You are on page 1of 3

EMBARGO : Hanya boleh diterbit atau disebarkan pada jam 1200, Rabu, 27 November 2019

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

SIARAN AKHBAR
PERANGKAAN PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, MALAYSIA, 2019

PERKAHWINAN

Bilangan perkahwinan dan kadar perkahwinan kasar

Bilangan perkahwinan meningkat 1.2 peratus daripada 203,741 (2017) kepada 206,253 (2018). Walau bagaimanapun, kadar
perkahwinan kasar (CMR) kekal pada 6.4 bagi setiap 1,000 penduduk.

Bilangan perkahwinan Orang Islam yang direkodkan pada 2018 adalah 150,098, peningkatan 1.9 peratus berbanding 147,282
(2017). CMR meningkat daripada 7.5 (2017) kepada 7.6 (2018) bagi setiap 1,000 penduduk Islam. Bilangan perkahwinan Orang
Bukan Islam merekodkan penurunan 0.5 peratus daripada 56,459 (2017) kepada 56,155 (2018). Walau bagaimanapun, CMR
kekal pada 4.5 bagi setiap 1,000 penduduk Bukan Islam.

PERCERAIAN

Bilangan perceraian dan kadar perceraian kasar (CDR)

Bilangan perceraian meningkat 0.1 peratus daripada 50,314 (2017) kepada 50,356 (2018). Walau bagaimanapun, kadar perceraian
kasar (CDR) kekal pada 1.6 bagi setiap 1,000 penduduk.

Bilangan perceraian Orang Islam yang direkodkan pada 2018 adalah 40,269, meningkat 1.4 peratus berbanding 39,709 (2017).
CDR kekal pada 2.0 bagi setiap 1,000 Orang Islam. Sebaliknya, perceraian Orang Bukan Islam menurun 4.9 peratus daripada
10,605 (2017) kepada 10,087 (2018). Oleh itu, CDR bagi Orang Bukan Islam bertambah baik daripada 0.9 (2017) kepada 0.8
(2018).
Dikeluarkan oleh:

DATO' SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
DrUzir_Mahidin Dr_Uzir

27 November 2019
Pegawai dihubungi:
Rohaida Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Faks : +603-8888 9248
Emel : rohaida.mohamad[at]dosm.gov.my

You might also like