You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGAS PROJEK

TAJUK PROGRAM:PISMP NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS: SEMESTER/TAHUN:SEMESTER 2/ 2014


WAJ3052 LITERASI NOMBOR

TARIKH MULA 8.9.2014 TARIKH HANTAR 22.9.2014

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah yang sesuai.

2. Melakukan pengiraan algoritma alternatif, kalkulator, pengiraan mental, penganggaran dan


bahan manipulatif dalam pembelajaran pengiraan .
3. Menjelaskan konsep pengukuran serta menggunakan data ukuran untuk menyelesaikan
masalah kehidupan harian .
4. Menggunakan konsep dan perhubungan ruang untuk menyelesaikan masalah .
5. Menganalisis dan menginterpretasi data kuantitatif.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 4 dan 5.

Objektif Projek

1. Mendemontrasikan pemahaman dengan memasukkan pendekatan dan strategi


numerasi dalam kehidupan seharian.
2. Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah yang sesuai.
3. Menjelaskan konsep pengukuran, perhubungan ruang serta menggunakan data ukuran
untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian .
4. Menganalisis situasi dan memberi justifikasi untuk perubahan secara kritis dan kreatif.

Tugasan 1 (40%): Penulisan Esei (secara individu)

Tajuk : Corak Dinding

Dinding makmal matematik Sekolah Kebangsaan Maju akan dihiaskan dengan pelbagai
corak geometri. Cikgu Asron ingin menentukan kos membina salah satu corak geometri
itu dengan menggunakan marmar. Corak yang dimaksudkan adalah seperti di Lampiran
A. Beliau juga ditugaskan untuk memberi cadangan corak-corak geometri lain yang
boleh digunakan untuk menghias dinding makmal matematik dengan kos yang hampir
sama dengan kos corak di Lampiran A. Kos luas seunit persegi (1 square unit) marmar
ialah RM0.70 jika panjang tepi segi empat sama ialah nombor bulat. Kos luas seunit
persegi (1 square unit) marmar ialah RM0.95 jika panjang tepi segi empat sama bukan
nombor bulat. Segi tiga dalam corak adalah daripada marmar segi empat sama yang
dibahagi pada pepenjuru segiempat sama. Kaji corak pada Lampiran A dan tulis satu
esei yang menerangkan kaedah yang digunakan oleh Cikgu Asron untuk mengira kos
corak itu dan cadangan satu corak lain(dengan justifikasi) yang Cikgu Asron boleh pilih
untuk menghiaskan dinding makmal matematik Sekolah Kebangsaan Maju.

Tugasan 2 (20%) : Kuiz (secara individu)

Tarikh: __________________

Satu kuiz yang mengandungi 10 soalan objektif (HP 1 – 3)

Tugasan 2 (40%): Ujian Akhir Kursus (40%) (secara individu)

Tarikh: ________________

Satu ujian yang mengandungi 5 soalan struktur (HP 1- 5)

Prosedur:

1. Panjang esei adalah antara 5 hingga 7 muka surat. Esei perlu bertaip dengan saiz fon
Arial 11 dan langkau 1.5 baris.
2. Rujukan disenaraikan mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association).
3. Esei harus menunjukkan keaslian, pemahaman konsep matematik dan kebolehan
memikir secara kritis dan kreatif.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
5. Muka Depan Esei merangkumi:
 Nama Pelajar
 Angka Giliran
 Nombor Kad Pengenalan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan Nama Kursus
 Tajuk Tugasan Projek
 Nama Pensyarah Akademik
 Tarikh Hantar
dan mengikut format yang telah ditetapkan.
6. Sila rujuk kepada “Panduan untuk Tugasan”
Kriteria Pentaksiran

Tugasan Penulisan Esei akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.


Kuiz dan Ujian Akhir Kursus akan disemak mengikut skema pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(PUMADEVI.S.) (SHAMSIAH BT. ABD. SAMAD)


Penyelaras Kursus WAJ3052 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

(FATIMAH ROZIHAN BT. WAN MUHAMMAD)


Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Raja Melewar

You might also like