You are on page 1of 1

Hidup Seorang Pelajar

Di sekolah itulah Mira berkenalan dengan Ana, murid kesayangannya. Gadis comel yang
berwajah lembut itu menamat hatinya .Ana dianggap seperti adiknya sendiri. Mira mula
berasa gelisah apabila dia nampak Ana muntah darah di tepi longkang Yang bersebelahan
dengan bilik guru.Mira terkejut dan dengan segeranya dia bergerak menuju ke arah Ana,
tiba-tiba Ana pengsan dan jatuh sebelah longkang tersebut.Mira meletakkan Ana di
pahanya, dan cuba mengejutkan Ana tetapi Ana tidak memberi apa-apa respons tetapi
denyutan jantung boleh dirasai oleh Mira apabila dia meletakkan kedua-dua jarinya pada
bahagian lehernya.

Dengan segeranya, Mira memaklumkan keadaan Ana kepada guru besar, dan guru besar
pula tanpa melengankan masa beliau memanggil ambulan.Ana dibawa ke Hospital
Glenegles yang berhampiran dengan sekolah Mira juga mengikut Ana.Selepas Ana dibawa
masuk ka dalam bilik ICU, sementara menunggu Mira menelifon ayah Ana untuk
memberitahu perkara ini.Selepas 15 minit ayah Ana datang dengan tergesa-gesa dan air
mata membasahi pipinya apabila beliau ternampak keadaan Ana di ICU.Ana berada di katil
dengan wajah yang pucat lesi dan beberapa wayar telah dipasang dalam badan Ana.

Jam randik yang digantung pada dinding menunjukkan 12.17 pm doktor yang memeriksa
Ana keluar dari ICU, Mira dan ayah Ana bertanya keadaan Ana. Doktor memberitahu
bahawa Ana menghadapi penyakit kanser peringkat ketiga.Ayah Ana telah menyedari
bahawa punca dominan untuk Ana menghadapi penyakit ini ialah diri sendiri. Doktor
memberi nasihat kepada ayah Ana dan doktor telah mencadangkan untuk meneruskan
rawatan kimoterapi agar boleh menyembuh Ana, tetapi beliau memberitahu bahawa peratus
untuk menyembuh penyakit pada peringkat ini adalah sukar sebab kanser itu telah merebak
ke beberapa bahagian lain dalam badan.

Selama enam bulan Ana merima rawatan kimoterapi di Hospital, ayah Ana juga
memberhentikan tabiat merokok.Ana berkelihatan kurus kering dan rambutnya gugur
disebabkan oleh rawatan kimoterapi. Namun demikian, selepas enan bulam Ana telah
meninggal dunia.Ayah Ana berasa salah sebab tabiat merokok beliau menyebabkan Ana
meniggal.Perkara ini sangat menjejaskan Mira, dan bagi megelakkan perkara ini berketiak
ular dalam kalangan masyarakat Mira sentiasa membincangkan mengenai tabiat merokok
dan juga impak-impak terhadap perokok pasif dalam kelas dan juga memberi nasihat
kepada ibu bapa anak muridnya.

You might also like