You are on page 1of 3

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KANAN PERTAHANAN

MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) HARI


KE-275 DAN HARI KE-191 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN
(PKPP)

Task Force Operasi Pematuhan

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah
membuat 40,928 pemeriksaan semalam (16 Disember 2020) bagi memantau dan
menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sebanyak 2,960 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,207 anggota telah membuat
pemantauan di 3,468 pasar raya, 4,770 restoran serta 1,529 penjaja, 1,298 kilang, 1,298
bank dan 501 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 967 terminal pengangkutan
darat, 226 terminal pengangkutan air serta 80 terminal pengangkutan udara.

Semalam (16 Disember 2020), PDRM telah menahan 196 individu atas kesalahan ingkar
arahan PKP dan kesemuanya telah dikompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKP
termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), tidak memakai
pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (8) dan lain-lain (14).

Kawalan Sempadan Negara

Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan
Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada
dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan
selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Semalam (16 Disember 2020), Operasi Benteng telah berjaya menahan 59 PATI serta
merampas 3 kenderaan darat. Sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan
semalam yang melibatkan pecahan seperti berikut:

a. Op PENAWAR (ATM, PDRM dan RELA) - 47 SJR.


b. Op BENTENG PDRM - 62 SJR.
c. Op BENTENG AKSEM - 9 SJR.

Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba
memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus
mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Operasi Sanitasi Awam COVID-19

Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 12,747 operasi sanitasi
merangkumi 137 zon. Sebanyak 14,551 premis telah disanitasi yang terdiri daripada
2,911 pusat perniagaan, 1,686 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,898 tempat awam,
357 pasar raya dan 6,699 bangunan kerajaan.

Semalam (16 Disember 2020), sebanyak 38 operasi sanitasi meliputi 13 Zon Merah, 1
Zon Jingga, 14 Zon Kuning dan 1 Zon Hijau yang melibatkan 10 buah negeri dan 1 wilayah
persekutuan iaitu Sabah (11 operasi), Melaka (7 operasi), Sarawak (6 operasi), Pulau
Pinang (4 operasi), Pahang (3 operasi), Terengganu (2 operasi), Selangor (1 operasi),
Kedah (1 operasi), Kelantan (1 operasi), dan Johor (1 operasi) serta Wilayah Persekutuan
Putrajaya (1 operasi).

Kuarantin Wajib

Sejak 24 Julai sehingga 16 Disember 2020, seramai 87,522 individu telah pulang ke tanah
air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 76
Hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di Kuala
Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak,
Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah, Labuan dan Melaka. Daripada jumlah itu, seramai
9,004 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 532 individu telah
dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 77,986 individu telah dibenarkan pulang.

Mereka telah pulang dari 36 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja,
Singapura, Vietnam, Brunei, Laos, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE,
Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan,
China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New
Zealand, Amerika Syarikat, Ethiopia, Maldives dan Oman.

Tapak Binaan

Sejak 20 April sehingga 16 Disember 2020, sebanyak 13,977 jumlah pemeriksaan telah
dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) yang melibatkan 7,996 tapak binaan di seluruh negara.

Semalam, anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 24 tapak binaan di


seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, 22 tapak binaan mematuhi SOP yang telah
ditetapkan manakala 2 tapak binaan tidak beroperasi.

Barang Keperluan Asas

Semalam (16 Disember 2020), Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri


dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 11 jenis
bekalan barangan di 649 premis perniagaan termasuk peruncit (463), pemborong (155)
dan pengilang (31). Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan
mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 705 pemeriksaan khas


Pematuhan SOP PKPP. Daripada jumlah itu, 704 premis mematuhi SOP yang telah
ditetapkan manakala 1 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya
sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal dan kebersihan diri
terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian.

YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB


MENTERI KANAN PERTAHANAN
17 Disember 2020

You might also like