You are on page 1of 6

MODUL T5 BAB 7 MS 82 & MS 83

SOALAN 1
7.1 Perpaduan dan Integrasi Nasional

1. Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara menitik beratkan pembentukan perpaduan
kaum dan integrasi nasional

a. Bezakan konsep :
i Perpaduan kaum (2 markah)
ii Integrasi Nasional (2 markah)

5SC Chen Weng Yew

5MC Bryan Chua Jia Hao

1a) Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara menitik beratkan pembentukan perpaduan
kaum dan integrasi nasional. Perbezaan konsep perpaduan kaum dan integrasi ialah konsep perpaduan
merupakan rakyat daripada pelbagai kaum etnik,agama dan wilayah hidup.Mereka memberikan
komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara. Manakala, konsep integrasi nasional adalah satu proses dinamik yang merapatkan hubugan
masyrakat antara negeri dengan wilayah bagi membentuk satu bangsa.Mereka ini mempunyai identiti
sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
b. Bagaimanakah dasar penjajah British memberikan kesan kepada hubungan antara kaum di
negara ini? (8 markah)

5SC Chiew Ching Yee

5MC Ch’ng Wen Khang

1b) Dasar penjajah British memberikan kesan kepada hubungan antara kaum di negara ini ialah
pentadbiran.Dasar British yang mengutamakan sektor ekonomi menyebabkan pekerja dibawa masuk dari
luar untuk bekerja dalam sektor perlombongan,perladangan dan perniagaan.Selain itu,kesan kepada
hubungan antara kaum di negara ini ialah kegiatan ekonomi dan petempatan.British memberikan tumpuan
kepada perkembangan ekonomi yang berasaskan perlombongan bijih timah dan perladangan getah.Di
samping itu,kesan kepada hubungan antara kaum di negara ini ialah fahaman politik.Polarisasi kaum
disebabkan perbezaan kegiatan ekonomi dan petempatan menyebabkan parti politik ini memperjuangkan
kepentingan kaum masing-masing.Akhir sekali,kesan kepada hubungan antara kaum di negara ini ialah
sistem pendidikan.Dasar pentadbiran British menyebabkan munculnya sistem pendidikan vernakular
Melayu, Cina, India dan Inggeris di negara kita.
c. Jelaskan ciri masyarakat yang boleh melahirkan perpaduan kaum di negara kita
(8 markah)
5SC Chin Yik Qing

5MC Chew Lay Xin


SOALAN 3
7.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan

3. Sejak 1960-an sehingga 1996. Kerajaan Malaysia membuat pelbagai semakan berkaitan
pendidikan negara.

a. Mengapakah sistem pendidikan negara sentiasa dikaji dan dilakukan perubahan?


(4 markah)
5SC Priscilla Loo

5MC Ooi Voon Seow


b. Jelaskan semakan dasar pendidikan yang telah dilakukan antara tahun 1960 sehingga Akta
Pendidikan 1996. (8 markah)

5SC Saw Yenn Qi

5MC Teh Zhong How

3b
Semakan dasar pendidikan yang dilakukan antara tahun 1960 sehingga akta pendidikan 1996 ialah
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib masih mengekalkan teras sistem pendidikan kebangsaan
untuk memupuk perpaduan dan intergrasi. Selain itu termasuk Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada bulan September 1974. Fungsinya untuk mengkaji semula
pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Laporan Jawatankuasa Kabinet diumumkan oleh Menteri
Pelajaran pada tahun 1979. Akhirnya termasuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPN) digubal pada tahun 1988 untuk memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan
negara ke arah perpaduan.
c. Berikut adalah satu daripada 5 aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025

“100 % Enrolmen pelajar merentasi semua peringkat pendidikan daripada pra sekolah
sehingga menengah atas menjelang tahun 2020”

Mengapakah kerajaan mahu memastikan semua rakyat negara ini menfapat peluang
pendidikan? (8 markah)

5SC Syazwani Athirah KPOP

5MC Tan Lean Rui Yang


3C) Kerajaan mahu memastikan semua rakyat negara ini mendapat peluang pendidikan untuk
memastikan generasi muda mempunyai ilmu pengetahuan. Pendidikan asas boleh memberi kanak-kanak
dan remaja pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk menghadapi cabaran kehidupan
seharian. Selain itu, kerajaan mahu memastikan semua rakyat negara ini mendapat peluang pendidikan
untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pendidikan memberi pelajar kemahiran dan pengetahuan
yang menjadikan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi tersedia untuk mereka. Di
samping itu, untuk melindungi warganegara, kerajaan memastikan semua rakyat negara medapat peluang
pendidikan. Dengan berbuat demikian, memiliki persekitaran pembelajaran yang selamat menjadikan
remaja kurang rentan terhadap eksploitasi, penculikan atau jenayah terancang. Akhir sekali, pendidikan
boleh menggalakkan hidup lebih sihat. Pendidikan dan kesedaran mengajar individu untuk mengawal
pilihan kesihatan mereka.

You might also like