You are on page 1of 5

KATA KUNCI SAINS

contoh Soalan Pemboleh Ubah:

1. Nyatakan:
1. Pemboleh ubah dimanipulasi: ___________________

2. Pemboleh ubah bergerak balas: ___________________

3. Pemboleh ubah dimalarkan: ____________________

2. Nyatakan pemboleh ubah _________ dalam penyiasatan ini.

3. Nyatakan dua pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini. 

Cara Menjawab Pemboleh Ubah: 

1. Baca soalan dan tengok gambar rajah dengan teiti.


2. Semasa membaca, gariskan perkataan-perkataan berikut:
Sama, kekal, tetap, berbeza, berlainan, diperhatikan, diukur, direkod.

3. Berdasarkan soalan, kenal pasti 3 jenis pemboleh ubah mengikut apa yang digariskan:

1. Pemboleh Ubah Manipulasi (PM): Apa yang diubah / ditukar

2. Pemboleh ubah Bergerak Balas (PB): Apa yang diperhatikan / dilihat / diukur

3. Pemboleh Ubah Dimalarkan: Apa yang ditetapkan sama dan kekal sepanjang eksperimen.

4. Semasa menulis pemboleh ubah, perlu menambah parameter.

5. Pemboleh ubah = parameter + benda

6. Contoh-Contoh Parameter:

1. Isipadu

2. Masa

3. Panjang

4. Suhu

5. Kuantiti

6. Jenis

7. Bilangan
8. Tempoh

9. Jarak

10. Keadaan

11. Kecerahan

12. Kehadiran

13. Saiz

14. Warna

7.  Pemboleh ubah juga boleh dicari berdasarkan jadual dan rajah. 

Kertas 2: Maklumat

Contoh Soalan Maklumat:

1. Nyatakan dua maklumat yang perlu dikumpul dalam penyiasatan ini.


2. Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini. 

Cara Menjawab Maklumat:

1. Jika soalan meminta maklumat berikan mana-mana PM atau PB.


2. Kalau tidak pasti, berikan PB. Pasti betul. 

Kertas 2: Tujuan

Contoh Soalan Tujuan:

1. Apakah tujuan penyiasatan ini?


2. Nyatakan tujuan penyiasatan ini. 

Cara Menjawab tujuan:

1. Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi (PM) dan bergerak balas (PB).
2. Lengkapkan ayat tujuan dengan format berikut:

1. Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB.

2. Untuk mengkaji hubungan di antara PM dan PB. 

Kertas 2: Pemerhatian

Contoh Soalan Pemerhatian:

1. Nyatakan satu pemerhatian ……..


2. Tuliskan satu pemerhatian ……….

3. Bandingkan ………

4. Apakah yang kamu faham tentang …… ………

5. Cadangkan satu pemerhatian lain….

Cara Menjawab Pemerhatian:

1. Berikan apa yang dapat kita lihat daripada gambar rajah atau keputusan eksperimen.
2.  Kalau melibatkan perbandingan 2 objek, tulis seperti

ini:__ (Apa)__ lebih __(banding)__ berbanding dengan __(Apa)__.

3. Kalau pemerhatian melebihi 2 objek, tulis seperti ini:


________(Apa)_________ paling ________(Corak)_________. 

Kertas 2: Corak/Pola Perubahan

Contoh Soalan Corak / Pola Perubahan:

1. Nyatakan corak perubahan ……


2. Nyatakan perubahan corak ……

3. Apakah pola perubahan ……

Cara Menjawab Corak / Pola Perubahan: 


1. Tengok jadual dan rajah dengan teliti.
2. Menjawab pola berdasarkan pemerhatian pada PB.

3.  Pola corak: 
Catatan:

1. Boleh terdiri daripada 2 corak, seperti:

1. meningkat kemudian mendatar

2. meningkat kemudian menurun

2. Kalau lebih daripada 2 corak, tulis tidak sekata sahaja. 

Kertas 2: Inferens

Contoh Soalan Inferens: 

1. Nyatakan satu sebab (inferens) bagi jawapan kamu di … …


2. Berikan satu sebab (inferens) berdasarkan perubahan … …

3. Nyatakan satu sebab (inferens) mengapa … …

4. Tuliskan satu sebab (inferens) berdasarkan penyataan di atas. 

Cara Menjawab Inferens:

1. Tengok pemerhatian dan corak / pola perubahan dengan teliti.


2. Fikirkan sebab kenapa.

3. Kalau soalan inferens selepas pemerhatian atau corak, tulis ayat anda dengan

format DiPemerKe:

___(pemerhatian)____ kerana __(sebab)________.

4. Kalau tiba-tiba tanya inferens tanpa susulan awal, jawab dengan:


Kerana …...
Sebab ……

Kertas 2: Meramal

Contoh Soalan Meramal:

1. Ramalkan ………
2. Apakah yang dapat kamu ramalkan….

3. Apa yang akan terjadi ……

4. Ramalkan apa yang akan berlaku jika ……

Cara Menjawab Meramal:

1. Dalam UPSR, soalan membuat ramalan ada 3 jenis:


1. Ramalan secara tepatMelibatkan pengiraan. Terdapat satu nombor dalam menulis jawapan. Ca

1. Tuliskan satu nombor, daripada pengiraan jika melibatkan pengiraan

atau apabila melibatkan hukum Sains.

2. Kalau ada unit, tulis unit.


2. Ramalan secara anggaran atau julat tertentu

1. Cara Menjawab: Tuliskan satu nombor daripada julat jawapan.

3. Ramalan dengan menggunakan ayat.

1. Tuliskan satu ayat yang jelas tentang ramalan yang dibuat.

2. Mulakan ayat dengan Akan ......

Sekiranya rakan guru merasakan bahawa tertinggal apa-apa untuk bahagian ini,

sudi-sudilah tinggalkan pendapat atau komen pada ruang di bawah. Terima kasih. 

Kertas 2: Definisi secara Operasi

Contoh Soalan Mendefinisi: 

1. Apakah yang kamu faham tentang …… ………


2. Berikan maksud ……

3. Apakah yang dimaksudkan dengan ……

Cara Menjawab Mendefinisi:

1. Pastikan hafal istilah atau perkataan yang sering keluar dalam ujian.
___(Istilah/ Perkataan) bermaksud ______________________.
___(Istilah/ Perkataan) ialah _______________________

You might also like