You are on page 1of 12

ABSTRAK

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam
mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan
langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim
pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Sekolah sebagai institusi pendidikan
mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka.
Sekolah mesti dipandang mulia oleh masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem
pendidikan yang berkesan mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualiti dan
berketrampilan. Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan
pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan
yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya
lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan
masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada
sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan
oleh guru dan sekolah.

Penglibatan anggota - anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak


kurang pentingnya, khususnya Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sentiasa berdamping
dengan sekolah - sekolah dan guru - guru serta secara tidak langsung perlu mengambil tahu
proses pendidikan di sekolah - sekolah di kawasan masing - masing. Mereka perlu dilibatkan
bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada murid
dan penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan
dengan mengadakan program - program permuafakatan dan perkongsian yanag melibatkan
pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan
pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap
fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana
sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem
persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

Muka 1
2.0. PENGENALAN
2.1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )

Perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang


benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian
ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari
serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam kehidupan. falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah
tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang
rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini
akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan –
sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini,
FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar - pakar pendidikan yang mengambil kira
seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan - keperluan individu, masyarakat dan
negara.

Berdasarkan kepada pertimbangan - pertimbangan atas laporan dan Akta


Pendidikan, Rukun Negara dan ciri - ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK yang
dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. “ Pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”

Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan
sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna serta menghayati ciri - ciri
berikut:

a) Percaya dan patuh kepada Tuhan.


b) Berilmu pengetahuan.
c) Berakhlak mulia.
d) Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
e) Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
f) Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Muka 2
2.2. Komuniti Setempat - Setiawangsa

Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam


sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Setiawangsa merupakan
sebuah penempatan pinggir bandar di timur Kuala Lumpur. Berada di bawah pentadbiran
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Setiawangsa merupakan salah sebuah daerah dan
kawasan parlimen sejak 2003 (mysetiawangsa.net) di Kuala Lumpur. Uniknya,
Setiawangsa merupakan sebuah lokaliti berasaskan bukit Setiawangsa. Ia dibahagikan
kepada tiga kawasan utama iaitu Puncak Setiawangsa yang terletak di puncak, Bukit
Setiawangsa yang terletak di lereng bukit dan Taman Setiawangsa di kaki bukit

Kawasan ini mula dimajukan sebagai pembangunan bercampur pada tahun 1980an
oleh Syarikat Island & Peninsular Bhd (I&P). Kini, selepas dua dekad, Setiawangsa telah
mengalami proses urbanisasi dan pembangunan bandar yang pesat dan telah menjadi
sebuah bandar raya satelit. . Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, penduduk
Setiawangsa dianggarkan berjumlah 133,500. Komposisi penduduk Bumiputera ialah
seramai 83,900 dan bukan Bumiputera ialah 49,600.

Perkumpulan seperti ini sering bantu - membantu serta bekerjasama dalam sesuatu
tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang
diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk
komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas
dan mudah. Secara keseluruhannya, perancangan yang efisien dan efektif bukan sahaja
dapat menyediakan komuniti setempat dengan kemudahan, tetapi aspek perancangan
kemudahan ini perlu berasaskan kepada ciri dan faktor kebolehsampaian, kesepaduan,
saling melengkapi, tahap penerimaan dengan taraf sosioekonomi, sosiobudaya dan
sosiopolitik serta memenuhi matlamat komuniti setempat. Secara umumnya, perancangan
kemudahan masyarakat yang mencukupi dan efektif berupaya mewujudkan suasana yang
bersesuaian untuk kehidupan berkomuniti, bekerja serta beriadah bersama seterusnya
mengeratkan hubungan sesama kaum serta memupuk semangat perpaduan dalam komuniti
tersebut.Ahli-ahli dalam komuniti akan memberi maklumbalas, membantu mengenalpasti
masalah, dan mengemukakan pandangan- pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan
sebagai contoh di sekolah saya iaitu PIBG SK setiawangsa.

Muka 3
2.3. Sekolah Kebangsaan Setiawangsa.

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa ( SK Setiawangsa ) Kuala Lumpur telah menjadi pilihan


kajian saya pada kali ini. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kebangsaan berprestasi
tinggi yang terletak di Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur
berhampiran dengan taman-taman perumahan kakitangan polis dan tentera. Latar Belakang
Ibu Bapa dan Komuniti adalah golongan pertengahan dan berpendidikan. Pegawai. Sekolah
ini memiliki 1237 pelajar lelaki dan 1219 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan
murid seramai 2456 orang. Ia mempunyai seramai 150 orang guru., Kerajaan / Swasta dan
bekerja sendiri

2.4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) SK Setiawangsa.

PIBG adalah satu pertubuhan yang diceburi secara sukarela. Lazimnya, lantikan ahli
jawatankuasa ( AJK) PIBG SK Setiawangsa adalah dari kalangan guru dan ibu bapa murid
sekolah tersebut. Malah,keahlian ini dilantik berdasarkan pemilihan dalam mesyuarat
perlantikan baru setiap tahun. AJK yang dipilih perlu menitikberatkan ciri -ciri keikhlasan,
pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga. PIBG juga berperanan dalam membantu
sekolah dalam pelbagai aktiviti demi anak - anak mereka yang belajar di sekolah itu, serta
mencari sumbangan dari ahli dan orang ramai samada berbentuk wang , material mahupun
tenaga bagi faedah para murid di sekolah tersebut. Selain itu, PIBG juga bertujuan untuk
mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa, guru sekolah dan komuniti setempat. YDP
PIBG sekolah ini ialah Encik Amiruddin Bin Sahuti dan PIBG ini mempunyai misi dan visi
dalam usaha merealisasikan sekolah berprestasi tinggi. Misi PIBG seperti berikut :

 Mengembeleng idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan
sekolah.
 Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat pendidikan.
 Untuk memberi peluang kepasa ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara
satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan.
 Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan
dalam menjalankan program - program yang melibatkan pelajar.
 Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan
meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Manakala visi PIBG adalah seiring dan komited dengan pihak sekolah dalam menyediakan
standard pembelajaran yang tinggi untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan
dan seimbang bersesuaian dengan moto sekolah “sekolah terbilang tahun 2012”.

Muka 4
3.0. PENGLIBATAN KOMUNITI

Pelbagai program telah dijalankan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dengan
penglibatan aktif PIBG bersama komuniti setempat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
pendidikan di kalangan para pelajar sekolah, diantaranya adalah;

3.1. Aktiviti keceriaan sekolah.

Program Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) telah


dilaksanakan di sekolah dengan menampilkan konsep baru yang akan menggabungkan tiga
program berasingan

Gotong Royong Perdana.

Gotong - royong yang diadakan ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara ibu
bapa dan pelajar, malahan juga dengan guru - guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini
mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Hasilnya, akan wujud
kerjasama lain antara mereka.

Dengan itu, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah akan berjalan dengan
lancar. Hal ini dapat membantu sekolah melahirkan lebih ramai murid yang berkualiti pada
masa hadapan. Sehubungan itu, insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani akan tercapai dalam melahirkan murid yang cemerlang jika
keadaan sekolah dan tempat belajar yang selesa dan bersih. Bagi meningkatkan kualiti dan
kuantiti pendidikan di sekolah, kebersihan bilik darjah mestilah bersih dan susunannya
kemas.

Aktiviti ini dapat dilihat Pada 19 Febuari 2012 (Ahad) , satu gotong - royong khas telah
diadakan di SK Setiawangsa yang melibatkan ibu bapa, murid dan guru. Dalam aktiviti
gotong - royong itu juga, mereka telah membersihkan longkang - longkang dan membakar
tin - tin kosong bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes, hal ini bagi mewujudkan
persekitaran yang bersih dan sihat semasa dalam sesi persekolahan dan pembelajaran .

Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan komuniti setempat dalam
penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang
kepada pembelajaran baru kepada murid. Misalnya aktiviti gotong-royong membersih
kawasan sekolah,melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan sekolah, ibubapa,
murid-murid dan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia, DBKL, Alam Flora, Jabatan
Kesihatan, AEON Jusco AU Keramat, Persatuan Penjaja, Jawankuasa Masjid Muaz
Setiawangsa dan beberapa persatuan lain.

Muka 5
Aktiviti gotong-royong seperti ini dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
Masyarakat yang berbilang kaum keluar untuk bekerjasama membersihkan kawasan
sekolah dan persekitaran bersama-sama. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat
lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Pendedahan
aktiviti gotong-royong sebegini kepada murid dapat memberi pengalaman betapa
pentingnya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bersatu padu. Mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara.

Menceria dan Membersihkan bilik darjah

Selain itu program menceria dan membersihkan bilik darjah bagi memberi keselesaan di
kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan
selesa ke arah tercapainya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan aktiviti keceriaan sekolah . Dengan
bantuan KISB iaitu Kumpulan sokongan Ibu Bapa SK Setiawangsa; keceriaan kelas, dewan
dan kantin telah berjaya dilaksanakan tanpa menggunakan peruntukan kewangan PIBG.
Syarikat-syarikat besar seperti JAKEL, Nippon Paint, PNB, Petronas dan lain-lain telah
memberi sumbangan dalam bentuk kain langsir, cat, kerusi murid, meja guru dan television
untuk muri di kantin.

Kerjasama dengan sektor swasta begitu membuahkan hasil . Sumbangan cat yang
diterima daripada Nippon Paint hasil inisiatif AJK PIBG SK Setiawangsa dapat digunakan
bagi menjayakan Program Keceriaan Sekolah. Cat-cat ini khusus digunakan untuk
mengecat Dewan Blok D yang menjadi dewan utama pelbagai program sekolah. , langsir-
langsir yang disumbangkan oleh Syarikat Jakel dan Syarikat Saling Erti telah siap dipasang
oleh AJK PIBG dan KSIB SK Setiawangsa SBT di beberapa buah kelas. Inisiatif yang
diambil oleh KSIB membantu PIBG SK Setiawangsa mendapatkan sumbangan kerusi
daripada SPNB.Suasana ceria yang dapat di adakan di dalam kelas dan kawasan
persekitaran sekolah dapat mempengaruhi suasana pembelajaran murid. Secara tidak
langsung ia dapat mempertingkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan. Di sini dapat kita lihat
betapa pentingnya peranan PIBG untuk melibatkan komuniti setempat dalam meningkatkan
kecemerlangan pembelajaran melaui suasana ceria di sekolah dengan memberi
kelengkapan-kelengkapan tertentu kepada sekolah

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkait rapat dengn


suasana di dalam bilik darjah, oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan sekolah mestilah

Muka 6
memastikan bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria serta perlu dipertingkatkan
dari semasa ke semasa. Justeru, untuk mencapai tujuan ini, melalui PIBG juga boleh
mengadakan beberapa sesi gotong - royong di sekolah, seperti gotong - royong menyiapkan
bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah, menghias bilik darjah dan
sebagainya.

3.2. Kokurikulum.

Pembinaan Padang Sekolah

Ibu bapa dan penjaga murid serta komuniti setempat turut memberi bakti dalam
penyediaan padang sekolah bagi keselesaan murid. Ini juga membantu meningkatkan
prestasi ko-kurikulum dan sukan. Pembinaan padang sekolah melibatkan bantuan Angkatan
Tentera Malaysia dari kem yang berhampiran iaitu Kem Desa Tun Hussein Onn secara
sukarela.

Bantuan dari pihak Angkatan Tentera Malaysia ini secara tidak langsung memberi
pendidikan kepada murid betapa pentingnya hubungan baik dengan masyarakat sekeliling
dalam menjayakan program yang besar. Kerjasama ini juga dapat member pengalaman
baru kepada murid tentang tugas sebenar Angkatan Tentera Malaysia bukan sahaja
berperang tetapi terlibat juga dalam membantu masayarakat setempat.

Aktiviti Kokurikulum- Perkhemahan

Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenalkan dalam sistem pendidikan


negara, antaranya ialah penubuhan Pasukan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan
Pandu Puteri. Aktiviti gerak kerja kokurikulum ini diberi penekanan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Namun, sekarang aktiviti ini telah diiktiraf sebahagian daripada proses
pendidikan dan menjadi kurikulum kebangsaan yang wajib bagi semua sekolah di
Malaysia. Kegiatan atau gerak kerja kokurikulum merupakan aktiviti pendidikan yang
dirancang dan dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal, samada di dalam atau di luar
bilik darjah selepas sesi persekolahan berakhir. Perlaksanaan aktiviti ini mempunyai
matlamat tertentu seperti yang terkandung dalam FPK iaitu memperkembangkan intelek,
sosial, jasmani dan rohani murid secara optimum. Sehubungan dengan itu, murid -
murid dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah serta melepaskan tekanan
setelah penat belajar di dalam kelas. Justeru, melalui kokurikulum di peringkat sekolah,
terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum yang dapat dijalankan iaitu, sukan dan permainan,
persatuan dan kelab, dan pasukan pakaian seragam. Melalui aktiviti sukan pula, murid -

Muka 7
murid dapat menunjukkan bakat masing - masing dalam aktiviti sukan dan permainan,
sekaligus dapat memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan minda murid - murid.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di
kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula
berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform


seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-
aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk
integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula
berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk
mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-
menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara
peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang
berbeza dan kebudayaan berbeza.

Oleh itu, kerjasama PIBG dan sekolah memainkan peranan penting dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah bagi menjayakan program yang dirancang.
Program bersama di antara pihak sekolah dengan PIBG amatlah diperlukan kerana
kewangan pihak sekolah adalah terhad. Contohnya aktiviti perkhemahan, jika dirancang
dengan betul sudah pasti dapat menarik minat murid untuk terlibat sama .Ia juga dapat
mengurangkan isu gejala sosial dan memenuhi sukatan aktiviti di sekolah. Banyak faedah
yang boleh diperolehi oleh murid apabila menyertai badan berunifom seperti Kadet Remaja
Sekolah, Pengangkap dan Puteri Islam, kerana dapat menanam sikap berkerjasama,
berdisplin dan ketahanan mental dalam mengajar diri seorang murid. Ibu bapa boleh turut
serta dalam menjayakan program bersama - sama dengan guru yang sering melakukan
aktiviti perkhemahan di hutan atau tempat - tempat rekreasi. Dalam konteks penyertaan
murid, aspek perancangan sebelum, semasa dan selepas mengadakan perkhemahan ,
persiapan peralatan perkhemahan, pelaksanaan aktiviti perlulah berkerjasama dengan PIBG
kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

Muka 8
Sukan Tahunan
Melalui aktiviti yang dirancang ini, SK Setiawangsa telah menganjurkan Hari Sukan
Tahunan pada setiap bulan Jun pada setiap tahun. Namun, PIBG boleh memberikan
komitmen yang padu dalam penganjuran Hari Sukan Tahunan dengan menjemput semua
ibu bapa hadir untuk memberikan sokongan dan memeriahkan Hari Kejohanan Sukan
tersebut. Galakan yang diberikan secara tidak langsung akan meningkatkan semangat
kesukanan murid. Hal ini kerana dengan adanya ibu bapa yang memberikan semangat,
pelajar akan terdorong dan lebih teruja untuk memenangi sesuatu acara tersebut. Guru -
guru pula dapat berkenalan dengan ibu bapa pelajar sekali gus membincangkan potensi -
potensi yang dapat dicungkil daripada anak - anak mereka. Namun, ibu bapa juga diberi
peluang secara sukarela oleh pihak sekolah untuk menyertai aktivti sukan tersebut dengan
mengadakan acara untuk para ibu bapa yang hadir bagi memeriahkan suasana hari sukan
tersebut. Justeru, dalam hal ini, PIBG telah terlibat secara langsung dalam memberi
sumbangan kewangan dan tenaga dalam menganjurkan hari sukan ini seperti dalam
penyediaan tempat, makan murid - murid dan sumbangan hadiah. Oleh itu, jelaslah bahawa
kerjasama dan peranan PIBG amatlah penting dalam institusi pendidikan ke arah
melahirkan sebuah sekolah yang berkualiti dan kuantiti khususnya dalam bidang pendidikan
seperti yang termaktub di dalam FPK.

3.3. KURIKULUM

Karnival Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah juga perlu mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan
masyarakat atau komuniti sekolah. Ini termasuklah ibu bapa pelajar, masyarakat sekitar
sekolah, polis, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Peranan sekolah sebagai agen
kawalan sosial sama ada ianya secara formal ataupun informal sangat nyata. Kurikulum
sekolah telah mendedahkan murid-murid kepada perlakuan-perlakuan yang patut dan yang
tidak patut misalnya melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Nilai-
nilai yang diterapkan itu adalah bersesuaian dengan norma-norma masyarakat dan ideologi
negara. Konsep Pendidikan dan Budaya Sekolah sebagai warisan sosial manusia, cara
pemikiran, perasaan dan aksi–aksi yang dipindahkan daripada generasi ke generasi
merangkumi budaya material dan bukan material. Budaya adalah hak masyarakat kerana
masyarakat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang hidup dalam satu wilayah dan
mempunyai budaya yang sama. Komponen–komponen budaya akan menentukan bentuk
tingkah laku yang dijangkakan bagi anggota–anggota masyarakat . Sesetengah remaja
hidup tidak ubah seumpama buih di air bah ataupun daun-daun lalang. Begitu mudah

Muka 9
terpengaruh dengan budaya luar. Kerana itu apabila wujud kumpulan-kumpulan tertentu
yang berusaha memesongkan kepercayaan mereka, mereka mudah terperangkap.

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Setiawangsa dengan kerjasama PIBG telah


menganjurkan Minggu Kerjaya. Aktiviti ini banyak mendatangkan kebaikan kepada semua
pihak antaranya menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah, menguatkan ikatan
persaudaraan, menggalakkan sokongan masyarakat setempat terhadap sekolah,
mengeratkan perpaduan kaum dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua
aspek di sekolah.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program ini berjalan dengan kerjasama
pelbagai pihak deperti Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Bomba
,Polis, PIBG SK Setiawangsa dan komuniti setempat turut menjayakan program ini .
Antaranya pameran kesihatan, pameran keselamatan, ceramah kesihatan, mencanting
batik, ceramah personaliti dan kerjaya, booth inventori, kuiz dan sebagainya.Maklumat yang
diperolehi dari komuniti setempat selain dari guru ini member satu pengalaman baru kepada
murid apabila keluar ke dunia luar yang lebih mencabar . Pengalaman ini dapat
mengeratkan hubungan kaum yang ada di Malaysia.

Kelas Tuisyen Malam & Kelas Mengaji PIBG

Bagi membantu mempertingkat pencapaian murid dan memperbaiki bacaan Al-


quraan guru dan murid, PIBG dengan kerjasama Masjid Muadz telah menganjurkan kelas
tuisyen malam dan kelas mengaji Al-quraan. Bayaran yang dikenakan begitu rendah kerana
ianya mendapat kerjasama daripada Masjid Muadz.. Pada masa kini rata-rata pusat tuisyen
mengenakan bayaran yang tinggi. Kelas tuisyen malam anjuran PIBG ini dapat membantu
mempertingkatkan pencapaian murid terutama yang berpendapatan rendah.

3.4. SOSIAL

Majlis Silaturahim

Majlis Silaturahim PIBG SK Setiawangsa merupakan majlis tahunan yang melibatkan


komuniti setempat.Diantara objektif Majlis Silaturahim ini adalah untuk meningkat
kesedaran murid tentang betapa pentingnya perpaduan kaum dipelihara dan dikekalkan
bagi membentuk sebuah negara yang harmoni.Ia juga untuk membangkitkan kesedaran
dikalangan murid supaya menjadikan elemen perpaduan sebagai teras dalam setiap
tindakan dan interaksi mereka berpandukan kepada semangat hormat menghormati,
bekerjasama, bermuafakat serta bertoleransi.

Muka 10
Majlis seperti ini akan dapat memperkukuhkan semangat perpaduan integrasi dan intra
kaum yang menjadi tonggak pemangkin kesejahteraan negara dan mengeratkan hubungan
silaturahim diantara satu sama lain.Majlis sebegini membolehkan kita berkenal-kenalan di
antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan secara tidak langsung mendidik murid
menjadi rakyat yang saling hormat dan menghormati

4.0. PENUTUP

Secara keseluruhannya, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti
setempat perlu dimaiknak secara aktif agar wujud permuafakatan dan kerjasama yang baik
demi membangunkan kecemerlangan pendidikan dan memperkukuhkan hubungan pelbagai
kaum. Usaha-usaha mewujudkan jalinan hubungan yang erat dan berkesan bukanlah
mudah bahkan ia memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh semua pihak supaya
apa yang dihajatkan akan tercapai. Semuanya dilakukan untuk merealisasikan matlamat
falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan modal insan yang cemerlang, negara
pada masa hadapan. Kesimpulannya, setiap jenis penglibatan di atas memerlukan
pendekatan yang berbeza. Setiap satunya mempunyai cabaran tersendiri yang perlu
ditangani supaya penglibatan sepenuhnya dapat diwujudkan. Kerjasama yang erat antara
pihak sekolah dengan masyarakat sangat penting dan begitu membantu pihak sekolah
untuk mencapai perpaduan kaum khususnya para pelajar dan organisasi guru. Tanpa
integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar
dicapai. Secara ringkas peranan PIBG merupakan pendekatan yang bersepadu dan
menyeluruh dalam membentuk dan memperkukuhkan perpaduan kaum bermula di sekolah.
PIBG yang menjadi agen perubahan juga seharusnya dikelolakan dengan baik untuk
membolehkannya memainkan peranan dengan berkesan . PIBG yang sentiasa berganding
dengan sekolah sudah semestinya akan melahirkan generasi masa hadapan yang
mempunyai perpaduan kaum yang erat .

Rujukan

(n.d.). Retrieved from http://www.youtubeconverter.co/top/setiawangsa.html.

Abdul Wahab, R. (2004). Panduan Pengurusan Kokurikulum Di sekolah. Kuala Lumpur:


Banter Sdn Bhd.

RAZAK, M. S. (2007, mac 27). Retrieved from


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0327&sec=Rencana&pg=re_01.ht
m:

Muka 11
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0327&sec=Rencana&pg=re_01.ht
m

(2009, Mei 25). Retrieved from http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-


dalam-meningkatkan-kualiti-pendidikan-di-sekolah/:
http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-pibg-dalam-meningkatkan-
kualiti-pendidikan-di-sekolah/

(2012). Retrieved from http://pibgskssbt.blogspot.com/: http://pibgskssbt.blogspot.com/

(2014). Retrieved from http://www.beritaskskl.com/: http://www.beritaskskl.com/

(2014). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/210501563/falsafah-pendidikan-


kebangsaan.

Abdul Rahim, A. (2004). Kursus pergurusan lepasan ijazah. In Pengurusan Gerak kerja
kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Buku panduan Pengurusan gerakerja kokurikulum sekolah menegah, bahagian sekolah.


(2007). In kementerian Pendidikan Malaysia. Putra Jaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Meng, E. A. (1995). Pendidikan sebagai suatu proses asas pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar
bakti Sdn Bhd.

Nordin, A. B. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan. Kuala Lumpur: Penrbitan


Pustaka.

sk setiawangsa. (n.d.). Retrieved from


https://plus.google.com/105541145979192514929/posts:
https://plus.google.com/105541145979192514929/about

Webmaster@skts.edu.my. (2012, Mac 25). Retrieved from http://www.skts.edu.my/:


http://www.skts.edu.my/

Mohd Yusof Hj Othman (2012) Gagasan 1 Malaysia: Kretiviti & Inovasi. Biro Tatanegara,
Jabatan Perdana Menteri.

E.M.Shanmugaraj (1998) Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Institut aminuddin Baki
Genting Highlands, Pahang .

(2012) Majalah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Edisi Khas 2012

Muka 12

You might also like