You are on page 1of 15

KOLEJ TINGKATAN 6 BANDAR UTAMA, PETALING JAYA

CADANGAN SKIMA JAWAPAN


PERCUBAAN SEMESTER 3 SET 2 2019
SEJARAH KERTAS 3 940/3

Bahagian A

Soalan 1:

Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam susun lapis masyarakat Melayu sebelum
kedatangan barat.

Pengenalan :
1. Konsep susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa
lapisan atau kelas sosial yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu hierarki.
2. Pada asasnya, susun lapis masyarakat melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak bersifat
setaraf dari segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan tanggungjawab.

3. Susun lapis masyarakat Melayu terbahagi kepada golongan pemerintah dan diperintah

Isi Kandungan:

Sultan/ Raja
1. Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu
oleh kerabat diraja atau para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan untuk
menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan takluknya.
2. Berperanan sebagai lambang perpaduan negeri, menjadi sumber segala gelaran dalam negeri,
bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan negeri.
Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata
Keluarga dan Kerabat Diraja
1. Golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar ‘Raja’ atau ‘Tengku’.
Golongan ini tidak ramai
2.Kerabat di raja dan keluarga diraja ada yang dilantik dan berperanan sebagai pembesar daerah
atau merajai satu satu daerah.
3. Terdapat juga berperanan mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri.
Pembesar
1. Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan
pemerintah atau pentadbir.
2. Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah.
3. Pembesar yang diberi hak untuk mentadbir berperanan sebagai pentadibir daerah .
4. Pembesar juga berperanan mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiri tanpa
sokongan sultan keranan mepunyai pengikut sendiri
5. Pembesar juga berperanan dalam ekonomi dalam daerahnya seperti memngut cukai dsbnya
6. Pembesar terbahagi kepada pembesar pusat, daerah dan kampung dan setiap mereka
mempunyai peranan yang berbeza. ( calon boleh menulis tentang peranan di setiap peringkat
secara ringkas )

Golongan Ulama
1. Dianggap sebagai golonagn cerdik pandai. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan dalam
perkara-perkara tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka.
2. Golongan ulama pakar dalam bidang agama Islam. Dilantik menjadi guru, ketua agama dan
kadi. Mereka berperanan menyebarkan agama Islam. Disamping itu, mereka juga
bertanggungjawab menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.

Golongan Pendeta
1. Golongan pendeta mempunyai kepakaran dalam soal kedunian seperti bidang kesenian,
kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja.
2. Mereka berperanan sebagai perawi istana, penulis istana, mencatatkan peristiwa penting di
istana.
3. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam soal kebudayaan
Kesimpulan:
Apa sahaja yang berkaitan .

Soalan 2.

Agama merupakan faktor utama yang mencetuskan nasionalisme di Tanah Melayu pada
abad ke 20. Setujukah anda dengan pernyataan tersebut.
( 20 )

Pengenalan :
§ Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada
gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak hanya terhad kepada pembebasan kuasa
politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.
§ Gerakan nasionalisme di tanah melayu adalah sama dengan gerakan di negara asia lain
(kecuali thailand). Gerakan ini merupakan satu tindak balas terhadap penjajahan asing. Gerakan
nasionalisme lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-institusi
yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.

Isi-isi penting

1. Pengaruh Agama Islam ( calon perlu menjelaskan factor ini dahulu )

§ Peranan agama islam sebagai penggerak kepada gerakan kesedaran orang Melayu tidak boleh
dinafikan. Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar
yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir. Pelajar yang menuntut di
Universwiti Al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid
Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Mereka memulakan Gerakan Islah
setelah kembali ke Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.
§ Idea pembaharuan Kaum Muda itu disebar melalui majalah Al-Imam. Melalui majalah ini
orang Melayu mulai sedar akan kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka.

2. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan


§ Golongan nasionalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan kesusasteraan, sama ada
dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk membangkitkan semangat kebangsaan dalam
kalangan orang Melayu. Melalui kesusasteraan penulis berusaha menyedarkan orang Melayu
tentang kemunduran dan membangkitkan semangat mereka untuk bersatu padu.
§ Contohnya, Syed Syeikh al-Hadi dalam novelnya yang terkenal, iaitu Hikayat Faridah Hanum
memperjuangkan emansipasi wanita. Selain itu, Ishak Haji Muhammad dalam cerpennya, iaitu
Rumah Besar Tiang Seribu dan juga melalui novel beliau, iaitu Putera Gunung Tahan. Hal ini
kerana, sikap anti-penjajahan Ishak Haji Muhammad dapat di lihat melalui penceritaan beliau
tentang kelemahan pemimpin Melayu dan ketidakjujuran British dalam pemerintahandi negeri-
negeri Melayu.

3. Pengaruh Kewartawanan

§ Pada tahun 1990-an dan 1930-an, bilangan akhbar dan majalah semakin bertambah kerana
masyarakat Melayu sedar akan kepentingan media cetak sebagai alat pembuka fikiran. Melalui
majalah Al-Imam, Kaum Muda menjelaskan perjuangan mereka.
§ Antara akhbar dan majalah Melayu yang membincangkan gerakan politk orang Melayu ialah
Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Semua akhbar ini memperdebatkan soal
penubuhan persatuan Melayu, dasar desentralisasi, dan Malayan Union. Majlis merupakan
akhbar kebangsaan yang pertama memeinkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran
dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan politik.

4. Peranan Pendidikan

§ Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intektual yang memainkan Melayu


pada awal abad ke-20. Sistem pendidikan agama, Sistem pendidikan ini dikenali sebagai sistem
pondok. Pondok memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan dalam kalangan masyarat
Melayu. Selepas tamat pengajian di pondok, ramai orang akan melanjutkan pendidikan ke Timur
Tengah, sama ada di Makkah atau di Mesir. Semasa di Timur Tengah mereka dipengaruhi oleh
Gerakan Reformis Islam yang dianjurkan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti
Al-Azhar.
§ Sistem pendidikan Inggeris. Perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dan
Singapura telah melahirkan golongan intelektual berpendidikan Inggeris. Mereka yang berada di
Singapura mendapat pendidikan Inggeris khasnya di Raffles Instituation. Antara tokoh yang
mendapat pendidikan Inggeris ialah Raja Chulan dan Mohammad Eunos Abdullah. Beliau
merupakan ahli majlis mesyuarat Negeri-negeri selat dan Raja Chulan merupakan ahli Majlis
Perundangan Persekutuan. Mereka menngunakan peluang yang ada dalam sistem pentadbiran
dan perundangan untuk menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan
pentadbiran.
§ Sistem pendidikan Melayu. Pada abad ke-20, sekolah Melayu di Tanah Melayu mula
berkembang dan menyebabkan kekurangan tenaga pengajar. Untuk memenuhi kekurangan ini
pihak British telah menubuhkan Maktab Perguruaan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI
telah menjadi tempat perkumpulan dan pertemuan golongan intelektual Melayu. Pergaulan dan
perbincangan mereka telah membangkitkan kesedaran ingin memajukan dan memperbaiki nasib
orang Melayu. Pensyarah-pensyarah di MPSI telah menyemarakkan semangat dan keazaman ini

5. Peranan Golongan Intelektual


i. Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah

§ Al-Imam yang mula-mula sekali meniupkan seruan dakwa Islamiadi Tanah Melayu tidak
mungkin muncul tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Isla. Golongan
intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh diselamatkan sekiranya diberipetunjuk pada
hakikat ajaran Islam yang sebenar berdasarkan apa yang termaktub dalam al Quran dan Hadis.
§ Kaum Muda menggesa mengwujudkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal dengan
memasukan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden di samping bahasa Arab. Gerakan Isla
oleh Kaum Muda hanya dapat berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang
dikeluakan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda.
§ Pada pertengahan abad ke -20, perjuangan golongan ini semakin pudar. Perjuangan
nasionalisme telah diambil alih oleh golongan inteleliktual berpendidikan Inggeris danMelayu.

ii. Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris

§ Golongan Intelektual Berpendidikan Inggeris muncul apabila orang Melayu bimbang


penguasaan ekonomi olah bangsa asing. Golongan ini bersikap sederhana dan sanggup
berkerjasama dengan penjajah.
§ Sebagai langkah ke arah kesedaran tentang perlunya orang Melayu bersatu mempertahankan
hak-hak mereka, Mohammad Eunos Abdullah menubuhkan Kesatuan Melayu
Singgapura(KMS).

iii. Golongan Intelektual Berpendidikan Melayu


§ Golongan ini lebih redikal jika dibandingkan dengan golongan berpendidikan Timur Tengah
dan Inggeris. Kewujudan golongan redikal ini telah menyebabkan perjuangan orang Melayu
antara tahun 1937-1941 berubah corak daripada sederhana kepada berunsur politik dan agresif.
§ Golongan ini menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menydarkan
bangsa Melayu. Golongan ini berkerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dengan
harapan Jepun dapat membebaskan tanah air mereka dari penjajahan British.

Penutup
§ Menjelang awal abad ke-20, berlaku berpendudukan di Tanah Melayu, iaitu penghijraan
beramai-ramai imigran Cina dan India akibat perkembanganekonomi Tanah Melayu yang pesat.
§ Pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang berlaku di dunia turut membangkitkan
kesedaran bangsa Melayu tentang kemunduran mereka

Soalan 3

Huraikan 5 strategi utama yang telah dilaksanakan untuk mencapai Wawasan 2020. ( 20 )

Pengenalan
§ Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu
Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini
sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain.
§ Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan
bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai
moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri
bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi
merealisasikan Wawasan 2020.

Isi-isi Penting:

a. Strategi yang dilaksanakan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu
seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan
perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia. Strategi ini ialah untuk menghadapi
cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi
negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam
harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan
sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020..

b. Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan.
Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar
terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh
rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani
menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut
akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga
dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu
mematahkan serangan musuh dengan mudah.

c. Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi
amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah
masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik
memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan menggunakan hak-hak
demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu
secara berhemah dan bersifat membina.

d. Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi
merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat
dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan
keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan,
kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk
sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk
meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan
tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan
juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Falsafah
Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak,
seimbang dan harmonis.

e. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi.
Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima
perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui
kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan
kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah
ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

f. Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik.


Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran
agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada
masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan
ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu
yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun
saintik dan teknologi masa depan.

g. Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk
kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu
dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami,
hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya
penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.Asas
pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam
kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga
ditekankan dalam agama.Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang
terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya
tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk
memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

h. Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang
ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan
mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk
itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari
zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah melaksanakan
pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan
meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan
Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

i. Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat
yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang
tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam
kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi.
Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam
menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.

Kesimpulan

§ Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan
adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020.
§ Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan
keadilan ekonomi dan perpaduan negara.

BAHAGIAN B:
Soalan 4:
Huraikan peranan pembesar di Vietnam sebelum kedatangan Barat. (20)

Pendahuluan

§  Sistem pemerintahan yang diamalkan dan diguna pakai di sesebuah  negara adalah berasaskan
sistem kerajaan.Kerajaan berperanan untuk menggubal dasar-dasar negara serta membuat
keputusan untuk rakyat yang diwakili.Kerajaan diketuai oleh seorang raja dan dibantu oleh para
pembesar.
§  Pembesar memainkan peranan yang penting untuk memastikan segala urusan
pentadbiran,ekonomi dan sosial sesebuah negara berjalan lancar bersesuaian dengan arahan
daripada raja.Pembesar mempunyai kuasa tertentu namun terbatas mengikut keperluan dan
kehendak raja.

Isi-isi penting:

Peranan Pembesar Mandarin


§  Mereka mengetuai setiap peringkat pentadbiran terutama semasa pemerintahan Maharaja Gia
Long.Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang diamalkan di
China.Golongan Mandarin yang mendapat pendidikan Confucius yang baik adalah yang paling
layak untuk menjadi pegawai pentadbiran,mereka akan mengetuai Quan atau
kementerian.Golongan ini juga sangat berpengaruh kerana mereka melaksanakan tugas-tugas
maharaja,mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati rakyat,penegak keadilan pentafsir
undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.

Peranan Pembesar Pusat / Majlis Tertinggi (Noi-cac)


§  Majils  ini dibentuk dan dipengerusikan oleh maharaja.Baginda akan diantu oleh enam
kementerian  iaitu Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan
Peperangan.Quan Hal Ehwal Awam mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbanding Quan
ynag lain.
§  Mereka bertangungjawab dalam memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua hal yang
bekaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Majlis ini juga merupakan forum unuk
menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian .
Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu kota. Kerajaan dan istana mereka bertanggngjawab
mengetuai sesebuah jabatan seperti jabatan jabatan peperangan,kehakiman dan percukaian.

Peringkat Daerah/Kampung
§  Pembesar peringkat daerah berperanan untuk mengutip cukai, menjalankan upacara keagamaan
dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera serta dalam bidang kehakiman. Manakalan
pembesar peringkat kampung(komun) bertindak sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-
undang. Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis Orang Tua.

Penutup

Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar


melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar
bukan sahaja bertangunggjawab secara terus kepada raja tetapi juga pengikutnya.
Peranan pembesar sememangnya amat penting untuk memastikan sistem pentadbiran Vietnam
berjalan lancar dan teratur

Soalan 5:

Bincangkan peranan Raja Thibaw dalam penentangan terdapat kuasa Barat pada abad ke 19.

(20 )

Pengenalan

§  Raja Thibaw lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19 Disember 1916 di India dan
merupakan pemerintah terakhir Myanmar. Pemerintahan berakhir dgn pendudukan Hulu Myanmar oleh
British. Baginda menaiki takhta pada 1878. British campur tangan apabila terdapat kekacauan yang
berlaku di Myanmar.

§  Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe.  Beliau dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama
dengan persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878. Beliau merupakan raja terakhir Dinasti
Konbaung dalam sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir apabila Burma dikalahkan
oleh tentera British dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885.

Isi-isi Penting:

a)       Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan menindas berbanding
pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat dan kuasa asing. Keadaan ini
menyebabkan kekacauan dalam negara yang British campur tangan di Myanmar. Sikap Raja Thibaw
menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India
supaya menguasai Burma Hulu. Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan
sumber pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, beliau
meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

b)      Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk
menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak senang dengan kehadiran
Perancis di Annam dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan
menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari
1885. Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.

c)       Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu,
beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada
Perancis dan pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis.
Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini menyebabkan hubungan antara British
dan Myanmar semakin renggang.

d)      Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap Syarikat Perdagangan
Bombay-Burma yang mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu. Raja Thibaw
mengemukakan beberapa perkara berikut terhadap syarikat tersebut: iaitu Mengeluarkan kayu jati
melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan, Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan, Tidak
memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini
menyebabkan Raja Thibaw bangkit menentang British di Myanmar.

e)       Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas hati walaupun
penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw. British segera
meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw kerana yakin Perancis akan menyokong dan
membantu Burma. Namun pada bulan september, Freycinet (menggantikan Jules Ferry )telah mengubah
dasar Ferry dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak
British.
f)        British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap untuk
bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta China di London cuba
menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan. British menghantar kira-kira 10 000 orang
tentera ke Burma dan memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan
masalah dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British.  Beliau diberi
tempoh sehingga 10 november 1885 untuk memberi jawapan.  British tidak puas hati lalu
mengisytiharkan perang ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya menakluki
Burma Hulu pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan Raja Thibaw menentang
British.

Kesimpulan

§  Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak aman dan menjalin hubungan baik
dengan kuasa Barat daripada ayahandanya. Tetapi disebabkan keazamannya merampas semula Burma
Hilir dan keyakinan terhadap bantuan Perancis untuk menentang British, tetapi baginda gagal.

§  Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia di sana. Berakhir Dinasti
Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun. Myanmar manjadi tanah jajahan Britih sehingga
tahun 1948 . British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan meletakkannya di bawah pentadbiran British
di India.

Soalan 6:

Jelaskan usaha-usaha Filipina memajukan ekonomi selepas Perang Dunia Kedua (20 )

Pendahuluan

§  Pembinaan negara bangsa  menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan
satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi
bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara.

§  Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan
demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat.  Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden
yang pertama.

Isi-isi Penting:

1. Dalam krisis kewangan Asia 1998 Filipina tidak menerima kesan yang nyata kerana dibantu oleh
pengiriman wang oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara.  Di samping itu juga insentif-insentif
kerajaan kepada firma-firma tempatan dan asing untuk melabur dengan menyediakan  Akta Galakan
Pelaburan 1967. 
2. Namun Filipina terpaksa membangunkan ekonominya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang
tinggi dan kadar hutang yang meningkat di samping untuk membiayai kemudahan infrastuktur dan
perbelanjaan sosial. 

3. Filipina menggunakan ekonomi laissez-faire dalam pembangunan ekonominya dan banyak berurusan
dengan Amerika Syarikat.  Manuel Roxas dan beberapa presiden seperti Quirino, Magsaysay dan
Macapagal telah mengambil beberapa dasar dan langkah untuk memulihkan ekonomi Filipina.

5.Antara dasar ekonomi Filipina ialah menekankan kepada perusahaan gula, perusahaaan kelapa,
perusahaan abaka, perusahaan getah dan perusahaan perlombongan dan perindustrian.  Dalam
perusahaan-perusahaan itu diperkenalkan beberapa tarif untuk meningkatkan pengeluarannya.

6. Undang-undang juga diperkenalkan untuk melindungi kepentingan penduduk tempatan seperti


memperkenalkan Akta Organik 1902 dan Akta Nombor 2874 Filipina tahun 1919.

7. Memohon bantuan kewangan antarabangsa seperti dari AS sebanyak USD 70 Juta dan pada tahun
1950 – USD 250 juta

7. Rancangan pembangunan Lima Tahun semasa pemerintahan Quirino – gagal – masalah rasuah

8. Presiden Ramon Magsassay – memindahkan petani ke Kawasan baru – Skim Kredit Desa – meningkat
kemudahan infrastruktur

9. Presiden Garlos Garsia – menambahkan pengeluaran pertanian seperti – pengeluaran kelapa kering

10.Penubuhan Lembaga Pembangunan Ekonomi Negara Filipina.

11. Boleh rujuk ringkasan di bawah :

You might also like