You are on page 1of 12

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 4
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Tajuk yang terlibat :
1. Tajuk 1 : Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
2. Tajuk 2 : Seni Lukisan
3. Tajuk 3 : Seni Catan
4. Tajuk 4 : Seni Cetakan
5. Tajuk 5 : Reka Bentuk Landskap
6. Tajuk 6 : Reka Bentuk Dalaman

Arahan kepada calon :

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan


2. Jawab semua soalan.
3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.
4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.
5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

1 Manakah antara berikut merupakan alat perhiasan Diraja ?

I II III IV

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Apakah maksud ukiran lambang Kerajaan Persekutuan dan 11 buah negeri Tanah Melayu pada sampir
Keris Panjang Diraja?

A Naungan dan kekuasaan


B Simbol ketaatan rakyat
C Lambang perpaduan rakyat
D Ketaatan pada pemerintah
3 Gambar rajah di bawah menunjukkan Muskat iaitu pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Apakah motif yang terdapat pada kawasan bertanda X ?

I Bunga cengkeh
II Awan mega
III Awan larat
IV Bunga raya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Jika Yang di-Pertuan Agong perlu menghadiri majlis santapan malam beristiadat, apakah jenis pakaian rasmi
yang perlu dikenakan ?

A Muskat
B Mess Kit
C Pending Diraja
D Gandik Diraja

5 Gambar rajah di bawah menunjukkan Keris Pendek Diraja .

Apakah jenis hulu keris yang terdapat dalam bulatan tersebut ?

A Hulu pekaka
B Hulu serindit
C Hulu anak ayam
D Hulu tapak kuda

6 Perhiasan Diraja di bawah boleh diceraikan menjadi


.
A Gelang
B Subang
C Pending
D Kerongsang
7 Manakah antara berikut maksud yang paling tepat tentang aliran dalam seni lukisan ?

A Jenis media mengikut zaman


B Cara media lukisan digunakan
C Gaya bagaimana lukisan dihasilkan
D Kaedah melukis yang diminati

8 Pilih pernyataan yang betul antara aliran Realisme dan Impresionisme di bawah .

Realisme Impresionisme
A Warna teliti menyerupai sebenar Sapuan berus secara spontan
B Menggunakan media cat minyak Menggunakan media cat air
C Penekanan kepada perspektif Penekanan kepada nisbah keemasan
D Catan dihasilkan di luar studio Catan dihasilkan di dalam studio

9 Manakah aliran lukisan yang betul berdasarkan karya di bawah ?

A Rococo
B Baroque
C Naturalisme
D Impresionisme

John Constable, The Cottage in the Lane, 1827,

10 Pilih pernyataan yang betul berdasarkan karya lukisan di bawah .

I Lukisan media pastel


II Pelukis James Tissot
III Lukisan media krayon
IV Pelukis Édouard Manet

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

On the Bench, 1879

11 Apakah maksud penekanan kepada imitasi dalam menghasilkan karya seni lukisan ?

A Kadar banding objek


B Proses menilai karya lukisan
C Peniruan objek setepat yang mungkin
D Mengubahsuai objek mengikut kreativiti
12 Apakah teknik perlukisan yang digunakan dalam karya seni lukis di bawah ?

A Gurisan
B Gosokan
C Garisan selari
D Silang pangkah

13 Susun aliran catan di bawah berdasarkan tahun awal kemunculan .

I Rococo
II Neoklasisisme,
III Renaissance
IV Baroque

A I , II , IV , III
B III, IV, I , II
C II , I , III, IV
D IV, III, I , II

14 Manakah teknik penghasilan yang digunakan bagi karya catan di bawah ?

A Penekanan kepada teknik garisan


B Penggunaan warna-warna harmoni
C Kesan berus yang teliti dan terancang
D Palitan warna secara spontan dari tiub

Claude Monet, Sunrise, 1872, cat minyak

15 Apakah maksud teknik tenebrism dalam penghasilan karya catan zaman Seni Baroque ?

A Menimbulkan kesan gelap yang dramatik


B Menghasilkan kesan warna berlapis-lapis
C Menekankan nisbah keemasan pada catan
D Unsur imaginasi ditekankan dalam catan
16 ‘ Kebanyakan karya Impresionisme dihasilkan diluar bangunan ’
Apakah tujuan penghasilan karya di luar bagunan ?

A Dapat menghirup udara segar


B Memberi idea dan imaginasi
C Catan yang dihasilkan cepat kering
D Merakam kesan cahaya pada masa itu

17 Maklumat di bawah tentang satu teknik klasik dalam catan barat .

Campuran bahan seperti telur, minyak, lilin


dan air disapu di atas plaster yang lembap

Apakah nama teknik tersebut ?

A Velvet Brueghel
B Secco su fresco
C Chiaroscuro
D Tenebrism

18 Maklumat di bawah tentang nama tokoh pelukis barat .

 Michelangelo
 Leonardo da Vinci
 Sandro Botticelli

Bilakah zaman kegemilangan hasil karya mereka ?

A Rococo
B Baroque
C Renaissance
D Neoklasisisme

19 Berdasarkan karya cetakan di bawah, bilakah karya teresebut dihasilkan ?

A Abad ke-14
B Abad ke-15
C Abad ke-16
D Abad ke-17

Koleksi Dukes of Bavaria, The Stuttgart Cards,


20 Selain kemahiran seni cetakan, apakah kemahiran yang biasa ada pada pelukis era Renaissance ?

I Seni Bina
II Seni Muzik
III Ukiran kayu
IV Pertukangan emas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

21 Semasa menghasilkan cetakan potongan kayu, apakah tujuan aktiviti di bawah ?

A Mengukur saiz blok


B Menekan dakwat cetakan
C Menerap lakaran pada blok
D Membuat lakaran pada blok

22 Dalam seni cetakan, manakah maklumat yang tepat tentang intaglio ?

A Proses meratakan warna pada plat logam


B Proses meregangkan kain pada pemidang
C Proses membuat turisan pada plat logam
D Proses memasukkan plat pada mesin pencetak

23 Apakah fungsi seni cetakan barat pada abad ke-18 dan abad ke-19 ?

A Bahan propaganda
B Aktiviti keagamaan
C Untuk tujuan komersial
D Agenda politik pemerintah

24 Apakah jenis karya cetakan terawal dihasilkan di Eropah pada abad ke-15 ?

I Kalendar
II Pakaian
III Hiasan rumah
IV Kad permaianan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
25 Gambar rajah di bawah karya seni cetakan oleh Thomas Bewick .
Apakah tujuan penghasilan karya tersebut ?

A Pameran di studio seni


B Bahan poster tentang hidupan liar
C Karya bagi kad permainan dan kalendar
D Bahan penulisan sejarah alam semula jadi

26 Apakah perubahan yang berlaku dalam kaedah cetakan pada abad ke-16 berbanding dengan
abad ke-15 ?

A Plat lino menggantikan kepingan kayu


B Teknik benaman menggantikan gurisan
C Cetakan bewarna menggantikan hitam dan putih
D Cetakan gurisan logam menggantikan cetakan kayu

27
Penghasilan anak benih tumbuhan landskap
juga perkhidmatan perlandskapan

Berdasarkan maklumat di atas, apakah kerjaya dalam bidang reka bentuk landskap tersebut ?

A Arkitek Landskap
B Kontraktor landskap
C Usahawan Landskap
D Pereka Bentuk Landskap

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan pelan reka bentuk landskap .


Apakah jenis pelan tersebut ?

A Pelan sisi
B Pelan tapak
C Lakaran buih
D Pelan perspektif

29 Apakah fungsi utama penghasilan model reka bentuk landskap ?

A Tujuan pameran
B Merancang jenis bahan
C Menentukan kos bahan
D Melihat dari aspek 3 dimensi
30 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti kerjaya dalam bidang landskap .
Apakah bidang kerjaya tersebut ?

A Arkitek landskap
B Kontraktor Landskap
C Usahawan Landskap
D Pereka Bentuk Landskap

31
Badan yang berperanan memastikan landskap
negara berada dalam keadaan terbaik

Apakah badan yang terlibat dengan pernyataan di atas ?

A Jabatan Landskap Negara


B Jabatan Alam Sekitar
C Kelab Landskap Negara
D Persatuan Pecinta Alam

32 Susun semula proses mnghasilkan reka bentuk dalaman mengikut urutan yang betul .

I Lukisan plan dengan skala


II Menghasilkan model
III Menentukan konsep
IV Membuat lakaran idea

A I, II, IV, III


B III, IV, I, II
C II, I, III, IV
D IV, III, I, II

33 Jika anda ingin menghasilkan sebuah taman mini dihalaman rumah, siapakah yang perlu anda rujuk terlebih
dahulu ?

A Arkitek Landskap
B Pensyarah landskap
C Kontraktor Landskap
D Pereka Bentuk Landskap

34 Apakah tujuan utama menghasilkan reka bentuk dalaman .

A Menentukan status penghuni


B Mempelbagaikan nilai ruang
C Sebagai tempat perlindungan
D Memberi keselesaan dan keselamatan
35 Dalam bidang reka bentuk dalaman,namakan bidang pekerjaan yang terlibat bagi rekaan di bawah.

A Pereka set
B Pelukis pelan
C Pereka Bentuk dalaman
D Pereka Ruang Pameran

36 Antara berikut pilih tugas seorang pelukis pelan .

I Menghasilkan lukisan teknikal


II Merancang set pentas
III Menyusun atur bahan kemasan
IV Menyemak lukisan perunding

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37 Apakah bidang yang terlibat dalam mengkaji ukuran tubuh bagi menanggani saiz reka bentuk
seperti di bawah ?

A Ergonomik
B Designomic
C Antropometrik
D Aerodinamik

38 Gambar rajah di bawah menunjukkan satu jenis susun atur reka bentuk dalaman.
Apakah jenis susunan tersebut ?

A Bentuk U
B Bentuk G
C Bentuk H
D Bentuk pulau
39 Maklumat di bawah tentang pelan hiasan dalaman .

Kadar jarak pada pelan mewakili jarak


sebenar pada ruang dalaman

pernyataan di bawah merujuk kepada ______________ .

A skala
B simbol
C konsep
D komposisi

40 Manakah istilah yang tepat dalam mengolah warna pada plan perspektif hiasan dalaman di bawah ?

A Washing
B Rendering
C Lorekan
D Olahan
Soalan Tamat

SKEMA JAWAPAN

1 B 11 C 21 C 31 A
2 A 12 D 22 C 32 B
3 D 13 B 23 C 33 D
4 B 14 D 24 B 34 D
5 A 15 A 25 D 35 A
6 D 16 D 26 C 36 B
7 C 17 B 27 C 37 C
8 A 18 C 28 B 38 D
9 C 19 B 29 D 39 A
10 B 20 B 30 B 40 B
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN, PENDIDIKAN SENI VISUAL
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Pengetahuan Kefahaman Analisis Jumlah


Bil. Bidang/Konstruk Tajuk/ Konteks R S T R S T R S T R S T
SEJARAH DAN Alat Kebesaran // / / / / 4 1 1
APRESIASI SENI dan Perhiasan
1 VISUAL 1 Diraja

2 SENI HALUS 1 Seni Lukisan / / // / / 4 1 1


2 Seni Catan // / // / 4 1 1
3 Seni Cetakan / // / / / / 2 3 2

3 REKA BENTUK 1 Landskap / / // // / 3 3 1


2 Dalaman / // / // / / 3 3 2

4 SENI KRAF 1 Seni Ukiran

KOMUNIKASI Seni Reka Grafik


5 VISUAL 1 (Tipografi)
Seni Foto
2 (Genre Fotografi)
JUMLAH SOALAN 20 12 8

ARAS BIL. NISBAH


ARAS Mudah ( M ) 20 5
KESUKARAN Sederhana ( S ) 12 3
Tinggi ( T ) 8 2

You might also like