You are on page 1of 10

Pergerakan Asas (PJM 3102)

Pergerakan Asas

1.0  PENGENALAN

                Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 2, Pergerakan Asas


merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran yang perlu dipelajari di mana terbahagi
kepada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi
alatan. Semua guru pelatih bagi program ini diwajibkan untuk menyiapkan satu tugasan yang
berkaitan dengan Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di mana kami perlu
menyediakan dan melaksanakan satu perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor dengan menggunakan alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan
iaitu 4 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.

            Kertas kerja ini merangkumi perancangan dan pelaksanakan satu aktiviti rangkaian
pergerakan asas bagi murid-murid Tahap Satu. Aktiviti ini merupakan rangkaian pergerakan
asas yang memberi perhatian kepada keseluruhan tubuh badan murid-murid. Semua aktiviti
tersebut menitikberatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi
fizikal, mental, emosi, dan juga sosial.

            Selain itu, kertas kerja ini juga memberikan panduan kepada guru pelatih untuk
menjalani amali dan juga memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang cara dan prosedur
untuk merancang dan melaksanakan aktiviti rangkaian pergerakan asas ini. Kertas kerja ini
mengandungi panduan pelaksanaan demonstrasi, prosedur pelaksanaan demonstrasi yang
dalam bentuk jadual, jenis-jenis pergerakan yang bersertakan gambar-gambar serta pelan
kedudukan ujian amali Pergerakan Asas. Hal ini bertujuan memudahkan para guru pelatih
melihat carta alir pergerakan asas dalam amali ini. Seterusnya ialah rumusan iaitu kesimpulan
mengenai keseluruhan kertas kerja ini.

2.0  MATLAMAT

            Amali Pergerakan Asas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan atau pendekatan
kepada kita yang sebagai bakal guru tentang perancangan dan pelaksanakan aktiviti rangkaian
pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan melalui penyediaan kertas
kerja di samping membuat persiapan untuk menghadapi ujian amali Pergerakan Asas ini nanti.
Selain itu, amali ini juga bertujuan untuk mendedahkan para guru pelatih kepada aktiviti
pergerakan asas yang lebih menarik dan mencabar mengikut tahap umur. Guru pelatih
diharapkan dapat menggunakan peluang ini sebaik-baiknya dengan menimba seberapa banyak
pengalaman dan mempelajari sesuatu yang baru mengenai pergerakan asas ini dan dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Tambahan pula, melalui
tugasan amali yang diberikan, para guru pelatih diharapkan boleh mempraktikkan pergerakan
secara berkesan dalam kehidupan seharian setelah memperolehi pengetahuan yang
maksimum. Bukan sahaja itu, para guru pelatih juga boleh mempelbagaikan kemahiran
pergerakan asas dengan menggunakan alatan dan meningkatkan kemahiran serta kecekapan
seseorang individu dalam sesuatu pergerakan. Secara langsungnya, guru pelatih yang terlibat
dapat meningkatkan kecergasannya dari segi fizikal, mental, emosi dan sebagainya. Amali ini
turut bertujuan mempertajamkan imaginasi dan sensiviti serta kreativiti dalam merancang
pergerakan asas.

            Selain itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mendapat bimbingan pensyarah dalam
menyediakan pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk murid-murid tahap satu. Semoga amali
seperti ini menjadi perintis kepada pelajar lain untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan
seterusnya melahirkan insan yang berkeyakinan dan mempunyai kekuatan serta ketahanan diri
yang tinggi. Sehubungan itu, melalui tugasan amali ini yang dilakukan secara berkumpulan,
turut diharapkan mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping memupuk
semangat toleransi dan kerjasama serta membentuk kepimpinan dan sahsiah yang baik
sebagai seorang bakal guru.

3.0  OBJEKTIF

Objektif utama yang hendak dicapai melalui rangkaian pergerakan asas ini ialah merekacipta
serta melaksanakan rangkaian pergerakan asas yang mengaplikasikan kemahiran lokomotor,
bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Selain itu, objektif lain yang terlibat ialah guru pelatih
dapat:

        i.      Psikomotor

·   Melakukan pergerakan manupulasi alatan yang melibatkan aras, daya, arah dan bahagian
tubuh badan.

·   Dapat menggabungkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manupulasi alatan


secara bebas yang melibatkan penggunaan manipulasi alatan.

·   Melakukan dan menguasai kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan
teknik yang betul melibatkan konsep pergerakan asas.

·   Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang melibatkan aras, ekstensi dan
perhubungan dengan 3 manipulasi alatan.

·   Melakukan gerak edar menggunakan konsep pergerakan asas.

·   Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan mereka dalam
melakukan pelbagai pergerakan.
      ii.      Kognitif

·   Menghasilkan satu kertas kerja untuk menyempurnakan satu rangkaian pergerakan asas
lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan.

·   Memahami konsep pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan dengan
tepat.

·   Membentuk guru pelatih yang berfikiran kreatif dalam menyediakan pergerakan-pergerakan


yang perlu dilakukan di setiap stesen.

     iii.      Afektif

·   Menunjukkan sikap dan nilai kerjasama dengan menyumbang idea dan berkongsi maklumat
bersama rakan-rakan yang lain.

·   Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kumpulan dan rakan-rakan lain.

·   Bersikap berdisiplin dan mendengar arahan para penguji semasa ujian amali.

·   Melahirkan perasaan positif dalam diri guru pelatih dengan menginterprestasi idea secara
simbolik melalui pergerakan.

·   Sentiasa berasa riang, seronok dan yakin semasa melakukan pergerakan dan sentiasa
mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

  

4.0  KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi rangkaian pergerakan asas ini ialah murid Tahap satu iaitu murid tahun
3 yang berumur 9 tahun.

5.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

5.1  PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI


Bil. Jenis pergerakan Aktiviti / kemahiran

5.1 

Ahli
kumpulan

1 Bukan lokomotor A&B Duduk dan baring

ü  A & B duduk dan baring sambil melambung dan menyambu


secara bergilir-gilir

2 Lokomotor A&B Galop

ü  A & B galop sambil melambung dan menyambut bola antara


sama lain secara bergilir-gilir

   

3 Bukan lokomotor A,B & D Berdiri

ü  A,B & D berdiri sambil melambung, menampar dan menyam


kepada rakan di sebelah kanannya

4 Lokomotor D Skip

ü  D skip ke dalam gelung melepasi seluruh badan

5 Bukan lokomotor C&D Berdiri dan meregang

ü  C & D berdiri dan meregang sambil melambung dan menya


bola dengan menggunakan tangan dan kaki
Bil. Jenis pergerakan Aktiviti / kemahiran

5.1 

Ahli
kumpulan

6 Lokomotor C&D Berjalan dan menggelungsur

ü  C & D  berjalan dan  menggelungsur menghadap tilam samb


mengangkat kaki D dan memutar bola

7 Bukan lokomotor A,B,C & D Duduk

ü  A, B, C & D duduk sambil memusing bola untuk dihantar ke


sebelah kirinya

8 Lokomotor A&C Ketingting (Hop)

ü  A & C ketingting sambil menghayun tali bersama-sama

9 Bukan lokomotor A,B & C Melentik dan berdiri

ü  A, B & C berdiri dan melentik sambil menggolek dan menya


bola secara bergilir-gilir melepasi bawah badan C

10 Lokomotor B Berjalan dengan membongkokkan badan


Bil. Jenis pergerakan Aktiviti / kemahiran

5.1 

Ahli
kumpulan

ü  B berjalan dengan membongkokkan badan sambil melantun


melalui skitel

11 Bukan lokomotor A,B,C & D Berdiri

ü  A, B, C dan & D berdiri sambil menendang bola kepada raka


sebelah kanannya secara serentak

12 Lokomotor C&D Berjalan

ü  C & D berjalan ke tepi di atas bangku gimnastik sambil men


gelung bersama-sama

13 Bukan lokomotor A,B, C & D Berdiri

ü  B & C berdiri sambil membaling dan menyambut bola seme


& D berdiri sambil menggolek gelung antara satu sama lain se
bergilir-gilir

14 Lokomotor A Merangkak

ü  A merangkak melalui tangga sambil menggolek bola

15 Bukan lokomotor A&B Membongkok

ü  A & B membongkok sambil melantun bola antara satu sama


secara bergilir-gilir
Bil. Jenis pergerakan Aktiviti / kemahiran

5.1 

Ahli
kumpulan

16 Lokomotor B Skip

ü  B skip sambil melibas tali ke kiri dan ke kanan

17 Bukan lokomotor B&C Melentik

ü  B & C melentik sambil menarik dan menolak tali

18 Lokomotor C Berjalan

ü  C berjalan mengundur sambil memutar gelung

19 Lokomotor C&D Berjoging dan lompat layang (Leap)

ü  D berjoging dan membaling bola kepada C yang melakukan


layang di atas papan anjal sambil menyambut bola

                                                                         

20 Bukan lokomotor A,B,C & D

Berdiri

ü  A,B,C & D berdiri sambil melambung dan menyambut gelun


6.0  RUMUSAN

Pembelajaran pergerakan asas ini merupakan satu topik yang amat penting dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sekolah rendah. Ini adalah kerana melalui
pembelajaran pergerakan asas, murid-murid dapat memperolehi pelbagai teknik pergerakan
dan kemahiran manipulasi sesuatu objek. Teknik pergerakan ini, sama ada pergerakan
lokomotor atau bukan lokomotor adalah pergerakan yang kita amat perlukan dalam aktiviti
seharian. Oleh itu, melalui pembelajaran pergerakan asas ini, murid-murid dapat menggunakan
sesuatu pergerakan dengan gaya dan masa yang betul. Contohnya, ketika guru menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain, murid-murid akan menggabung jalinkan pelbagai jenis
pergerakan yang diperoleh melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula pergerakan
yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan kemahiran lokomotor sama ada
berlari, mengimbang dan memanjat.

            Melalui aktiviti yang dijalankan kami dapat mempelajari bagaimana cara untuk
merancang strategi pelaksanaan aktiviti rangkaian pergerakan asas dengan lebih
sistematik.Secara tidak langsung, kami dapat membentuk dan menghasilkan corak pergerakan
yang menarik. Hal ini dapat membantu kami dalam meningkatkan lagi daya pemikiran dan
kreativiti. Oleh demikian, sebagai seorang bakal guru, kami perlu memupuk dan menerapkan
daya kreativiti dalam diri masing-masing bagi melahirkan generasi yang lebih kreatif dan inovatif
pada masa hadapan.

      Seterusnya, kami juga dapat mempelajari pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta
mengetahui perbezaannya. Misalnya dalam dua kemahiran yang berbeza seperti melambung
dan membaling, kami telah mengalami kekeliruan akibat daripada cara hantaran yang hampir
sama. Namun, setelah melakukan tugasan ini, kami dapat mengenal pasti perbezaan antara
kedua-dua kemahiran tersebut. Melambung merupakan satu pergerakan untuk melepasi
halangan manakala membaling merupakan satu pergerakan untuk menghantar sesuatu objek
jarak jauh.

            Akhir sekali, melalui tugasan ini, nilai kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli
kumpulan. Kami bersama-sama berganding bahu untuk menyumbang idea, tenaga, masa,
maklumat dan wang ringgit. Kami turut bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini
mengikut masa yang ditetapkan.

You might also like