You are on page 1of 1

Subjek dan Predikat

Setiap ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.


 Subjek ialah unsur yang diterangkan.
 Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Contoh ayat;

a. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.


Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari

b. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.


Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

c. Buku tersebut sudah dibeli oleh Aina semalam.


Subjek : Buku tersebut
Predikat : sudah dibeli oleh Aina semalam.

d. Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah.


Subjek : Kami sekeluarga
Predikat : pergi berkelah pada hujung minggu yang lalu.

e. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di SMK Petaling Jaya
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di SMK Petaling Jaya.

Latihan Perbincangan

i) Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan setiap remaja.


Subjek :
Predikat :
(ii) Penggunaan telefon bimbit sudah menjadi suatu kemestian pada hari ini.
Subjek :
Predikat :
(iii) Pada setiap hari Ahad ibu bapa saya ke pasar tani.
Subjek :
Predikat :
(iv) Sudah menjadi isu global jenayah pemerdagangan manusia.
Subjek :
Predikat :
(v) Akan menyebabkan masalah obesiti tabiat makan secara berlebihan.
Subjek :
Predikat :
(vi) Generasi muda perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Subjek :
Predikat :

You might also like