You are on page 1of 17

MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 1

PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SIRI 1/
BAHASA MELAYU 1

PENASIHAT
Tuan Haji Azuar bin Haji Hussin, KMW PENYELARAS BERSAMA
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Bangsar / Pudu Kuala Lumpur Puan Salinah binti Abas Puan Thilagam a/p G. Shanmugam
Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu
PENGERUSI SMK Convent Jalan Peel
Puan Noorhana binti Hashim Puan Ong Li Choo
Timbalan Pegawai Pendidikan Puan Nor Halina binti Abdul Razak Pegawai SISC+ Bahasa Melayu
Sektor Pembelajaran Pejabat Pegawai SISC+ Bahasa Melayu
Pendidikan Daerah Bangsar /
Pudu Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

SKUAD GEMILANG BAHASA MELAYU & PENYEDIA MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 2021
PPD BANGSAR / PUDU KUALA LUMPUR

KETUA EDITOR Pn. Norazimah binti Ab. Aziz Pn. Irma Hanum binti Jubri
Pn. Salinah binti Abas SMK Seri Sentosa SMK Dharma
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Convent Jalan Peel Pn. Sumarni binti Md Saad Pn. Maria binti Ahmad
SMK Bandar Tun Razak SMK Desa Petaling

Pn. Haslindar Noor binti Ismail Pn. Patonah binti Sidek


Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Desa Perdana
SMK Seri Mulia
Pn. Nor Halina binti Abdul Razak
Pn. Salwani binti Mohamed SISC+ Bahasa Melayu
SMK Seri Mutiara
Pn. Thilagam a/p G. Shanmugam
Pn. Azilah binti Anuar SISC+ Bahasa Melayu
SMK Cochrane Perkasa
Pn. Ong Li Choo
Pn. Rohani binti Baharom SISC+ Bahasa Melayu
SMK Taman Tun Dr. Ismail
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 2
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

Kata Alu-aluan
Pengawai Pendidikan Daerah

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah


kurnianya Modul Transisi Bahasa Melayu SPM 2021 ini
dapat digunakan oleh guru dan murid dalam proses
pembelajaran.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan
tahniah kepada pasukan Skuad Gemilang Bahasa Melayu
PPD Bangsar / Pudu dengan kerjasama Pegawai SISC+
Bidang Bahasa Melayu, Pejabat Pendidikan Daerah
Bangsar / Pudu atas usaha dan inisiatif untuk menghasilkan
Modul Transisi Bahasa Melayu SPM 2021 ini.
Penghasilan modul ini menepati usaha PPD
Bangsar / Pudu untuk meningkatkan prestasi peratus lulus
SPM untuk daerah. Penerbitannya diharapkan dapat
membantu guru-guru dalam menyediakan murid-murid
untuk lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya
lulus peperiksaan SPM.
Tuan Haji Azuar bin Haji Hussin, KMW
Pegawai Pendidikan Daerah Saya yakin , penggembelengan usaha daripada semua
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu pihak pasti akan membuahkan hasil yang kita harapkan.
Kuala Lumpur Sekian, terima kasih.

Kata Alu-aluan
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, Modul


Transisi Bahasa Melayu SPM 2021 dapat disiapkan.

Modul ini dibina untuk membantu meningkatkan prestasi


pencapaian murid dari segi kualiti dan kuantiti. Diharapkan
dengan terhasilnya modul ini sebagai bahan bantu
mengajar dan bahan bantu belajar, segala urusan PdP guru
Bahasa Melayu dan murid dipermudahkan.

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada Skuad


Puan Noorhana binti Hashim Gemilang Bahasa Melayu PPD Bangsar/Pudu atas
Timbalan Pegawai Pendidikan kolaboratif bersama-sama dengan SISC+ Bidang Bahasa
Sektor Pembelajaran Melayu, Sektor Pembelajaran PPD Bangsar/Pudu.
Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu
Kuala Lumpur Sekian.
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 3
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR / PUDU


143, JALAN HANG JEBAT, 50150 KUALA LUMPUR

MODUL TRANSISI
BAHASA MELAYU 1
SPM 2021

DIKELOLAKAN OLEH

BIDANG BAHASA
SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR / PUDU
KUALA LUMPUR
DENGAN KE RJASAMA

SKUAD GEMILANG BAHASA MELAYU PEJABAT


PENDIDIKAN DAERAH BANGSAR / PUDU KUALA
LUMPUR
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 4
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

BAHASA MELAYU
KERTAS SATU
1103/1
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 5
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN A

1. Baca dan fahami kehendak soalan.


2. Kenal pasti tema soalan.
3. Teliti pelbagai bahan rangsangan yang diberikan.
4. Fahami maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan.
5. Tentukan fokus/ kata kunci yang terdapat dalam setiap bahan rangsangan.
6. Tulis karangan yang panjangnya antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KARANGAN B

1. Baca maklumat yang diberikan dalam bahan.


2. Kenal pasti tema soalan.
3. Fahami kehendak/ arahan soalan.
4. Bina kerangka karangan yang bersesuaian dengan memberi tumpuan
kepada pembinaan ayat isi, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas
yang gramatis.
5. Tulis karangan yang panjangnya 350 hingga 500 patah perkataan
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 6
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

KARANGAN A
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 7
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SOALAN SET 1

BAHAGIAN A
[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan: 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan keselamatan jalan raya.


Huraikan pendapat anda tentang keselamatan jalan raya.
Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Dr. Siti
Zaharah Ishak “Pihak kerajaan akan mempergiat usaha seperti ini bagi meningkatkan
kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya di negara
dan rantau ini. Langkah ini adalah selaras dengan agenda keselamatan jalan raya negara
dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mencapai sasaran dalam mengurangkan
kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di peringkat kebangsaan dan
global”.

Sumber : Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Minggu


Keselamatan Kenderaan 2019 – Usaha Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya
Dipergiat

Terbang-terbang si burung nuri,


Hinggap sebentar di pohon jati;
Tanpa berfikir memotong kiri,
Bahaya datang sesalnya nanti.

Kak Limah bertudung ungu,


Berpayung ke kedai Pak Abu;
Tak sabar bahaya menunggu,
Kerana malang tidak berbau.

Pantun Keselamatan Jalan Raya

Ilham: Cikgu Lindar Nor


MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 8
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SOALAN SET 2

BAHAGIAN A
[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan: 30 minit]


Gambar dan data berikut menunjukkan maklumat mengenai industri pelancongan di negara kita..
Huraikan pendapat anda tentang industri pelancongan di negara kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Data Kedatangan Pelancong ke Malaysia bagi Tahun 2018

(Data daripada 7 buah negara di dunia)

Pelancong Singapura Indonesia China Thailand Brunei Korea India


Selatan

Jumlah 10.6 juta 3.2 juta 2.9 juta 1.9 juta 1.3 juta 616,783 600,311

Sumber : Berita Harian Online (27 Februari, 2019)


MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 9
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SOALAN SET 3
Bahagian A
[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan : 30 minit]

Statistik dan bahan di bawah menunjukkan kematian akibat kemalangan jalan raya.
Tuliskan sebuah karangan tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita.
Panjangnya karangan anda hendaklah antara 150 patah perkataan hingga 200 patah perkataan.
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 10
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

KARANGAN B
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 11
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SOALAN SET 1
Bahagian B
[ 70 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya 350 hingga 500
patah perkataan.

1. Tahun ini, dunia melihat pencemaran plastik di lautan sebagai suatu isu besar yang
membahayakan hidupan laut serta kesannya kepada kesihatan manusia.

Pencemaran plastik memang sudah menjadi seperti wabak yang berbahaya kepada
hidupan laut dan manusia. Amat sukar untuk melawan pencemaran plastik kerana plastik
digunakan dalam semua kegunaan harian sebagai perabot, kenderaan dan yang paling
aktif penggunaannya berkaitan pembungkusan makanan.

Sumber : Berita Harian Online, 5 Jun 2018

Petikan akhbar di atas menerangkan isu pencemaran plastik yang berlaku sejak akhir-akhir
ini.

Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran plastik di
dunia ini.

2. “ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini
sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti).”

Sumber : blog IFIX Physiotherapy

Pernyataan di atas menjelaskan bahawa rakyat di negara kita mengalami masalah kegemukan
yang serius khasnya golongan remaja.

Anda diminta untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Cara-cara Mengatasi Masalah
Kegemukan dalam Kalangan Remaja”.

Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 12
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

3.
Bukit Nanas ialah sebuah mercu tanda di Kuala Lumpur yang terkenal sebagai tempat
terletaknya satu-satunya hutan hujan tropika dara dalam lingkungan ibu kota. Pihak
berkuasa bandaraya berdedikasi untuk memelihara hutan yang terletak di pusat Kuala
Lumpur. Tambahan itu, Bukit Nanas juga mempunyai sebuah loji pembersihan air mentah
yang dikenali sebagai "Loji Pembersihan Air Bukit Nanas". Loji Pembersihan air ini
merupakan loji pembersihan air yang terutama di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang
telah wujud sejak tahun 1959.

Sumber : Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Petikan Wikipedia di atas menerangkan sebahagian daripada keistimewaan hutan kepada


kehidupan manusia.

Bincangkan kepentingan-kepentingan hutan.

4.
Indah sungguh bunga kemboja,
Disusun si dara dari Likas;
Sukan membentuk semangat waja,
Sentiasa berdisiplin, ceria dan tangkas.

Kain cindai dibawa berjalan,


Buat mengibas nyamuk dan agas;
Rajin dan tabah dalam bersukan,
Minda cerdas jasmani cergas.

Sumber:
http://sukansekolahskkst.blogspot.com/
2012/11/pantun-sukan

Pantun di atas memberi maksud kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh melalui aktiviti sukan.

Huraikan kebaikan-kebaikan yang akan anda peroleh apabila melibatkan diri dalam aktiviti
sukan.
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 13
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SOALAN SET 2
Bahagian B
[ 70 markah ]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya 350 hingga 500
patah perkataan.

1. Keunikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya sejak dahulu lagi menjadi kekuatan dan
cabaran terbesar Malaysia. Dalam keadaan dunia yang semakin kompleks kerana
kepelbagaian, maka semakin penting bagi rakyat untuk membentuk identiti Malaysia dan
menghargai kepelbagaian warisannya. Sebagai ruang yang dikongsi oleh semua rakyat,
sekolah mempunyai potensi yang unik untuk memupuk perpaduan.

Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Bincangkan peranan-peranan pihak sekolah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan


muridnya.

2.
Kerjaya merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Pemilihan kerjaya
yang tepat akan mempengaruhi corak kehidupan seseorang. Pelbagai persediaan perlu
dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan yang diminati, antaranya menghadiri
temuduga.

OBJEKTIF TEMUDUGA

• Bagi membolehkan majikan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai


pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon.
• Untuk mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan
jawatan.
• Untuk melihat tahap kematangan dan kejujuran calon.

Sumber : https://sites.google.com/site/lamankerjayakpm/persediaan-ke-alam-kerjaya

Pernyataan di atas menerangkan antara persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk
menceburi kerjaya yang diminati.

Huraikan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk menceburi kerjaya yang
anda minati.
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 14
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

3.
Ajar anak bermasyarakat
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Seiring peredaran masa, kanak-kanak era kini
semakin dibawa arus kemodenan hinggakan langsung tidak bergaul dengan jiran tetangga.

Ada yang tidak tahu nama anak jiran sebelah walaupun berusia sebaya, keadaan lebih buruk
apabila ramai kanak-kanak kini langsung tidak mengenali jiran tetangga dan ada yang tidak
pernah bersua muka dek ketaasuban dengan gajet, kurang didikan selain rutin harian padat.
Ramai yang memilih untuk terus duduk di dalam bilik dan sibuk melayani telefon pintar
masing-masing.
Sumber : MyMetro,
Oleh : Zatul Iffah Zolkiply
cnews@nstp.com.my

Petikan akhbar di atas jelas menyatakan bahawa semangat hidup bermasyarakat dalam
kalangan masyarakat khasnya kanak-kanak semakin berkurangan. Pelbagai cara perlu
dilakukan bagi memupuk semangat hidup bermasyarakat dalam kalangan masyarakat di negara
ini.

Bincangkan cara-cara untuk memupuk semangat hidup bermasyarakat di negara kita.

4. PROGRAM KEPENTINGAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN

SERDANG – Satu program aktiviti STEM telah diadakan bersempena dengan lawatan dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang ke Pusat Asasi Sains Pertanian UPM pada
25 April 2019. Program Kepentingan Sains dan Matematik dalam Kehidupan yang
dianjurkan ini bertemakan “Kemahiran Saintifik Pemacu Teknologi” merupakan salah satu
aktiviti pemindahan ilmu yang dirancang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan serta
memupuk minat pelajar tentang kepentingan ilmu sains dan matematik.

Sumber : Blog UPM


https://upm.edu.my/berita/program_kepentingan_sains_dan_matematik_dalam_kehidupan

Maklumat di atas menunjukkan kepentingan mata pelajaran sains dan matematik dalam
kehidupan lebih-lebih lagi dalam era ledakan maklumat kini.

Tuliskan satu rencana mengenai “Kepentingan Mempelajari Sains dan Matematik.


MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 15
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

SOALAN SET 3

Bahagian B
[ 70 markah ]

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya 350 hingga 500
patah perkataan.

1. PANDUAN MERANCANG PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Grafik di atas menunjukkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memulakan sesuatu
perniagaan dalam talian. Perniagaan dalam talian ternyata boleh menjadikan seseorang peniaga
itu jutawan sekiranya dijalankan dengan strategi-strategi yang berkesan.

Sekiranya anda berpeluang untuk menjalankan perniagaan dalam talian, huraikan cara -cara
anda mengembangkan perniagaan anda tersebut.
MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 16
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

2.
Patutlah harimau Malaya makin pupus...
Harga seekor harimau Malaya yang boleh mencecah hampir RM1 juta, selain setiap
bahagian tubuhnya mempunyai ‘khasiat’ dan kegunaan tersendiri menyebabkan haiwan itu
semakin diancam kepupusan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, spesies itu mendapat
permintaan tinggi dalam pasaran antarabangsa untuk digunakan dalam bidang perubatan
tradisional.
Beliau berkata, hampir keseluruhan bahagian harimau mempunyai kegunaan dan ‘khasiat’
tersendiri, sekali gus menjadikan spesies itu mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap.
Sumber : MyMetro,
Oleh : Zatul Iffah Zolkiply
cnews@nstp.com.my

Keratan akhbar di atas menerangkan kepada kita bahawa spesies harimau adalah antara
haiwan liar yang diancam kepupusan di negara kita.

Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan supaya masalah kepupusan haiwan liar dapat
diatasi di negara kita.

3.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang menjadi
cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu.
Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk keharmonian, keamanan dan
interaksi positif antara kaum, agama serta budaya, sekali gus memerlukan pendekatan
berhemah serta penuh rasa hormat.

Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Pendekatan integrasi menjadi
tunjang agenda perpaduan negara bagi membolehkan masyarakat berbilang bangsa dan
agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni di samping mengekalkan identiti dan
ciri bangsa masing-masing.

Dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian Online,
Oleh Enizahura Abdul Aziz
Januari 31, 2020

Petikan akhbar di atas menerangkan pentingnya perpaduan dipelihara dalam sesebuah


negara itu.

Huraikan kepentingan-kepentingan memelihara perpaduan kaum di Malaysia.


MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU SPM 17
PPD BANGSAR/ PUDU, 2021

4.
Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik korona virus atau wabak korona
virus ialah pandemik penyakit korona virus 2019 yang sedang berlaku secara global
berpunca daripada korona virus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini
pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar
raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 13 Januari 2021, lebih daripada 91.5 juta kes
telah disahkan, dengan lebih daripada 1.96 juta kematian disebabkan oleh COVID-19.
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa
dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin

Sumber : Wikipedia,
ensiklopedia bebas

Penyakit COVID-19 merupakan satu ancaman kepada masyarakat.

Sebagai seorang ahli masyarakat, huraikan tanggungjawab anda dalam menangani penyakit ini
daripada merebak.

~ MODUL TRANSISI BAHASA MELAYU (1) SPM TAMAT ~

You might also like