You are on page 1of 6

Lee Chew Chang (AEP120002)

KONSEP REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

Terdapat pelbagai takrifan tentang remaja seperti yang dinyatakan oleh ahli
psikologi. Perkataan adolescence (remaja) berasala daripada Bahasa Latin adolescere
yang bermaksud berkembang dan tumbuh ke arah kematangan (Lerner& Steinberg,
2004: Steirberg, 2008). Remaja ialah masa untuk membesar, bergerak dari zaman
ketidakmatangan kanak-kanak kepada zaman dewasa yang lebih matang dan juga
sebagai persediaan untuk masa hadapan (Larson & Wilson, 2004). Transisi ini
merupakan zaman peralihan dari segi biologi, psikologi, sosial dan ekonomi.
Walaupun tiada anggaran umur yang tepat untuk mengkategorikan seseorang
itu sebagai remaja, namun kebanyakan sarjana psikologi mentakrifkan remaja sebagai
berumur antara 13 hingga 19 tahun (Steinberg, 2008). Namun, anggaran tersebut telah
diubah, sesuai dengan peredaran zaman yang menyaksikan golongan muda lebih
cepat matang, lambat berkerja dan berkahwin sehingga mencecah usia 20 tahun
(Furstenberg, 2000). Oleh itu, remaja ditakrif berumur antara 10 hingga awal 20-an
(Steinberg, 2008).
Sarjana sains sosial yang mengkaji tentang remaja kebiasaannya membezakan
golongan ini kepada awal remaja, pertengahan remaja dan lewat remaja yang
kadangkala dikenali sebagai awal dewasa. Awal remaja ialah remaja berusia antara 10
hingga 13 tahun, pertengahan remaja merangkumi usia 14 hingga 17 tahun, manakala
lewat remaja ialah mereka yang berusia antara 18 hingga 22 tahun (Arnett, 2007;
Kagan & Coles,1972; Keniston, 1970; Lipsitz, 1977). Berdasarkan definisi tersebut,
maka ini akan menumpukan remaja yang berumur dalam lingkungan usia 10 hingga
22 tahun.

Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin di mana


kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian
nikah yang sah (Alavi, K et al. 2012). Kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja
pula merujuk kepada remaja yang di bawah umur yang hamil tanpa ikatan yang sah
(WHO, 2006). Unicef (2008) pula mendapati remaja yang tergolong dalam hamil luar
nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun. Di Malaysia, kehamilan di luar nikah
dianggap sebagai pelanggaran moral sebagaimana di negara-negara Asia yang lain
seperti di Korea (Herrmann and Kasper 1992; Jin et al. 2007), China (Nian et al.
2001; Zheng et al. 2001), Jepun (Akiko 2005), India (Chhabra et al. 2009; Silk 2007),
Thailand (Keown 1999), Indonesia (Butt and Munro 2007), dan Singapura (Kurup et
al. 1989; Rahman 2009). Menurut Seksyen 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah di
negeri Kelantan 1985, mangsa keganasan seksual atau jenayah rogol yang melahirkan
anak di luar nikah adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga
RM3,000 dan penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya. Mengikut Akta KanakKanak 2001 pula, remaja di bawah usia 18 tahun yang hamil dan anak mereka
dilindungi di bawah Seksyen 41 (Akta 611) serta akan dirujuk kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM). Perlindungan Segera di bawah Seksyen 41(d) Akta
Kanak-kanak 2001 merujuk kepada kes hamil luar nikah dan kanak-kanak perempuan
yang mengandung luar nikah serta memerlukan perlindungan dengan segera.
Merujuk kepada Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan
dan Perceraian) 1976 (Akta 164), perkataan anak yang disebut dalam akta ini
merujuk kepada anak daripada perkahwinan yang berumur di bawah 18 tahun. Ini
telah diperuntukkan dalam Seksyen 2 Akta ini dan Akta Umur Dewasa 1971 melalui
Seksyen 2 dan 4(c) mentakrifkan seseorang itu belum dewasa sehingga ia mencapai
umur 18 tahun melainkan diperuntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

Semua kes yang dibawa di bawah peruntukan Akta 164 adalah kanak-kanak yang
berumur di bawah 18 tahun dan ini termasuk anak tak sah taraf. Anak-anak daripada
perkahwinan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2 Akta 164 ini
terbahagi kepada empat kategori; anak kepada pasangan suami isteri itu yang pada
kebiasaannya dikandung atau dilahirkan dalam masa perkahwinan mereka; anak salah
seorang daripada suami atau isteri tetapi telah dianggap sebagai anggota keluarga;
anak tak sah taraf dan anak angkat yang telah diambil mengikut mana-mana undangundang bertulis.
Walaupun bagaimanapun, masyarakat Malaysia telah memberi stigma kepada
ibu remaja hamil luar nikah (Abd Rahman 2000). Ibu remaja hamil luar nikah
biasanya dilihat sebagai kanak-kanak perempuan yang tidak rasa malu, dan keluarga
mereka dianggap tidak berfungsi, kerana mereka dianggap sebagai tidak dapat
mengawal anak-anak perempuan mereka (Nik Yaacob 2007). Di samping itu, anak
daripada ibu remaja hamil luar nikah sebelum ini dikenali sebagai anak haram (anak
yang dilarang) dan kini telah ditukar kepada anak tak sah taraf (anak luar nikah).
Mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),
bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf dianggap anak
yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut
undang-undang negara. Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang
Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.
Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk
dalam status sama. Penamaan gelaran bayi tersebut adalah mengikut ibu dan
bukannya bapa.
Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak
dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai

bapa. Ini seiring dengan Undang-Undang Sivil di mana kesahtarafan seseorang anak
itu tidak diasaskan kepada hubungan suami isteri yang sah (perkahwinan yang sah)
sebaliknya anak yang tak sahtaraf akan menjadi sahtaraf jika ibu bapanya berkahwin
kemudian. Ini bererti seseorang anak itu dikira sebagai anak yang sahtaraf walaupun
kedua ibu bapanya baru berkahwin sehari sebelum tarikh kelahirannya. Tambahan
pula, peruntukan Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 jelas menunjukkan kelahiran
dalam masa perkahwinan adalah bukti muktamat bagi menentukan kesahtarafan
seseorang anak itu walaupun ketika perkahwinan itu dilangsungkan ibunya sedang
mengandungkan anak tersebut.
Secara ringkasnya, di Malaysia, remaja hamil luar nikah merujuk kepada gadis
yang hamil, yang belum lagi mencapai peringkat dewasa mengikut undang-undang.
Pengertian anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada
kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi
maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat
di bawah peruntukan pendaftaran pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

RUJUKAN
Alavi, K., Nen, S., Ibrahim, F., Akhir, N. M., Mohamad, M. S., & Nordin, N. M.
(2012). Hamil luar nikah dalam kalangan remaja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 7(1 (special)), 131-140.
Arnett, J. J. (2000). Adolescence and emerging adulthood: A cultural approach (3th
ed.). Upper Saddle River: Pearso/Prentice Hall.
Berita Harian. (2010) 21 Mar. 17,303 anak luar nikah didaftar 2009.
Furstenberg, F. F. (2000). The sociology of adolescence and youth in the 1990s: A
critical commentary. Journal of Marriage and Family, 62(4), 896-910.
Jamaluddin, Z. (2012). Remaja dan kawalan sosial informal. UUM Press.
Larson, R., & Wilson, S. (2004). Adolescence across place and time. Handbook of
adolescent psychology, 299-330. New York: John Wiley & Sons.
Lerner, R. M., & Steinberg, L. (2004). Handbook of Adolescent Psychology (2nd ed.).
Hoboken: John Wiley & Sons.
Saim, N. J., Dufker, M., & Ghazinour, M. (2014). Teenagers Experiences of
Pregnancy and the Parents and Partners Reactions: A Malaysian Perspective. Journal
of Family Violence, 29(4), 465-472.
Sarnon, N., Mohamad, M. S., Fauziah, I., Alavi, K., Nen, S., Hoesni, S. M., ... & Wan
Azreena, J. (2012). HAMIL LUAR NIKAH: MEMAHAMI REMAJA SEBAGAI
ASAS INTERVENSI KELUARGA. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 7(1 (special)), 121-130.

Shattuck, R. M., & Kreider, R. M. (2008). Social and economic characteristics of


currently unmarried women with a recent birth: 2011. Demographic Research.
AKTA
Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611)
Akta Keterangan 1950, Seksyen 112.
Akta Membaharui Undang-undang ( Perkahwinan dan Perceraian ) 1976, Seksyen 87.
Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)
Akta Umur Dewasa 1971, Seksyen 4(a)

You might also like