You are on page 1of 4

SOALAN BERTOPIK SPM TOPIK TINGKATAN 4 SPM 2008-20014

BAB 7 : STATISTIK

SPM 2008
1. Satu set yang terdiri daripada tujuh nombor mempunyai min 9 .
(a) Cari Σ x .
(b) Apabila satu nombor k ditambah kepada set ini , min baru ialah 8.5.
Cari nilai k .
[ 3 markah ]

SPM 2009
2. Suatu set data 12 nombor , x1 , x2 , ….x12 , mempunyai varians 40 dan diberi bahawa
Σ x 2 = 1080.
Cari
(a) min x .
(b) nilai Σ x .
[ 3 markah ]

SPM 2010
3. Suatu set data terdiri daripada 2 , 3 , 3 , 4 5 , 7 dan 9.
Tentukan julat antara kuartil bagi data itu.
[ 3 markah ]

SPM 2011
4. Sekumpulan 6 murid mempunyai jumlah jisim 240 kg. Hasil tambah kuasa dua jisim-
jisim mereka ialah 9 654 kg.
Cari
(a) min jisim 6 orang murid itu.
(b) Sisihan piawai.
[ 3 markah ]

SPM 2012
5. Jisim satu kumpulan 6 orang pelajar mempunyai min 40 kg dan sisihan piawai 3 kg.
Cari
(a) hasil tambah jisim pelajar-pelajar itu.
(b) hasil tambah kuasa dua jisim pelajr-pelajar itu.
[ 3 markah ]

SPM 2013
6. Satu set data mengandungi dua belas nombor positif.
Diberi bahawa ∑ ( x − x )2 = 600 dan ∑ x2 = 1032.
Cari
(a) varians,
(b) min.
[ 3 markah ]
1|
Mohammad bin Said
[ http://myhemsmti.blogspot.com ]
PK HEM SMK Taman Indah
SOALAN BERTOPIK SPM TOPIK TINGKATAN 4 SPM 2008-20014

SPM 2014
7. Satu set data terdiri daripada 9 , 2 , 7 , x2 – 1 dan 4 . Diberi min ialah 6 , cari
(a) nilai positif bagi x .
(b) median menggunakan nilai x di 7(a).
[ 4 markah ]
SPM 2014
8. Rajah 22 menunjukkan satu histogram bagi taburan skor yang diperoleh sekumpulan
peserta dalam satu kuiz.
Kekerapan
9
8
7
6 Rajah 22
5
4
3
2
1
Skor
0 5.5 7.5 9.5 11.5 13.5 15.5
Cari
(a) jumlah bilangan peserta.
(b) Skor min.
[ 3 markah ]

KERTAS 2
SPM 2008
9. Jadual 5 menunjukkan markah yang diperoleh oleh 40 orang calon dalam satu ujian.

Markah Bilangan calon


10 – 19 4
20 – 29 x
30 - 39 y
40 – 49 10
50 - 59 8

Jadual 5

Diberi markah median ialah 35.5 , cari nilai x dan nilai y.


[ 6 markah ]

2|
Mohammad bin Said
[ http://myhemsmti.blogspot.com ]
PK HEM SMK Taman Indah
SOALAN BERTOPIK SPM TOPIK TINGKATAN 4 SPM 2008-20014

SPM 2010
10 Jadual 6 menunjukkan taburan kekerapan markah bagi sekumpulan murid.

Markah Bilangan murid


1 - 10 5
11 - 20 8
21 - 30 20
31 - 40 10
41 - 50 7
Jadual 6

(a) Gunakan kertas graf untuk menjawab ceraian soalan ini.


Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 markah pada paksi mengufuk dan 2 cm
kepada 2 orang murid pada paksi mencancang , lukis sebuah histogram bagi
mewakili taburan kekerapan markah dalam jadual 6.
Seterusnya cari markah mod.
[ 4 markah ]
(b) Hitung sisihan piawai bagi markah itu.
[ 4 markah ]

SPM 2011
11. Min bagi sauatu set nombor-nombor 2 , y , 5 , 2y + 1 , 10 dan 12 ialah 7.
(a) Cari
(i) nilai y .
(ii) varians.
[ 4 markah ]
(c) Setiap nombor dalam set itu didarabkan dengan 3 dan kemudian ditambah dengan 2.
Bagi set nombor-nombor ini, cari
(i) min .
(ii) Sisihan piawai.
[ 4 markah ]

SPM 2012
12. Jadual 4 menunjukkan hasil tambah dan hasil tambah kuasa dua bagi x , dengan keadaan
x ialah pendapatan bulanan, dalam RM, bagi Encik Ahmad untuk 6 bulan pertama tahun
2012.
Σx 12 240
2 24 975 000
∑x
(a) Cari sisihan piawai bagi pendapatan bulanannya. [ 3 markah ]
(b) Jika anak lelaki En. Ahmad memberi RM500 kepadanya setiap bulan dalam tempoh
masa tersenut, cari min baru dan sisihan piawai baru bagi pendapatan bulanannya.
[ 3 markah ]

3|
Mohammad bin Said
[ http://myhemsmti.blogspot.com ]
PK HEM SMK Taman Indah
SOALAN BERTOPIK SPM TOPIK TINGKATAN 4 SPM 2008-20014

SPM 2013
13. (a) Bilangan buku yang dibaca oleh setiap murid lelaki dalam kelas Empat Melur diberi
oleh x1 , x2 , x3 , …… x18. Min bagi bilangan buku yang dibaca oleh murid lelaki ialah 5
dan sisihan piawai ialah 2.

Cari
(i) Jumlah bilangan buku yang dibaca , Σ x .
(ii) Hasil tambahan kuasa dua bagi bilangan buku yang dibaca, ∑ x2 .
[ 3 markah ]

(c) Min bagi bilangan buku yang dibaca oleh murid perempuan dalam kelas Empat
Melur
ialah 8 dan hasil tambah kuasa dua bilangan buku yang dibaca ialah 690. Diberi
bahawa jumlah bilangan buku yang dibaca oleh murid perempuan ialah 96.
Cari varians bagi bilangan buku yang dibaca oleh semua murid dalam kelas Empat
Melur.
[ 4 markah ]

4|
Mohammad bin Said
[ http://myhemsmti.blogspot.com ]
PK HEM SMK Taman Indah

You might also like