You are on page 1of 1
PRAKTIS WJ). TEMAS: Indah Seni, Endah Budaya Permainan tradisional sesuai dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berikan pendapat anda tentang kebaikan permainan tradisional. Lengkapkan karangan di bawah ini dengan perkataan yang sesuai. sp 3.3.1 IKBAT) Mencicta identiti . >) ( keseronokan (_ merosakkan ) (_ ) (_berkubur (__menggamit ~_pergauian (keistimewaan melestarkan _)(Lmeminggirkan \ L ¢ Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Sesungguhnya, kita wajar (1) ______ permainan tradisional. Ibu bapa perlulah memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana permainan ini banyak kebaikannya. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang tidak ternilai harganya. Permainan tradisional melambangkan adat, budaya, dan (2) __________ bangsa. Sekiranya permainan ini tidak dipertahankan, sudah tentu generasi muda tidak akan mengenali warisan bangsa mereka sendiri. Impaknya, mereka hanya mengenali permainan moden yang membanjiri pasaran global. Mereka mengagung-agungkan permainan tersebut dan (3) _________ permainan tradisional. Selain itu, permainan tradisional membolehkan masyarakat terutamanya generasi muda mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang (4) —_~ __.. Misalnya, mereka boleh bermain permainan tradisional seperti sepak raga, guli, dan layang-layang bersama dengan rakan-rakan pada masa senggang. Oleh itu, masa mereka tidak terbuang begitu sahaja. Mereka akan terhindar daripada gejala sosial juga. Hal ini sedikit banyak melegakan ibu bapa yang sentiasa bimbang kalau-kalau anak mereka terlibat dalam kegiatan yang negatif seperti (6) _____________ bebas, perlumbaan haram,, dan penagihan dadah. Seterusnya, permainan tradisional dapat dijadikan sumber hiburan ataupun rekreasi kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana permainan tradisional mempunyai © — _ yang tersendiri, mudah dimainkan, dan menghiburkan. Masa yang teriuang seelok-eloknya dimanfaatkan oleh masyarakat kita untuk bermain gasing leper, bulu ayam, konda kondi, sepak raga, dan sebagainya. Pérmainan-permainan tersebut tidak (7) ______________ akhlak mahupun menimbulkan Ketagihan. Sudah terang lagi bersuluh, permainan tradisional dapat juga dijadikan produk pelancongan yang menarik. Pertunjukan permainan tradisional dapat (8) ___pelancong dari seluruh pelosok dunia untuk melancong di negara kita. Misalnya, melalui pelancongan inap desa, para pelancong dapat melihat pertunjukan gasing pangkah dan wau. Malah, mereka berpeluang untuk turut sama memainkan permainan tersebut. Dengan perkataan lain, para pelancong dapat menikmati (9) ________ memainkan permainan tradisional yang pastinya akan meninggalkan 1001 kenangan manis kepada mereka. Sebagai akhirulkalam, permainan tradisional memang banyak manfaatnya kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, janganlah membiarkan permainan ini (10) ___. Sebagai pewarisnya, kita sewajarnya mempertahankan dan mempopularkan permainan tradisional. Jangan sekali-kali kita meminggirkan permainan tradisional dalam kamus hidup kita.

You might also like