You are on page 1of 4

MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN

TAMAN BUNGA NEGARA, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR

MINIT PENATARAN GURU BIL. 2/2021

Tarikh : 8 April 2021


Hari : Khamis
Masa : 12.45 tengahari – 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Guru MTAF
Kehadiran: Rujuk Lampiran 1
Agenda: .
- Perutusan Pengerusi
- Pengesahan Minit
- Perkara berbangkit
- Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi (Muallim Hafizuddin)


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru – guru yang hadir untuk
sesi penataran setiap hari Khamis pada setiap minggu.
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan perbincangan kali ini adalah untuk
memaklumkan perkara penting perjalanan persekolahan selepas cuti
sekolah suku penggal 1 pada minggu lepas.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Minit
2.1 Muallim Afiq Syafiq mencadangkan Minit Penataran Guru Bil.1/2021
disahkan dan Muallim Sulaiman telah menyokong minit mesyuarat
tersebut dan telah disahkan.
3.0 Perkara berbangkit
3.1 Muallim Hafizuddin mengingatkan kepada semua warden untuk punch
out pada waktu yang ditetapkan untuk waktu pagi selepas kelas
hafazan Al Quran.
Tindakan : Warden Asrama Sekolah
3.2 Muallim Hafizuddin memaklumkan bahawa setiap program yang
dijalankan di sekolah atau asrama perlu mempunyai organisasi yang
jelas supaya program tersebut berjalan dengan lancar.
3.3 Muallimah Hanan memaklumkan bahawa kelas Tahfiz 4 telah
dipindahkan ke kelas Tahfiz 1 lama berikutan kelas Tahfiz 6 lama tidak
mencukupi untuk memuatkan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas
tersebut. Muallimah Syahira mencadangkan untuk pelajar Tahfiz 3 di
pindahkan di kelas Tahfiz 6 dan pelajar Tahfiz 4 ke kelas Tahfiz 3
sekarang memandangkan bilangan pelajar Tahfiz 4 yang akan
bertambah. Semua guru bersetuju dengan cadangan tersebut dan sesi
pemindahan kelas akan diadakan pada hari ini jam 4.00 petang.
Susunan kelas adalah seperti berikut;
a. Kelas Tahfiz 1 – kekal di kelas
b. Kelas Tahfiz 2 – kelas Tahfiz 4
c. Kelas Tahfiz 3 – kelas Tahfiz 6 lama
d. Kelas Tahfiz 4 – Kelas Tahfiz 3
e. Kelas Tahfiz 5 – kekal di kelas
f. Kelas Aktiviti – kelas aras 1 blok Umar dan kelas aras 2 blok
Abu Bakar
3.4 Muallim Hafizuddin menyatakan bahawa terdapat air yang bertakung di
peti sejuk aras 2 blok Umar dan mebuatkan lantai menjadi basah dan
licin. Guru yang bertugas perlu memastikan semua tempat di sekolah
dalam keadaan yang baik, bersih dan selamat.
3.5 Muallim Hafizuddin memaklumkan bahawa program guru MTAF akan
dijalankan selepas Hari Raya Aildilfitri.
3.6 Muallim Hafizuddin memaklumkan bahawa bermula bulan Ramadan,
program tadarus Al Quran akan diadakan antara guru dan pelajar dan
makluman berkenaan dengan program tersebut akan dibincangkan
dan akan dimaklumkan kelak.
Tindakan : Makluman
4.0 Hal-hal lain
4.1 Muallim Hafizuddin memaklumkan bahawa guru tidak perlu hadir jika
tidak sihat atau mempunyai simptom virus covid-19 untuk
mengelakkan jangkitan kepada pelajar dan guru lain.
4.2 Beliau juga memaklumkan bermula bulan Ramadan, Jadual Waktu
Kelas akan berubah kepada satu PdPc akan dijalankan selasa 40 minit
sahaja dan pelajar akan pulang ke asrama pada jam 3.00 petang dan
guru pada jam 3.30 petang. Penggunaan Dewan SRIAF adalah untuk
solat isyak dan terawih sahaja memandangkan sekolah masih lagi
perlu menjaga SOP yang ditetapkan.
4.3 Muallimah Syahira memaklumkan bahawa terdapat guru yang tidak
menepati masa waktu jadual waktu kelas dengan keluar lewat ketika
waktu Rehat 3 (R3) dan waktu Disinfesksi Sekolah (DS). Beliau
mengharapkan semua guru menepati waktu-waktu dalam jadual waktu
kelas supaya lebih memudahkan guru bertugas dan pelajar yang
bertugas.
4.4 Muallimah Jamilah memaklumkan bahawa flush tandas banat kedua-
duanya tidak boleh digunakan dan perlu dibaiki.Beliau juga
memaklumkan paip pada sinki tandas banin aras 1 blok Umar bocor
dan perlu dibaiki. Muallim Hafizuddin mengambil maklum mengenai
perkara tersebut dan akan memaklumkan kepada orang yang
bertanggungjawab membaiki tandas dan paip tersebut.
4.5 Muallim Hafizuddin memaklumkan pada minggu hadapan terdapat dua
orang guru baru yang akan datang iaitu Warden Banat pada 10/4/2021
dan Guru Lelaki pada 12/4/2021 serta seorang pembantu warden.
Pembantu guru tersebut adalah Faris dan Muallimah Jamilah akan
meletakkan Faris bersama dalam kelas beliau.
4.6 Muallimah Syahira memaklumkan bahawa Kelas Kecemerlangan
Kurikulum 2021akan bermula Sabtu ini (10/4/2021) dan Jadual akan di
maklumkan dalam group whatsapp guru dan ditampal pada papan
kenyataan esok. Beliau juga memaklumkan kelas ini tidak melibatkan
warden asrama.
4.7 Muallimah Shamila memaklumkan berkenaan dengan penggunaan
tuala yang telah ditempatkan di hadapan tandas banin aras 1 blok
Umar mengikut warna dan tahfiz. Beliau juga memaklumkan jadual
baru telah ditampal untuk makluman semua guru dan pelajar. Setiap
kelas mempunyai seorang pelajar yang akan bertugas sanitsasi kelas
setiap hari.
4.8 Mualim Hafizuddin memaklumkan mengenai Cuti Sekolah
Pertengahan Penggal 1 akan barubah dari tarikh 28/5/2021- 4/6/2021
kepada tarikh baru iaitu pada 5/6/2021-13/6/2021. Waktu Kem Hafazan
pula akan digantikan dengan PdPc seperti biasa. Konsultasi 1 akan
diadakan pada 4/6/2021 sebelum pelajar pulang ke rumah.
4.9 Muallimah Hanisah memaklumkan bahawa Peperiksaan pertengahan
Tahun akan didakan pada:
Tarikh: 26/4/2021 – 5/5/2021
Pelajar akan pulang ke rumah untuk cuti Hari Raya Aidilfitri pada
6/5/2021. Muallim Hafizuddin memaklumkan bahawa guru akan pulang
bercuti pada 7/5/2021 jika program Iftar Al Furqan tidak diadakan.
Tindakan : Makluman
5.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
URUS SETIA
NUR SYAHIRA BINTI MUJIB
14 APRIL 2021
Lampiran 1
Kehadiran
1. En. Muhammad Hafizuddin bin Ab. Halim
2. Cik Nurul Hanisah binti M. Yunus
3. En. Sulaiman bin Jamaludin
4. En. Muhammad Afiq Syafiq bin Ramin
5. Cik Nur Syahira binti Mujib
6. Pn. Jamilah binti Samat
7. Cik Wan Nazuha binti Wan Yusoff
8. Pn. NurShafiqah binti Mohd Saufi
9. En Ameerul Ashraff bin Mohd Asri
10. Cik Nur Aqidah binti Abu Kassim
11. En. Muhammad Qayyum bin Abdul Halim
12. Pn Filzatuhanani binti Mohamad Faudzi
13. Cik Nurul Shamila binti Mansor
Tidak Hadir
1. Pn. Masrijah binti Tawil
2. Cik Nur Syamira binti Hussain

You might also like