOHAMAD SYAHMI BIN MOHD SALIHIN
KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT: NO.4 JLN GU 3/7, TMN GARING UTAMA, 48000 RAWANG, SEL. D.E.
NO MATRIK: CN200002
NO TELEFON: 011-21305746

NAMA: AMIRUL IMAN AZRUL


KURSUS: SAINS FIZIK GUNAAN
FAKULTI: FALKUTI SAINS DAN TEKNOLOGI
ALAMAT: NO 17A, KG PENDERAS, SLIM VILLAGE, 35800 SLIM RIVER,
PERAK.
NO MATRIK: AW200127
NO TELEFON: 011-16191299
NAMA: MUHAMMAD IRWAN HAFIZ BIN SAIFUL BAHARI
KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT: NO. 131 JALAN BUKIT PUTERI, 12/5 BANDAR PUTERI JAYA, 08000
SUNGAI PETANI, KEDAH.
NO MATRIK: CN200215
NO TELEFON: 014-6843812

NAMA: MUHAMMAD ZAFFHUAN AIEMAN BIN ZUHURI


KURSUS: TEKNOLOGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
FAKULTI: FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
ALAMAT: 705 LORONG KEMPAS 5/4 TAMAN KEMPAS 08000 SUNGAI
PETANI, KEDAH.
NO MATRIK: CN200255
NO TELEFON: 018-4054415
PERBINCANGAN DAN PEMBAHAGIAN TUGAS
LAMPIRAN SOAL SELIDIK MELALUI GOOGLE FORM

You might also like