You are on page 1of 1

KUMPULAN 1

Bidang 1.0 LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

Aras 1 : Namakan alat yang boleh digunakan untuk melindungi mata dari terkena percikan asid di dalam
makmal.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aras 2 : Yang manakah di antara berikut bahan boleh di buang ke dalam sinki? Tandakan (/) pada
jawapan di bawah.

Asid hidroklorik
Lateks
Larutan garam
Pita magnesium

Aras 3 : Apakah yang akan berlaku sekiranya murid bermain-main dengan merkuri daripada termometer
yang pecah di dalam makmal?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aras 4 : Apa pendapat anda tentang fungsi baldi yang diisi dengan pasir yang diletakkan di tepi makmal?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aras 5 : Seorang murid telah terbau gas dari penunu bunsen yang bocor ketika masuk ke dalam makmal
pada awal pagi. Cadangkan perkara yang patut dilakukan oleh murid tersebut untuk mengeluarkan gas
tersebut. Jelaskan jawapan anda.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aras 6 : Bina satu model alat pemadam api ringkas yang boleh berfungsi di rumah dengan menggunakan
bahan kitar semula. Alat tersebut mesti boleh memadamkan api yang berpunca dari dapur gas dan
minyak.

You might also like