You are on page 1of 2

KELAB DOKTOR MUD

PENGENALAN

Doktor muda merupakan murid sekolah tahun 4,5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai “pembimbing
Rakan Sebaya”, yang bertindak sebagai pemagkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik
kepada rakan sebaya.Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada
rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doctor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang
berminat, sihat, kemas berpesonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab,
berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor
Muda.

SEJARAH

Program Doktor Muda mula dilaksanakn pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan,
Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya
bilang sekolah yang melaksanakannya.

Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula
melaksanakannya pada tahun 1991.

Pada tahun 2000, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan
Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat
kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan
secara bersama dengan Bahagian Kokurikulum & Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah
satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

OBJEKTIF

1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendan dengan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
- mengamalkan cara hidup sihat
- menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga kearah
mengamalkan cara hidup sihat.
- membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di
sekolah.
2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan
anak-anak.
3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan
kesihatan pelajar.
4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam
menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.
FAEDAH PELAKSANAAN

Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:

1. Tabiat kesihatan dapat dipupuk di Kalangan murid di peringkat sekolah rendah.


2. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
3. Doktor Muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
4. kesihatan asas murid-kebersihatan diri & penyakit kulit dipantau.
5. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
6. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
7. sekolah bersih
8. sekolah bebas Aedes.
9. Imej sekolah meningkat

You might also like