You are on page 1of 1

SYARAT KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA

SK TAMAN NUSA DAMAI KALI KE 9 TAHUN 2020

Undang-undang

1. Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)
2003/2004. Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) Edisi 2004 dan
Peraturan-peraturan pertandingan Olahraga tahun 2005
2. Setiap atlet hanya dibenarkan untuk menyertai 2 acara individu dan acara berpasukan. Jika
didapati melanggar peraturan tindakan akan dijalankan dengan memotong markah rumah
berkenaan.
3. Jika terdapat bantahan, bantahan boleh dihantar kepada referi kejohanan.

Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan

1. Seorang perserta menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam
pusingan awal di anggap menarik diri dan tiada penganti boleh dilakukan

Markah Kejohanan

Tempat Emas Perak Gangsa Ke 4 Ke 5 Ke 6


Acara individu 8 6 4 3 2 1
Acara Berpasukan 10 8 6 4 3 2

Melapor Diri

Semua Peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara balapan dan 30 minit
bagi acara padang sebelum masa yang dijadualkan. Selepas itu, mereka akan dihantar ke tempat
pertandingan oleh penyelia pesera

Bantahan

Bantahan berhubung acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan
tidak lewat daripada 20 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat Akhir

You might also like