You are on page 1of 3

MEMO PERHUBUNGAN DALAMAN

Kepada: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah


Melalui: KPP Pembangunan
Daripada: Ketua Unit KS & Pengawasan
Perkara: Cadangan Penggunaan Peruntukan RM3000.00 bagi Program Sekolah Lestari –
Anugerah Alam Sekitar Tahun 2021
Perkara yang ingin dimaklumkan

 Tarikh tutup penyertaan SLAAS adalah 31 Disember 2021;


 Penyertaan setakat 11 Mei 2021 hanya 14 sekolah;
 KPI yang ditetapkan oleh JAS HQ adalah 10 sekolah setiap negeri;
 14 sekolah yang telah daftar untuk Anugerah SLAAS adalah seperti berikut:-

No. Nama Sekolah Daerah

1 SMK Tawau Tawau

2 SMK Umas Umas Tawau Tawau

3 SMK Kunak Jaya Kunak

4 SMK Agaseh Lahad Datu Lahad Datu

5 SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang Penampang

6 SK Lok Yuk Inanam Kota Kinabalu

7 SK Mutiara Kota Kinabalu Kota Kinabalu

8 SK Lambidan, Menumbok Kuala Penyu

9 SK Membulu, Keningau Keningau

10 SK Rukom Pitas Pitas

11 SK.Pasir Putih, Tawau Tawau

12 SK Terusan, Lahad Datu Lahad Datu

13 SK Pekan Lahad Datu Lahad Datu

14 SK Sepagaya, Lahad Datu Lahad Datu


 Bahagian KS, JAS Ibu Pejabat telah memberi waran peruntukan di bawah OS29000
berjumlah RM3,000.00 dan berdasarkan surat bertarikh 8 April 2021 daripada B(KS), JAS
Negeri diminta untuk menyalurkan peruntukan tersebut kepada sekolah-sekolah bagi
tujuan menggalakkan penyertaan SLAAS.
 Setelah berbincang dengan KPP Zuraini Siam, B(KS) .. JAS Negeri boleh juga
menyalurkan peruntukan tersebut kepada PPD bagi penganjuran
program/seminar/aktiviti bagi tujuan SLAAS.

Cadangan Program

 Peruntukan RM3,000.00 disalurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad


Datu memandangkan Timbalan Pegawai PPD Lahad Datu sangat pro-aktif dalam
menggalakkan sekolah-sekolah di Lahad Datu untuk menyertai SERASI & SLAAS.
 Beliau mencadangkan untuk menganjurkan seminar kepada semua sekolah di Lahad
Datu dan pada masa yang sama webinar kepada sekolah-sekolah lain di Sabah
berhubung SLAAS dan perkongsian maklumat program alam sekitar di sekolah.
 Program ini boleh diadakan pada hujung bulan Julai 2021 yang mana Program
Pengumpulan BEE dijangka akan diadakan di daerah Lahad Datu pada 30 & 31 Julai
2021, malah PPD Lahad Datu juga berminat untuk turut serta dalam Program
Pengumpulan BEE.

Cadangan Agihan Peruntukan untuk diselaraskan oleh PPD Lahad Datu

 Makan minum Seminar & urusan Webinar = RM1000.00.


 Percetakan bahan promosi/pelaksanaan projek alam sekitar di sekolah-sekolah yang
berpotensi = RM2000.00.

Perincian Cadangan Program


30 Julai 2021 (Jumaat)
Seminar Promosi SLAAS/Pendidikan Alam Sekitar untuk guru-guru di Lahad Datu & Webinar
SLAAS/Pendidikan Alam Sekitar untuk guru-guru di luar daerah Lahad Datu.

 Kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu.


 Taklimat Konsep & Penyediaan Laporan SLAAS oleh Jabatan Alam Sekitar.
 Sesi Perkongsian Pelaksanaan SLAAS oleh SM St. Patrick Tawau.
 Sesi Perkongsian Pelaksanaan SLAAS oleh SK Lambidan, Kuala Penyu.
 Sesi Pengisian Borang Google Penyertaan SLAAS Tahun 2021.
 Sesi Soal Jawab.

30-31 Julai 2021 (Jumaat-Sabtu)


Program Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (Household Ewaste) dengan Kerjasama
Majlis Daerah Lahad Datu & Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.

Syor – Mohon sokongan/ulasan KPP YY & ketetapan Tuan Pengarah


Disediakan oleh
PP(K) Chai Hsieh Nee
Unit Komunikasi Strategik & Pengawasan
11 Mei 2021

ULASAN KPP PEMBANGUNAN

ULASAN & KETETAPAN PENGARAH

You might also like