You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

1. PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha
menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis
dalam kawasan sekolah adalah melaluiPegawai Perhubungan Sekolah
(PPS)disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah


dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.
Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salahlaku
dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat
dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KESEKOLAH
pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah
membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3. OBJEKTIF

3.1Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara


pihaksekolah dan pihak PPS.

3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau diluar sekolah.

3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah
diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010
KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2(19)bertarikh 29 Julai 2010.

4. ANJURAN

. Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.
5.TARIKH PELANCARAN

Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak diperingkat Kebangsaan,


Negeri,Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan berikut :

5.1Kumpulan A - Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu


Tarikh : 5hb Februari 2017
Hari : Ahad
Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi

5.1.1 Peringkat Kebangsaan (Kumpulan A) akan dirasmikan oleh YB Menteri


Pendidikan Malaysia dan Ketua Polis Negara di SMK Dato’ Syed Ahmad,
Kuala Nerang, Kedah
Senarai VIP :
1. YB Menteri Pendidikan Malaysia
2. Ketua Polis Negara
3. TKPPMO
4. Pengarah JPJK
5. Pengarah BPSH
6. Pengarah JPN

5.2 Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Sabah, Sarawak , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya
Tarikh : 6hb Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi

5.2.1Peringkat Kebangsaan (Kumpulan B) akan dirasmikan oleh YB Timbalan


Menteri Pendidikan II dan Ketua Polis Negeri Sembilan di SMK Dato’ Md
Said, Mantin, Negeri Sembilan
Senarai VIP :
1. YB Timbalan Menteri Pendidikan
2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. Ketua Polis Negeri
4. Pengarah JPJKK
5. Pengarah BPSH
6. Pengarah JPN

5.3 Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan oleh Bahagian


KPM (Sila rujuk Lampiran 1).

5.4 Pelancaran di peringkat negeri akan disempurkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri
dan Ketua Polis Negeri. Pihak JPN dimohon untuk mencadangkan nama sekolah
berkenaan.

5.5 Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD dan Ketua
Polis Daerah. Pihak PPD dimohon untuk mencadangkan nama sekolah berkenaan.
5.6 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh Pengetua/Guru Besar dan
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas
lebih daripada satu sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu
berikutnya.

5.7 Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin mengadakan
pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan murid ke pameran tersebut
tanpa menganggu Pengajaran dan Pembelajaran..

6. URUS SETIA PELANCARAN

6.1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit HEM) dan Bahagian-


bahagian KPM dengan kerjasama JabatanPencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman bertanggungjawab bagi
pelancaran Program Kesekolah di peringkat kebangsaan.

6.2 Jabatan Pendidikan Negeri (Unit HEM) dengan kerjasama Jabatan


Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Peringkat
Kontinjen Negeri (IPK) bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat
negeri.

6.3 Pejabat Pendidikan Daerah(Unit HEM) dengan kerjasama Jabatan


Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Peringkat IPD
bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat daerah.

6.4 Pengetua/guru besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah


bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat sekolah.

6.5 Mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program perlu diadakan oleh JPN


dan PPD dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti (JPJKK) mengikut ketetapan masing-masing.

7. KEWANGAN

Penyediaan Peti Aduan Murid merupakan sumbangan Persatuan IbuBapa dan


Guru sekolah berkenaan.
8. ATURCARA MAJLIS

- Sila rujuk Lampiran 2

9. PENUTUP

Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).Secara
tidak langsung akan dapatmempertingkatkan usahake arah pembentukan sahsiah diri
murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.
Lampiran 2

ATURCARA

7.20pagi - Perhimpunan Murid, Guru, PIBG dan PDRM

- Nyanyian Lagu

- Negaraku
- Negeri
- Sekolah
* Ikut kesesuaian negeri

- Bacaan Doa

- Ikrar Murid

- Bacaan Perutusan KPN, PDRM

- Bacaan Perutusan KPPM, KPM

- Perasmian pelancaran program jom ke sekolah dan


Perasmian Peti Aduan Murid

8.05pagi - Bersurai

You might also like