You are on page 1of 1

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

KA © IPGKTI 2017

Aktiviti 1 : Terokai secara keseluruhan menu-menu yang terdapat di dalam CD ini, dan kenal
pasti bahagian-bahagian yang penting; terutama menu bahagian Pengenalan>Sukatan,
Penilaian dan Pelaksanaan.  Seterusnya lihat bahagian Tugasan yang perlu anda laksankan
dalam kursus ini.  Kemudian terokai menu Sumber - pastikan apakah sumber/maklumat yang
ada dalam CD ini.   Seterusnya jawab senarai semak ini “Understand Yourself”, supaya anda
mengenali serba sedikit gaya pembelajaran anda.

Aktiviti 2 : Sila baca maklumat-maklumat berikut, Kemahiran Belajar, Developing Effective
Study Skills, dan baca bahagian Introduction dalam Study Skills muka surat 1-3.  [Jika
rajin elok anda  baca artikel Study Skills: An Overview, ms16 dan Study Skills, ms43]

Aktiviti 3 : Bersama rakan bincangkan apakah, definasi, konsep,  komponen kemahiran
belajar dan kepentingannya kepada diri anda.  Ringkaskan perbincangan anda dengan
menggunakan persembahan elektronik (contoh MS power point).

Aktiviti 4 : Baca maklumat berkaitan dengan Self-Regulated Learning  dan Self-


Regulation (perlu ada akses internet).  Seterusnya lihat paparan video berikut:Kemudian
bersama rakan ringkaskan apakah yang dimaksudkan dengan “Self-Regulated Learning” dan
ringkaskan kefahaman anda dengan menggunakan pemproses perkataan (contoh MS word).

Aktriviti 5 : Pembelajaran di IPG akan menyebabkan anda akan merasai perbezaan antara
belajar di sekolah dengan di IPG.  Untuk itu adalah elok jika anda mengenali ciri-ciri yang
berbeza ini.   Bersama rakan baca maklumat berkaitan dengan gagasan The New IPG
(ringkasan), untuk maklumat lengkap boleh anda terokai The New IPG : Learner Centered
University di internet (perlu ada capaian internet).Kemudian buat perbandingan (persamaan
dan perbezaan) antara pembelajaran yang dialami di sekolah dan yang akan dialami di IPG. 
Gunakan pengurusan grafik (lihat dalam folder AlatPengurusanGrafikKBKK dalam CD
ini )  untuk menunjukkan perbandingan itu.Simpan semua hasil kerja anda, yang digital perlu
dihantar kepada pensyarah anda.  Yang dicetak mungkin perlu disimpan dalam fail folio
anda.  Beberapa hasil kerja pasangan mungkin diperlukan untuk mempersembahkan di
dalam kelas bagi tujuan perbincangan. Semasa persembahan gunakan teknik
persembahan yang baik.

http://elearnmap.ipgkti.edu.my/resource/gkb1053/m1.htm

You might also like