You are on page 1of 4

EMBARGO : Jam 1200, Khamis, 13 Oktober 2022

JABATAN PERDANA MENTERI


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

PERANGKAAN PENTING, MALAYSIA, 2022


Kelahiran hidup direkodkan pada 2021 adalah 439,744 kelahiran iaitu menurun 6.7 peratus (31,760 kelahiran) berbanding
471,504 kelahiran pada 2020. Ini merupakan penurunan yang tertinggi dalam satu dekad. CBR turut merekodkan
penurunan daripada 14.5 (2020) kepada 13.5 (2021) kelahiran bagi setiap seribu penduduk.
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) merupakan indikator demografi yang digunakan untuk menganggarkan purata bilangan
anak yang perlu dilahirkan oleh seorang perempuan selama tempoh reproduktifnya (15-49 tahun). Selama lima dekad
yang lalu, TFR bagi wanita berumur 15-49 tahun mencatatkan penurunan daripada 4.9 bayi pada 1970 kepada 1.7 bayi
pada 2021. Bagi tempoh 2011 hingga 2021, TFR bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia menunjukkan trend
menurun. TFR bagi semua etnik kecuali Melayu berada di bawah paras penggantian. TFR tertinggi dicatatkan oleh Etnik
Melayu iaitu 2.2 bayi pada 2021. Manakala, Etnik Cina mencatatkan TFR terendah iaitu 0.8 bayi bagi setiap perempuan
berumur 15-49 tahun.
Purata umur ibu pada kelahiran hidup pertama merujuk kepada purata umur ibu yang melahirkan anak pertama. Purata
umur ibu yang melahirkan anak pertama pada 2021 menunjukkan peningkatan kepada 27.9 tahun daripada 27.3 tahun
pada 2011.
Kematian yang direkodkan pada 2021 adalah 224,569 kematian, meningkat 34.5 peratus (57,599 kematian) berbanding
166,970 pada 2020 akibat pandemik COVID-19. Kadar Kematian Kasar (CDR) turut merekodkan peningkatan daripada
5.1 (2020) kepada 6.9 (2021) kematian bagi setiap seribu penduduk.
Semua kumpulan umur merekodkan peningkatan bilangan kematian kecuali umur 0-14 tahun iaitu menurun daripada
4,288 kematian kepada 4,115 kematian pada 2021. Kematian umur 41-59 tahun merekodkan peningkatan tertinggi iaitu
44.0 peratus daripada 36,318 (2020) kematian kepada 52,282 kematian pada 2021. Selain itu, kematian 15-40 tahun dan
60 tahun dan lebih masing-masing turut merekodkan peningkatan iaitu daripada 13,070 kematian kepada 17,953 kematian
dan 113,294 kematian kepada 150,219 kematian.

Penerbitan Perangkaan Penting, Malaysia, 2022 boleh dimuat turun melalui portal eStatistik.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Perangkaan Malaysia
13 Oktober 2022

Pegawai dihubungi:

Baharudin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Perangkaan Komunikasi Strategik dan Antarabangsa
Jabatan Perangkaan Malaysia
Tel : +603-8885 7942
Fax : +603-8888 9248
Emel : baharudin[at]dosm.gov.my

You might also like