You are on page 1of 1

Soalan : Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif disokong

dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan
ingin tahu. Nyatakan peringkat-peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut teori
beliau.
Jawapan :
Victor Lowenfeld memperkenalkan teori kreativiti dan beliau percaya bahawa setiap kanak-
kanak dilahirkan kreatif. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang  boleh diukur melalui 4
komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian (originality),
kepekaan (sensitiviti).
Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia
berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain
memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada
penyediaan masalah.
Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat  toleransi. Mampu menyesuaikan diri
dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif
berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai
keyakinan optimis.
Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru
dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang
yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber.
Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan
rasa dan sering berbeza daripada biasa.
Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya
kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia
menggunakan semua deria pancaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran
yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan
sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

You might also like