You are on page 1of 11

Banyak juga 90% sub topik penting yang diramal dalam buku FOKUS SEJARAH SPM 2020 keluar

untuk Kertas Ulangan Sejarah SPM Paper Julai 2020.

Update Fokus selepas SPMU 2020. Semoga bermanfaat dan membantu calon Covid SPM 2020/2021.

Saya hanya tandakan �(SPMU2020). Yang tidak ditandakan boleh pelajar2 kita memberi fokus
sebagai persediaan awal.

Part 1/19 Bab 1


Fokus SPM 2020

Tahun 2019 SPM memberi tumpuan kepada Bab 2 Sistem Demokrasi maka tahun 2020’SPM
tumpuan lebih perlu kepada 3 tamadun penting Bab 1 Mesopotamia Mesir Purba dan Indus. Antara
18 soalan penting melibatkan topik2 ini ialah:
Sumbangan Mesopotamia dalam

�(SPMU 2020 1 Kod undang2 Hamurabbi yang memberi tumpuan kepada pengasas, kandungan dan
kesan serta kepentingan undang2 ini)

2 Penciptaan Roda tertumpu kepada fungsi dan kepentingan Roda serta kepentingan Inovasi dalam
kehidupan
3 Kemajuan ilmu Astronomi
Sumbangan Mesir Purba
1 Penciptaan Piramid
2 Kertas dan tulisan
3 Masyarakat tanpa kertas
4 fungsi Sungai Nil dan proses pembentukan tamadun ini
5 Kepercayaan Mesir Purba
Sumbangan Tamadun Indus
1 Bandar Terancang dan bandar Pelabuhan
2 Ciri-ciri bandar
3 kepada peradaban manusia
4 Bandar masa hadapan.

Part 2/19 Bab 2


Fokus SEJARAH SPM 2020

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada Bab 2 System Demokrasi bagi
soalan struktur maka pada tahun 2020’SPM tumpuan Bab 2 masih penting yang merangkumi sub-
topik berikut iaitu
1) Peningkatan Ekonomi berfokus kepada faktor kepesatan aktiviti perdagagang; pelabuhan2
penting di India; kepentingan cukai; pertanian dan sumbangan perdagangan dalam kemajuan negara
serta usaha2 dilakukan untuk menjadikan pertanian sebagai bidang perniaaan.

2) Aspek Pendidikan tumpuan kepada tujuan dan ciri2 Sistem Pendidikan di Athen-Sparta serta
pendekatan pendidikan semasa. Selain itu, aspek Pendidikan turut memberi huraian Fokus kepada
Sukan Olimpik zaman Yunani dan Sekarang serta mengekalkan sukan tradisional tidak hilang di telan
zaman. Pendidikan zaman Vedik dan pentingnya pendidikan agama turut diberi tumpuan.
3) Undang2 merujuk kepada ciri-ciri; cara rakyat merujuk; cabang2 Hukum Kanun 12@Undang2 Rom
serta sumbangan Maharaja Justinian kepda undang2 serta penerimaan rakyat dan kepentingan
undang2 tersebut serta andaian jika undang2 diabaikan.

4 Senibina memberi tumpuan kepada nama senibina, fungsi, faktor kejayaan senibina, pemuliharaan
senibina warisan bangsa, peranan pemerintah dalam mewujudkan binaan hebat ; serta kajian
peta berkaitan kedudukan senibina yang dihasilkan zaman tersebut.

5. Selain Itu, tumpuan juga kepada aspek perluasan kuasa zaman Shih Huang Ti dan Dinasti Maurya
dan ketidaksesuaian perluasan kuasa hari ini serta peranan pemimpin dalam mengekalkan
kedaulatan sesebuah negara.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 2 terdapat 34 soalan penting melibatkan sub2
topik yang dinyatakan di atas.

Part 3/19 Bab 3


Fokus SEJARAH SPM 2020

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada Bab 2 System Demokrasi bagi
soalan struktur maka pada tahun 2020’SPM tumpuan Bab 3 juga dianggap penting kerana terletak
dalam satu tema yang yang sama dengan Bab 1; 2 dan 3. Satu tema Ini selalunya akan keluar
sekurang-kurangnya 1 soalan sama ada esei ataupun struktur bagi kertas 2 Sejarah.

Justeru itu antara sub-topik penting Bab 3 yang perlu diberi penekanan ialah:

1) Kerajaan Agraria yang terdiri daripada konsep agraria; ciri-ciri agraria, faktor perkembangan
agraria; Bagaimana Kerajaan Agraria menjadi kerajaan yang kuat; Mengapa Tasik Tonle Sap
membolehkan kerajaan Agraria menjadi kerajaan yang kuat @ peranan Tasik Tonle Sap dan
sumbangan kerajaan Agraria kepada tamadun awal.
2) Pengaruh Agama Hindu- Buddha dalam pemerintahan pentadbiran dan kehidupan masyarakat;
Bagaimana Raja mempunyai kuasa ulung?
3) Pengaruh Agama Hindu- Buddha dalam senibina dengan tumpuan kepada monumen agama atau
candi Borobudur dan Angkor Wat dari aspek ciri-ciri; tujuan @ fungsi pembinaan candi; Bukti candi
lambang keagungan pemerintahan, bagaimana dan mengapa mereka berjaya membina candi serta
cadangan mengekalkan candi sebagai warisan dunia.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 3 terdapat 15 soalan penting melibatkan sub2
topik yang dinyatakan di atas.

Part 4/19 Bab 4


Fokus SEJARAH SPM 2020

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada Bab 5 Hijrah Bab 6 Khalifah
dan Bab 7& 8 Kedatangan penerimaaan dan Gaya Hidup Islam di Alam Melayu bagi soalan soalan
esei dan struktur maka pada tahun 2020’SPM tumpuan Bab 4 dianggap penting kerana terletak
dalam tema kedua (Bab 4-8) Dalam tema Ini selalunya akan keluar sekurang-kurangnya 2 soalan
sama ada 1 esei ataupun 1 struktur bagi kertas 2 Sejarah.

Justeru itu antara sub-topik penting Bab 4 yang perlu diberi penekanan ialah:
1) Kerasulan Nabi Muhammad berkaitan kepentingan penurunan wahyu pertama; kesan
mengabaikan amalan membaca sesuai dengan wahyu pertama; persoalan Jahiliah sebagai zaman
gelap.

2) Penyebaran Islam di Makkah tertumpu kepada cara rahsia penyebaran Islam; bukti2 ketaatan
umat Islam walaupun menghadapi ancaman Quraish; dan Islamofobia cabaran dan halangan.

3) Keperibadian Nabi Muhammad pula memberi penekanan kepada penghayatan sambutan


Maulidur Rasul dengan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad; pengamalan keperibadian Nabi dalam
mewujudkan keharmonian sesebuah negara dan konsep perlantikan Nabi Muhammad yang
membawa perubahan dalam aspek kehidupan.

Rumusan tema 2 (Bab 4-8) penting kerana kebarangkalian 2 soalan akan keluar adalah tinggi dan
Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 4 terdapat 9 soalan penting melibatkan 3 subtopik utama dalam
bab ini.

Part 5/19 Bab 5


Fokus SEJARAH SPM 2020

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada Bab 5 Hijrah tetapi masih ada
subtopik dalam bab ini dianggap penting untuk difokuskan oleh pelajar. Maka pada tahun 2020’SPM
tumpuan Bab 5 yang terletak dalam tema kedua (Bab 4-8) Dalam tema Ini selalunya akan keluar
sekurang-kurangnya 2 soalan sama ada 1 esei ataupun 1 struktur bagi kertas 2 Sejarah.

Justeru itu 2 sub-topik yang perlu difokuskan untuk ulangkaji pelajar Bab 5 yang perlu diberi
penekanan ialah

�(SPMU 2020 1 Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Makkah - Rentetan/Kronologi peristiwa
membawa kepada Perjanjian Hudaibiyah; Isi-isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah; Faktor2 orang
Islam ingin menziarahi kota Makkah; pemilihan Uthman bin Affan untuk berunding dengan orang
Quraish; Bukti2 Perjanjian Hudaibiyah merintis pembukaan kota Makkah; Kebijaksanaan strategi
pembukaan kota Makkah dan kepentingan pembukaan kota Makkah)

2) Peperangan Dalam Islam merujuk kepada nama2 peperangan; prinsip-prinsip peperangan zaman
Nabi dan peperangan hari ini yang bertentangan dengan Islam; langkah mengelakkan berlakunya
peperangan dan persoalan Islam berkembang bukannya melalui peperangan atau paksaan.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 5 terdapat 14 soalan penting melibatkan subtopik
yang dinyatakan tersebut.

Part 6/19 Bab 6


Fokus SEJARAH SPM 2020

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada Bab 6 Khalifah tetapi masih
ada subtopik dalam bab ini dianggap penting untuk difokuskan oleh pelajar. Maka pada tahun
2020’SPM tumpuan Bab 6 yang terletak dalam tema kedua (Bab 4-8) Dalam tema Ini selalunya akan
keluar sekurang-kurangnya 2 soalan sama ada 1 esei ataupun 1 struktur bagi kertas 2 Sejarah.

Justeru itu 2 sub-topik yang perlu difokuskan untuk ulangkaji pelajar Bab 6 yang perlu diberi
penekanan ialah
1) Kerajaan Bani Abbasiyah yang memberi khusus kepada sumbangan kerajaan ini dalam bidang
pendidikan seperti Baitulhikmah dan perkembangan ilmu di Kota Baghdad serta kepentingan ilmu
penterjemahan hari ini.

�(SPMU 2020 2. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula tumpuan kepada soalan sebab kejayaan kerajaan
Turki menyebarkan Islam di Eropah; sumbangan kerajaan Turki terhadap perkembangan Islam di
Eropah dan perihal pentingnya kepimpinan melalui teladan untuk memajukan negara. )

Tambahan bacaan dicadangkan persoalan sejarah perkembangan awal kedua2 kerajaan Bani
Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 6 terdapat 6 soalan sahaja melibatkan subtopik
yang dinyatakan tersebut.

Part 7&8/19 Bab 7&8


Fokus SEJARAH SPM 2020

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada soalan struktur Bab 7&8
Kedatangan Islam, Penerimaan Islam dan Gaya Hidup Islam tetapi masih ada subtopik dalam kedua-
dua bab ini dianggap penting untuk difokuskan oleh pelajar bagi soalan esei. Maka pada tahun
2020’SPM tumpuan Bab 7&8 yang terletak dalam tema kedua (Bab 4-8) Dalam tema Ini selalunya
akan keluar sekurang-kurangnya 2 soalan sama ada 1 esei ataupun 1 struktur bagi kertas 2 Sejarah.

Justeru itu sub-topik yang perlu difokuskan untuk ulangkaji pelajar Bab 7&8 ialah

�( SPMU 2020 1. Penyebaran Islam melalui perdagangan; penerapan nilai Islam dalam bidang
perdagangan; Peranan pemerintah dan ulama menyebabkan Islam; nilai2 yang boleh diteladani
daripada ulama dalam menyebarkan Islam. )

2) Perundangan Islam pula merujuk kepada Hukum Kanun Melaka dari aspek kandungan undang2;
unsur2 Islam dalam perundangan tersebut; kepentingan undang2 dalam mensejahterakan rakyat;
perbezaan adat Perpatih dan Temenggung.

Bacaan tambahan kepentingan undang2 dan keadaan negara sekiranya tiada undang2...

3) Pencukaian & Matawang merujuk kepada jenis-jenis cukai dan kepentingan atau manfaat cukai
kepada negara hari ini; dan bukti@kesan pengaruh Islam yang kuat dalam penggunaan matawang

4)Pelabuhan Melaka merujuk kepada soalan berkaitan faktor perkembangan pelabuhan Melaka
sebagai pusat perdagangan antarabangsa; kesan ekonomi Islam dalam kehidupan masyarakat di
negara ini @ bagaimana Kedatangan Islam mempengaruhi sistem ekonomi masyarakat Islam di Alam
Melayu

5) Pendidikan pula tertumpu kepada Pendidikan formal dan tidak formal.

Bacaan tambahan berkaitan pendidikan ialah kesan sekiranya rakyat negara ini tidak mendapat
Pendidikan yang sempurna; mengapa pendidikan tidak formal penting kepada masyarakat hari ini.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 7&8 terdapat 22 soalan melibatkan subtopik yang
dinyatakan tersebut. Bab 4-8 soalan yang terkumpul untuk latih tubi sampai letih adalah 51 soalan
termasuk soalan KBAT dan KPS.
‫ِ ُ ح مْ حَ لْا‬
‫ُ ح ميم مََ عْما مِّ ََا َ َّا‬
Selesai semua perkongsian FOKUS SPM TINGKATAN 4 Bab 1-10.

Part 9&10/19 Fokus SEJARAH SPM 2020 Bab 9&10

Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada soalan esei Bab 9 iaitu
berkaitan Zaman Gelap dan Zaman Renaissance tetapi masih ada subtopik dalam kedua-dua bab ini
dianggap penting untuk difokuskan oleh pelajar bagi soalan struktur atau esei. Ini kerana Bab 9 dan
10 merupakan dalam satu Tema 3 penting yang akan keluar sekurang2nya satu soalan dalam SPM
2020.

Tingkatan 4
Bab 1-3 - Tema 1
Bab 4-8- Tema 2
Bab 9-10- Tema 3
Setiap tema sekurang-kurang 1 soalan akan keluar dalam SPM Kertas 2. Tingkatan 4 sahaja jika
pelajar memberi tumpuan betul2 latih tubi (Bab 1-10) maka pelajar sudah boleh dapat 80/100
markah Kertas 2 iaitu (20 Markah bahagian A soalan Struktur dan 60 Markah Bahagian B Soalan esei)
dalam tangan apa yang susahnya nak score A �. Jadi latih tubi dari sekarang �

Justeru itu sub-topik yang perlu difokuskan untuk ulangkaji pelajar Bab 9&10 ialah :
Bab 9
�(SPMU 2020 1. Revolusi Pertanian tumpuan perkembangan di England �������������;
Kesan Revolusi terhadap kemajuan pertanian dan kepentingan memajukan sektor pertanian hari ini.
)

Bab 10
2) Ekonomi Sara Diri merujuk kepada konsep ekonomi sara diri; perubahan kepada sara diri kepada
ekonomi moden tumpuan kepada ciri-ciri ekonomi moden dan buktI kejayaan Malaysia di peringkat
global dalam bidang ekonomi
3) Pendidikan Vernakular tertumpu kepada perkembangan semasa zaman penjajahan; Kesan
Pendidikan Vernakular dan cabaran mewujudkan sistem bertaraf dunia
4) Perbandaran merujuk kepada Faktor2 kemunculan bandar baru; fungsi bandar; proses
pembentukan bandar; persoalan Pantai Barat lebih pesat perbandaran pantai timur; kesan
pembentukan bandar yang mewujudkan jurang kaum dan ciri-ciri bandar Impian masa depan.

5) Dasar British dan masyarakat majmuk merujuk kepada kesan Dasar Ekonomi British; proses
pembentukan masyarakat majmuk; usaha2 perpaduan dalam masyarakat majmuk; sistem pemikiran
tanah sebelum kedatangan British; kesan pengenalan Enakmen Tanah Simpanan dan masyarakat
tempahan dan peribumi mempertahankan hak milik tanah mereka hari ini.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 9&10 terdapat 21 soalan melibatkan subtopik yang
dinyatakan tersebut.

Bab 1-10 Tingkatan 4 keseluruhan soalan berfokus terkumpul untuk pelajar latih tubi sampai letih
adalah 143 soalan beserta SKIMA JAWAPAN termasuk soalan KBAT dan KPS.

Part 11/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 1)
Walaupun tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada soalan Bab 1 Gerakan
Nasionalisme dan Faktor Dasar Penjajahan Barat membangkitkan perasaan tidak puas hati tetapi
masih ada subtopik dalam kedua-dua bab ini dianggap penting untuk difokuskan oleh pelajar bagi
soalan struktur dan esei. Maka pada tahun 2020’SPM tumpuan yang terletak dalam tema 1
Tingkatan 5 (Bab 1-2) Dalam tema Ini selalunya akan keluar sekurang-kurangnya 1 soalan sama ada
1 esei ataupun 1 struktur bagi kertas 2 Sejarah.

Justeru itu sub-topik yang perlu difokuskan untuk ulangkaji pelajar Bab 1 Tingkatan 5 ialah

1) imperialisme yang merujuk kepada maksud imperialisme; Faktor2 imperialisme dan kesan
imperialisme serta langkah2 mengekalkan kemerdekaan daripada dijajah semula.

2 Gerakan Nasionalisme masih dianggap penting walaupun soalan SPM 2019 telah keluar. Fokus
yang harus diberi perhatian lebih khusus pada gerakan tahap pertama dan kedua di Thailand ��,
Filipina �� Indonesia ��, kegagalan gerakan nasionalisme @ kejayaan kuasa Barat menamatkan
gerakan nasionalisme, ciri-ciri nasionalisme tahap 1&2, perihal pentingnya semangat nasionalisme
mempengaruhi kemajuan sesebuah negara dan kesan sekirnaya tiada semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat negara ini.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 1 Tingkatan 5 terdapat 20 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Part 12/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 2)

Pada tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada soalan Bab 1 Gerakan
Nasionalisme dan Faktor Dasar Penjajahan Barat membangkitkan perasaan tidak puas hati. Jadi
pada tahun 2020 Bab 2 adalah bab yang popular tahun ini untuk soalan esei dan struktur.

Maka pada tahun 2020’SPM tumpuan yang terletak dalam tema 1 Tingkatan 5 (Bab 1-2) Dalam
tema Ini selalunya akan keluar sekurang-kurangnya 1 soalan sama ada 1 esei ataupun 1 struktur bagi
kertas 2 Sejarah.

Justeru itu sub-topik yang perlu difokuskan untuk ulangkaji pelajar Bab 2 Tingkatan 5 ialah

1) Penentangan awal di Terengganu, Pahang dan Sarawak, faktor@sebab penentangan, gerakan


penentangan, cabaran2 yang dihadapi pemimpin dalam menentang penjajah British, sebab
kegagalan pemimpin menentang British, penentangan awal asas asas gerakan nasionalisme dan
penghargaan kepada tokoh2 tersebut pada masa kini.

2 Faktor Pemangkin Nasionalisme berfokus kepada fakta huraian penskoran rubrik berkaitan fakta
Pendudukan Jepun, Gerakan Pan Islamisme dan Dasar British serta kesan sekiranya rakyat Malaysia
tidak memiliki semangat Nasionalisme.

3. Peranan akhbar dan majalah membangkitkan semangat nasionalisme, isu2 ekonomi dan sosial
yang difokuskan oleh akhbar dalam menimbulkan kesedaran nasionalisme kepada rakyat, kelebihan
akhbar menimbulkan kesedaran nasionalisme kepada rakyat dan akibat@kesan negatif kebanjiran
majalah picisan terhadap semangat nasionalisme.
�(SPMU 2020 4. Persatuan berfokus kepada namakan persatuan di Tanah Melayu dan Sarawak yang
membangkitkan semangat nasionalisme, matlamat penubuhan persatuan2 tersebut, peranan
Kongres Melayu dan Kesatuan Melayu Muda membangkitkan semangat nasionalisme serta peranan
persatuan hari ini menjadikan Malaysia �� disegani dunia.)

5. Nasionalisme Pendudukan Jepun yang berfokus kepada cubaan Jepun menyekat kebangkitan
semangat nasionalisme, usaha2 mencapai Kemerdekaan Tanah Melayu semasa Pendudukan Jepun
dan sebab2 penduduk tempahan tidak mempercayai Jepun.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 2 Tingkatan 5 terdapat 30 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Part 13/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 3)

Pada tahun 2019 soalan SPM sebenar memberi tumpuan kepada soalan Bab 3 Sistem Jemaah
Menteri Di Kelantan. Jadi pada tahun 2020 Bab 3 adalah bab yang kurang popular tahun ini tetapi
ada beberapa sub topik PENTING yang perlu diberi perhatian .

1) Perbinaan negara bangsa di Madinah dan Jerman, konsep satu umah boleh diaplikasi pada konsep
masyarakat berbilang kaum di negara ini dan konsep melahirkan warga patriotisme dalam diri
pelajar; konsep “realpolitik” dan keburukan amalan “realpolitik” dalam sesebuah negara.
�(SPMU 2020 2. Demokrasi Di Negeri Sembilan menfokuskan kepada luak2 yang terdapat di Negeri
Sembilan; proses amalan demokrasi dalam perlantikan pemimpin di Negeri Sembilan dan
kepentingan amalan demokrasi ini dapat mewujudkan masyarakat harmoni. )

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 3 Tingkatan 5 terdapat 9 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Part 14/19 Fokus SEJARAH SPM 2020


Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 4)

1. Persekutuan 1948
yang memberi tumpuan kepada peranan tokoh penting terlibat dalam Penubuhan Persekutuan
1948; peranan Raja2 Melayu dalam Penubuhan Persekutuan 1948; Kesan konsep kerjasama antara
Raja2 Melayu dengan Pemimpin Melayu (ada kaitan dengan krisis politik baru2 ini); Ciri-ciri
Persekutuan 1948 dan faktor2 Penubuhan Persekutuan 1948; dan Keistimewaan Persekutuan 1948
berbanding Malayan Union 1946.
2. Perlembagaan Rakyat memberi tumpuan kepada isi kandungan dan mengapa Perlembagaan
Rakyat 1947 gagal diterima atau ditolak oleh orang Melayu?

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 4 Tingkatan 5 terdapat 11 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Selamat mengulangkaji...
SEMOGA SELIBUS AKHIR MEMBERI KENANGAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK BERBANDING SPM
SEBELUM INI...

‫ََْ ع حا‬... ‫ُ يملللم مََ عحْ ّا ماِّ عمم‬


‫ََْ ع حَْا‬... َْ
Part 15/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 5)

1. Pakatan Murni
-Konsep Murni
-Bagaimanakah Pakatan Murni dapat mencapai matlamat tersebut
-Ramalan situasi semangat pakatan Murni diabaikan
-Kepentingan Pakatan Murni
-Pendekatan perundingan lebih baik daripada peprangan

2 Suruhanjaya Reid & Perjanjian Persekutuan 1957


- Ahli2 dan peranan mereka
- Isu2 penting sebagai panduan Suruhanjaya Reid
- Isi kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
-Kepentingan Perjanjian Persekutuan kepada negara hari ini

3 Peristiwa dan Tokoh Kemerdekaan


- Mengapa rakyat menyambut dengan kegembiraan atas peristiwa Kemerdekaan 1957
- Penghargaan kepada tokoh2 Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak
- Kemerdekaan negara adalah melalui cara yang unik. Jelaskan
- Mengapakah perlu menghargai kemedekaan

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 5 Tingkatan 5 terdapat 16?soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Part 16/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 6)

1. Suruhanjaya Cobbold
-Hasil (Keputusan Tinjuan)
-Cadangan Suruhanjaya

2 Penubuhan Malaysia
- Konsep Hari Malaysia
- Isi-isi penting Perjanjian Malaysia yang mengambil kira kepentingan semua kaum
- Bagaimanakah Penubuhan berjaya direalisasikan melalui kaedah diplomasi dan kerjasama antara
pemimpin Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Singapura
- Kebaikan Penubuhan Malaysia
- Cabaran selepas Penubuhan Malaysia
- Memperkukuhkan integrasi Nasional melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

�(SPMU 2020 3. Reaksi Negara Luar


- Menolak tuntutan Filipina ke atas Sabah
- Sebab kegagalan polisi luar Indonesia yang mengamalkan dasar bermusuhan terhadap Malaysia. )

4. Tragedi Lahad Datu kesan kepada negara

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 6 Tingkatan 5 terdapat 14 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.
Bagi pelajar yang membaca bab 1-6 Tingkatan 5 terdapat sekurang2nya 2 Soalan esei dijangka keluar
dari bab-bab ini Bahagian B Kertas 2 dan 1 Soalan struktur bahagian A Kertas 2 SPM.

Part 17/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 7)

�(SPMU 2020 1. Parlimen


- Amalan Sistem Demokrasi Berparlimen
- Demokrasi berasaskan Kedaulatan rakyat)

�(SPMU 2020 2. Raja Berpelembagaan YDPA


- Pemilihan YDP Agong
- Peranan YDP Agong
- Bidang Kuasa YDP Agong
- YDP Agong simbol Perpaduan
- Peranan Raja Berpelembagaan mewujudkan kesejahteraan )

3. Jata Negara & Bendera Jalur Gemilang


- Konsep dan maksud yang terdapat pada Jata Negara dan Bendera Jalur Gemilang.
- Kepentingan bendera kebangsaan
- Cara menghormati dan menghargai lambang negara

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 7 Tingkatan 5 terdapat 13 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Part 18/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 8 )
Antara Bab yang agak susah bagi calon2 SPM kerana calon mesti betul2 menguasai dan mengingati
fakta2 berdasarkan blue print polisi atau dasar kerajaan.

1. Dasar Ekonomi Baru


- Rancangan Malaysia Keempat
Fokus kepada sebab kerajaan memberi tumpuan kepada perindustrian berat
- Langkah atau bagaimana menggalakkan perkembangan sektor perindustrian berat
- Kesan Perindustrian kepada kemajuan Negara

2. Dasar Penswastaan
- Konsep atau maksud penswastaan
- Kepentingan bidang penswastaan kepada masyarakat dan kerajaan

3 Dasar Kependudukan
- Rasional Dasar Kependudukan
- Kolerasi Dasar Kependudukan dengan kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pembangunan
negara
-Kemampuan negara mencapai sasaran 70 Juta penduduk menjelang tahun 2100

4. Akta Bahasa Melayu


- faktor2 @ sebab @ mengapakah penguasaan bahasa kebangsaan semakin kurang diyakini oleh
masyarakat hari ini?
- Bagaimanakah @ cara @ langkah memartabatkan bahasa kebangsaan
- Bahasa kebangsaan mampu memupuk kestabilan dan keharmonian negara.

5. Rukun Negara
- Latar belakang pembentukan Rukun Negara.
- Terangkan Prinsip Rukun Negara
- Kejayaan matlamat Rukun Negara.

Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 8 Tingkatan 5 terdapat 14?soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

‫ِ ُ ح مْ حَ لْا‬
‫ُ حيمم مََ عْما مِّ ََا َ َّا‬
Selesai sudah analisis berfokus Soalan SPM 2020/21 Part 1-19

Part 19/19
Fokus SEJARAH SPM 2020
Fokus Topik Tingkatan 5 (Bab 9)

1. Dasar Luar Negara


-hubungan Bilateral dan Multilateral
- faktor penggubalan dasar luar
- Mengapakah dasar luar Malaysia berubah
-Kepentingan dasar luar atau Mengapakah kita perlu menjalin hubungan diplomatik
- Cabaran dasar luar negara Malaysia @ masalah dihadapi negara dalam mengekalkan kerjasama
serangan
- Cara mengatasi cabaran dalam hubungan dasar luar negara

�(SPMU 2020 2. OIC


- Matlamat Penubuhan OIC
- Latar belakang atau Sejarah Penubuhan OIC
- faedah negara menyertai OIC
- Kejayaan2 OIC dalam meningkatkan kepercayaan masyarakat dunia )

3 K-Ekonomi
-Konsep atau maksud
- Usaha menjayakan K-Ekonomi
- Kesan K-Ekonomi kepada pembangunan negara

4 K-Masyarakat
- Usaha menjayakan K-Masyarakat
- Kesan K-Masyarakat melahirkan modal insan
-Cabaran K-masyarakat
-Kepentingan K-masyarakat

5.ICT
-Latar belakang atau perkembangan ICT
- Faedah atau kepentingan ICT
- Peranan pelajar mewujudkan aspirasi masyarakat bermaklumat
- Cabaran ICT
Rumusannya Fokus Sejarah SPM 2020 dalam Bab 9 Tingkatan 5 terdapat 27 soalan termasuk soalan
KBAT dan KPS melibatkan subtopik yang dinyatakan tersebut.

Selamat mengulangkaji...
SEMOGA SELIBUS AKHIR MEMBERI KENANGAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK BERBANDING SPM
SEBELUM INI...

‫ََْ ع حا‬... ‫ُ يملللم مََ عحْ ّا ماِّ عمم‬


‫ََْ ع حَْا‬... َْ

You might also like