You are on page 1of 11

RUJUKAN BAGI PEGAWAI MEJA BANTUAN KPM/JPN/PPD

BERKENAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BIL SOALAN / ISU MAKLUM BALAS

A. KEHADIRAN GURU DAN MURID

1 Adakah semua guru sekolah rendah dan sekolah Ya. Mulai 24 Jun 2020, semua guru prasekolah, sekolah rendah dan sekolah
menengah perlu hadir ke sekolah? menengah hendaklah hadir bertugas di sekolah. Guru perlu menjalankan
tugas seperti biasa termasuk membantu guru yang mengajar kelas
peperiksaan. Cuti sekolah untuk semua guru telah berakhir pada 7 Jun dan
8 Jun 2020. Selepas tarikh tersebut, guru diperlukan di sekolah untuk
pelbagai tujuan atas perancangan yang telah ditetapkan oleh Pengetua dan
Guru Besar (PGB). Antaranya ialah:
a. Memahami Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah;
b. Merancang pelbagai aktiviti penyediaan sekolah untuk menerima murid
kembali ke sekolah;
c. Menyediakan pelbagai kemudahan dan persiapan bilik darjah, kantin, bilik
guru, asrama dan lain-lain dengan mematuhi garis panduan yang
disediakan;
d. Menyediakan papan tanda, petunjuk arah, buku rekod kehadiran,
e. Memastikan semua peralatan pembersihan, pengimbas suhu badan
dalam keadaan yang mencukupi;
f. Menguruskan perolehan;
g. Mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan -
PIBG, PIBK, PBT, PDRM;
h. Merancang PdP untuk murid yang tidak hadir ke sekolah atau bergilir
hadir ke sekolah;

1
i. Menyediakan bahan PdP yang efektif untuk semua murid; dan
j. Melaksanakan PdP online dengan kemudahan yang terdapat di sekolah.

Guru juga boleh hadir secara penggiliran, waktu kerja fleksibel atau bekerja
dari rumah dengan kebenaran ketua jabatan atas alasan seperti berikut:
a. Suami dan isteri kedua-dua bekerja termasuk di barisan hadapan –
kelulusan ketua jabatan
b. Mempunyai anak berusia bawah 12 tahun - kelulusan ketua jabatan
c. Mempunyai anak OKU - kelulusan ketua jabatan
d. Sakit - dengan pengesahan doktor
e. Telah diluluskan cuti rehat khas - kelulusan ketua jabatan

Adakah guru yang menghidap penyakit kronik Guru yang mempunyai penyakit kronik boleh hadir ke sekolah dengan
2
yang berisiko tinggi (dalam rawatan kanser, mengamalkan prinsip-prinsip asas normal baharu seperti mengamalkan
jantung serius, asma teruk, buah pinggang yang penjarakan sosial dalam sekolah serta mengamalkan kebersihan dan
menjalani dialisis) dan disahkan oleh pegawai keselamatan diri. Jika guru tersebut tidak sihat, beliau tidak perlu hadir ke
perubatan perlu hadir ke sekolah? sekolah dan mengemukakan sijil cuti sakit kepada pentadbir sekolah.
Adakah kehadiran murid perlu direkodkan di dalam Ya, kehadiran murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 apabila sekolah dibuka
3 sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)? semula perlu direkod secara harian seperti biasa ke dalam Sistem
Kehadiran Murid melalui laman sesawang https://apdm.moe.gov.my/
manakala kehadiran murid yang dikecualikan hadir ke sekolah iaitu murid
yang mengikuti PdP di rumah tidak perlu direkod oleh guru kelas kerana jika
murid ditanda sebagai tidak hadir bersebab akan menjejaskan peratus
kehadiran kelas tersebut.

2
4 Bolehkah murid bukan warganegara hadir ke Ya. Jika murid tersebut sihat dan tidak mempunyai gejala COVID-19. Bagi
sekolah walaupun kes COVID-19 meningkat bagi murid bukan warganegara yang kembali ke negara asal dan telah masuk
kluster bukan warganegara? semula ke dalam negara, mereka tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan
Negara (MKN) iaitu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari dan disahkan
sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum hadir ke
sekolah.
5 Adakah semua murid di Kolej Vokasional (KV) Tidak semua pelajar KV akan memulakan pengajiannya apabila
perlu hadir apabila sesi persekolahan bermula? persekolahan mula dibuka. Pembukaan sesi pengajian di KV akan
menggunakan model penggiliran di mana pelajar SVM tahun 2 (semester 3)
dan DVM Tahun 2 (semester 3) akan memulakan pengajian terlebih dahulu
dan diikuti dengan semester berikutnya.

6 Adakah semua murid di Institusi Pendidikan Kategori murid IPS yang perlu hadir adalah tertakluk kepada pengumuman
Swasta (IPS) perlu hadir apabila sesi rasmi YB Menteri Kanan, Kluster Keselamatan.
persekolahan bermula?

7 Adakah semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) Kehadiran murid adalah secara berperingkat-peringkat dimulai dengan murid
termasuk murid di sekolah rendah perlu hadir tingkatan 5 dan tingkatan 6.
apabila sesi persekolahan bermula?

3
B. PRASARANA

8 Bagaimanakah kerja-kerja pembersihan sekolah Pentadbir sekolah boleh berbincang dengan pihak kontraktor bagi mencari
dapat dilakukan dengan lebih kerap kaedah terbaik untuk memastikan kerja pembersihan dapat dilakukan
memandangkan bilangan pekerja pembersihan dengan sebaik mungkin. Di samping itu, pihak sekolah boleh mendapatkan
adalah terhad? bantuan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
/Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) melalui WhatsApp Group atau media
sosial yang lain bagi memastikan pembersihan dapat dilaksanakan secara
maksimum. Selain itu, pihak sekolah juga digalakkan mempelawa pihak
komuniti dan NGO untuk membantu melakukan pembersihan sekolah
secara sukarela bertepatan dengan Anjakan 9 dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.

9 Bolehkah PdP dilaksanakan di dalam dewan? Ya, sekolah dibenarkan untuk melaksanakan PdP di dalam dewan dengan
mematuhi SOP penjarakan sosial dan mengutamakan keselamatan murid
serta guru.

10 Bolehkah PdP dilaksanakan di bilik-bilik khas Ya, dengan mengambil kira penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan
seperti makmal sains, makmal komputer dan murid serta guru.
bengkel?
11 Adakah solat berjemaah dibenarkan di surau Tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid dibenarkan untuk solat
sekolah? secara individu dengan membawa sejadah dan telekung sendiri serta
mengekalkan penjarakan sosial.

4
12 Adakah sekolah yang tidak mempunyai bilik Ya, pihak sekolah perlu mengadakan bilik isolasi dengan menggunakan
kesihatan/sakit perlu mengadakan bilik isolasi? mana-mana bilik yang bersesuaian di sekolah.
Kemudahan minima yang perlu ada terpulang kepada keupayaan pihak
sekolah. Bilik tersebut bertujuan untuk mengasingkan murid yang
sakit/bergejala dan untuk murid berehat sementara menunggu ibu
bapa/penjaga datang mengambil anak mereka pulang atau mendapatkan
rawatan.
Penyediaan sebuah katil atau kerusi rehat adalah memadai. Peralatan
kesihatan seperti pensanitasi tangan (hand sanitiser) dan pelitup muka
mesti disediakan di dalam bilik tersebut untuk murid yang bergejala.

C. KANTIN
13 Kantin diarah menyediakan makanan berbungkus. Pengusaha kantin tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Pihak
Mohon nyatakan dengan lebih jelas tentang Berkuasa Tempatan (PBT) negeri masing-masing berkenaan penggunaan
penggunaan polisterin. polisterin.
14 Sekiranya sekolah mengamalkan zero plastic Ya. Murid digalakkan membawa bekal ke sekolah dengan menggunakan
dengan mewajibkan murid membawa bekas bekas makanan yang diluluskan oleh PBT masing-masing. Amalan
makanan sendiri, adakah perkara ini dibolehkan kebersihan diterapkan kepada murid untuk membuang sampah di tempat
dan menepati SOP pengoperasian kantin? yang disediakan.

15 Adakah guru dibenarkan makan di kantin? Tidak dibenarkan. Guru boleh makan di bilik PdP bersama-sama murid atau
di bilik guru dengan mengambil kira penjarakan sosial.

5
16 Bolehkah pihak kantin menaikkan harga makanan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah para 8.1
bagi menanggung kos pembungkus makanan? menyatakan bahawa “pengusaha kantin hendaklah memastikan penjualan
makanan dan minuman di kantin sekolah adalah pada harga yang
berpatutan sebagaimana yang dipersetujui oleh kerajaan”. Pihak sekolah
hendaklah mengadakan perbincangan bersama-sama pengusaha kantin
untuk tujuan kebaikan semua pihak.

17 Adakah pekerja kantin yang tiba awal ke sekolah Ya, imbasan suhu badan pekerja kantin, pekerja pembersihan dan pekerja
perlu diimbas suhu badan? di dewan makan asrama perlu dilakukan setiap hari sebelum memulakan
tugas.
18 Apakah yang perlu sekolah lakukan jika ada Pengurusan kantin sekolah adalah tertakluk kepada kontrak yang
pengusaha kantin tidak mahu menyediakan ditandatangani antara pengusaha kantin dan pihak sekolah. Dalam kontrak
makanan jika murid kurang dari 100 orang murid? di bawah klausa “Waktu Perkhidmatan” menyatakan bahawa Pengusaha
Kantin hendaklah memastikan kantin dibuka pada setiap hari persekolahan
dan pada hari-hari yang ditetapkan oleh sekolah.

D. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)


19 Adakah guru perlu menyediakan refleksi di dalam Ya. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 - Penyediaan Rekod
RPH bagi pelaksanaan PdP dalam talian. Pengajaran dan Pembelajaran.

20 Adakah mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Ya.


Kesihatan perlu dimasukkan dalam penyusunan
semula jadual waktu buat masa ini?

6
21 Adakah guru kelas bukan peperiksaan yang Ya.
dilibatkan mengajar kelas peperiksaan perlu
mengadakan PdP secara dalam talian bagi kelas
mereka yang lain?

22 Apakah peranan PPD dalam membantu pihak PPD boleh membantu pihak sekolah dengan memberi bimbingan dalam
pengurusan sekolah dalam pelaksanaan PdP penyediaan perancangan dan pelaksanaan PdP di sekolah.
mengikut normal baharu?

23 Adakah pelaporan PBD pertengahan tahun perlu Ya. Guru perlu menyediakan pelaporan PBD pada pertengahan tahun
dilaksanakan? manakala bagi murid yang tidak dapat mengikuti PdP sejak bermulanya
PKP, guru boleh menggunakan data pentaksiran setakat 13 Mac 2020.

24 Adakah pelaksanaan hands on di industri bagi Ya, hands on di industri akan diteruskan dan pelajar juga perlu
pelajar Kolej Vokasional diteruskan? melaksanakan amali secara bersemuka dengan pensyarah masing-masing
di bengkel kolej.

25 Adakah bulan Disember 2020 masih berlaku PdP Ya, KPM merancang mengurangkan jumlah cuti akhir tahun pada bulan
bagi tingkatan 5? Disember 2020 bagi murid tahun peperiksaan supaya guru dan murid dapat
membuat persediaan menghadapi peperiksaan awam.

Bilakah tarikh peperiksaan SPM tahun 2020? Takwim Penggal Persekolahan Baharu Tahun 2020 bagi kelas peperiksaan
26
dan bukan kelas peperiksaan akan dikeluarkan untuk rujukan pihak
JPN/PPD dan sekolah.

7
YBMK telah membuat pengumuman pada 15 Mei 2020 bahawa peperiksaan
SPM dan STPM Semester 3 akan dilaksanakan pada suku tahun pertama
2021.

27 Adakah Rancangan Pengajaran Tahunan untuk Ya, sekolah perlu membuat perancangan yang bersesuaian berdasarkan
murid SPM perlu disusun semula bagi menghadapi pengumuman YBMK pada 15 Mei 2020 bahawa peperiksaan SPM dan
peperiksaan pada tahun 2021? STPM Semester 3 akan dilaksanakan pada suku tahun pertama 2021.

28 Adakah murid tingkatan 5 dibenarkan membawa Murid dibenarkan membawa peranti kecuali telefon bimbit termasuk telefon
smartphone ke sekolah bagi tujuan PdP? pintar semasa pembukaan semula sekolah.

Kebenaran ini diberikan bagi kelancaran proses pengajaran dan


pembelajaran bagi murid yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di bilik
darjah yang sama dengan guru disebabkan penjarakan sosial.

Selain itu, penggunaan peranti boleh digunakan sebagai platform


pembelajaran interaktif berasaskan laman sesawang. Walau bagaimanapun,
pihak pentadbir sekolah, guru-guru, Persatuan Ibu Bapa/Guru, ibu
bapa/penjaga serta murid perlu mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan berkenaan penggunaan, pengurusan dan kawalan peranti
peribadi.

Kebenaran ini selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian


Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun 2018 : Garis Panduan Pelaksanaan
Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi Ke Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia.

8
29 Adakah Sukarelawan Dalam Kelas (SdK) oleh Ya, ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PIBK masih boleh dilaksanakan dengan (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu guru
melibatkan ibu bapa/komuniti membantu guru dengan merujuk kepada SPI Bil. 1/2018 Garis Panduan Ibu Bapa/Penjaga
semasa proses PdP? Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK).

30 Adakah murid dibenarkan mengikuti PdP di bilik Boleh, tetapi perlu mengekalkan penjarakan sosial dan murid yang bergejala
yang berhawa dingin? tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah
digalakkan menyediakan bilik PdP yang mempunyai pengudaraan yang baik
dan tidak tertutup.
31 Adakah amali luar bilik darjah contohnya bagi mata PdP di luar bilik darjah adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun,
pelajaran Pertanian dan Kemahiran Hidup/RBT guru boleh mempelbagaikan kaedah penyampaian PdP bagi membantu
dan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) yang kefahaman murid tentang pelaksanaan amali mata pelajaran berkenaan.
lain boleh dilaksanakan?

E. PENGURUSAN ASRAMA

32 Adakah murid asrama dibolehkan untuk berulang Boleh, dengan kebenaran pentadbir sekolah.
alik dari rumah sekiranya mereka enggan tinggal di
asrama?

33 Bolehkah makanan di dewan makan asrama Boleh, jika dipersetujui oleh pihak sekolah dan pengendali dewan makan
disediakan secara berbungkus? asrama.

9
34 Bolehkah guru selain warden dilibatkan untuk Ya, guru boleh dilibatkan dengan mengambil kira beban tugas guru.
bertugas di asrama?

35 Berapa ramaikah murid yang boleh ditempatkan di Bilangan penghuni sesuatu bilik asrama bergantung kepada saiz bilik
dalam sesebuah bilik di asrama? berkenaan berdasarkan jarak satu (1) meter antara katil. Hanya bahagian
bawah katil dua tingkat digunakan.
36 Berapa kerap suhu badan murid asrama perlu Kekerapan sekurang-kurangnya sekali sehari. Masa pengambilan suhu
diambil? badan ditentukan oleh warden asrama.

37 Adakah murid yang tinggal di asrama perlu Tidak perlu.


diasingkan dengan murid yang tinggal di luar
semasa PdP di sekolah?
38 Apakah yang perlu dilakukan jika murid ingin Murid dibenarkan tinggal di asrama dengan kelulusan pentadbir sekolah
menginap di asrama apabila sekolah dibuka mengikut SOP yang sedia ada.
semula?

39 Bolehkah SOP tambahan berkaitan pengurusan Tidak perlu menyediakan SOP tambahan berkaitan pengurusan asrama
asrama disediakan? kerana garis panduan sedia ada telah diperincikan berkaitan perkara
tersebut dan dibaca bersama-sama SOP Pengurusan Asrama yang sedang
berkuatkuasa.

40 Adakah bayaran makan asrama yang telah dibayar Pihak sekolah boleh memulangkan wang tersebut sekiranya murid yang
secara penuh oleh ibu bapa / penjaga dipulangkan terlibat tamat belajar pada tahun 2021. Bagi murid yang kekal di asrama,
semula kerana murid tidak berada di asrama bayaran tersebut akan dibawa ke tahun hadapan.
semasa tempoh PKP?

10
41 Adakah kelas bimbingan atau kelas tambahan Kelas tambahan / bimbingan dibenarkan mengikut SOP penjarakan sosial
untuk murid yang tinggal di asrama boleh seperti pelaksanaan PdP dengan mengambil kira beban tugas guru semasa
dilaksanakan pada waktu petang dan waktu pembukaan semula sekolah.
malam?

F. PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS)


42 Adakah pusat tuisyen dibenarkan beroperasi Pembukaan pusat tuisyen yang berdaftar dengan KPM adalah tertakluk
apabila KPM mengumumkan pembukaan semula kepada pengumuman KPM.
sekolah?

43 Adakah KPM menyediakan format pelaporan IPS? Format pelaporan akan disediakan oleh Bahagian Pendidikan Swasta
(BPS).

44 Bilakah tadika swasta yang berdaftar dengan KPM Pembukaan tadika swasta yang berdaftar dengan KPM adalah tertakluk
boleh dibuka? kepada pengumuman KPM.

11

You might also like