You are on page 1of 249
Buku ini Pelita Bahasa Melayu Penggal I-11 salah edisi bahara bagi buku Peta Bahasa “Melayu Penggat I oleh Zainal Abidin bin Ahmad dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan Pelita Bahasa Melayu Penggel If dan IIT olch Zainal Abidin bin Ahmad dan diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang, Kuala Lumpur. CCetakan Pertama Edisi Kedua 2000 © Zainal Abidin bin Ahmad 1941, 1946, 1947 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustras, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 ‘Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tercakluk kepada perkiraan royald ata honorarium. Perpustakaan Negara Mala Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan sia BH Za‘ba, 1895-1974 Pelita bahasa Melayu penggal I-III / Zainal Abidin bin Abad (Za‘ba). ISBN 983-62-6953-3 1. Malay language—Alphabet. 2.Jawi alphabet. 3. Jawi alphabet—History. I. Judul 499.2311 Dicetak oleh Sasyaz Holdings Sdn. Bhd. 28, Jalan SS 26/15 Taman Mayang 47301 Petaling Jaya Selenegyp sl Ebon 1003580 KANDUNGAN Prakata Edisi Baharu Pengenalan PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL 1 Linya Pendaluluan Cetak yang Ketiga Pendahuluan Cetak yang Kedua Pendaluluan Cetak yang Pertang BABI BABIT BAB IT BAB IV BABY BAB VI BAB vn BAB Vi BAB IX BAB X BAB XI BAB XI BAB xm Bunyi Suara Digambarkan dengan Huruf Huruf Benar dan Huruf Saks, Ejaan dan Talisan Jawi Ejaan Jawi pada Perkataan Memakai Penambah Petua-Petua Ejaan Rumi Petua-Petua Ejaan Rumi (Sambungan) JenisJenis Perkataan dan Kerja-Kerjanya Perkataan Nama dan Gantinya Perkataan Perbuatan Perkataan Sifat Perkataan Sendi dan Seruan Huraf-Huruf Penambah, Horuf-Huruf Penambah (Sambungan) v ix i 15 17 19 28 36 49 67 82 96 108 132 161 183, 207 222 KANDUNGAN BAB XIV Kaedah Rangkai Kata BAB XV Ayat-Ayat Melayu: Kejadiannya dan Ikatannya BAB XVI Jenis-Jenis Ayat dan Uraiannya PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL II binya Pendahuluan BABI Permulaan Mengarang BABII Lain-lain Latihan Membuat Ayat BAB II Mengarang Ayat-Ayat Tunggal Jadi Cerita: Menyambung-Nyambungkannya BABIV — Cara-Cara Persambungan Ayat BAB V — Memakai Tanda-Tanda Berhenti Dalam Tulisan Melayu (fawi) BAB VI Memakai Tanda-Tanda Berhenti (Sambungan) BAB VII Cakap Ajuk dan Cakap Pindah, BAB VII Permulaan Berlatih Mengarang BAB IX Lagi Latihan Mula-Mula Mengarang, BAB X _ Perenggan-Perenggan Karangan BAB XI Perkataan-Perkataan Pembatas Karangan BAB XII _Perkataan-Perkataan Penghabis Karangan Hujungan PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL IIL Msi Pendahuluan BABI Bagaimana Hendak Mengarang BABII Sedikit Lagi Petua-Petua Mengarang BAB I Kesalahan-Kesalahan dalam Ayat Karangan BAB IV — Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan BAB V Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Nama BAB VI BAB VIL BAB VIII BAB IX. BABX BAB XI BAB XII BAB XIII BAB XIV BAB XV Huyjungan KANDUNGAN Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Kata Kecacatan Karangan Kecacatan Karangan (Sambungan) Menghiasi Karangan Mengarang Pantun dan Syair ‘Mengarang Sajak, Gurindam, dan Seloka Mengarang Surat Kiriman yang Senang-Senang Lain-Lain Jenis Surat Kiriman Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula Beberapa Teladan Karangan 600 618 640 651 672 698, 706 730 751 764 794 PRAKATA EDISI BAHARU Za'ba (Tan Sti Dr. Zainal Abidin bin Ahmad) diiktiraf oleh masyarakat dan negara sebagai tokoh cendekiawan yang berwibawa. Beliau merupakan pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang. Namun cemikian daripada sekian banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling banyak dipertalikan orang dengan sumbangannya, Schingge kini nama Za‘ba seakan-akan bersinonim dengan bahas Melayu. Hal ini tidak menghairankan kerana memang Za‘balah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan mahupun tatabahasa. Ze'balah yang menandai permulzan babak perkembangan ilmu bahasa atau Jinguistik Melayu sejak tahun 1920-an meskipun beliau tidak pernah ter~ didik secara formal dalam bidang linguistik. Khusus tentang buku Pelita Bahasa Melayu yang sedang anda tatap ini, Za‘ba telah meletakkan asas tatabahasa Melayu yang utuh schingga Prof. Dr. Harimurti Kridalaksana mengangkatnya sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Melayu Malaysia, sebagaimana Sasrasoeganda diangkat sebagai Bapa Tata- bahasa Tradisional Bahasa Indonesia. Buku ini dijadikan buku pegangan oleh pendicik, penulis buku pelajaran, dan juga pelajar untuk tempoh puluhan tahun. Bahkan hingga kini gagasan Za'ba yang termuat dalam Pelita Bahasa ‘Melayu masih terus dikaji dan dijadikan rujukan i pusat pengafian tinggi dan di institusi perguruan, ‘Tepatlah ungkapan Prof. Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas bahawa “Karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh benar pelita yang menerangi suasana kelam kelira dan ‘menunjuk jalan ke arah kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu.” ix PRAKATA EDISIBAHARU Sebagai penghormatan dan penghargaan atas jasa bakti Za'ba kepada imu bahasa Melayu, dan bersempena dengan pelancaran Kursi Za'ba oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula buku ini dalam ejaan baharu. Walau bagaimanapun ejaan lama dikekalkan pada bahagian-bahagian tertentu seperti petikan daripada buku- buku dan terbitan-terbitan lain yang dirujuki oleh Za‘ba, contoh-contoh perkataan yang disertai ejaan Jawi, ejaan Jawi lama dan rumus-rumus bahasa yang ditetapkan oleh Za‘ba, Struktur bahasa serta penggunaan kata Za‘ba dikekalkan agar pembaca dapat mengetahui dan memahami laras bahasa yang digunakan oleh Za'ba. Mudah-mudahan buku dalam bentuk edisi mewah ini dapat terus dimanfaatkan oleh anak bangsanya. Haji A. Aziz bin Deraman Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 10 April 2000 PENGENALAN Za‘ba adalah seorang sarjana dan abli fikir Melayu yang banyak berke- cimpung dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, dan juga dalam agama Islam. Tetapi dalam berbagai-bagai bidang yang pernah menarik perhatian dan minat beliau dan yang pernah mendapat sumbangan daripadanya, bidang bahasalah yang meninggalkan pengaruh Za‘ba yang lebih menyeluruh dan paling dikenali oleh masyarakat Malaysia amnya. Jika nama Za'ba disebut orang, maka nama itu selalu dikaitkan dengan bahasa, tegasnya nahu dan ejaan Za'ba. Dalam perkataan lain, Za'ba lebih dikenali sebagai ahli bahasa daripada ali kesusasteraan atau abli kebudayaan, Hal ini disebabkan oleh pengaruh aliran yang dipclopori olch Za'ba dalam pengajaran bahasa Melayu di sckolah-sekolah. Nahu ini dikemukakan oleh Za'ba dalam karya agungnya, Pelita Bahasa Melayu, yang cerbit dalam tiga jilid, yang untuk beberapa lama menjadi satu-satunya pedoman untuk guru- guru bahasa Melayu dalam menjalankan tugas mereka, Dapat dikatakan semua buku nahu Melayu yang dikarang oleh orang-orang Malaysia sebelum tahun 1968, ditulis berasaskan prinsip-prinsip nahu yang diletakkan dalam buku ini. Pada kescluruhannya buku-buku ini meliputi bidang fonologi dan nahu, sungguhpun istilah fonologi tidak disebut oleh Za‘ba, Bahkan ilmu ataupun, Konsep onologi ita masih belum dikenal oleh Za'ba pada waktu beliau menulis buku ini. Fonologi Melayu yang dipaparkan oleh Za‘ba bukanlah fonologi yang dengan jelas membincangkan sistem bunyi Melayu, Fonologi seperti yang tersirat dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal I, dapat dikesan dalam per~ bincangan Za‘ba mengenai sistem ejaan PENGENALAN Tidak ada bukti bahawa Za‘ba pernah membuat kajian yang ilmiah sifatnya mengenai sistem bunyi Melayu, Boleh jadi apa yang dikemuka- kannya mengenai bunyi-bunyi Melayu itu semata-mata adalah hasil pemer- hatian dan pengalamannya sendiri dalam pengajaran bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, Za‘ba ada memperlihatkan kesedaran beliau akan beberapa prinsip penting dalam ilmu bahasa amnya dan dalam ilmu fonologi khasnya. Prinsip-prinsip ini adalah seperti yang berikut: (@ Keutamaan ucapan di atas tulisan, dalam erti kata bunyi wujud lebih dahulu daripada tulisan. Dalam hal ini, Za'ba sedar bahawa bahasa ada pada semua masyarakat manusia dengan cara mengucapkannya, tetapi sistem tulisan hanya ada pada masyarakat tertenta sahaja. Huraf sebagai lambang untuk bunyi Prinsip ini disedari oleh Za‘ba bukan sekadar memberi gambaran dalam tulisan untuk bunyi tertentu cetapi juga dari segi taraf ke~ majuan yang dicapai oleh masyarakat bahasa yang mula mengguna- kan sistem tulisan itu. Hubungan antara fikiran dan mekanisme bahasa Mekanisme bahasa diwujudkan sebagai ujaran dan tulisan. Dalam mekanisme ujaran, rentetan bunyi-bunyi yang dihasilkan itu mewu- Judkan isi fkiran pengujarnya dan rentetan bunyi-bunyi ini sampai kepada telinga si pendengar yang memahaminya dan kemudiannya menghasilkan suatu tindak balas. KONSEP-KONSEP FONETIK Sebagai penyusun ejaan yang terkenal, Za'ba meletakkan peraturan-per- aturan dalam mengeja bahasa Melayu, dengan menggunakan tulisan Rumi dan juga Jawi. Dalam mengemukakan peraturan-peraturannya itu, beliau ‘memperlibatkan butir-butir pengetahuannya mengenai Ilmu Fonetik. Butir~ butir pengetahuan fonctik beliau dapat dilihat pada huraian mengenai jenis- Jjenis bunyi dan adanya citi-ciri suprasegmental pada bunyi-bunyi dan juga bunyi rangkap. @ Jenis Bunyi Za‘ba memasukkan bunyi (atau seperti yang disebutnya, “huruf”) ke dalam dua golongan: iaitu huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi dikatakan huruf xii nme E PENGENALAN yang “boleh berbunyi sendiri dengan tiada payah disokong oleh huruf lain; dan berkuasa pula boleh menolong keluar bunyi segala huruf-huruflain yang bukannya huruf saksi,” (Pelita Bahasa Melayu 1, Bab V, Perenggan 75). Huruf benar didefinisikan sebagai “huruf yang tiada keluar bunyinya dengan sempurna jika tiada dengan pertolongan huruf saksi”. (PBM I, Bab V, Perenggan 76), Daripada huraian beliau mengenai ejaan kata-kata Melayu, dapatlah ditafsirkan “huruf saksi” itu sebagai vokal dan “huruf benar” sebagai konsonan, Za'ba menggolongkan vokal atau “huruf saksinya ke dalam saksi bunyi Rasar dan saksi bunyi halus. Tiap-tiap jenis itu dibahagikan lagi kepada subjenis: tas, bawah dan hadapan. Rajah di bawah ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang penjenisan bunyi vokal yang dibuat oleh Za'ba, Bunyi Kasar Halus Atas a © (pepet) Bawah e i Hadapan ° w Daripada jadual di atas itu, teranglah bahawa konsep “halus” yang digunakan oleh Za'ba untuk salah satu jenis vokal itu hampir sama dengan . Konsep sempit atau tinggi dalam ilu fonetik. Vokal i dan vokal u adalah vokal Sempit atau vokal tinggi dalam erti kata penghasilan tiap-tiap sacunya me- libatkan pengangkatan bahagian-bahagian lidah ke arah lelangit keras sehingga celah yang dapat dilalui oleh udara yang keluar melalisi mulut sempit sekali. Bagi i, bahagian lidah yang dinaikkan adalah bahagian depan- nya, Bunyi e, iaitu e-pepet, yang digolongkan olch Za‘ba sebagai vokal halus, tidak dianggap oleh imu fonetik scbagai vokal yang sama darjat Kesempitannya dengan i dan w. Ilnu fonetik sekarang ini menggolongkan ¢- Pepet sebagai vokal tengah, yakni vokal yang dihasilkan dengan mengangkat bahagian tengah lidah ke arah Jelangit keras dan menghasilkan celah udara yang kurang sempit dibandingkan dengan celah udara antara lelangit keras dengan lidah dalam penghasilan i dan u. Memandang bahawa Za‘ba hanya mengemukakan dua golongan vokal, kasar dan halus, maka sudah se- vwajarnyalah ¢-pepet dimasukkan ke dalam golongan vokal halus. Vokal kasar dalam penggolongan Za'ba adalah a, ¢ (e-taling) dan o. xiii PENGENALAN Dalam perlakuan ilmu fonetik sekarang, vokal ¢ dan 0 adalah vokal separuh sempit, sedangkan vokal a adalah vokal luas. Ketiga-tiga vokal ini melibatkan adanya celah yang lebih Iuas daripada yang dihasilkan oleh pembunyian vokal-vokal halus. Vokal e melibatkan pengangkatan depan lidah dan vokal 0 melibatkan pengangkatan belakang lidah dengan ketinggian yang tidak seberapa, Darjat keluasan celah udara dalam menghasilkan kedua-dua vokal ini adalah sama, Vokal « melibatkan pengangkatan tengah lidah tetapi celah udara yang dihasilkan dalam pembunyian vokal ini lebih luas daripada yang dihasikan dalam pembunyian ¢ dan o. Teranglah daripada huraian di atas itu bahawa Za‘ba menggolongkan vokal-vokal ke dalam vokal kasar (saksi bunyi kasar) dan vokal halus (saksi bbunyi halus) berdasarkan turun naiknya lidah. Konsep “halus” dan “kasar” itu adalah konsep yang diformulasinya dalam mendengar vokal-vokal_ itu dibunyikan. Vokal “sempit” didengarnya lebih “halus”, kerana “kehalusan” itu ditimbulkan oleh sempitnya jalan udara, Sebaliknya pula, vokal “kasar” mendapat nilai “kekasarannya” dari jalan udara yang lebih Iuas, Barangkali juga konsep “halus” dan “kasar” itu timbul dari penyaksian ke atas mulut si pengujar dalam menghasilkan vokal-vokal itu. Mulut ternganga apabila mengucapkan_vokal-vokal kasar, sedangkan dalam mengucapkan vokal- vokal halus, bibir terbuka sedikit sahaja. (i) Ciri-Ciri Suprasegmental Konsep “ciri-ciri suprasegmental” dalam fonetik memang asing bagi Za‘ba, tetapi kesedaran beliau akan adanya satu dua ciri yang dalam peristilahan linguistik kini dinamakan ciri-ciri suprasegmental, timbul juga dalam per- bincangan beliau mengenai bunyi-bunyi bahasa Melayu. Berhubung dengan itu, Za‘ba sedar bahawa kepanjangan bunyi dalam bahasa Mehyu bukanlah satu ciri yang mempunyai fangs serukeural acau fonemik, seperti halnya dalam bahasa Arab. Menurutaya, mungkin ada ke- keliruan pada perintis-perintis tulisan Jawi antara kepanjangan dan kekerasan suara. Seperti yang kita ketahui, suara akan memperlihatkan tekanan yang keras pada suku kata tertentu dalam situasi tertentu dalam percakapan. (ii) Diftong dan Vokal Rangkap Dari segi fonetik, diftong dan vokal rangkap mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain, Persamaannya ialah kedua-duanya terdiri xiv PENGENALAN caripada urutan vokoid yang berjumlah dua atau lebih. Perbezaannya ialah dalam diftong salah satu vokoid itu mempunyai ciri-citi kepanjangan, nada, tekanan dan kelantangan yang darjatnya kurang daripada yang lainny. sedangkan dalam vokal rangkap semua vokoid itu mempunyai darjat yang, sama pada kepanjangan, nada, tekanan dan kelantangan. Istilah-istilah yang dipakai oleh Za‘ba untuk diftong adalah bunyi berkait mapat dan untuk vokal rangkap bunyi berkait renggang (PBM I, Bab V, Perenggan 82, 83). Istilah-istlah ini sendiri sudah menggambarkan adanya persamaan dan perbezaan antara konsep-konsep yang didukungnya. Diftong dikatakan berkait rapat, disebabkan perbezaan dalam darjat yang ditempati oleh citi-ciri suprasegmental pada vokoid-vokoid dalam diftong itu. yang memungkinkan adanya gelancuran dari satu vokoid ke vokoid yang lain, Geluncuran ini menyebabkan timbulnya persepaduan yang erat antara unsur-unsur diftong. Sebaliknya, geluncuran yang seperti ini tidak mungkin ‘timbul pada vokal rangkap yang unsur-unsurnya mempunyai citi-ciri supra~ segmental yang darjamnya setara. Dari itu kedengaranlah sifat “renggang” pada vokal rangkap. (iv) Keharmonian Vokal Keharmonian vokal (vowel harmony) adalah salah satu aspek dalam fonologi yang sering kali menarik perhatian linguistik aliran London. Dalam aliran ini, keharmonian vokal dianggap sebagai salah satu ciri prosodi, Kebetulan sekali, bahasa Melayu adalah antara bahasa-bahasa yang mempunyai ciri ini Pemahaman akan ciri ini sangat menolong dalam penyusunan ejaan Rumi bahasa Melayu dan sudah pun dibuktikan oleh beberapa sistem ejaan Rumi yang pernah digunakan di Malaysia dan Indonesia, termasuk Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia yang mula dirasmikan pemakaiannya pada 16 Ogos 1972. Keharmonian vokal ini berpegang pada prinsip yang menghendaki berlakunya vokal-vokal yang mempunyai seluruh atau beberapa persamaan nilai fonetik yang berlaku dalam dua suku kata berturut-turut, Za‘ba mendasarkan keharmonian vokal ini kepada “halus Jawan halus” dan “kasar Jawan kasar”’ “Pakailah saksi halus di hujung jika bunyi yang dahulunya halus, dan ppekai saksi Kasar di hujung jika bunyi yang dahulunya kasar”. (PBM I, Bab V, Perenggan 54). Contoh: Halus lawan halus i: bibir, pipit, nipis, cincin. 2 butir, cubit, duit, pusing, w+ bisul, tikus, tirus, ribut, uw: pukul, tutup, susun, kumpul. i u tepi, belit, petis, betis. : tebu, tebus, betul, jempul. oem eM Kasar lawan kasar .€ + eter, Icher, leret, senget. comel, bogel, goreng, monyet. ..0 + belot, herot, bengot, tempoh. ..0 : boros, mohon, pohon, gondol. coon EJAAN Pengaruh Za‘ba dalam soal ejaan amat berkesan kerana Sistem Fjaah Za‘balah yang digunakan sebagai sistem ejaan rasmi di sekolah-sekolah se- hingga 16 Ogos, 1972, iaitu trikh permulaan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang dipersetujui bersama dengan pihak Indonesia, Oleh sebab penggunaannya yang sangat meluas itu, maka Sistem Ejaan Za‘ba dikenali juga dengan nama Sistem Ejaan Sekolah. Pegangan Za‘ba mengenai ejaan, tegasnya jaan Rumi, ialah ejaan hendaklah berdasarkan ucapan, * Dalam tulisan Rumi Melayu unchng-undang yang am bagi gan segala perkutaan falah satu sahaja, ina ~ “Hendaklah dieja mengikut bunyi” (PBM 1, Bab V, Perenggan 78). Ini merupakan prinsip penting yang juga dipegang oleh sarjana-sarjana Jinguistik, khususnya bagi bahasa yang belum mempunyai sistem ejaan, Secara ideal semua bahasa harus patuh kepada prinsip ini, tetapi kaedah ini sukar dijalankan bagi bahasa yang ejaannya sudah digunakan berabad-abad Jamanya. Jika prinsip yang diutarakan oleh Za‘ba ini dari dahulu lagi di- pegang, maka pedoman supaya “ucapan hendaklah mengikut ejaan” seperti yang diutarakan untuk sebutan baku sekarang ini boleh dipertanggung- Jawabkan, Masalahnya ejaan yang kita gunakan sekarang bukanlah ejaan yang mengikut sebutan, tetapi ejaan mengikut grafem, Oleh itu “sebut ikut eja” xvi

You might also like