You are on page 1of 43

MANUAL KESEDARAN SIVIK

DAN AMALAN NILAI MURNI


DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH MENENGAH

Kementerian Pendidikan Malaysia


Maklumat Tentang Buku

Cetakan Pertama 2018


© Kementerian Pendidikan Malaysia 2018

Semua hak cipta terpelihara. Semua bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau
dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik secara
sebahagian atau keseluruhan, tanpa izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manual Kesedaran Sivik Dan Amalan Nilai Murni


Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah

Diterbitkan oleh:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Laman sesawang: www.moe.gov.my

Muka taip teks: Century Gothic


Saiz taip teks: 9.5 pt

ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Visi dan Misi KPM

Visi KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

iii
Senarai Kandungan
Perutusan YB Menteri Pendidikan Malaysia 2
Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM 4
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 6

Pengenalan
Latar Belakang 8

Jun
KASIH SAYANG:
Memanfaatkan Sumber Asli 10
Sayangi Alam Sekitar 11
Keamanan Sejagat 12
Setia 13

Julai
HORMAT-MENGHORMATI:
Menghindari Perbuatan Negatif 14
Silang Budaya 15
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya 16
Mematuhi Peraturan Setempat 17

Ogos
BERTANGGUNGJAWAB:
Bumiku Hijau 18
Sistem Demokrasi 19
Integriti Dalam Tugasan 20
Pengurusan Masa Berkesan 21

September
KEGEMBIRAAN:
Persahabatan Merentasi Sempadan 22
Lahirnya Sebuah Cinta 23
Identiti Nasional 24
Negaraku Tanggungjawabku 25
Oktober
KASIH SAYANG:
Malaysia Negara Perpaduan 26
Malaysia Progresif 27
Daulat Tuanku 28
Malaysia di Persada Antarabangsa 29

November
HORMAT MENGHORMATI:
Malaysia Harmoni 30
Amanah dan Integriti 31
Khazanah Alam 32

Penghargaan 34
PERUTUSAN
YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

endidikan merupakan perkara utama


yang berupaya mempengaruhi
pembangunan diri individu dan
menyediakan pelbagai peluang dalam
mencorakkan kehidupan masa depan.
Pendidikan juga mendasari proses pembangunan
modal insan berinovatif dan berkemahiran tinggi
yang menjadi faktor kritikal bagi menyokong
pertumbuhan sosial, budaya, dan ekonomi
sesebuah negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah


menetapkan matlamat utama pendidikan
negara ke arah melahirkan individu yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berasaskan pegangan teguh
dan kepercayaan kepada Tuhan. Justeru,
menjelang abad yang baharu, rakyat Malaysia
perlu menjadi warganegara yang berminda kelas
pertama, teguh jati diri, matang dalam
menyimpulkan pandangan serta dinamik dalam
mencorak pemikiran.

2 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni


Pihak Kementerian mengambil pelbagai
inisiatif ke arah melahirkan generasi yang
cemerlang dan terdidik dengan adab
terpuji. Penerapan nilai dan adab perlu Atas dasar tanggung jawab, pihak
menjadi tunjang kepada kemenjadian Kementerian telah menyediakan
pembentukan diri seseorang murid Manual Kesedaran Sivik dan Amalan
secara holistik selaras dengan Falsafah Nilai Murni bagi kegunaan murid sekolah
Pendidikan Kebangsaan. Kini, proses rendah dan menengah. Ia merupakan
pengajaran dan pemudahcaraan pada suatu panduan melaksanakan aktiviti
mana-mana peringkat bukan sahaja bimbingan ke arah merekayasa amalan
hanya berfokus kepada 3M (menulis, nilai murni dalam kalangan murid
membaca dan mengira) tetapi perlu sekolah. Saya berharap manual ini
ditambah dengan M yang keempat iaitu digunakan secara maksimum bagi
manusiawi. Sekolah bukan lagi tempat memupuk kesedaran, ke arah membina
persaingan tetapi tempat pembelajaran kefahaman sehingga ke peringkat nilai
nilai-nilai kemanusiaan. tersebut menjadi amalan dan
dibudayakan di dalam kehidupan
Nilai teras yang harus kita raikan seperti harian.
menyebarkan kegembiraan, diterapkan
dalam suasana kasih sayang dan Akhir kata, sekalung penghargaan
hormat-menghormati pula kepada semua pihak yang terlibat
membuahkan hidup aman bahagia. dalam menghasilkan manual ini.
Seiring kemajuan berteraskan revolusi Semoga usaha murni ini memberikan
industri 4.0, nilai manusiawi juga impak kepada kemenjadian murid yang
seharusnya menjadi tunjang utama. Jika bukan sahaja cemerlang inteleknya
soal nilai dan manusiawi tidak difikirkan malah terbilang sahsiahnya. Terima
pada zaman teknologi ini dikhuatiri kasih.
melahirkan manusia yang bukan sahaja
gagal menginsankan teknologi, YB DR. MASZLEE MALIK
sebaliknya mereka pula ditukarkan
menjadi seolah-olah jentera
berautomasi.

Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 3


KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

yabas diucapkan atas penghasilan


Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai
Murni yang bakal menjadi panduan bagi
membudayakan nilai murni dalam kalangan
murid-murid sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Usaha memupuk kesedaran sivik dan amalan nilai


murni adalah menjadi keutamaan Kementerian
Pendidikaan Malaysia. Justeru, kefahaman yang
jelas dalam kalangan warga kementerian
pendidikan dan para pendidik adalah sangat
perlu agar pembudayaan nilai murni ini tercapai
seperti yang dihasratkan.

Nilai-nilai murni seperti kasih sayang,


kegembiraan, hormat-menghormati dan
bertanggungjawab akan melahirkan murid yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani ke arah melahirkan masyarakat Malaysia
yang sejahtera.

4 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni


Guru adalah insan terbaik bagi
memupuk nilai murni dalam kalangan
murid sekolah. Justeru, guru harus
membudayakan amalan nilai murni di Semoga manual ini dapat dijadikan
sekolah dengan menunjukkan contoh panduan kepada pihak sekolah dalam
tauladan terbaik. Untuk menghasilkan usaha memupuk kesedaran sivik dan
suri teladan dalam kalangan guru, amalan nilai murni di sekolah dengan
pemimpin sekolah perlu komited dan pelbagai aktiviti yang menarik dan
beriltizam untuk menzahirkan amalan menjadi kenangan kepada murid-murid.
nilai murni dalam kalangan warga
sekolah. Saya berharap peranan ini juga Terima kasih kepada semua pihak yang
disambut baik dan disokong oleh ibu terlibat di dalam menghasilkan Manual
bapa, komuniti dan pihak-pihak Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
pemegang taruh. ini.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. MOHD GAZALI ABAS

Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 5


KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku

ahniah kepada semua pihak yang


terlibat di dalam menghasilkan Manual
Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
Kementerian Pendidikan Malaysia. Manual ini
disediakan hasil daripada perkongsian dapatan,
soal selidik dan temubual dengan pelbagai
pemegang taruh institusi pendidikan kita.

Nilai-nilai murni universal merentas agama,


fahaman, budaya wajar dijadikan amalan
berterusan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
memahami kepelbagaian adat dan budaya
antara satu dengan lain. Apatah lagi dengan
kemajmukan rakyat Malaysia, nilai
bertanggungjawab, hormat-menghormati, kasih
sayang dan kegembiraan sangat wajar diberi
penekanan bagi meningkatkan integrasi kaum
yang pelbagai. Namun, apa yang paling penting,
pembudayaan nilai murni dalam kalangan murid
sekolah sebenarnya adalah untuk melahirkan
warganegara yang tinggi nilai intelek, dalam
masa yang sama terdidik dirinya dengan adab
terpuji.

6 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni


Untuk itu, saya menyarankan agar
manual ini digunakan secara efektif di
setiap sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Enam konteks utama iaitu diri, Akhir kata, sesungguhnya usaha yang
keluarga, sekolah, masyarakat dan murni ini memerlukan sokongan dan
global wajar menjadi asas kepada dokongan mantap daripada semua
setiap perbincangan, perkongsian dan pihak bagi memastikan hasrat
aktiviti yang berkaitan dengan melahirkan murid-murid yang berminda
kesedaran sivik dan nilai murni di sekolah. kelas pertama menjadi realiti.

Sekian terima kasih.

DATUK DR. AMIN SENIN

Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 7


enekanan kepada nilai-nilai murni
dalam sistem pendidikan di Malaysia
amat diberi perhatian. Penekanan
yang serius bermula dengan pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada
tahun 1982 melalui pendekatan penerapan
nilai merentas kurikulum. Penerapan nilai-nilai
murni diterapkan melalui semua mata
pelajaran yang diajar di sekolah, melalui
aktiviti-aktiviti harian dan kegiatan
kokurikulum. Ianya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
memberi penekanan kepada
pembangunan manusia secara holistik serta
bersesuaian dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam
anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat
yang menghayati nilai.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025 dalam anjakan tiga adalah untuk
melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Hal
ini kerana murid hari ini akan mewarisi dunia
yang penuh dengan cabaran hebat,
LATAR BELAKANG daripada kemusnahan alam sekitar
hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk
berjaya mengharungi segala cabaran ini
murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran
memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat
seperti integriti, belas kasihan, adil, dan
altruisme yang dapat membimbing mereka
dalam membuat keputusan beretika. Pada
masa yang sama, pembangunan
warganegara yang global perlu diimbangi
dengan pembangunan identiti nasional
yang kukuh.

8 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni


Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri
Bil.6/2018 pada 4 Julai 2018 telah
memutuskan supaya Bahagian
Pendidikan Islam bertindak sebagai urus Konsep kesedaran sivik dan amalan nilai
setia kepada Jawatankuasa Kesedaran murni telah dibentangkan oleh
Sivik dan Amalan Nilai-Nilai Murni. Jawatankuasa Induk Kesedaran Sivik
Keputusan mesyuarat tersebut dan Amalan Nilai Murni kepada YB
menjelaskan supaya jawatankuasa Menteri Pendidikan pada 1 Ogos 2018.
tersebut menyelaras konsep nilai murni Sehubungan dengan itu, bagi
yang mudah dilaksanakan dengan perancangan jangka masa pendek,
menerapkan nilai-nilai universal yang mesyuarat memutuskan supaya BPI
terdapat dalam al-Quran dan hadis menyelaras dan menyediakan Manual
sebagai satu nilai murni yang boleh Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni
diamalkan oleh semua bangsa tanpa sebagai panduan kepada pihak sekolah
mengetepikan kefahaman agama dan untuk diuar-uarkan tentang kepentingan
budaya masyarakat setempat. kesedaran sivik dan amalan nilai murni
semasa perhimpunan mingguan sekolah
Susulan daripada keputusan tersebut, dan seterusnya menjadi pemangkin
satu Jawatankuasa Kesedaran Sivik dan kepada penghayatan dan pelaksanaan
Amalan Nilai Murni telah ditubuhkan dan kesedaran sivik dan amalan nilai murni
dianggotai oleh bahagian-bahagian di dalam kalangan warga sekolah
KPM. Bahagian Pendidikan Islam telah khususnya dan masyarakat Malaysia
melaksanakan beberapa mesyuarat amnya.
dan perbincangan sebagai gerak kerja
ke arah merealisasikan konsep yang
dicadangkan.

Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 9


KASIH SAYANG
Tajuk: Memanfaatkan Sumber Asli Ju
n

23 city bus

ASPEK PENYAMPAIAN
Kepentingan memanfaatkan sumber asli.

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Kekurangan sumber asli dalam Menggunakan sumber asli secara berhemah.
kehidupan. Mengukuhkan pengetahuan berkaitan penggunaan,
Penyalahgunaan sumber asli dan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber asli termasuk
pencemaran alam sekitar. dasar dan perundangan yang diamalkan di Malaysia.
Membangunkan industri berteknologi tinggi dan mesra
alam dengan menggunakan sumber asli yang betul.
Fokus Mengamalkan program kitar semula.
Jenis-jenis sumber asli di Malaysia.
Manfaat sumber asli dalam menjana ekonomi negara.
Kesan penyalahgunaan sumber asli.
Program kitar semula.

INFO
Kertas Strategi 12: Pertumbuhan Melalui Bidang utama Pengurusan Sumber Asli
Penggunaan Sumber Asli Secara Mampan negara:
seperti berikut: “Sumber asli merupakan aset 1. Pengurusan Tanah
berharga negara, justeru adalah penting untuk 2. Pengurusan Sumber Air
memastikan bahawa pengurusan 3. Geologi
perkhidmatan ekosistem dilaksanakan dengan 4. Biodiversiti dan Perhutanan
rapi terutamanya daripada aspek 5. Pengurusan Alam Sekitar
pemuliharaan dan penggunaan mampan. 6. Pengurusan Geospatial
Pengurusan mampan sumber asli adalah perlu
bagi memastikan generasi masa hadapan terus Sumber:
menikmati faedah dari khazanah alam dalam epu.gov.my/sites/default/files/Kertas%20Str
usaha untuk menuju ke arah pertumbuhan ategi%2012.pdf
hijau”.

AMALAN BERTERUSAN
Menjimatkan penggunaan sumber air, elektrik dan petrol.

10
KASIH SAYANG
Tajuk: Sayangi Alam Sekitar Ju
n

ASPEK PENYAMPAIAN
Kelestarian sumber alam semulajadi.

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Kemusnahan habitat flora dan fauna. Memperkasa pemuliharaan habitat
Kesedaran memelihara dan memulihara semulajadi melalui pendidikan dan
flora dan fauna dijadikan pendidikan penyelidikan.
sepanjang hayat. Bergiat aktif dalam aktiviti yang berkaitan
kempen atau gerakan pemuliharaan flora
Fokus dan fauna.
Kepelbagaian kehidupan flora Mengitar semula bahan – bahan terpakai
dan fauna di negara kita. bagi memastikan kehidupan flora dan fauna
Kesan kepupusan flora dan fauna. terjamin.
Peranan pelbagai pihak terhadap Menjaga dan memelihara flora dan fauna
kelestarian alam sekitar. sebagai warisan khazanah negara.

INFO
Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-
penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Mempromosikan pendidikan dan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kesedaran alam sekitar secara meluas.
daripada penganjuran Sambutan Hari Alam Menyediakan platform kepada rakyat
Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia Malaysia untuk bersama-sama menghayati
pada tahun-tahun sebelum ini. alam sekitar.
Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Mengiktiraf kepada mereka yang telah
merupakan satu acara tahunan yang telah memberi sumbangan signifikan kepada
dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi pemeliharaan dan pemuliharaan alam
Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober sekitar.
1989. Membudaya dan memupuk kesedaran di
kalangan masyarakat khususnya dalam
MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga pemeliharaan dan pemuliharaan alam
27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia sekitar.
yang jatuh pada 21 Oktober. Pada tahun 2015,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah https://ras.doe.gov.my/v2/hari-alam-sekitar-n
bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar egara/
Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar
Negara, HASN (National Environment Day).

AMALAN BERTERUSAN
Menjaga kebersihan alam sekitar.
Penggunaan kertas secara berhemah. 11
KASIH SAYANG
Tajuk: Keamanan Sejagat Ju
n

ASPEK PENYAMPAIAN
Cinta akan keharmonian dan
keamanan sejagat.

KANDUNGAN TEKS
Idea
Hubungan diplomatik teras Saranan
keamanan negara. Melibatkan diri dalam program berbentuk
Campur tangan kuasa luar kemanusiaan dan kemasyarakatan.
menggugat keamanan negara. Bekerjasama dan bertolak ansur dalam
menyelesaikan konflik yang berlaku.
Keprihatinan berkaitan isu kemanusiaan,
peperangan dan keganasan di negara luar.
Fokus
Kerjasama strategik dalam pelbagai bidang antara negara dapat
meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan sesebuah negara.
Keamanan membawa kepada keharmonian, kesederhanaan dan kebahagiaan.
Kedatangan pelabur asing akan membuka peluang pekerjaan kepada
rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

INFO
Personaliti contoh:
Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia
pertama yang menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize).

Mohd Nasarudin Bersama Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) Memenangi
Anugerah Nobel Tersebut Di Atas Usaha Gigih Dalam Menghapuskan Senjata Kimia Serta
Penggunannya Di Seluruh Dunia.
Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/08/24/hadiah-nobel-keamanan

AMALAN BERTERUSAN
Menghayati sejarah negara agar dapat menghargai erti keamanan negara.
Bersyukur dilahirkan dalam negara yang aman.

12
KASIH SAYANG
Tajuk: Setia Ju
n

ASPEK PENYAMPAIAN
Kesetiaan kepada negara.

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Kesetiaan menjadi benteng kedaulatan negara. Memahami dan mengamalkan
Sumbangan dan pengorbanan kepada negara. prinsip-prinsip Rukun Negara.
Kesetiaan kepada negara membentuk kepada Prihatin terhadap kepentingan rakyat dan
semangat nasionalisme. negara.
Kesedaran berkaitan hak dan tanggungjawab Mengekspresi sikap kasih dan cinta
sebagai warganegara. terhadap slogan, lambang, bendera
negara dan negeri sebagai simbol
perpaduan.
Fokus
Semangat patriotik dapat memajukan negara.
Penghayatan prinsip - prinsip Rukun Negara.
Nilai jati diri membentuk sikap positif bagi mewujudkan keharmonian negara.

INFO
Prinsip kesetiaan terkandung dalam prinsip kedua Rukun Negara, iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara’ bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan ikhlas kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Prinsip ini juga
melambangkan rasa cinta dan setia kepada negara.

http://www.agri.upm.edu.my/article/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449?L=en

AMALAN BERTERUSAN
Menjaga nama baik negara.

13
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Menghindari Ju
lai
Perbuatan Negatif

ASPEK PENYAMPAIAN
Peraturan dan undang-undang
negara.

KANDUNGAN TEKS
Idea
Peraturan dan undang-undang asas kesejahteraan negara.
Kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang.

Fokus
Kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan.
Kesan melanggar peraturan dan undang-undang.

Saranan
Telus dan patuh dalam melaksanakan undang-undang.
Membenci dan menghindari gejala rasuah.
Menjaga batasan pergaulan.
Berani melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan
pelanggaran peraturan dan undang-undang.

INFO
Ciri-ciri orang yang membina sifat amanah dalam diri ialah:
a. Berterus-terang dalam percakapan. g. Memperbaiki diri
b. Menzahirkan rasa hormat. h. Sanggup berhadapan dengan realiti
c. Bersifat telus. i. Berupaya menerangkan jangkaan
d. Membetulkan kesilapan j. Mengamalkan akauntabiliti dan
e. Menunjukkan kesetiaan berintegriti
f. Mampu membuahkan hasil yang k. Menjadi pendengar yang baik
bermanfaat kepada semua orang. l. Berpegang pada komitmen

AMALAN BERTERUSAN
Malu melakukan perbuatan negatif.

14
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Silang Budaya Ju
lai

ASPEK PENYAMPAIAN
Kepelbagaian dan keunikan warisan
budaya Malaysia

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Isu dan konflik antara kaum. Memahami dan menghormati
Pemeliharaan warisan budaya Malaysia. budaya dan adat resam antara
kaum.
Bersosial dalam kalangan
Fokus masyarakat berbilang kaum.
Punca-punca berlakunya isu dan konflik antara kaum. Mensyukuri nikmat keamanan yang
Implikasi berlakunya isu dan konflik. telah dianugerahkan.
Peranan pelbagai pihak dalam memelihara warisan.

INFO
Dasar Kualiti PERPADUAN
Dasar Kualiti PERPADUAN adalah menjadikan PERPADUAN sebagai sebuah
jabatan yang cemerlang, komited dan mampu memelihara, memupuk dan
memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan.
Sumber: https://www.perpaduan.gov.my/

AMALAN BERTERUSAN
Melibatkan diri dengan program kemasyarakatan
yang dianjurkan oleh pelbagai agensi.

15
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Mematuhi Peraturan dan Ju
lai
Undang-Undang Jalan Raya

ASPEK PENYAMPAIAN
Undang-undang jalan raya.

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Kadar kemalangan semakinmeningkat. Mematuhi undang-undang jalan
Tahap kesedaran keselamatan jalan raya masih rendah. raya.
Membuat aduan dan laporan
Fokus berkaitan perlakuan melanggar
Pendidikan keselamatan jalan raya. undang-undang jalan raya
Implikasi tidak mematuhi undang-undang jalan raya. kepada pihak berkuasa.
Inisiatif ke arah meningkatkan kesedaran keselamatan di Sentiasa fokus dengan keadaan
jalan raya. sekeliling ketika di jalan raya.

INFO
10 Petua Keselamatan Jalan Raya 8. Elakkan celah mencelah di antara
1. Rancang perjalanan kenderaan
2. Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan 9. Sentiasa memberi keutamaan kepada
3. Mematuhi garis panduan keselamatan pejalan kaki dan penunggang motosikal
ketika memotong kenderaan atau basikal
4. Berhenti apabila lampu isyarat merah 10. Sabar semasa memandu
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan
dengan jarak yang dekat Sumber:
6. Periksa cermin dan memberikan isyarat http://www.jkjr.gov.my/ms/maklumat_kesel
sebelum menukar lorong amatan/petua-keselamatan-jalan-raya/17
7. Ikut lorong anda 32-10-petua-keselamatan-jalan-raya.html

AMALAN BERTERUSAN
Berhati-hati ketika di jalan raya.

16
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Mematuhi Peraturan Ju
lai
Setempat

ASPEK PENYAMPAIAN
Di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.

KANDUNGAN TEKS
Idea
Perbezaan norma dan peraturan setempat.
Ketidakpekaan terhadap sesuatu peraturan dan
norma masyarakat setempat. Saranan
Mendisiplinkan diri dengan peraturan
Fokus sekolah.
Kesedaran tentang perbezaan adat Menghormati undang-undang dan
resam, norma dan pantang larang peraturan ketika berkunjung ke sesuatu
di sesuatu kawasan. tempat.
Kepentingan mematuhi peraturan Membuat aduan dan laporan berkaitan
setempat. perlakuan melanggar undang-undang
dan peraturan setempat.

INFO
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan Hentian Sebelah adalah tempat Dilarang Merokok.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
http://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/48-kawasan-rehat-dan-rawat-r-r-dan-hent
ian-sebelah-adalah-tempat-dilarang-merokok

Undang-Undang Kecil
Undang-Undang Kecil merupakan suatu undang-undang yang dibuat di bawah bidang
kuasa pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan
undang-undang kecil mengikut perkara yang diingini bagi kawasan pentadbiran pihak
berkuasa tempatan tersebut.
Sumber: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
http://www.mpaj.gov.my/ms/perniagaan/perundangan/undang-undang-kecil

AMALAN BERTERUSAN
Mematuhi peraturan ketika berada sesebuah di kawasan.

17
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Bumiku Hijau Og
os

ASPEK PENYAMPAIAN
Pelestarian alam sekitar ke arah
kesejahteraan hidup.

KANDUNGAN TEKS
Idea
Pencemaran alam sekitar semakin berleluasa.
Pencemaran alam membawa musibah.

Fokus Saranan
Kempen Bumi Hijau. Menjaga kebersihan alam sekitar.
Pengurusan sisa pepejal. Menanam semula pokok. Mengamalkan 3R
Kepentingan hutan kepada (Reduce, Reuse, Recycle).
kesejahteraan sejagat. Menghayati slogan Hari Alam Sekitar “Alam
Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

INFO
Kempen Go Green merupakan kempen amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen
tanpa beg plastik yang telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli
belah serta pasar raya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil inisiatif sama
dengan menganjurkan Kempen Go Green – Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik di farmasi.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
http://www.myhealth.gov.my/kempen-go-green/

AMALAN BERTERUSAN
Menjaga kebersihan alam sekitar.

18
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Sistem Demokrasi Og
PILI
H os

ASPEK PENYAMPAIAN
Sistem Demokrasi di Malaysia. PEMILIHAN
WAKIL
PELAJAR
KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Sistem demokrasi berparlimen Bersikap keterbukaan dan matang dalam berpolitik.
di Malaysia tunggak Melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi
kesejahteraan negara. berdaftar.
Perbezaan fahaman politik. Mengamalkan konsep demokrasi di sekolah.

Fokus
Pengertian sistem demokrasi berparlimen.
Kepentingan amalan demokrasi.
Parti-parti politik di Malaysia.
Syarat-syarat dan hak pengundi.

INFO
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Sistem Demokrasi Berparlimen adalah


pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di
dalam pemerintahan, iaitu Perundangan,
Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Muitimedia

AMALAN BERTERUSAN
Menghormati pemimpin yang telah dipilih secara demokrasi.

19
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Integriti Dalam Tugasan Og
os

ASPEK PENYAMPAIAN
Integriti

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Integriti merupakan asas kecemerlangan. Sentiasa hadir ke kelas tepat pada
Rasuah dan salah guna kuasa merosakkan integriti. masa yang ditetapkan.
Menyiapkan kerja dalam tempoh yang
diberikan.
Fokus Jujur dan ikhlas dalam kata-kata dan
Pengertian integriti tindakan.
Kepentingan integriti dalam kalangan murid. Bertanggungjawab melaksanakan
Kesan tidak berintegriti dalam kehidupan. tugas yang diamanahkan dengan
penuh integriti.

INFO
Pelan Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004 dan merupakan
pelan terperinci untuk mencapai cabaran keempat yang digariskan dalam Wawasan 2020
iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur”.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional
(NACP) 2019-2023 hari ini sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto
kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.
Sumber: Institut Integriti Malaysia

AMALAN BERTERUSAN
Amanah, jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan.

20
BERTANGGUNGJAWAB
Tajuk: Pengurusan Masa Berkesan Og
os

ASPEK PENYAMPAIAN
Pengurusan masa yang baik dan
berkesan

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Pengurusan masa berkesan dalam kehidupan. Berdisiplin menguruskan masa.
Kerja bertangguh tidak menjadi. Membuat jadual harian secara teratur dan
sistematik.
Menghargai masa dan menghindari
Fokus pembaziran masa.
Kaedah pengurusan masa yang berkesan. Membudayakan pengurusan masa yang
Kesan gagal menguruskan masa dengan baik.
baik.
Menepati dan mematuhi masa yang
ditetapkan.

INFO
Kata-kata inspirasi Alan Lakein “Masa adalah kehidupanmu, membuang masa mu
adalah membuang kehidupanmu, tetapi untuk menguasai masa mu adalah untuk
menguasai kehidupanmu”.
Pepatah Melayu “Masa Itu Emas”
Kata-kata motivasi H. Jackson Brown Jr. “Don’t say you don’t have enough time. You
have exactly the same number of hours per day that were given to the others.”
Panduan Pengurusan Masa.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-masa/

AMALAN BERTERUSAN
Menepati masa dan melaksanakan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.

21
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Persahabatan Merentasi Se
pt
Sempadan em
be
r

ASPEK PENYAMPAIAN
Persahabatan merentasi sempadan

KANDUNGAN TEKS
Idea
Kurang pendedahan pengalaman dan ilmu
pengetahuan tentang dunia luar.
Kurang hubungan dan kerjasama antara negara.

Fokus Saranan
Kepentingan dan peranan teknologi Berwaspada dengan penipuan alam maya
maklumat dan komunikasi dalam seperti individu yang menggunakan akaun
merapatkan persahabatan merentasi palsu.
sempadan. Memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah
Kepekaan terhadap perkembangan dan negara yang aman dan maju.
pergolakan dunia. Menggunakan teknologi dengan berhemah
Kesan persahabatan merentasi sempadan. semasa menjalinkan persahabatan menerusi
alam maya.

INFO
Bentuk sokongan sosial yang dirasai oleh pelajar Sumber: Mohd Khairuddin Mohad
melalui interaksi di Facebook: Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi.
1. Sokongan untuk mendapatkan maklumat (2014). Interaksi sosial di ruang maya: Kajian
2. Perhubungan yang mudah dibentuk kes jaringan sosial melalui laman Facebook
3. Mengurangkan masalah kesunyian di Malaysia.
4. Mengurangkan masalah tekanan
5. Lebih bersikap berfikiran terbuka

AMALAN BERTERUSAN
Bersahabat tanpa sempadan dan bekerjasama dengan bijak.

22
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Lahirnya Sebuah Cinta Se
pt
em
be
r

ASPEK PENYAMPAIAN
Jasa dan sumbangan pemimpin
serta tokoh negara

KANDUNGAN TEKS
Idea
Ambil peduli sumbangan dan jasa
pemimpin serta tokoh negara.
Penghayatan sejarah negara.
Saranan
Fokus Mengenali dan menghargai pemimpin
Malaysia mempunyai ramai dan tokoh negara dalam pelbagai
pemimpin dan tokoh dalam bidang.
pelbagai bidang. Menghayati sejarah negara sebelum dan
Sumbangan dan jasa mereka selepas merdeka.
dalam sejarah Malaysia. Meneladani sikap positif yang ada pada
tokoh-tokoh negara dalam melahirkan
generasi baharu.

INFO
Pada 4 Ogos dalam tahun 1968, Hari Pahlawan telah disambut di
seluruh negara. Hari Pahlawan diadakan bagi memperingati jasa-jasa
para perajurit yang telah gugur dalam mempertahankan keamanan
dan kemerdekaan negara dalam Perang Dunia Pertama, Kedua
dan Darurat. Rentetan daripada itu Sambutan Hari Pahlawan telah
dijadikan sebagai acara tahunan di Malaysia.
Sumber: Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS)
http://hids.arkib.gov.my/-/hari-pahlawan-yang-pertama

AMALAN BERTERUSAN
Cinta dan memberi sumbangan kepada negara.

23
KEGEMBIRAAN
Tajuk: Negaraku Tanggungjawabku Se
pt
em
be
r

ASPEK PENYAMPAIAN
Peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara
dalam menjaga imej dan mengangkat nama negara.

KANDUNGAN TEKS
Idea
Jati diri sebagai rakyat Malaysia. Saranan
Sumbangan rakyat kepada negara. Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai
warganegara.
Beriltizam memberi sumbangan kepada
Fokus pembangunan negara.
Peranan dan tanggungjawab Bersedia untuk mempertahankan negara
sebagai warganegara. yang tercinta.
Pengukuhan jati diri sebagai
warganegara.
Potensi untuk menyumbang kepada
negara.

INFO
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
– Angkasawan Pertama Negara.
Sumber:
https://www.thepatriots.asia/dr-sheikh-muszaphar
-shukor-angkasawan-pertama-negara/

AMALAN BERTERUSAN
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bidang masing-masing.

25
KASIH SAYANG
Tajuk: Malaysia Negara Perpaduan Ok
to
be
r

ASPEK PENYAMPAIAN
Perpaduan kaum di Malaysia

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Toleransi pelbagai kaum asas Mengenali dan memahami budaya kaum lain.
perpaduan. Bertolak ansur dalam hubungan antara kaum.
Perpaduan tunjang kesejahteraan Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
rakyat Malaysia.

Fokus
Semangat kekitaan terhadap kepelbagaian kaum di Malaysia.
Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia.
Langkah-langkah mewujudkan perpaduan antara kaum.

INFO
“Perpaduan dala kepelbagaian etnik”
Sumber: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1681953

AMALAN BERTERUSAN
Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
26
KASIH SAYANG
Tajuk: Malaysia Progresif Ok
to
be
r

ASPEK PENYAMPAIAN
Peranan Rukun Negara

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Amalan prinsip-prinsip Rukun Negara. Cakna tentang perkembangan ekonomi dan
Masyarakat berilmu menjana negara kestabilan politik negara.
maju. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan.
Fokus Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, bangsa
Penguasaan ilmu mampu menjana dan negara.
pertumbuhan ekonomi negara. Mengutamakan kepentingan negara melebihi
Langkah-langkah ke arah Malaysia kepentingan peribadi.
progresif.
Kesan budaya masyarakat berilmu dan
progresif.

INFO
Konsep Patriotisme Belia.
Kefahaman terhadap sistem pentadbiran negara Sumber: Tuan Pah Rokiah Syed
Bangga menjadi rakyat Malaysia Hussain, Shamsul Anuar Nasarah &
Perasaan sayang kepada Malaysia Zaheruddin Othman. (2016).
Perasaan kekitaan atau pemilikan terhadap negara Pembinaan bangsa Malaysia (1):
Kesetiaan kepada negara Kajian empirikal tahap patriotisme
Berdisiplin atau adab baik demi nama baik negara belia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian
Meningkatkan produktiviti demi negara Journal of Society and Space 12 issue
10 (159 - 170)
Malaysia Sebagai Negara Maju
Sumber: Jabatan Perpaduan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ict/inovasi/13100-malaysia-sebagai-negara-maju

AMALAN BERTERUSAN
Menuntut ilmu sepanjang hayat.

27
KASIH SAYANG
Tajuk: Daulat Tuanku Ok
to
be
r

ASPEK PENYAMPAIAN
Sistem Raja Berperlembagaan

KANDUNGAN TEKS
Idea
Kedaulatan Sistem Raja
Berperlembagaan.
Taat setia kepada raja.

Fokus Saranan
Sistem Raja Berperlembagaan. Menjelaskan proses pelantikan Yang
Kepentingan Sistem Raja Di-Pertuan Agung (YDPA) di Malaysia.
Berperlembagaan. Memahami fungsi YDPA dan Majlis
Tanggungjawab dan peranan Raja-Raja.
kepada raja dan negara. Menjauhi sikap suka menghina dan
merendah-rendahkan institusi beraja.

INFO
“Malaysia bukanlah kerajaan beraja yang mutlak ataupun yang turun-temurun tetapi Malaysia
mempunyai Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam selama 5 tahun, mengikut
satu sistem yang unik di dunia. Baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara
yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.”

Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja


http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/profil/pemilihan-yang-di-pertuan-agong#section=p1

AMALAN BERTERUSAN
Taat dan setia kepada raja dan negara.

28
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Malaysia Harmoni No
ve
mb
er

ASPEK PENYAMPAIAN
Perpaduan nasional

KANDUNGAN TEKS
Idea
Prejudis dan polarisasi dalam kalangan rakyat Saranan
Malaysia. Bertolak ansur dan sabar dalam
Integrasi nasional. setiap tindakan.
Mengamalkan sifat percaya dan
hormat-menghormati.
Fokus
Sekolah dijadikan sebagai wadah
Konsep integrasi nasional.
perpaduan.
Peranan media massa ke arah perpaduan.
Pendidikan wadah perpaduan.

INFO
“Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang
kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar
dinegara kita iaitu Melayu, Cina dan India.”
Sumber: Jabatan Penerangan
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-per
paduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html

AMALAN BERTERUSAN
Berlapang dada menerima pandangan orang lain.

30
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Amanah dan Integriti No
ve
mb
er

ASPEK PENYAMPAIAN
Warga berintegriti

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Sifar rasuah. Menolak sebarang pemberian
Penyalahgunaan kuasa. atas kepentingan peribadi.
Memelihara diri daripada
Fokus memberi dan menerima rasuah.
Konsep integriti dalam tugas. Jujur dalam percakapan dan
Peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tindakan.
(SPRM). Menjalankan tugas dengan
Kesan rasuah kepada individu, keluarga dan negara. penuh integriti.
Faktor gejala rasuah berleluasa.

INFO
Cara melaporkan rasuah:
1) Bila kejadian berlaku
2) Dimana kesalahan dilakukan
3) Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu
4) Apa kesalahan yang dilakukan
5) Kenapa kesalahan dilakukan
6) Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan
Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
https://www.sprm.gov.my/index.php/penguatkuasaan/laporkan-rasuah

AMALAN BERTERUSAN
Menjauhi amalan rasuah dalam kehidupan.

31
HORMAT-MENGHORMATI
Tajuk: Khazanah Alam No
ve
mb
er

ASPEK PENYAMPAIAN
Bumi dan ekosistem

KANDUNGAN TEKS
Idea Saranan
Alam semula jadi khazanah negara. Melibatkan diri dalam aktiviti
Pembangunan lestari dan ekosistem semakin terancam. gotong-royong yang
Tahap kesedaran masyarakat masih rendah. dianjurkan.
Kempen menanam pokok
Fokus untuk menghijaukan
Kepentingan memelihara dan pemuliharaan alam sekitar. persekitaran sekolah dan
Langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam rumah.
sekitar. Mengambil bahagian dalam
Alam semulajadi aset berharga negara. Kempen ‘Sifar sampah’ dan
Hari Bumi.

INFO
Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun seluruh
dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa
tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan
masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Jabatan
Alam Sekitar pada setiap tahun telah terlibat dalam
penganjuran program-program kese- daran alam sekitar
sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha dalam
meningkatkan kesedaran masyarakat di Malaysia terhadap
alam sekitar.
Sumber: https://ras.doe.gov.my/v2/hari-bumi/

AMALAN BERTERUSAN
Sayangi bumi kita.

32
MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH MENENGAH
PENGHARGAAN

PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN


SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI
SEKOLAH RENDAH

Cik Noor Aisyah binti Ibrahim


Dr. Nur Hanani binti Hussin
En. Mohd Khairi bin Ramlee
Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir
En. Ruzain Syukur bin Mansor
PENASIHAT Pn. Nurulain binti Aezman
Pn. Fauzalina binti Ahmad
Tn. Hj. Hassan Nudin bin A.Hamid Tuan Bismi Izani binti Tuan Ab. Rahman
En. Mohd Helmie bin Musa
PASUKAN TINDAK SUSUL Pn. Lim Tsuey Lan
En. Mohd Sukri bin Aziz
Tn. Haji Mohamad Zaki bin Hamid En. Sundarajan Nadarajan
Pn. Rosmuni binti Saudin En. Anwar bin Mohd Salleh
Cik Noor Aisyah binti Ibrahim Pn. Siti Salmah binti Othman
En. Mohd Khairi bin Ramlee Pn. Norhayati binti Haji Muhamad Arazi
En. Mohd Fadzil bin Ibrahim Pn. Haslindawati binti Mohamad Isa
Pn. Siti Yusheila binti Md Rashid

34 Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni


PANEL SEMAKAN PRUF MANUAL
KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI
PANEL PENULIS MANUAL KESEDARAN MURNI
SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI
SEKOLAH MENENGAH Pn. Rosmuni binti Saudin
En. Mohd Hamidi bin Zakaria
Pn. Rosmuni binti Saudin En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri
En. Mohd Hamidi bin Zakaria Cik Noor Aisyah binti Ibrahim
En. Mohammad Shariffuddin bin Jahuri En. Mohd Khairi bin Ramlee
En. Hairul Hisyam bin Adam En. Mohd Fadzil bin Ibrahim
En. Muhamad Zamri bin Awang Datin Nor Sa'adah Binti Mat Akhir
En. Mohd Khamal bin Md Daud Pn. Than Chew Keok
Pn. Nor Anisa binti Musa En. Hj. Mohd Rashid bin Mean
En. Ahmad Salehuddin bin Shafie En. Abd Aziz bin Haji Mohd Darus
En. Najjah bin Opir Pn. Fildza binti Ab Razak
Pn. Salina binti Busrowi En. Mohd Ezuan bin Abd Kadir
Pn. Nor Aishah binti Raduan En. Mohd Mohni bin Iskandar
Pn. K. Jasmine Annie Cleetus Pn. Nor’ain binti Ab. Rahman
Pn. Maizatul Akmal binti Shafie Pn. Norzilah binti Kabri
Pn. Juma’ayah binti Md Yasin En. On bin Arasad
Pn. Azizah binti Hj. Mohd Rasol Pn. Rosmah binti Lamat
Pn. Mazli Sham binti Abdullah Pn. Samsiah binti Abu Samah
Pn. Yang Lai Wan Pn. Zainita binti Hussain
Pn. Zamiah binti Ab Ghani
En. Zunaidi bin Harun
En. Aminuddin bin Sarmiran
En. Mohd Faizullah bin Buyong
En. Mohd Norhisham bin Ahmad
Pn. Fahimah binti Ali Hassan
En. Mat Ariffin bin Ismail
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin
Pn. Rohana binti Ali

Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah 35

You might also like