You are on page 1of 12

TOPIK : STATISTIK (KERTAS 1)

SPM 2011 (3markah)

Sekumpulan 6 orang murid mempunyai jisim 240kg. Hasil tambah kuasa dua jisim-jisim mereka ialah
9654kg

Cari:

a) min jisim 6 orang murid itu

b) sisihan piawai
SPM 2012 (3 markah)

Jisim sekumpulan 6 orang pelajar mempunyai min 40 kg dan sisihan piawai 3 kg.

Cari:

a) Hasil tambah jisim pelajar – pelajar itu

b) hasil tambah kuasa dua jisim pelajar-pelajar itu


SPM 2013 (3 markah)

Satu set data mengandungi dua belas nombor positif.

Diberi bahawa Σ (x− x) ²=600 dan Σ x²=1032

Cari

a) varians

b) min
SPM 2014 (4 markah)

Satu set data terdiri daripada 9, 2, 7, x²-1 dan 4. Diberi min ialah 6, cari

a) nilai positif bagi x

b) median menggunakan nilai x di (a)


SPM 2014 (3 markah)

Rajah 22 menunjukkan satu histogram bagi taburan skor yang diperolehi sekumpulan peserta dalam
satu kuiz

Cari:

a) Jumlah bilangan peserta

b) skor min
SPM 2015 (4 markah)

Suatu set mempunyai tujuh nombor dengan sisihan paiwai 3 dan suatu set lain mempunyai tiga
nombor dengan sisihan piawai 4. Kedua – dua set nombor itu mempunyai min yang sama.
Jika dua set nombor tersebut digabungkan, cari varians
SPM 2015 (4 markah)

Jadual 20 menunjukkan skor bagi suatu kuiz yang diperoleh oleh sekumpulan murid.

Skor 0 1 2 3 4
Kekerapan 5 m 13 10 8

Cari:

a) nilai maksimum bagi m, jika mod ialah 2

b) Julat nilai m, jika median ialah 2


SPM 2016 (2 markah)

Jadual 1 menunjukkan pencapaian bagi 3 kelas, 5 Gama, 5 Omega dan 5 Beta dalam satu ujian
Matematik Tambahan.

Kelas Min markah Sisihan Piawai bagi markah


5 Gama 75 4
5 Omega 70 1
5 Beta 75 2

Kelas manakah yang menunjukkan pencapaian yang paling konsisten dalam ujian itu?
Beri sebab untuk jawapab anda.
SPM 2017 (4 markah)

Jadual 1 menunjukkan taburan markah 40 oarng murid dalam ujian Matematik Tambahan. Bilangan
murid bagi selang kelas 40 – 59 tidak dinyatakan.

Markah Bilangan Murid


0 – 19 4
20 – 39 10
40 – 59
60 – 79 8
80 - 99 7

a) Nyatakan kelas mod

b) En. Idzam guru matapelajaran berhasrat untuk memberi ganjaran kepada sepuluh murid terbaik.
Murid—murid yang mencapai markah minimum dalam kedudukan sepuluh terbaik akan
dipertimbangkan untuk menerima ganjaran tersebut. Erica memperoleh 74 markah. Adakah Erica
layak dipertimbangkan untuk menerima ganjaran itu? berikan sebab anda.
SPM 2017 (4 markah)

Satu set data terdiri daripada 2, 3, 4, 5 dan 6. Setiap nombor didarabkan dengan m dan ditambah
dengan n, dengan keadaan m dan n adalah integer. Diberi bahawa min baharu ialah 17 dan sisihan
piawai yang baharu ialah 4.242

Cari nilai m dan nilai n.


TOPIK : STATISTIK (KERTAS 2)
(Bahagian A)

1. SPM 2011 (8 markah)

Min bagi suatu set nombor-nombor 2, y, 5, 2y+1, 10 dan 12 ialah 7

a) Cari:

I) nilai y

II) Varian (4 markah)

b) Setiap nombor dalam set itu didarabkan dengan 3 kemudian ditambah dengan 2.
Bagi set nombor-nombor ini, cari:

I) min

II) sisihan piawai (4 markah)

2. SPM 2012 (6 markah)

Jadual 4 menunjukkan hasil tambah dan hasil tambah kuasa dua bagi x, dengan keadaan x ialah
pendapatan bulanan, dalam RM bagi En. Ahmad untuk 6 bulan pertama tahun 2012.

Σx 12 240
Σ x² 24 975 000

a) Cari sisihan piawai bagi pendapatan bulanannya. (3 markah)

b) Jika anak lelaki En. Ahmad memberi RM500 kepadanya setiap bulan dalam tempoh masa tersebut,
cari min baru dan sisihan piawai yang baru bagi pendapatan bulanannya itu. (3 markah)
3. SPM 2013 (7 markah)

a ) Bilangan buku yang dibaca oleh setiap murid lelaki dalam kelas 4 Melur diberi oleh X1, X2 , X3, X4 ,....,
X18 .Min bagi bilangan buku yang dibaca oleh murid lelaki ialah 5 dan sisihan piawai ialah 2.

Cari :

I) jumlah bilangan buku yang dibaca, Σ x

II) hasil tambah kuasa dua bagi bilangan buku yang dibaca Σ x² (3 markah)

b) Min buku yang dibaca oleh murid perempuan dalam kelas 4 Melur ialah 8 dan hasil tambah kuasa
dua bilangan buku yang dibaca ialah 690. Diberi bahawa jumlah bilangan buku yang dibaca oleh
murid perempuan ialah 96.

Cari varians bagi bilangan buku yang dibaca oleh semua murid dalah kelas 4 Melur. (4 markah)

4. SPM 2016 (6 markah)

Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan bagi jisim tembikai di sebuah gerai buah-buahan.

Jisim Bilangan tembikai


1.0 – 1.4 6
1.5 – 1.9 10
2.0 – 2.4 N
2.5 – 2.9 14
3.0 – 3.4 8

Diberi bahawa min jisim buah tembikai itu ialah 2.28kg.

a) Cari nilai n. (3 markah)

b) Seterusnya, tanpa menggunakan ogif, hitung median jisim buah tembikai itu. (3 markah)

You might also like