You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT UNIT HAL EHWAL MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHENDERIANG


35350 TEMOH, PERAK
(BIL/TAHUN – 01/2020)

Tarikh : 30 Januari 2019 ( Isnin)


Masa : 2.00 – 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Chenderiang

Kehadiran:

1. Haji Ahmad Masri bin Abdul Rasid (Pengetua)


2. Encik Mazli bin Talip (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn. Che Zuriyah bt Ismail (Penolong Kanan Kokurikulum)
4. Pn. Roziah bt. Mansor(Penolong Kanan HEM)
5. En. Mohamed Nazir bin Mohamed Ali (Guru Kanan Bahasa)
6. Pn. Zhulaiha bt Abd Azid (Guru Kanan Kemanusiaan)
7. En. Muhammad Hatta bin Ajid (Guru Kanan Teknik dan Vokasional)
8. Pn. Azimah bt Abdul Rahman
9. Cik Chin Tsuey Yih
10. En. Faizal bin Omar
11. Pn. Haffizah bt Abdullah
12. Pn. Hanida binti Norazlan
13. En. Khairul Anuar bin Ariffin
14. En. Md. Rosmizi bin Mahamad
15. En. Mhd Fakhri bin Hazan
16. Hj. Mohamed Ashraf bin Mohamed Ali
17. En. Mohd Hasnizam bin Abd Aziz
18. En. Mohd Saharani bin Omar
19. En Mohamad Ramdan bin Ibrahim
20. Cik Munirah bt Mohd Noor
21. Pn. Noor Izzatie bt Mohammad Yuhar
22. Pn. Noralyza bt Che Mansor
23. En. Norazinidham bin Rapinge
24. Pn. Norazwah bt Abd Wahid
25. Pn. Normah bt Arbayee
26. Cik Norhusna bt Alias
27. Pn. Norhayati bt Abd Ghafar
28. Pn. Qurratu Ainni bt Ibrahim
29. Cik Rabiatul Adawiah Husna bt Kamis
30. Pn. Rohayu bt Ngah
31. Pn. Rosmanira bt Che Husin
32. Pn. Sabrina bt Khir Bahari
33. En. Saharudin bin Abdullah
34. Pn. Sheila a/p Krishnamurthy
35. Pn. Siti Aishah bt Mohamad Ismail
36. Siti Norashikin bt. Zainal Abidin
37. Cik Siti Khadijah bt Mat Deris
38. Cik Vell Vely A/P Babalji
39. Pn. Wan Yoke Neng
40. Pn. Wan Hayati bt Wan Abdullah
41. Pn. Zeti Azrin bt Muhammad Zin
42. En. Zulazri bin Md Zain
Tidak Hadir Bersebab :

1. Pn. Fazlina bt Nadziran


2. Pn. Nora Julita bt Johar
3. En. Mohd Saharani bin Omar
4. En. Mohd Noor bin Ascal

1.0. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan melahirkan ucapan terima kasih atas
kehadiran hadirin dan menyatakan rasa penghargaan atas kesudian semua AJK
Unit HEM terhadap pelantikan dan penerimaan jawatan untuk sesi 2020 .

Tindakan: Makluman

2.0 Pembentangan Dasar-dasar Unit HEM

2.1 Pengerusi mengingatkan bahawa setiap guru adalah guru displin mengikut SPI
Bil. 10/200. Oleh itu, guru perlulah menegur para pelajar bagi kes yang ringan
manakala jika pelajar melakukan kes yang berat perlulah dirujuk kepada guru
displin.

2.2 Guru-guru perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan sudah
menjadi tugas guru untuk membantu pelajar untuk membezakan tingkah laku
yang baik dan buruk (SPI Bil . 9/1975 : Displin di Sekolah Peraturan-peraturan
sekolah untuk Murid )

2.3 Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah ponteng


dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala panduan yang
terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng dilaksanakan
sepenuhnya. Pihak sekolah juga hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang,
supaya pelajar terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. (SPI Bil. 6/1995
: Menangani masalah ponteng di sekolah)

Tindakan: Makluman

3.0 Perbincangan Dasar- Dasar Pengurusan HEM

3.1 Dasar Pengurusan Murid

3.1.1 Guru kelas perlu mengemaskini maklumat pelajar di dalam APDM


sebelum 31hb Januari 2020 dan maklumat perlu dicetak dan disimpan
dalam Fail Pengurusan Kehadiran sebagai rujukan. Guru kelas Ting 1
dan KP diingatkan untuk melengkapkan Buku Pendaftaran Sekolah
sebelum 31hb Januari 2020

3.1.2 Guru waktu pertama perlulah melaporkan kehadiran pelajar


menggunakan QR Code dan guru kelas perlu mengisi kehadiran
dalam APDM sebelum pukul 11.00 pagi. Jika guru kelas tidak hadir,
guru kedua atau penyelaras perlu mengambil tindakan tersebut.

3.1.3 Guru kelas perlu sediakan lampiran B (Rekod Kehadiran Sementara)


dalam fail.

2
3.1.4 Guru kelas perlu sediakan isi kandungan Fail Kehadiran seperti
lampiran yang diberikan oleh PK HEM. Guru perlu pastikan maklumat
dikemaskini dan menyemak bantuan keperluan khas yang patut
diterima oleh pelajar.

3.1.5 Guru kelas perlu mengambil inisiatif terhadap keceriaan dan


kebersihan kelas serta organigasi di dalam kelas.

Tindakan: Unit Pengurusan Pelajar

3.2 Dasar Pengurusan Disiplin

3.2.1 Guru kelas perlu memberikan perhatian kepada kedatangan


pelajar. Pelajar adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak
hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibubapa/penjaga
atau surat sakit pada keesokan harinya.

3.2.2 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas


dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat
kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas) serta maklumkan kepada
SU HEM apabila surat buang sekolah telah dikeluarkan utk urusan
penghapusan rekod APDM.

3.2.3 Guru diminta merekod maklumat dalam Buku Pegerakan Murid setiap
kali masuk ke kelas. BPM adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua
Kelas untuk mengambil dan memulangkan BPM ke Bilik Guru selepas
tamat waktu persekolahan setiap hari.

3.2.4 Pada tahun ini, semua guru dan guru kelas akan memperolehi
Pas Keluar Kelas dan mana-mana murid yang ingin keluar untuk ke
tandas perlulah memakai pas berkenaan. Guru-guru berhak menahan
dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada
guru berkenaan atau guru yang berada di kelas sebelahnya jika tiada
guru.

3.2.5 PK HEM diingatkan semua guru adalah guru displin. Guru-guru


mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang
murid itu melakukan kesalahan disiplin.

3.2.6 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid


yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM dan hukuman
yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid.

3.2.7 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke


atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas
arahan pihak pentadbir.

3.2.8 Guru mata pelajaran/guru kelas hendaklah merekod kesalahan murid di


buku kawalan kelas. Seterusnya, guru disiplin akan mengumpulkan
rekod kesalahan dan membawa ke mesyuarat disiplin mengikut
keperluan.

Tindakan: Unit Pengurusan Disiplin

3
3.3 Dasar Pengurusan Kebajikan Murid

3.3.1 Guru kelas perlu memastikan semua murid mendapatkan buku teks
yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru
persekolahan. Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang
diterima oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama. Guru Kelas mesti
memastikan tiada buku teks ditinggalkan dalam meja di kelas ( buku
teks perlu disimpan di rumah) kerana pemantauan buku teks akan
dibuat dari semasa ke semasa.

3.3.2 Sistem APDM perlu dikemaskinikan sebelum 31 Jan 2020 kerana


pemberian biasiswa dan bantuan lain akan merujuk kepada data
APDM. Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid
penerima biasiswa.

3.3.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling(GBK) akan memberikan tumpuan


kepada empat fokus utama iaitu Pembangunan sahsiah diri murid,
Peningkatan disiplin diri murid, Pendidikan kerjaya murid dan
Psikososial dan kesejahteraan mental murid. GBK boleh membantu
murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada
secara individu atau kelompok dan akan diuruskan mengikut etikanya
serta maklumat murid adalah dianggap sulit demi memelihara hak
murid.

3.3.4 Data dan Maklumat Murid Orang Asli mesti sentiasa dikemaskini dan
kehadiran MOA mesti direkodkan setiap bulan oleh guru kelas untuk
bantuan belanja persekolahan

Tindakan: Unit Kebajikan Murid

3.4 Dasar Kebersihan dan Kesihatan

3.4.1 Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai Buku


Rekod Kesihatan dan akan disimpan oleh Guru Kesihatan di Bilik
Rawatan. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid
yang bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid
berkenaan.

3.4.2 Setiap tahun, murid Tingkatan 1, 3 dan 4 akan menerima suntikan iaitu:
i) Tingkatan Satu – Suntikan Imunisasi HPV (Perempuan)
ii) Tingkatan Tiga – Suntikan ATT (Tetanus Toxoid)/ Pemeriksaan
Kesihatan
iii) Tingkatan Empat – Saringan Talasemia

3.4.3 Murid boleh mendapatkan surat rawatan di pejabat sekolah apabila


mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik
kerajaan. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua
atau mana-mana Penolong kanan.

3.4.4 Murid sakit dibenarkan berehat di Bilik Rawatan dengan pemantauan


guru bertugas. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang,
Guru Bertugas atau guru boleh menghubungi ibubapa/penjaga
berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. Guru bertugas atau Guru
tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah

4
walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
3.4.5 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga
kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan
kawasan sekolah. Guru kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-
murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas
masing-masing.

3.4.6 Guru kelas/ Guru Mata pelajaran perlu memastikan kelas dibersihkan
setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan. Semua
guru yang masuk mengajar bertanggungjawab memastikan kelas
dalam keadaan bersih sebelum memulakan PdPc

3.4.7 Guru Penyelaras Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa


pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,
penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin serta perlu membuat
laporan harian kepada PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan
Kendiri yang dibekalkan oleh JPN. Guru Penyelaras Kantin perlu
membuat laporan kepada PK HEM atau pentadbir lain jika berlakunya
kes keracunan makanan di kantin sekolah.

3.4.8 Sebarang isu berkaitan tandas perlu dimaklumkan kepada PK Hem/ Unit
Kebersihan dan Keceriaan. Guru Bertugas perlu memantau kebersihan
tandas sepanjang minggu dan tandas akan dicuci sebanyak 2 kali
sepanjang hari persekolahan.

Tindakan: Unit Pengurusan Kebajikan dan Kebersihan Murid

3.5 Dasar Keselamatan

3.5.1 Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek
keselamatan sekolah iaitu:
i) Polisi Keselamatan Pergi dan balik dari Sekolah
ii) Polisi mengelakkan Gangguan Seksual
iii) Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum

3.5.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi


dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang
selamat kepada semua warga sekolah. Keselamatan murid sentiasa
dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah
dari 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan.

3.5.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan


kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful. Setiap aktiviti
yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran
daripada pihak sekolah/Jabatan Pelajaran dan ibubapa/penjaga murid

3.5.4 Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi
oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.
Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10
murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru
perempuan. Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi
keutamaan oleh semua pihak terutama semasa sebelum dan semasa
selepas sesuatu program/aktiviti dilaksanakan.

5
3.5.5 Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan
2 kali setahun dan JK Keselamatan mesti memastikan alat pencegahan
kebakaran mencukupi dan berfungsi.

3.5.6 Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di


tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk. Murid
yang membawa kenderaan bermotor mesti mendaftar dan mendapat
kebenaran pengetua dan murid yang memandu kenderaan ke sekolah
mesti memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor

3.5.7 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya


mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu
pagar sekolah. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-
mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti
menandatangani Buku Rekod Pelawat dan mendapatkan Pas Pelawat
terlebih dahulu.

Tindakan : Unit Keselamatan

4.0 Program Suai Diri Tingkatan 1

Program Suai Diri Tingkatan 1 akan diadakan pada 2hb – 3hb Januari 2020 supaya
murid-murid Tingkatan 1 dapat mengenali sekolah dengan lebih dekat. Sila rujuk
lampiran untuk perjalanan program.

Tindakan: AJK Program Suai Diri

5.0 Program Pembudayaan Sekolah

Program ini akan dijalankan sepanjang tahun untuk membentuk ciri-ciri dan nilai-nilai
budaya murid dan warga SMK Chenderiang yang boleh membantu meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan diharapkan menjadi contoh teladan kepada warga
pendidik. Sila rujuk lampiran untuk perjalanan program.

Tindakan: AJK Program Pembudayaan Sekolah

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Cadangan agar masalah murid datang lewat ke sekolah perlu diselesaikan
bagi membendung peningkatan bilangan murid dalam masalah ini. Satu
keselarasan dalam pengurusan pemilihan murid untuk menjadi Pengawas
Sekolah secara umum juga difikirkan perlu dibuat untuk mengelak berlakunya
ketirisan tenaga dalam kalangan murid.
Tindakan: Unit Disiplin & Pengawas

7.0 Penangguhan Mesyuarat

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Penasihat dan mengharapkan


komitmen dan kerjasama yang sewajarnya daripada semua yang hadir.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

6
Dicatat oleh, Disemak oleh:

(SITI NORASHIKIN BT ZAINAL ABIDIN) (ROZIAH BINTI MANSOR)


Setiausaha Unit HEM 2020 Penolong Kanan HEM
SMK Chenderiang

You might also like