You are on page 1of 12

1

30 M
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN
UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

KUMPULAN KULIAH
NAMA PENGAJAR

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA 10
FORMAT 4
BAHASA 5
KUTIPAN 4
RUJUKAN 3
PENYUNTINGAN 4
JUMLAH KESELURUHAN 30m

KERANGKA DAN ORGANISASI PENULISAN ESEI


2

Kandungan i

Bil. Tajuk Muka surat

1.0 Perenggan Pengenalan 1

2.0 Usaha-Usaha Pihak Kerajaan dalam


Membanteras Jenayah Pemerdagangan
Manusia di Sempadan Malaysia

2.1 Mengadakan kempen kesedaran

2.2 Melaksanakan dasar dan undang-undang

2.3 Menjalankan kerjasama antara


pihak kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan

2.4 Mengawal sempadan

3.0 Perenggan kesimpulan 5

Rujukan 6
3

1.0 Pengenalan

Jenayah pemerdagangan manusia menjadi semakin serius dan ini menjadi isu global. Hal ini

kerana bukan sahaja Malaysia yang dijadikan tempat penyeludupan manusia malah negara-

negara jiran juga turut dijadikan tempat untuk kegiatan pemerdagangan manusia. Berdasarkan

Aronowitz (dalam Syamsuddin, 2015):

konsep pemerdagangan manusia adalah merujuk kepada suatu tindakan pengambilan,

pengangkutan, pemindahan, pelindungan atau penerimaan orang melalui kaedah

ancaman atau kekerasan, paksaan, penculikan, penipuan, pembohongan,

penyalahgunaan kuasa atau dengan cara memberi bayaran, rasuah atau faedah kepada

orang yang berada dalam kawalan sindiket. Matlamatnya ialah bertujuan untuk

mengeksploitasi seperti eksploitasi pelacuran, eksploitasi seks, eksploitasi tenaga

buruh paksa atau perkhidmatan, perhambaan ataupun amalan yang serupa dan

pemindahan organ tubuh manusia (ms. 15).

Justeru itu, kesannya sudah pasti akan menimbulkan kerisauan terhadap keselamatan

rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung kerana situasi ini mampu mengundang

kepada berlakunya gejala negatif yang lain. Oleh itu, pelbagai usaha yang harus dilaksanakan

oleh pihak kerajaan dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia di sempadan

Malaysia.
4

2.0 Usaha-Usaha Pihak Kerajaan dalam Membanteras Jenayah Pemerdagangan

Manusia di Sempadan Malaysia

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membanteras jenayah

pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia demi keselamatan dan keamanan negara

antaranya ialah mengadakan kempen kesedaran, melaksanakan dasar dan undang-undang,

menjalankan kerjasama antara pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dan mengawal

sempadan.

2.1 Mengadakan kempen kesedaran

Prakarsa utama yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha membanteras jenayah

pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia adalah mengadakan kempen kesedaran.

Perkara ini penting kerana masyarakat akan terdedah dengan maklumat berkaitan dengan

jenayah ini dan secara tidak langsung mereka dapat membantu pihak kerajaan menjadi “mata-

mata” dalam usaha membanteras jenayah ini. Dengan mengadakan kempen kesedaran ini,

orang awam juga lebih sedar akan tanggungjawab mereka dalam usaha membendung aktiviti

pemerdagangan manusia. Pelbagai bentuk komunikasi boleh digunakan bagi melaksanakan

program kesedaran masyarakat secara besar-besaran untuk memberi kesedaran dan mendidik

masyarakat tentang bahaya jenayah pemerdagangan manusia, termasuk kesannya terhadap hak

asasi manusia dan keselamatan negara (Majlis Antipemerdagangan Orang 2010-2015, 2010).

Sebagai contoh, kempen yang diadakan mestilah mempamerkan gambar-gambar yang

dapat menakutkan masyarakat seperti kesan pemerdagangan manusia terhadap pendidikan dan

negara.Sikap cakna orang awam tentang isu ini boleh mengurangkan jenayah pemerdagangan

manusia keluar dan masuk di sempadan Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan boleh
5

mengiklankan kempen kesedaran ini menerusi media massa elektronik dan bercetak,

seterusnya dipaparkan di sekolah dan di tempat awam seperti pasar raya, perhentian bas dan

kawasan kedai-kedai makan agar orang awam mudah mendapat maklumat berkaitan dengan

kempen yang akan diadakan.

2.2 Melaksanakan dasar dan undang-undang

Salah satu langkah menangani masalah pemerdagangan manusia ialah melaksanakan dasar dan

undang-undang (Majlis Antipemerdagangan Orang 2010-2015, 2010; Kartini Aboo Talib,

2015; Zuraini Ab. Hamid, 2019). Undang-undang perlulah diperketatkan dengan penubuhan

akta-akta yang mempunyai peranan dalam membanteras jenayah ini. Akta-akta yang

ditubuhkan mestilah merangkumi tahap siasatan, perlindungan dan pendakwaan selaras

dengan kehendak semasa. Misalnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja

melakukan siasatan terhadap jenayah pemerdagangan manusia bahkan mereka juga

bertanggungjawab terhadap mangsa pemerdagangan manusia sepanjang tempoh Interim

Protection Order (IPO). Pihak PDRM perlu menguruskan mangsa ke klinik kesihatan atau

hospital sekiranya mangsa sakit dan mangsa akan diserahkan kepada pihak rumah

perlindungan selepas mahkamah menjatuhkan perintah Protection Order (PO) (Nafisah Ilham

Hussin et al., 2018). Hal ini penting agar keselamatan mereka terjamin sebelum dihantar

pulang ke negara masing-masing. Di Malaysia, undang-undang Anti-Trafficking in Persons

Act juga diperkenalkan pada 11 Julai 2007 yang komprehensif bertujuan untuk memerangi

aktiviti jenayah. Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan 2007 juga akan

dipinda oleh kerajaan agar hukuman yang sewajarnya dikenakan kepada pelaku dan kebajikan

golongan pekerja asing turut dilindungi dengan meneliti semula pengurusan pekerja asing
6

(Astro Awani, 2018). Jika dasar dan undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan lebih ketat

dan berkesan, sudah tentu jenayah pemerdagangan manusia ini di sempadan Malaysia dapat

dibanteras.

2.3 Menjalankan kerjasama antara pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan

Kerjasama antara pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga merupakan salah satu

inisiatif yang dapat memudahkan lagi dalam usaha membanteras aktiviti pemerdagangan

manusia di sempadan Malaysia. Hal ini kerana hubungan kerjasama yang terjalin adalah

sangat penting agar keputusan yang positif dapat dicapai dalam menangani isu jenayah

pemerdagangan manusia. Terdapat pelbagai NGO yang boleh menyumbangkan bantuan

daripada pelbagai aspek seperti bantuan kesukarelawan dan tempat perlindungan sementara

kepada mangsa supaya mereka dapat dibawa pulang ke negara asal mereka dengan selamat.

Sebagai contoh, NCWO (National Council of Women Organizations) menjalankan program

latihan kepada pelatih (TOT) yang melibatkan guru, pelajar, jururawat, pegawai kerajaan dan

NGOs bagi melatih mereka mengenai bentuk bantuan kesukarelawan yang boleh dijalankan.

Dalam pada masa yang sama, beban yang ditanggung oleh pihak kerajaan dari segi kos

perbelanjaan dapat diringankan sekiranya kerajaan Malaysia memberi lebih banyak ruang dan

peluang kepada badan-badan bukan kerajaan untuk membantu (Zuraini Ab. Hamid, 2019).

2.4 Mengawal sempadan

Aktiviti jenayah pemerdagangan manusia ini dapat dibanteras dengan pengawalan di

sempadan Malaysia yang kurang berpenghuni yang sering menjadi sarang sindiket-sindiket

yang melakukan aktiviti haram secara berleluasa. Kawalan di sempadan juga boleh dilakukan
7

dengan cara memperketatkan kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk

sempadan dengan lebih teliti. Pihak kerajaan mestilah mengerahkan Polis Diraja Malaysia

(PDRM, askar-askar bahkan mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam

menjaga sempadan negara supaya lebih berhati-hati serta memperkukuhkan lagi kawalan

mereka agar sindiket pemerdagangan manusia ini tidak dapat masuk ke negara dengan

sewenang-wenangnya. Justeru itu, rondaan yang kerap juga perlu dilakukan bagi mengelakkan

penggunaan pintu masuk haram dengan tujuan penyeludupan manusia. Contohnya, pasukan

keselamatan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara-negara jiran dengan melakukan

operasi rondaan dan berkongsi maklumat tentang taktik dan mengenal pasti lokasi ‘lubang-

lubang tikus”. Dengan pengawalan pintu masuk di sempadan Malaysia yang lebih ketat,

sindiket ini tidak dapat memasuki ke negara dengan mudah.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kegiatan pemerdagangan manusia merupakan suatu jenayah yang harus

dibanteras bersama-sama oleh Malaysia dan negara-negara jiran kerana inilah salah satu punca

yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak dan hal ini bukan sahaja telah membimbangkan

para ibu bapa malah setiap lapisan masyarakat di negara. Sesungguhnya, jenayah

pemerdagangan manusia ini sukar untuk dibanteras sekiranya kerajaan dan masyarakat tidak

bergading bahu dalam usaha untuk mengatasinya kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan

berbunyi. Oleh yang demikian, semua pihak juga harus bekerjasama dalam membanteras

kegiatan jenayah pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia agar keselamatan dan

keamanan negara serta rakyat terjamin.


8

3.0 Rujukan

Kartini Aboo Talib @ Khalid. (2015). Pemerdagangan manusia: Hak, Hambatan dan
inisiatif. Siri Kertas Kajian Etnik UKM (UKM Ethnic Studies Paper Series)
Institute of Ethnic Studies (KITA) Bangi, 1-35. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/profile/Kartini
Khalid/publication/307545519_Pemerdagangan_ Manusia_Hak_Hambatan_
dan_Inisiatif/links/57c7e2af08aefc4af34c91cb/Pemerdagangan- Manusia Hak-
Hambatan-dan-Inisiatif.pdf

Majlis Antipemerdagangan Manusia 2010-2015. (2010). Pelan tindakan kebangsaan


antipemerdagangan manusia 2010-2015. Diperoleh daripada
https://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/MAPO/NAP_ANTIPEME
RDAGANGA N_ORANG_2010_2015.pdf

Nafisah Ilham Hussin, Ahmad Miqdad Shamsuddin, Marshelayanti Mohamad Razali,

& Siti Noranizahhafizah Boyman. (2018). Kerjasama Polis Diraja Malaysia

(PDRM) dan Tenaganita dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia

untuk eksploitasi seksual di Malaysia. Jurnal Perspektif, (1), 62-72. Diperoleh

daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1793/1316

Syamsuddin. (2015). Keperluan psikososial mangsa pemerdagangan manusia dari


Indonesia: Satu kajian kes di Pulau Pinang, Malaysia (Disertasi
Kedoktoran). Diperoleh daripada
http://eprints.usm.my/30342/1/SYAMSUDDIN FINAL_TESIS.pdf

Zuraini Ab. Hamid. (2019). Memperkasakan perlindungan mangsa


pemerdagangan manusia di Malaysia. Jurnal Undang-undang Malaysia,
31(1), 105-120. Diperoleh daripada
http://irep.iium.edu.my/69243/1/ARTIKEL%20KANUN%202019.pdf
9

https://www.ipendidikan.my/cara-membanteras-jenayah-

antarabangsa.html

http://shazaeyra.blogspot.com/2015/10/contoh-karangan-bm-
10

stpm.html

http://belajarmengarang.blogspot.com/2012/09/contoh-karangan-

spm-faktor-faktor.html

http://khirkassim.blogspot.com/2019/08/esei-stpm-semester-1-isu-

jenayah.html

https://bmssbj.blogspot.com/2016/09/soalan-sejak-dahulu-lagi.html

http://mimpiindah97.blogspot.com/2015/09/isu-pemerdagangan-

manusia.html

https://belajarmengarang.blogspot.com/2012/09/contoh-karangan-

spm-faktor-faktor.html?fbclid=IwAR13uQiN7zuj3QqwN--6JN-

YwYfc0A8R8zj-UuHwIJaxFlNn2-N7mSeHXgA

http://gsb1012k4lau.blogspot.com/2015/09/kerja-kursus-henry-lau.html
11
12

You might also like