You are on page 1of 3

NAMA KURSUS

SKAG2053 PENDUDUK DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA


SEMESTER 4 SESI 2021/2022

TAJUK

LATIHAN KAEDAH PENGUKURAN PENDUDUK

PENSYARAH

DR. ROSNIZA AZNIE BINTI CHE ROSE

NAMA

NUR NABIHAH BINTI HAMZAH A179797


a. Kaedah pengukuran taburan dan kepadatan penduduk yang pertama ialah fertiliti.
Fertiliti ialah bilangan sebenar kelahiran dan kesuburan (fecundity) bagi kemampuan
seseorang wanita untuk melahirkan anak. Indikator Fertiliti meliputi kadar kelahiran
kasar (CBR) dimana nisbah bilangan kelahiran hidup kepada jumlah penduduk dan
kebiasaanya melibatkan setiap 1000 orang penduduk. Manakala, kesuburan jumlah
(TFR) ialah purata bilangan anak yang akan dilahirkan oleh seorang wanita sepanjang
tempoh reproduktifnya iaitu 15 hingga 49 tahun.

Kaedah yang kedua ialah mortaliti. Mortaliti ialah komponen penting dalam
kependudukan untuk mengkaji bilangan dan kadar kematian. Indikator mortaliti ialah kadar
kematian kasar (CBR) iaitu nisbah bilangan kematian kepada jumlah penduduk (biasanya
bagi setiap 1,000 penduduk).

Seterusnya kaedah yang ketiga ialah migrasi. Migrasi ialah fenomena pembangunan yang
tidak dapat dielakkan. Ia akan menyebabkan perubahan corak demografi penduduk yang
akhirnya membawa kepada perubahan sosio-ekonomi di kawasan-kawasan yang menghantar
dan menerima migran.

Selain itu kaedah pengukuran taburan dan kepadatan penduduk yang keempat ialah
nuptiality ( perkahwinan ) . Nuptiality menurut beberapa kajian contohnya, Dow 1968, Devis
1973 dan Pemagbi 1989 memfokuskan kepada kesuburan perbezaan mengikut tempat
tinggal, kumpulan suku, tahap pendidikan dan kelulusan pengetahuan dan amalan tingkah
laku kesuburan. Sebilangan kecil kajian berkaitan kesuburan dengan perkahwinan iaitu
survival kanak-kanak dan awal kanak-kanak perkahwinan serta melahirkan.

Yang terakhir ialah pertumbuhan penduduk. Pertumbuhan penduduk ialah perubahan


penduduk sejajar dengan perubahan masa dan boleh dikira sebagai perubahan bilangan
individu dalam penduduk menggunakan “per unit masa” sebagai pengukuran.

b. Contoh kajian berdasarkan sumber rujukan dan fakta yang tepat, kesesuaian
penggunaan kaedah pengukuran taburan dan kepadatan penduduk ini ialah kaedah
fertiliti. Fertiliti berkait rapat dengan fenomena kelahiran yang merujuk kepada
bilangan sebenar kelahiran hidup yang berlaku pada seseorang wanita, pasangan suami
isteri atau sekumpulan wanita dalam suatu jangka masa tertentu. Fertiliti berbeza
dengan konsep kesuburan (fecundity). Fekunditi merujuk kepada kemampuan atau
keupayaan fisiologi seseorang wanita untuk menghasilkan kelahiran hidup. Konsep
fertiliti adalah terhad kepada kesuburan seseorang wanita dan kebiasaannya lebih
rendah daripada kemampuan fisiologikalnya untuk mempunyai atau melahirkan anak
(faktor umur 15 hingga 49 tahun). Faktor lain mempengaruhi fertiliti ialah taburan umur
dan jantina penduduk. kadar billangan wanita dalam kumpulan umur produktif ialah (15
hingga 49 tahun) adalah petunjuk penting kepada aras fertiliti. Fenomena perkahwinan
iaitu kadar atau bilangan pasangan berkahwin juga merupakan petunjuk penting kepada
aras fertiliti dalam sesuatu kependudukan. Oleh itu, fertiliti adalah kaedah yang paling
sesuai dalam mengukur taburan dan kepadatan penduduk.

You might also like