Professional Documents
Culture Documents
Tugasan 1
Tugasan 1
Bandar
Separa bandar
Luar bandar
Pulau-pulau
Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
3
Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
Berdasarkan laman web JMG, jenis batuan dan fitur-fitur utama di kawasan Sandakan, Sabah terdiri
daripada batuan sedimen sahaja. Batuan sedimen terbentuk oleh proses pelonggokan atau pengenapan
bahan di atas muka bumi. Bahan sedimen dibentuk oleh proses luluhawa dan hakisan di kawasan punca yang
kemudiannya diangkut ke tempat pengenapan oleh air, angin, gerakan longsoran atau glasier dan di enap
membentuk struktur perlapisan. Batuan sedimen boleh dibahagikan kepada batuan klastik dan bukan klastik.
Batuan sedimen klastik terdiri terutamanya daripada pecahan atau klasta batuan lebih tua yang terluluhawa
dan terhakis. Batuan sedimen bukan klastik terbentuk apabila mineraloids atau mendakan kimia dimendapkan
terus dari air, atau dipekatkan oleh bahan atau hidupan organik. Tiada klasta hadir dalam batuan ini.
Sebahagian batuan sedimen merupakan sumber mineral penting sepertu batu arang dan batu kapur.
Batuan sedimen juga boleh menjadi perangkap kepada bahan api fosil seperti petroleum atau akuifer air
bawah tanah dalam strata sedimen.
4
Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/mt/sbh/tiles/
b. Silt (Kelodak)
Sumber: https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p=14
Zarah-zarah tanah kelodak terbentuk seperti tanah pasir, iaitu melalui luluhawa secara mekanik,
tetapi saiz tanah kelodak adalah lebih halus daripada tanah pasir. Zarah-zarahnya yang halus tidak
mudah dilihat dengan mata kasar. Tanah kelodak yang kering rasnya seperti tepung gandum yang
kering apabila disentuh. Saiz setiap zarah tanah kelodak ialah 0.002mm hingga 0.02mm. Gabungan
luas permukaan bagi setiap gram tanah kelodak ialah 450cm persegi. Jika dibandingkan dengan
tanah jenis yang lain, nilai ini masih kecil, jadi tanah kelodak mempunyai nilai CEC yang rendah.
Zarah-zarah kelodak tidak menggumpal menjadi agregat dengan mudah dan kalua terbentuk juga,
agregat kelodak tidak stabil dan mudah dileraikan. Hal ini boleh menyebabkan permukaan tanah
diliputi kelodak dan terserap masuk ke dalam tanah dan menyumbat liang-liang permukaan tanah.
Zarah-zarah kelodak mudah bergerak di dalam tanah.
c. Sand (Pasir)
lilit antara 0.0625mm (atau 1⁄16 mm, atau 62.5 μm) hingga 2 milimeter. Setiap bijiran dalam julat
saiz ini dikenali sebagai bijiran pasir. Kelas saiz pasir lebih besar berikutnya adalah anak batu,
dengan zarah antara 2 mm sehingga 64 mm (lihat saiz zarah bagi kegunaan piawaian). Saiz lebih
kecil berikutnya dalam geologi adalah lumpur: zarah kecil daripada ukurlilit 0.0625 mm sehingga
0.004 mm. Spesifikasi saiz antara pasir dan anak batu telah kekal sama lebih dari satu abad, tetapi
zarah dengan ukur lilit sekecil 0.02 mm telah ditakrifkan sebagai pasir di bawah piwaian Albert
Atterberg digunakan seawal abad ke-20. Piwaian kejuruteraan 1953 yang diterbitkan oleh
Persatuan Pegawai Lebuh Raya Negeri dan Pengangkutan Amerika Syarikat (AASHTO) telah
menetapkan saiz pasir minimum sebagai 0.074 mm. Spesifikasi minimum bagi Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat 1938 adalah 0.05 mm (Urquhart et. Al, 1959)
d. Peat (Gambut)
Pembentukan batuan ini melalui tahap peatification iaitu tahap pembentukan gambut dari
tumbuhan) terjadi apabila berlaku pelapukan dan pembusukan daripada bakteris terhadap tumbuhan
yang mati tidak terjadi dengan sempurna. Hal ini biasanya terjadi di lingkungan rawa, delta, sungai
atau danau dangkal dimana kandungan oksigen adalah rendah, sehingga tidak memungkinkan adanya
bakteria aerob (bakteria yang memerlukan oksigen) yang bertugas melakukan proses oksidasi
sempurna terhadap tumbuhan yang sudah mati tersebut, diserahkan ke bakteria aerob dan dari
hasil kerja pelapukan tidak sempurn bakteria anaerob inilah terbentuk gambut.
Meskipun oksigen tidak tersedia dalam jumlah yang cukup, komponen utama pembentuk kayu akan
juga teroksida menjadi H2O, CH4CO dan CO2. Gambut yang umumnya berwarna kecoklatan sampai
hitam merupakan kepadatan yang bersifat poros dan masih menunjukkan sifat asalnya.
7
2. NEOGENE
Zaman neogen ialah zaman dan sistem geologi dalam skala masa geologi Suruhanjaya Stratigrafi
Antarabangsa (ICS) bermula pada 23.03 +- 0.05 juta tahun dahulu dan berakhir pada 2.588 juta tahun
dahulu
3. PALEOGENE
Zaman dan sistem geologi yang bermula pada 66 juta dan berakhir pada 23.03 juta dahulu dan merangkumi
bahagian pertama Era Senozoik.
a. Argillaceous rocks
b. Some arenaceous
c. Calcareous beds
9
Sistem USDA Soil Taxonomy (1992) digunakan untuk sistem klasifikasi tanah di Semenanjung Malaysia
yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Dengan menggunakan sistem ini, siri tanah di Malaysia
dapat dikenal pasti. Sehingga kini lebih 240 siri tanah telah direkod dan disusun semula kepada 11 kumpulan.
Kumpulan tersebut adalah:
i. Tanah yang terbentuk dari batuan igneus dan batuan metamorfik bergred tinggi
ii. Tanah yang terbentuk dari batuan endapan dan batuan metamorfik bergred rendah
iii. Tanah yang terbentuk dari alluvium lama
iv. Tanah laterit
v. Tanah yang terbentuk dari alluvium sungai terbaru
vi. Tanah BRIS
vii. Tanah asid sulfat dan potensi asid sulfat
viii. Tanah lempung laut tidak berasid sulfat
ix. Tanah organan
x. Tanah organan gambut yang sederhana dalam
10
i. Faktor iklim
Suhu yang tinggi menambahkan kadar tindak balas kimia endoterma. Kerpasan yang banyak
menambahkan bahan uji utama yang terlibat dalam proses luluhawa air.
ii. Faktor biotik
Kanopi hutan yang tebal melindungi permukaan dari proses-proses basuhan dan membekalkan asid
organic yang boleh memobilisasikan setengah-setengah mineral batuan, terutama, besi melalui
proses celasi. Sebaliknya, tumbuh-tumbuhan lapang dari jenis savana tidak menggalakkan mobilisasi
besi dan menggalakkan larian permukaan.
iii. Faktor geomorfologi
Dalamnya luluhawa digalakkan oleh kadar penggondolan permukaan yang rendah yang terdapat di
cerun-cerun landau. Kestabilan yang berpanjangan (kehadiran permukaan tanah tua yang
berlanjutan) membenarkan kejadian profil dalam.
iv. Faktor tapak
11
Tapak yang tinggi mendorong pergerakan air tanah ke bawah dan penambahan air tanah yang perlu
untuk penguraian batuan yang cepat. Tapak-tapak yang menjadi tempat tumpuan air larian mungkin
mempunyai bekalan air yang lebih banyak, tetapi ini mungkin mengakibatkan saliran tapak yang
buruk.
v. Faktor geologi
Adanya mineral yang amat mudah berubah sifatnya boleh meningkatkan kadar penembusan luluhawa
dan menggalakkan diagregasi batuan awal-awal lagi. Tekstur batuan mempengaruhi tindak balas
semasa perluluhawaan. Batuan hablur dari tekstur yang kasar terlerai dengan lebih cepat lagi dari
batuan bertekstur halus yang mungkin mengalami perubahan yang cepat. Tekstur batuan mendak
mempengaruhi kejerapan dan kadar penembusan luluhawa. Gelinciran, kekar dan sempadan bijian
yang merekah mendorongkan penembusan luluhawa, terutama bagi batuan hablur. Batuan yang telah
mengalami berbagai-bagai aktiviti hidroterma mungkin kelak juga terluluhawa oleh air tanah
vi. Faktor kronologi
Perubahan iklim dan tumbuh-tumbuhan mengikut masa mengubah imbangan di antara luluhawa
dengan hakisan. Keadaan pluvial di zon gersang pada Zaman Tersier dan Pleistosen menghasilkan
sisa-sisa perluluhawaan yang dalam. Perbezaan kestabilan kerak bumi mempengaruhi kestabilan
permukaan daratan dan tempoh untuk penembusan luluhawa
RUJUKAN
Gibbard, P. and van Kolfschoten, T. (2004) "The Pleistocene and Holocene Epochs" Chapter 22PDF
(2.96 MiB) In Gradstein, F. M., Ogg, James G., and Smith, A. Gilbert (eds.), A Geologic Time
Scale 2004 Cambridge University Press, Cambridge, ISBN 0-521-78142-6
Laman web Jabatan Mineral Geologi (JMG).
https://www.jmg.gov.my/add_on/fb/batuan_mineral_fosil/mobile/index.html#p=14
Thomas, F. M. (1974). Tropical Geomorphology-A Study of Weathering and Landform Development in
Warm Climates. Ismail B. Ahmad, Penterjemah. London: The Macmillan Press Ltd
Urquhart, Leonard Church. (1959). Civil Engineering Handbook. McGraw-Hill Book Company