You are on page 1of 10

MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

August 14, 2016


Konsep Gaya Pembelajaran

Pembelajaran ialah kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan mengfailkan


maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan Menurut Dr
Ragbir Kaur Joginder Singh(2012), gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara
bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. Gaya pembelajaran juga
merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan
menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Selain itu,
terdapat beberapa pendapat lain mengenai konsep gaya pembelajaran.

Menurut Dunn & Dunn (1981) dalam buku Learning Style Inventory Development and
Research, sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang
sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut
Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan
pengajaran digemari oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri.
Menurut Honey & Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang
itu gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat
objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang.
Manakala Steward & Felicetti (1992) pula mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai
“keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya pembelajaran tidak
menekankan kepada apa yang dibelajari tetapi menekankan bagaimana cara seseorang itu
belajar.

Gregorc (1979) pula mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang dilakukan
oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya untuk berinteraksi dengan
persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. Garger (1985)
menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang tersendiri. Warisan
baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan gaya
pembelajaran seseorang. Slavin (1994) mengaitkan personaliti dengan gaya pembelajaran
dan menyatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personaliti yang berbeza-beza,
sama-sama juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”

Konklusinya, gaya pembelajaran merupakan kaedah belajar seseorang individu yang


bertindak dengan persekitarannya dalam memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat
dan ilmu pengetahuan yang diingini. Gaya pembelajaran terbukti merupakan hasil gabungan
faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-
pengaruh warisan baka dan persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu
bapa, budaya komuniti dan sekolah.

AA.png

Rangsangan Persekitaran

Cahaya

Kadar terangnya cahaya merupakan faktor penting yang mempengaruhi gaya pembelajaran
setiap individu. Misalnya, ada yang suka belajar dengan lampu terang benderang: ada yang
suka belajar dengan cahaya yang sederhana terang sahaja. Secara amnya, tidak ramai
orang suka belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang.

Bunyi

Jenis bunyi pula menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Misalnya, terdapat
pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik atau di tempat yang ada siaran radio atau
televisyen. Sebaliknya, terdapat pelajar yang hanya boleh menumpukan perhatian terhadap
pembelajarannya dalam keadaan yang senyap sunyi dan tenteram.
Suhu

Kebiasaannya, suhu yang sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan


pembelajaran. Ramai pelajar tidak suka belajar di bawah cuaca panas tanpa atau berhawa
dingin.

Reka bentuk tempat belajar

Reka bentuk tempat belajar, misalnya susunan meja-kerusi dalam bilik darjah yang selesa
juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Keselesaan tempat duduk dapat
mengurangkan keletihan pelajar dalam sepanjang masa persekolahan. Maka, ramai pelajar
suka belajar di tempat duduk yang sesuai dengan gaya duduk tersendiri.

Rangsangan Emosi

Motivasi

Motivasi biasanya dibahagikan kepada motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Pelajar yang
mempunyai motivasi intrinsik yang kuat biasanya suka belajar dengan inisiatif sendiri.
Manakala, pelajar yang bergantung motivasi ekstrinsik hanya boleh belajar mengikut arahan
yang berstruktur daripada guru.

Keazaman dan Tanggungjawab

Sikap keazaman dan tanggungjawab pula dapat mempengaruhi gaya pembelajaran. Pelajar
yang mempunyai sikap keazaman dan tanggungjawab akan mengambil inisiatif sendiri dan
dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Manakala, pelajar yang urang berazam dan
kurang bertanggungjawab hanya dapat belajar dalam tempoh masa yang singkat, dan
memerlukan masa rehat sebelum meneruskan proses pembelajarannya.

Rangsangan Sosial

Belajar Sendiri

Terdapat pelajar yang suka bersendiri, jadi gaya pembelajarannya juga perseorangan iaitu
dia suka belajar diri sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan ganggunya
semasa belajar.

Belajar dengan Rakan Karib

Pelajar yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa belajar bersama dengannya boleh
memperolehi lebih banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.

Belajar Berkumpulan

Belajar bersama-sama dengan rakan sebaya, kumpulan atau pasukan adalah merujuk
kepada pembelajaran secara berkumpulan. Gaya pembelajaran ini merangkumi ciri
perbincangan, sumbangsaran dan kerjasama yang melibatkan diri dalam permainan,
pertandingan atau menjalankan sesuatu projek.

Belajar dengan Orang Dewasa

Orang dewasa juga boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar, khasnya
orang dewasa yang disanjungi. Pelajar yang suka belajar dengan orang dewasa yang
disanjung akan bersempat mengemukakan soalan-soalan tentang masalah yang dihadapi
semasa belajar. Bimbingan orang dewasa, misalnya ibu bapa bukan sahaja dapat
membantunya menyelesaikan masalah masalah pembelajaran yang dihadapinya tetapi juga
dapat meningkatkan semangat serta keyakinannya terhadap pembelajaran.

Rangsangan Fisiologi

Persepsi

Pelajar biasanya memperoleh maklumat atau pengalaman melalui persepsi visual, auditori
ataupun kinestetik-tactile. Pelajar yang mempunyai persepsi visual yang tajam, dia akan
suka belajar dengan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, graf, gambar rajah, slaid,
video, televisyen, komputer dan sebagainya. Bagi persepsi auditori yang baik pula, pelajar itu
suka belajar dalam keadaaan yang ada suara latar belakang seperti siaran muzik dari radio
atau kaset. Pelajar yang mempunyai kinestetik-tactile yang kuat dan cekap, dia suka belajar
dengan cara menyentuh dan merasa. Gaya pembelajarannya diperlihatkan aktif dan tidak
boleh duduk diam dalam tempat belajar bagi tempoh masa yang agak lama.

Pemakanan

Dari segi pemakanan pula, terdapat pelajar yang suka makan ataupun minum semasa
belajar. Jika tidak dapat makan dan minum, pembelajarannya akan menjadi kurang seronok
dan tidak berkesan.

Waktu Belajar

Pemilihan waktu belajar juga mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar itu. Kebiasaan, waktu
pagi atau malam menjadi kesukaan pelajar kerana suasananya lebih segar, kondusif,
nyaman dan tenteram saripada waktu petang. Ada juga yang suka beajar pada lewat malam
kerana suasana yang senyap sunyi.

aaa.png

Rangsangan Psikologi

Analitik atau Global

Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran analitik ialah pelajar yang suka belajar sesuatu
dengan secara teliti. Mereka suka menganalisa fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Gaya
pembelajaran global pula merujuk kepada pelajar yangsuka belajar sesuatu dengan
keseluruhan dengan mengamati aspek-aspek atau perkara secara menyeluruh atau holistik.

Gerak Hati

Bagi unsur gerak hati pula, pelajar belajar bergantung kepada angin atau moodnya. Angin
yang baik mendorong pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika sebaliknya yang
berlaku, dia akan berangan-angan dan tidak memberi tumpuan.

Reflektif

Gaya pembelajaran bersifat reflektif merujuk kepada pelajar yang suka belajar dengan cara
berfikir. Pelajar ini lebih suka menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kajian,
membentuk hipotesis, menganalisis, mentafsir dan membuat kesimpulan.

Pemprosesan Otak Kanan dan Otak Kiri

Menurut Roger Sperry (1981), otak kiri manusia mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang
logik, analitis, urutan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan, otak kanan manusia pula
mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan,
irama, muzik dan imaginasi. Justeru itu, gaya pembelajaran yang menggunakan
pemprosesan otak kiri bercenderung kepada pembelajaran bahasa, penulisan, logik, sains
dan matematik. Bagi gaya pembelajaran pemprosesan otak kanan pula, kecenderungan
dengan pembelajaran muzik, pendidikan seni, mereka bentuk dan aktiviti-aktiviti yang
bercorak kreatif.

JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN

Murnford dan Honey (1986)

a) Aktivis

Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam
aktiviti pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:

· Mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa

· Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam
sekitar

· Bergerak pantas dan cepat membalas

· Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri.

· Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.

· Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk
menyelesaikan masalah sendiri.

· Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

b) Reflektif

Gaya pembelajaran reflektif ialah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi
kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea
sendiri, memerhati, menyoal siasat mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan
kemahiran berfikir. Ciri-ciri gaya pembelajaran reflektif ialah:

· Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri.

· Mempunyai kemahiran berfikir secara kirits dan kreatif.

· Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta
membuat refleksi kendiri.

· Suka mencari hakikat yang sebenar.

· Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan


teliti.

· Seseorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.

· Belajar dan membuat kerja secara sistematik.

· Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan.

c) Teoris
Gaya pembelajaran teoris ialah orang yang gemar menggunakan prinsip dan teori untuk
membuat kesimpulan sesuatu perkara. Di antara ciri-ciri golongan pelajar ini ialah

· Memiliki fikiran rasional dan logikal.

· Mempunyai sikap berdisiplin serta bersifat objektif.

· Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak kiri.

· Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan berdasarkan


bukti.

· Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku.

· Berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam sekitar.

d) Pragmatis

Gaya pembelajaran pragmatis ialah pelajar yang bersifat praktikal dan mementingkan hakikat
yang sebenardaripada teori, hukum atau prinsip yang sedia ada. Mereka mengutamakan
aplikasi teori, hukum dan prinsip sedia ada dalam situasi sebenar. Ciri-ciri gaya pembelajaran
pragmatis ialah:

· Bersifat praktikal dan berpijak di bumi nyata.

· Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif pembelajaran.

· Percaya perkara yang dapat dilihat daripada mendengar.

· Mengutamakan kegunaan dan penggunaan sesuatu perkara.

· Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.

· Suka membuat perbandingan.

Gaya Pembelajaran Visual, Auditori, Kinestetik (VAK)

Gaya Pembelajaran Visual

Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku di
papan hitam atau paparan komputer.
Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat
atau teks berkenaan.
Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti “auditori” tetapi mereka selalunya
dapat belajar melalui pembacaan.
Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak
mengingati sesuatu.
Gaya Pembelajaran Auditori

Murid auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan.
Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika
membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar
murid lain dan berbincang dengan guru.
Gaya Pembelajaran Kinestetik

Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara
fizikal dalam aktiviti bilik darjah.
Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus melalui hands-on.
Gaya Pembelajaran Bloom

· Kognitif adalah satu pengelasan yang menerangkan sesuatu perkara yang


berkaitan dengan akal fikiran seperti contoh satu pengetahuan yang diketahui, dan
kemudiannya pelajar dapat menterjemahkan dengan penghuraian dan kefahaman sendiri,
mengaplikasikan pengetahuan, menganalisis dan boleh membentuk satu pengetahuan yang
baru melalui sintesis dan akhirnya membuat penilaian

· Efektif merupakan satu nilai dan perasaan. Ia boleh dijelaskan dengan konsep
penerimaam rangsangan daripada penggunaan lima deria yang ada di dalam proses
pembelajaran. Kemudian rangsangan ini akan memberikan satu reaksi dan tindak balas.
Seterusnya akan menilai dan mengatur proses pembelajaran tersebut.

· Psikomotor merupakan satu kemahiran fizikal berlakunya pembiasan atau


tingkahlaku peniruan bagi sesuatu kemajuan akan ditunjukkan. Kemahiran akan berkembang
yang mana proses latihan akan dijalankan untuk membentuk satu habit. Apabila berlaku
penyesuaian berlaku dan kemahiran telah dikuasai dan disesuaikan dengan situasi yang baru
dan akhirnya akan berlaku naturalisasi yang mana latihan yang berterusan akan dilakukan
bagi membina kemahiran yang jitu serta serta untuk mengekalkan kejituan.

Gaya Pembelajaran Robert Gagne

Pembelajaran bergerak ialah daripada yang mudah dan ke arah yang lebih kompleks.
Penggunaan isyarat seperti kad imbasan adalah mudah dan tidak memerlukan penggunaan
akal fikiran.
Pembelajran rangsangan gerak balas yang membawa implikasi bahawa guru hendaklah
memberikan pujian dan galakan kepada murid. Latihan dan kaedah cuba jaya dilakukan.
Pembelajaran yang berangkaian yang mana guru menggunakan pendekatan pengulangan
serta membuat sesuatu mengikut urutan pengajaran.
Kemahiran komunikasi di antara guru dan pelajar biasanya menggunakan hujah. Interaksi
dua hala adalah digalakkan untuk mendapatkan satu proses pembelajaran yang sempurna.
Guru hendaklah mengenalpasti objektif dan menerangkan kepada pelajar agar pembentukan
konsep mudah diperolehi.
Guru menggunakan pendekatan dengan membuat perbandingan dan juga palikasi di dalam
mata pelajaran tertentu.
Guru hendaklah membuat bimbingan bagi mendiskriminasikan sesuatu fakta yang penting
daripada yang kurang penting.

MODEL-MODEL GAYA PEMBELAJARANa.png

Carl Jung (1875-1961) mengkategorikan individu kepada dua kumpulan yang utama iaitu
introvert dan ekstrovert. Perbezaan dua kumpulan personaliti tersebut adalah berdasarkan
kepada faktor-faktor berikut:

· Mentafsir situasi atau fenomena

· Penumpuan perhatian

· Pemupukan tenaga

· Membuat penilaian

· Menetapkan keputusan

· Mengawal pandangannya pada persekitaran

Menurut Carl Jung, setiap individu sama ada introvert ataupun ekstrovert memproses
maklumat daripada persekitarannya sama ada secara imaginatif, intuitif, berasaskan
perasaan ataupun logik.
Model Kolb Learning Style Inventory (1984)

Pengasasnya David Kolb telah mengklasifikasikan aktiviti pembelajaran pelajar kepada dua
bahagian. Ia terdiri daripada persepsi dan pemprosesan. Setiap aktiviti pembelajaran ini
boleh dibahagikan secara bertentangan. Sebagai contoh ada individu yang menerima
maklumat secara berkesan melalui pengalaman yang konkrit atau pengalaman secara
langsung. Selain itu terdapat juga individu lain menerima maklumat secara abstrak atau
secara pengalaman simbolik. Berikut adalah huaian ciri-ciri gaya belajar Kolb yang sudah
diubahsuai.

Akomodator

Merupakan gabungan aktif dan pengalaman konkrit. Orientasi yang tertentu harus diberikan
kepada pelajar. Pelajar belajar melalui kaedah mencuba hingga berjaya dan aktiviti
penyelesaian masalah. Ciri-ciri pelajar akomodator adalah seperti berikut:

i. Menerima maklumat yang bersifat nyata dan spesifik dan memperosesnya


dengan cara melakukan percubaan.

ii. Tidak mahir dalam membina teori dan idea.

iii. Cenderung mencari pengalaman baru dan melakukan pelbagai percubaan.

iv. Sanggup menerima sebarang risiko.

v. Berkebolehan membiasakan diri dalam suasana yang baru dan asing.

vi. Gemar mengikut gerak jati dan belajar menggunakan kaedah ‘cuba jaya’ dalam
menyelesaikan sebarang masalah.

vii. Sering bersikap tergesa-gesa dan cepat putus asa apabila berhadapan dengan
maklumat yang susah difahami.

Diverger

Gabungan peringkat pengalaman konkrit dan pemerhatian yang reflektif. Pelajar dalam
kombinasi dimensi pembelajaran ini cenderung kepada penggunaan maklumat perolehan
deria dan perasaan. Ciri-ciri pelajar adalah seperti berikut:

i. Menerima maklumat yang nyata dan spesifik dan membuat pemerhatian


mendalam terhadap maklumat tersebut sebelum membuat keputusan.

ii. Kebolehan berimaginasi.

iii. Berkebolehan menjana pelbagai idea

iv. Cenderung dalam bidang kemanusiaan dan sastera.

v. Menggunakan pendekatan sosial dalam pembelajaran dan sensitif dengan


perasaan.

Assimilator

Merupakan gabungan dimensi pemikiran reflektif dan konseptualisasi abstrak. Orientasi


pembelajaran berbentuk teori dan pemikiran abstrak.

i. Menerima maklumat bersifat abstrak dan rumit serta memprosesnya dengan


cara membuat pemerhatian yang mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

ii. Kekuatannya adalah daripada segi kebolehan membuat model teoritikal.

iii. Berkebolehan menggabungkan pelbagai idea bagi membentuk suatu konsep

iv. Tidak minat bersosial hanya cenderung ke arah keberkesanan sesuatu teori
atau idea dan bukannya nilai praktikalnya.

Konverger

Gabungan peringkat konseptualisasi abstrak dan eksperimen aktif. Pelajar-pelajar lebih


cenderung memperoleh kefahaman yang baik terhadap idea-idea yang praktikal berdasarkan
pemerhatian mereka.

i. Menerima maklumat yang bersifat abstrak dan rumit dan memprosesnya


dengan cara melakukan percubaan.

ii. Tidak gemar berimaginasi.

iii. Mencari hanya satu idea yang paling logik dan tepat dalam menyelesaikan
masalah.

iv. Tidak gemar menjana pelbagai idea.

v. Tidak bersifat emosi dan lebih gemar berhubung dengan alat-alatan daripada
orang ramai.

Model Dunn dan Dunn

aaaa.jpg

Prinsip-prinsip Model Pembelajaran Dunn & Dunn

Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar


Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu
Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, bersesuaian dengan gaya pembelajaran dan sekaligus
mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) 1985

Menurut MBTI, baka memainkan peranan penting dalam pembentukan dan personaliti
seseorang. Kanak-kanak yang diasuh dengan penuh demokratik dan penuh kebebasan akan
menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert iaitu dapat menyesuaikan diri dengan cepat,
peramah, mudah berinteraksi dengan orang lain, bebas daripada perasaan bimbang dan
berminat dengan pelbagai jenis sukan.

MBTI juga berpendapat pelajar yang berpersonaliti introvert lebih memfokuskan ke dalam diri
sendiri. Mereka tidak gemarkan aktiviti-aktiviti sosial yang tentunya melibatkan hubungan
interpersonal. Selain itu, mereka bersifat pasif, sensitif dan pemalu, mereka juga gemar
bekerja secara sendirian. Walaupun golongan ini tidak mempunyai ramai rakan, tetapi
mereka mempunyai ikatan persahabatan yang berpanjangan.

Herman Brain Dominee Instrument (HBDI)


Model ini dibangunkan oleh Hermann Witkin pada tahun 1962. Fungsi model ini adalah untuk
membantu pelajar memahami secara mendalam gaya pembelajaran serta dapat membuat
strategi pembelajaran mereka sendiri. Malah model ini dapat membantu pengajar memahami
pelajar-pelajar mereka. Model ini berkonsepkan penggunaan otak manusia. Model gaya
belajar HBDI dibentuk mengikut kecenderungan relatif pelajar untuk berfikir berdasarkan
fungsi dan tugas-tugas spesifik bahagian-bahagian otak iaitu:

Bahagian A: Otak kiri atau cerebral. Pelajar berkecenderungan berfikir secara logik,
analitis, fakta dan kuantitatif.

Bahagian B: Otak kiri atau limbic. Pelajar berkecenderungan berfikir secara


terangkai, berstruktur, terperinci dan terancang.

Bahagian C: Otak kanan atau limbic. Aktiviti berfikir melibatkan perasaan,


interpersonal, sensori, kinestetik dan simbolik.

Bahagian D: Otak kanan atau cerebral. Pelajar berkecenderungan berfikir secara


visual, holistik dan inovatif

Model Felder – Silverman Learning Style

Model ini dibangunkan oleh seorang profesor Kejuruteraan Kimia iaitu Richard Felder dan ahli
psikolologi pendidikan, Linda K. Silverman. Model gaya pembelajaran ini direka cipta untuk
digunakan pada pelajar jurusan teknikal. Tujuan model ini adalah untuk mendorong kepada
penyeimbangan penggunaan kaedah pengajaran dan bukan mengikut gaya yang disukai oleh
guru. Index of Learning Style (ILS), digunakan sebagai instrumen untuk menentukan gaya
pengajaran, di mana empat dimensi diambil kira. Setiap dimensi terdiri daripada dua pola
yang bertentangan, iaitu aktif atau reflektif, sensing atau intuitif, visual atau verbal dan jujukan
atau global. Dimensi-dimensi tersebut ialah:

i. Sensing (berorientasi praktikal) atau Intuitif (berorientasikan teori)

ii. Aktif (belajar dengan mencuba) atau Reflektif (belajar dengan berfikir)

iii.Visual (Memilih penggunaan visual dalam pembelajaran ) atau Verbal (Memilih


pembelajaran secara lisan)

iv.Sequential (berfikiran secara linear) atau Global (Berfikiran secara meluas)

Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kurikulum

Guru meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan,sensing dan imaginasi untuk mendorong
murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.

Bimbingan

i. Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya
pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi,conceptualization dan ujikaji

ii. Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah.
Contonya, unsur bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan dan percakapan.

Penilaian
Guru sepatutnya melaksanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang memberikan fokus
pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara keseluruhan yang berkaitan dengan gaya
pembelajaran.

teach2

“if the children cannot learn the way we teach them, then we must teach them the way they
learn”

https://pengurusanpembelajaran.wordpress.com/2016/08/14/mengenali-gaya-pembelajaran-
kendiri-2/

You might also like