You are on page 1of 4

NAMA KURSUS

SKAG2053 PENDUDUK DAN PERANCANGAN SUMBER MANUSIA


SEMESTER 4 SESI 2021/2022

TAJUK

LATIHAN MOTARLITI

PENSYARAH

DR. ROSNIZA AZNIE BINTI CHE ROSE

NAMA

NUR NABIHAH BINTI HAMZAH A179797


ULASAN RINGKAS

Konsep dinamik penduduk merujuk kepada kajian perubahan dari segi saiz dan struktur
penduduk hasil daripada proses kematian, kelahiran dan penghijrahan. Konsep ini juga
digunakan untuk menunjukkan kajian terhadap perubahan proses kependudukan. Dinamik
penduduk melibatkan analisis aliran peristiwa mengikut masa. Dinamik penduduk
mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan statik penduduk iaitu yang melihat kepada keadaan
sesuatu penduduk pada satu masa. Konsep ini juga merujuk kepada kebanyakan aspek
analisis kependudukan yang biasanya digunakan untuk menerangkan kajian bersepadu yang
memisahkan kesemua komponen perubahan penduduk atau demografi. Ini kerana perubahan
penduduk adalah satu imbangan dinamik antara tekanan pertambahan dan pengurangan.
Penduduk sentiasa ditambahi dengan kelahiran bayi dan dikurangi dengan kematian bagi
semua peringkat umur.

Seterusnya ialah konsep dan ukuran kematian. Dalam kajian kematian, istilah mortaliti
juga digunakan dan disama ertikan. Namun terdapat sedikit perbezaan antara keduanya iaitu
kematian bermakna tamatnya hidup atau riwayat seseorang sementara mortaliti merujuk
kepada huraian mengenai kejadian kematian dalam sesuatu penduduk. Tingkat kematian
kebiasaanya dijelaskan atau diukur dengan menggunakan kadar. Kadar kematian ialah
bilangan kematian yang berlaku bagi setiap unit penduduk untuk suatu jangka masa. Unit
penduduk ini biasanya diambil angka genap seperti setiap bilangan 1,000 untuk memudahkan
proses pengiraan. Terdapat dua jenis kadar yang membezakan kematian. Yang pertama ialah
kadar sebenar iaitu kadar bagi semua sebab kematian sesebuah penduduk manakala kadar
yang kedua ialah kadar tertentu. Kadar tertentu kematian adalah disebabkan faktor tertentu
atau bagi kumpulan tertentu atau kedua-dua sekali contoh mati kerana kanser mengikut
kumpulan orang dewasa.

Cara-cara untuk mengukur kadar kematian ada empat. Cara yang pertama ialah kadar
kematian kasar (crude death rate, CDR). Ia ialah nisbah kematian yang didaftarkan bagi satu
tahun dengan jumlah penduduk pada tahun yang sama didarab dengan konstan iaitu biasanya
dalam bilangan 1,000. Cara yang kedua ialah kadar kematian umur tertentu (Age specific
death rate, ASDR). Ia merupakan satu cara mengira kadar kematian bagi kumpulan umur dan
jantina yang berlainan dan boleh digunakan untuk mengkaji perbezaan mortality. Cara yang
ketiga ialah kadar kematian dipiawaikan (Standardised mortality rate). Kadar ini digunakan
untuk mendapatkan perbandingan kadar kematian seragam. Ini dilakukan dengan memilih
taburan umur dan jantina tertentu sebagai asas piawai. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya
kematian setiap jantina bagi setiap kumpulan umur sudah didaftarkan. Contoh, menggunakan
jumlah penduduk Malaysia sebagai asas untuk mengira kadar setiap negeri. Dan cara yang
terakhir ialah Kadar kematian bayi (Infant mortality rate) yang merupakan satu ukuran
kematian yang penting. Ia adalah nisbah kematian bayi di bawah umur 1 tahun (D <1) bagi
setiap 1000 kelahiran. Kebanyakan kematian selepas beberapa hari dilahirkan adalah
disebabkan oleh faktor luaran terutama jangkitan penyakit.

Seterusnya ialah jadual hayat. Jadual hayat ialah satu sejarah hayat suatu kumpulan atau
kohort hipotetikal penduduk bila mana ia berkurangan sedikit demi sedikit oleh kematian,
iaitu bermula dari lahir sehingga semua mati. Biasanya diambil daripada 100,000 kelahiran.
Sebenarnya jadual hayat adalah asas mengukur jangka hayat. Kegunaan jadual hayat
bertujuan untuk mengetahui kadar kematian: Kadar kematian dalam jadual hayat adalah satu
kadar kematian kasar bagi penduduk pegun dan jadual hayat boleh mengetahui nisbah
penakatan: Dengan menggunakan lajur Lx, kita boleh mengira berapakah proporsi sesuatu
kumpulan umur akan hidup 5 tahun atau 10 tahun lagi.

Ringkasan terakhir mengenai motarliti ialah perbezaan kematian. Satu aspek yang perlu
dikaji bagi memahami proses kematian secara menyeluruh. Hal ini kerana perbezaan
kematian diperhatikan berlaku dikalangan komponen penduduk yang berlainan seperti
jantina, taraf perkahwinan, ras, bandar luar-bandar dan kumpulan sosioekonomi yang
berlainan.Dari segi jantina, lelaki dikenalpasti mempunyai kadar kematian umur tertentu yang
lebih tinggi daripada perempuan, melainkan di sesetengah bahagian di Afrika, Asia dan
Amerika Latin. Kadar kematian yang tinggi di kalangan perempuan biasanya berlaku di masa
muda. Perbezaan kematian antara jantina ini kecil jika kadar kematian umum tinggi tetapi
bagi penduduk yang mempunyai kadar kematian rendah perbezaan antara jantina ini adalah
besar, di mana perempuan hidup beberapa tahun lebih lama daripada lelaki. Di bawah
keadaan sekarang perempuan di negara industri akan menjadi janda walaupun mereka
mengahwini lelaki yang sebaya dengan mereka. Sesetengah berpendapat bahawa wanita
sepatutnya mengahwini lelaki yang lebih muda (5-6 tahun) daripada mereka untuk
menghindari perkara tersebut. lni kerana wanita mempunyai jangkaan hayat 2-8 tahun lebih
lama daripada lelaki.

You might also like