You are on page 1of 14

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH

HONOURS (BTPSE)

SEMESTER JULAI / 2021

OUMH 1603 : LEARNING SKILLS FOR 21ST CENTURY


ESEI PERKAHWINAN KANAK-KANAK

NAME : SITI NOR AUNI JAMALUDDIN


MATRICULATION NO :
IDENTITY CARD NO. :
TELEPHONE NO. :
E- MAIL :
LEARNING CENTRE :

PAGE \* MERGEFORMAT 1
Isi Kandungan i

1.0 Pengenalan 1

2.0 Faktor-faktor Mendorong Perkahwinan Bawah Umur 3

3.0 Kesan Perkahwinan Kanak-Kanak Bawah Umur 6

4.0 Cadangan 7

5.0 Penutup 9

Rujukan 10
1.0 Pengenalan
Isu kahwin di awal usia atau dikenali sebagai perkahwinan bawah umur bukan
lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat global. “Perkahwinan” bermaksud akad
yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan
menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “Kanak-kanak” bermaksud budak lelaki atau
perempuan yang masih kecil iaitu (biasanya yang belum berumur lebih daripada tujuh
atau lapan tahun. “Perkahwinan kanak-kanak” dapat didefinisikan kepada sebarang
perkahwinan rasmi atau tidak rasmi (di mana pasangan hidup seperti telah berkahwin)
antara kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan orang dewasa atau kanak-kanak
lain. Amalan sebegini dilihat telah melanggar hak asasi manusia sebagai amalan yang
menerapkan diskriminasi dan berbahaya bagi sesebuah negara. Menurut Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) 1984 atau Akta 303
menerusi seksyen 8 telah menetapkan umur minimum untuk sesebuah ikatan
perkahwinan. Akta ini dengan sangat jelas menyatakan bahawa jika seseorang lelaki
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan berumur kurang daripada
enam belas tahun, mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin kecuali dengan
kebenaran Hakim Syarie secara bertulis dengan pertimbangan hal-hal tertentu.

Rajah 1.0 Peratusan bagi kanak-kanak yang telah berkahwin pada tahun 2018

Hasil laporan dari UNICEF (2018) berdasarkan Rajah 1.0 diatas telah
menunjukkan golongan masyarakat yang membenarkan perkahwinan bawah umur
bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah masyarakat bukan Islam juga
melaksanakan perkahwinan bawah umur. Antara masyarakat bukan Islam ialah
masyarakat Cina, masyarakat India dan pelbagai puak dari Sabah dan Sarawak. Pada
tahun 2018, statistik mencatatkan seramai 1,856 kanak-kanak telah berkahwin yang di
mana terdapat dua kategori iaitu kanak-kanak bukan Muslim dan kanak-kanak
Muslim. Negeri yang mempunyai jumlah tertinggi kanak-kanak bukan Muslim yang
berkahwin adalah di Negeri Pahang iaitu sebanyak 17% manakala negeri yang
mempunyai jumlah tertinggi kanak-kanak Muslim berkahwin adalah Negeri Sabah
dengan peratus sebanyak 83%. Secara purata, statistik telah mencatatkan anggaran
sekurang-kurangnya 1,500 orang kanak-kanak berkahwin pada setiap tahun setakat
2018. Oleh yang demikian, kehidupan kanak-kanak lelaki dan perempuan akan
terjejas akibat perkahwinan di usia muda namun ia memberi impak yang lebih besar
pada kanak-kanak perempuan apabila rekod menyatakan 90% daripada kanak-kanak
yang berkahwin pada usia muda adalah kanak-kanak perempuan. Pada tahun 2016,
seorang Ahli Parlimen Pasir Puteh iaitu Datuk Nik Mazian Nik Mohamad telah
mengusulkan untuk meminda Rang Undang-Undang Kanak-Kanak agar
memendekkan komuniti bawah umur kepada mereka yang berumur enam belas tahun
atau ke bawah. Namun begitu, beliau mendapat kecaman hebat daripada Pertubuhan
Pertolongan Wanita (WAO) atas cadangan yang diutarakan. Beliau perlu sedar
bahawa kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu diberi perhatian dan peluang
untuk memilih kehidupan yang mereka impikan apabila dewasa kelak. Walaupun
perkahwinan rekod menunjukkan perkahwinan kanak-kanak telah menunjukkan
penurunan sebanyak 12% dari 2,107 kanak-kanak pada 2017 kepada 1,856 kanak-
kanak pada 2018, namun UNICEF menjangkakan impak pandemik Covid-19
mungkin bakal merencatkan usaha untuk membasmi masalah perkahwinan bawah
umur.

2.0 Faktor-faktor Mendorong Perkahwinan Bawah Umur


Faktor dominan yang mempengaruhi perkahwinan bawah umur adalah
berpunca daripada pendapatan keluarga yang rendah dan mengalami kemiskinan harta
(Bessa 2019; Klugman 2014; Parsons et al. 2015). Menurut Bernama, sebanyak 827
permohonan perkahwinan di bawah umur 16 tahun dalam kalangan masyarakat
beragama Islam telah direkodkan pada tahun 2015 (Bernama, 2016). Bagi penduduk
diluar bandar, mereka beranggapan bahawa solusi terbaik adalah dengan
mengahwinkan anak mereka demi meringankan beban mereka. Secara umumnya,
pemikiran ibu bapa yang mengahwinkan anak mereka di usia muda bagi seorang
gadis adalah dengan matlamat untuk mendapatkan wang dari hantaran perkahwinan.
Manakala bagi lelaki pula, mereka beranggapan menantu lelaki sebagai tenaga kerja
untuk mengusahakan ladang atau tanah sawah yang luas sekaligus dapat meringankan
beban mereka. Dalam beberapa kes, perkahwinan anak perempuan adalah jalan yang
tepat membayar hutang, menguruskan pertikaian, atau menyelesaikan permasalahan
sosial, ekonomi dan politik (International Center for Research on Women (ICRW),
2016). Amalan sebegini sering terjadi dalam masyarakat di kawasan luar bandar.
Sebagai contoh dari sudut lain adalah satu isu yang hangat diperkatakan apabila
seorang lelaki yang berusia 41 tahun telah berkahwin dengan seorang kanak-kanak
berusia 11 tahun di sempadan Thailand. Tambahnya lagi, kanak-kanak 11 tahun itu
masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan akan mengambil isteri ketiganya itu
apabila sudah cukup umur. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Prof
Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beliau mengatakan di mana wali yang
menikahkan anak perempuan bawah umur atas faktor kemiskinan tidak layak digelar
wali. Hal ini kerana, maksud wali adalah pelindung tetapi jika faktor kemiskinan
menjadi alasan untuk mengahwinkan anak gadisnya itu maka dia tidak layak untuk
menjadi pelindung. Walaupun tiada paksaan antara wali dan kanak-kanak tersebut,
namun anak perempuan yang di bawah umur masih tidak memahami realiti apa yang
dipersetujui tidak boleh dianggap rela. Pada zaman Pandemik ini, seluruh rakyat
Malaysia bahkan satu dunia diuji dengan Virus Covid-19 yang di mana telah meragut
jutaan nyawa dari pelbagai Negara. Kesan daripada virus ini juga, punca mata
pencarian telah terjejas oleh banyak pihak antaranya dibuang kerja, tidak boleh
berniaga dan muflis. Selain itu, kesan Pandemik ini di Malaysia juga menyebabkan
penutupan sesi persekolahan. Secara tidak langsung menggalakkan lagi ramai ibu
bapa menjadikan perkahwinan bawah umur sebagai pilihan bagi mengurangkan
kesengsaraan akibat kehilangan punca pendapatan pada masa kini (Awani, 2021).

Seterusnya, faktor kedua adalah disebabkan oleh kanak-kanak yang tidak


berpendidikan dan tahap pendidikan yang rendah (Duran & Tepehan Eraslan, 2019).
hujah ini dikuatkan lagi menerusi laporan daripada (Mohd Awal & Samuri, 2018)
bahawa pendapatan isi rumah rendah, kekurangan keibubapaan campur tangan
sokongan, kekurangan akses kepada pendidikan dan kekurangan akses kepada
pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif adalah antara faktor perkahwinan awal
di Malaysia. Golongan ini majoritinya adalah daripada masyarakat luar bandar yang
kurang mendapat kemudahan untuk ke sekolah walaupun untuk kehadiran ke sekolah
yang rendah. Pada dasarnya, kurangnya ilmu pengetahuan dan pemahaman dalam
kalangan masyarakat membuatkan masyarakat lebih cenderung untuk mengambil
jalan pintas tanpa memikirkan kesan terhadap masa depan anak mereka sendiri.
Menurut Noor (2013), perkahwinan kanak-kanak sebenarnya mendatangkan impak
dan kesan yang sangat mudarat bukan sahaja pada diri kanak-kanak tersebut malah
institusi kekeluargaan dan pembangunan negara turut terjejas. Walaupun tiada
statistik yang jelas menunjukkan bahawa perkahwinan akan menyekat peluang
pendidikan mereka, namun segelintir kanak-kanak yang telah berkahwin terpaksa
berhenti belajar atau tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
(Nik Rahim Nik Wajis et al., 2020). Kanak-kanak perempuan mempunyai peluang
pendidikan dan ekonomi yang lebih besar, mereka lebih cenderung mengejar peluang
tersebut daripada mempunyai anak di usia remaja, namun banyak halangan struktur,
sosial, dan kewangan menghalang kemasukan dan penyelesaian pelajar perempuan di
sekolah rendah dan menengah (McCleary-Sills et., al, 2015). Masyarakat juga perlu
sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja atas kehendak syahwat semata bahkan masa
depan kanak-kanak juga turut terhalang untuk mendapatkan peluang pendidikan yang
lebih terjamin. Golongan gadis yang berkahwin pada usia muda juga sering menjadi
buah mulut masyarakat sekeliling ditambah pula apabila seorang gadis berkahwin
dengan orang yang berpuluh tahun lebih berusia dari usia si gadis. Hal ini disebabkan
oleh, si gadis akan meletakkan kebergantungan hidupnya kepada golongan suami
yang dianggap raja dalam perkahwinan. Ini berpunca daripada kurangnya ilmu
rumahtangga dan pendedahan kepada kehidupan sosial. Rentetan daripada itu,
perhubungan yang terjalin semestinya akan membawa si gadis kepada kehamilan
yang juga akan mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan kandungan si ibu.
Menurut (Parsons et al., 2015), kekurangan pendidikan formal juga akan memberi
kesan kepada pencapaian, pemakanan dan tahap kesihatan fizikal kanak-kanak.

Selain itu, faktor ketiga adalah disebabkan pergaulan bebas antara kanak-
kanak lelaki dan perempuan yang membawa kepada keterlanjuran kanak-kanak
bawah umur sehingga menyebabkan berlakunya hamil luar nikah dan melahirkan
anak. Peringkat umur kanak-kanak sebegini lebih kepada ingin mencuba sesuatu yang
baru dan melakukan sesuatu mengikut keinginan mereka tanpa memikirkan kesan
buruk yang memudaratkan. Mereka juga terpengaruh dengan kemanisan watak yang
dilakonkan di kaca TV yang sering ditonton di dalam drama yang mempunyai adegan
romantik dan membuatkan mereka terbayang-bayang akan keindahannya. Kanak-
kanak itu juga berkemungkinan besar akan menghadapi depresi yang berat disebabkan
tohmahan dari masyarakat sekeliling, jangkitan penyakit seksual dan juga kanser
serviks. Hal ini sering terjadi atas kerelaan sendiri atau menjadi mangsa rogol. Kesan
daripada keterlanjuran ini, kebanyakan ibu bapa akan mengambil inisiatif supaya
pasangan bertanggungjawab ke atas mereka yang hamil luar nikah. Langkah ini
diambil demi menutup aib keluarga dan memikirkan tentang masa depan anak yang
dikandung. Tambahan lagi, gadis bawah umur juga kurang mendapat pendedahan
tentang hubungan suami isteri dan secara umumnya hubungan kelamin yang
melibatkan gadis belum baligh amatlah tidak digalakkan kerana akan memberi
kemudaratan kepada gadis tersebut dari segi mental, fizikal dan emosi yang membawa
kepada penceraian. Oleh itu, perlunya pendedahan kepada pendidikan dan
perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif (SRH) serta kemahiran keibubapaan
(Noor Aziah Mohd Awal & Mohd Al Adib Samuri, 2018). Menurut Nor’asyikin
(2018), Islam tidak melarang kanak-kanak di dalam memberikan sebarang pendapat
yang baik dan bernas, bahkan orang dewasa disarankan untuk menghormati pendapat
mereka seperti mengenai pendidikan, jenis pekerjaan yang diimpikan selagi tidak
mengarah kepada perbuatan maksiat kepada Allah.

3.0 Kesan Perkahwinan Kanak-Kanak Bawah Umur


Menurut Bernama (2018), kajian jangka panjang yang dapat menjana hasil
yang lebih tepat mengenai perkahwinan kanak-kanak bawah umur adalah dari segi
kesihatan, reproduksi, psikologi dan kesejahteraan mereka. Namun begitu, terdapat
juga kesan positif dan negatif hasil daripada perkahwinan kanak-kanak bawah umur.
Antara kesan positif adalah dapat mengelakkan maksiat (Mrhanafi, 2018). Dengan
kecanggihan teknologi kini, masyarakat harus sedar tentang keupayaan teknologi
mampu berikan pendedahan secara langsung dan tidak langsung kepada kita. Menjadi
norma baharu bagi masyarakat kini untuk menyediakan peranti elektronik kepada
kanak-kanak bagi memenuhi kehendak mereka dalam pembelajaran. Menerusi
kemudahan peranti, kanak-kanak lebih mudah faham tentang pembelajaran yang ingin
disampai terutamanya melalui video pendek yang mengandungi pengajaran dan nilai-
nilai murni yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Terdapat kebarangkalian
teknologi ini untuk disalah pakai oleh kanak-kanak atau ada kemungkinan ada pihak-
pihak tidak bertanggungjawab untuk meracuni minda kanak-kanak melalui
penyebaran video- video lucah ke peranti elektronik mereka. Jika tidak diatasi, kanak-
kanak boleh terpengaruh dan akan cuba untuk meniru aksi yang terdapat di dalam
video bersama rakan mereka. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam membendung dan
mengawasi setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak agar dapat membanteras
gejala yang tidak diingini dan secara tidak langsung mengelakkan maksiat dalam
kalangan kanak-kanak. Selain daripada itu, antara kesan positif perkahwinan di bawah
umur adalah untuk menjamin keselamatan diri. Terdapat kes di mana seorang kanak-
kanak lelaki berusia 15 tahun dan perempuan 14 tahun, menjadikan alasan takut tidur
seorang diri selepas kematian ibu dan hanya tinggal berdua dengan bapa. Seperti yang
kita sedia maklum, terdapat banyak kes yang dilaporkan melibatkan kes kanak-kanak
yang menjadi mangsa bapanya demi untuk memuaskan nafsu setelah kematian isteri.
Bagi mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini, kanak-kanak tersebut
mengambil inisiatif untuk berkahwin awal kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
Antara kebaikan kahwin di bawah umur adalah faktor kesuburan. Masyarakat
berpendapat dengan berkahwin dengan kanak-kanak di bawah umur, dapat
memberikan peluang kepada mereka untuk mendapat zuriat daripada kanak-kanak di
bawah umur ini. Kajian mendapati, kanak-kanak yang berusia 11 tahun adalah fasa
kesuburan yang tinggi tetapi faktor fizikal yang tidak membenarkan mereka berbuat
sedemikian. Ini akan memberi risiko yang lebih besar apabila kanak-kanak bawah
umur hamil dan melahirkan zuriat.

Kebanyakan memilih perkahwinan di bawah umur kerana ingin keluar dari


kesempitan hidup lebih-lebih lagi pada masa Pandemik ini. Bahkan sebelum wabak
Covid-19, 100 juta gadis di seluruh dunia sudah berisiko perkahwinan anak dalam
dekad berikutnya, walaupun terdapat penurunan yang signifikan di beberapa negara
dalam beberapa tahun terakhir ini (Thasha Jayamanogaran, 2021). Namun, mereka
masih tidak sedar akan kesan perkahwinan kanak-kanak ini. Salah satu adalah
kedudukan kewangan tidak kukuh dan kesukaran memberi komitmen kepada keluarga
(Mrhanafi, 2018). Berdasarkan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)
(Pindaan) 2019 (Akta A1586), jenis pekerjaan yang boleh dilakukan oleh kanak-
kanak adalah kerja-kerja yang ringan dan tidak melibatkan kawasan bahaya.
Persoalannya, bagaimana kanak-kanak ini boleh menyara hidup berumahtangga jika
tiada kemudahan untuk bekerja. Alternatif bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
mendapat tanggungan daripada keluarga atau ibu bapa yang bercanggah dengan
faktor-faktor mengapa mereka memilih untuk berkahwin pada mulanya.
Kemungkinan untuk kanak-kanak berasa bosan hidup berumahtangga juga boleh
terjadi apabila mereka masih ingin bersosial seperti kanak-kanak lain sehingga lupa
akan keperluan untuk memberi komitmen kepada pasangan. Kanak-kanak masih naif
dan kurang pengalaman untuk memikul tanggungjawab. Menurut satu fail kes dan
catatan hakim berkenaan permohonan kahwin awal, salah satu alasan hakim untuk
menyetujui permohonan perkahwinan anak termasuklah kemampuan anak-anak
dalam menyokong dan menguruskan rumahtangga ( Noor Aziah Mohd Awal & Mohd
Al Adib Samuri, 2018). Namun, bagaimana tahap kesediaan kanak-kanak dapat
diukur untuk menentukan sekiranya mereka mampu atau tidak. Kesan seterusnya
adalah dari segi psikologi lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak perempuan yang
mengandung selepas berkahwin. Dengan kekurangan ilmu tentang cara-cara menjaga
bayi, kecenderungan untuk ibu muda mengalami depresi adalah tinggi. Penderaan
wanita pada umumnya mengalami kekerasan emosi lebih kerap daripada keganasan
fizikal (Klugman, J., et. al, 2014).

4.0 Cadangan
Terdapat beberapa cadangan mengurangkan impak negatif kepada
perkahwinan bawah umur ini. Salah satu daripadanya adalah untuk memperhalusi
undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Sivil di Malaysia dalam hal
perkahwinan kanak-kanak (Wan Haslinawati et. al, 2020). Dr Wan Azizah yang
merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun
2018, telah memberi cadangan untuk membuat pindaan terhadap Akta 164 yang
menetapkan keperluan untuk mengemukakan semua bukti dan laporan berkaitan
keperluan untuk berkahwin di bawah umur termasuklah laporan sosial, kesihatan dan
laporan daripada Polis Diraja Malaysia (Bernama, 2018). Selain daripada itu, semua
kerajaan negeri juga disaran mengikut jejak kerajaan negeri Kedah yang menetapkan
setiap pasangan untuk menghadirkan diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
selepas berkahwin bagi menjalani sesi kaunseling sebagai langkah pemantauan
sehingga umur 18 tahun. Cadangan untuk menangani perkahwinan bawah umur
seterusnya adalah untuk menaikkan had minimum umur perkahwinan dalam
perundangan di Malaysia daripada perspektif Syariah dengan mengambil kira
pandangan pelbagai pihak. (Hasnizam Hashim et. al, 2019). Hasil daripada
pembentangan di sesi Parlimen pada November 2019 berkenaan cadangan untuk
menaikkan had umur perkahwinan di Malaysia telah mendapat reaksi berbeza
daripada kerajaan negeri di Malaysia, di mana tujuh daripada kerajaan negeri telah
bersetuju untuk meminta enakmen had umur minimum kepada 18 tahun bagi kedua-
dua pasangan (Bernama, 2018). Seterusnya, usaha untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang perkahwinan kanak-kanak melalui pendidikan (Nik Rahman et. al,
2020) juga perlu disegerakan agar keperluan dan hak kanak-kanak tidak dibatasi
sehingga berlakunya penganiayaan terhadap kanak-kanak dari sudut kesihatan dan
pendidikan. Tambahan lagi, untuk mengurangkan kehamilan yang tidak diingini,
pelaksanaan pendidikan seks pada awal kanak-kanak adalah sangat penting untuk
memastikan penyelidikan dan penilaian keberkesanan pendidikan seks sebagai
program di sekolah dan kepada masyarakat lebih ampuh (Kohno A,. et. al, 2020).
Kanak-kanak yang berkahwin bawah umur akan mengalami pengurangan sebanyak
dua tahun pembelajaran sekiranya mereka mengandung ketika sedang belajar
berbanding pelajar lain disebabkan perlu fokus kepada kandungan dan bayi mereka.
Justeru, kanak-kanak perlu diberi kesedaran mengenai kesan positif dan negatif
terhadap perkahwinan di bawah umur selain tahu mengenai hak-hak mereka di dalam
rumah tangga. Usaha seperti kerajaan negeri Kedah yang mewajibkan sesi kaunseling
bagi pasangan yang masih belum mencapai umur 18 tahun dalam hal ini amatlah
digalakkan bagi mengatasi berlakunya jenayah keganasan rumah tangga.

5.0 Penutup

Perubahan pemikiran dan budaya masyarakat di Malaysia akan mengubah


persepsi masyarakat terhadap apa yang wajar atau sebaliknya termasuk norma-norma
kehidupan dan bentuk perundangan yang mengatur peraturan masyarakat setempat.
Aliran pemikiran moden yang menekankan prinsip egalitarian iaitu seseorang
kecenderungan masyarakat berfikir bahawa seseorang harus diperlakukan sama pada
dimensi seperti agama, politik, ekonomi, sosial atau budaya. Ini akan membuka ruang
dan peluang yang sama kepada lelaki dan wanita terhadap hak-hak kemanusiaan
terhadap kehidupan menjadi prinsip yang mendasari masyarakat moden. Mereka mula
menolak perkahwinan kanak-kanak yang dilihat sebagai satu bentuk penganiayaan
terhadap kanak-kanak dan menawarkan peluang mereka membuat keputusan tentang
bentuk kehidupan yang mereka inginkan apabila mereka dewasa. Prinsip ini
diteguhkan lagi melalui koditifikasi undang-undang yang menetapkan batasan umur
seseorang sebagai kanak-kanak dan dewasa dalam kerangka menjaga kepentingan
kanak-kanak. Perkembangan yang berlaku di Barat secara beransur-ansur turut
mempengaruhi persepsi masyarakat Islam moden terhadap keperluan penilaian
semula hukum-hukum Islam tertentu termasuk yang membabitkan kekeluargaan dan
secara khusus yang akan dibincangkan dalam artikel ini iaitu perkahwinan yang
membabitkan kanak-kanak. Perbincangan perkahwinan bawah umur yang
dikemukakan dalam artikel ini merujuk perkahwinan yang melibatkan kedua belah
pihak pasangan atau salah satu pihak adalah kanak-kanak mengikut ketetapan umur
diperuntukkan dalam status moden yang digunapakai di negara-negara yang
mempunyai majoriti masyarakat Islam pada hari ini.
Rujukan

1) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2019 (Akta A1586)

2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 atau


Akta 303, Seksyen 8.

3) AstroAwani. (Mac 2021). Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat [Video
file]. Retrieved from https://www.astroawani.com/video-malaysia/kahwin-
bawah-umur-kes-cerai-meningkat-1894397

4) Bernama. (6 April 2016). 1,121 Permohonan Kahwin Bawah Umur Tahun Lalu -
Rohani. Retrieved from
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/06/permohonan-kahwin-
bawah-umur

5) Bernama. (15 November 2018). Perkahwinan bawah umur bukan penyelesaian


kepada masalah sosial, kemiskinan. Retrived from
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkahwinan-bawah-umur-bukan-
penyelesaian-kepada-masalah-sosial-kemiskinan-191171

6) Bessa, T. (2019). Informed powerlessness: child marriage interventions and Third


World girlhood discourses. Third World Quarterly, 40(11), 1941-1956.

7) Duran, S., & Eraslan, S. T. (2019). Socio-demographic correlates of child


marriages: a study from Turkey. Community mental health journal, 55(7), 1202-
1209.

8) Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan, Haliza A. Shukor, N.Y. (2019).
Perkahwinan Bawah Umur Menurut Perspektif Undang-undang Jenayah Islam
dan undang-undang Jenayah Sivil di Malaysia. 5th Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference (MFIFC hlm. 100–114. Selangor .

9) International Center for Research on Women (ICRW). (2016). Taking Action to


Address Child Marriage: The Role of Different Sectors; An Overview.
Washington, DC and United Kingdom: The Global Partnership to End Child
Marriages.

10) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

11) Klugman, J., Hanmer, L., Twigg, S., Hasan, T., McCleary-Sills, J., & Santamaria,
J. (2014). Voice and agency: Empowering women and girls for shared prosperity.
World Bank Publications.
12) Kohno, A., Dahlui, M., Farid, N. D. N., Safii, R., & Nakayama, T. (2020). Why
girls get married early in Sarawak, Malaysia-an exploratory qualitative
study. BMC women's health, 20(1), 1-13.

13) McCleary-Sills, J., Hanmer, L., Parsons, J., & Klugman, J. (2015). Child
marriage: a critical barrier to girls’ schooling and gender equality in
education. The Review of Faith & International Affairs, 13(3), 69-80.

14) Mohd Awal, N., & Samuri, M. (2018). Child Marriage in Malaysia. Selangor:
Unicef Malaysia. Retrieved from Four Main Motivators of Child Marriage
Identified in Malaysia: http://www.theborneopost.com/2018/07/20/four-main-
motivators-of-childmarriage-identified-in-malaysia/

15) Mrhanafi (2018). 7 Kebaikan Kahwin Muda Yang Ramai Teruja Nak Tahu.
Retrieved from https://mrhanafi.com/kahwin-muda/

16) Mrhanafi (2018). 7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi.


Retrieved from https://mrha nafi.com/keburukan-kahwin-muda/

17) Noor, Z. (2013). Perkahwinan kanak-kanak dan tahap minima umur perkahwinan
dalam undang-undang keluarga Islam. Jurnal Syariah, 21(2), 165-190.

18) Nor'asyikin, H. (2018). Pelaksanaan peruntukan perlindungan dan kebajikan


kanak-kanak menurut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia: Kajian dari
perspektif Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989/Nor'asyikin Hamzah (Doctoral
dissertation, University of Malaya).

19) Parsons, J., Edmeades, J., Kes, A., Petroni, S., Sexton, M., & Wodon, Q. (2015).
Economic impacts of child marriage: a review of the literature. The Review of
Faith & International Affairs, 13(3), 12-22.

20) Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal & Mohd Al Adib Samuri. 2018. “Child
Marriage in Malaysia”. Working Paper for UNICEF Malaysia. pp. 2.

21) Rang undang-undang terkini Malaysia dan fatwa. Retrieved from


https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2512-bayan-linnas-siri-ke-141-
perkahwinan-kanak-kanak-mengikut-perspektif-syariah

22) Thasha Jayamanogaran (2021). Unicef Malaysia: Child marriage likely rose
during Covid-19 pandemic as schools closed, economy worsened.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/03/10/unicef-malaysia-child-
marriage-likely-rose-during-covid-19-pandemic-as-scho/1956392

23) UNICEF (2018). Statistik perkahwinan kanak-kanak dalam Malaysia mengikut


bangsa. Retrived from https://ekonomirakyat.com.my/unicef-malaysia-1856-
kanak-kanak-berkahwin-pada-tahun-2018/

24) Wajis, N. R. N., Sahid, M. M., Yunus, M. I. M., & Baharli, N. S. (2020).
PERKAHWINAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA: HAD UMUR
MINIMUM DAN IMPLIKASINYA: CHILDREN'S MARRIAGE IN
MALAYSIA: MINIMUM AGE LIMIT AND ITS IMPLICATIONS. Malaysian
Journal of Syariah and Law, 8(2), 15-30.

25) Wan Haslinawati Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah (2020). Relevankah
Perkahwinan Kanak-kanak Bawah Umur.

You might also like